Thursday, December 29, 2011

Cerita RINDU!!


Kini hampir menjelang pagi, 5am. Aku hanya tidur dalam 2 jam, kesan nescafe yangd iminum masa dinner semlm membuatkan otak aku ligat berfikir. Semua amsih nyenayk tidur, harapnya tempuh satu jam dari sekarang mampu menghasilkans atu tulisan menarik. Pukul 6am aku perlu berhenti menulis.

Dalam aku cuba memejamkan mata sebentar tadi, aku terasa aku dibaluti rasa RINDU. saat aku cuba mengulit diri juga aku terasa aku Sarat dengan RINDU, dan hinggalah saat aku kembali membuka mata persoalan RINDU ini terus bermian main diminda...rasa rindu yang sangat dalam dan sebentar lagi hanya mampu aku persembahkan pada tuhan. Rasa itu sema#kain memuncak bila aku ingatkan kak ziha, message aku tidak berbalas, sedang seminggu sebelum itu kak ziha ada bertanya sesuatu, apa dan emngapa aku tidak pasti, yang aku hanya pasti aku RINDUkan kak ziha, entah bila aku akan bersua lagi dengannya, enath ada entahkan tiada lagi pertemuan manis antara kami. Kak ziha kini berada dijeddah, aku ingatkan dia sudah bertukar email lantaran itu aku tidak menghubunginya.

Aku sedang mengangkang RINDU, rindu pada mesej mesej yangs elalu aku terima dari seorg yang aku kagumi, PAk Wan. Akhir akhir ini message lucu darinya telah beransur sunyi, dia juga sudah mendiamkan diri bila mengunjungi KL, baru tadi Hera mmebritahu aku. walau barus eketika , aku sudah merasai aku rindukan message message itu, ianya bisa buat aku tersenyum lebar. Mungkin tiada lagi kunjungan message dan email darinya, apa lagi suara. Mungkin juga idea trip ke Medan hanya akan diam begitu saja. Aku sedaya upaya menleraikan rindu ini sendiri semampu aku, melupai rasa ingin tahu mengapa dan mengapa...ada ketikanya baik kita tidak tahu. Aku ajukan persoalan layakkah aku..berhakkah aku berkali kali...ternyata sesuatu yang INDAh sesama manusia itu sangat sementara sifatnya pada aku. Aku perlu terus cekalkan hati, mungkin Allah ingin terus memberi pengisisna jiwa yang lebih bererti.

RINDU terus berlagu dihati. Rindu pada teman teman yang pernah berulit air mata dengan aku. mai yang ketika ini mungkin sibuk dengan pencarian mindanya, Nelli yang kini sedang berulit bahagia. Pertemuan kami sering membawa pulang senyuman yang membawa tidur yang sangat LENA...Rindu pada Rin yang nasibnya sudah diadili tuhan, moga Rin bahagia dan etrus emndapat bimbinagn kurniaan tuhan. Aku terus Rindu untuk bertemu sesekali ketawa NAKAL bersama.

RINDU yang paling sarat menikam dada ialah Rindu aku pada Fa. Aku tidak faham ap yang bermain difikiran fa, dan aku merasai ada sesuatu yang cuba dilindungi Fa. Aku malas untuk bertanya takut hati sendiri terluka, dalam berat dan tidak berdaya, aku remove Fa dari friend list selepas aku terkedu bila adik adikku mengadu kak fa sudah tidak friend dengan kami lagi angah. AKu tidak ada jawapan buat adika dik aku, cuma aku dapat rasakan adik adik aku sinis, mengatakan agaknya inilah gaya org cerdik pandai, time suka beriya iya time tak kena buang mcm tu saja. Aku juga tertanya sendiri pada diri, apa hal Fa begitu dingin sikapnya, kalau aku dinaggap kawan, dia sepatutnya terbuka berbincang, lantas hati aku berkata...mungkin aku hanya diperlukan bial situasi TERDESAK. sekarang aku tidak diperlukan lagi, tidak emgapa biarlah aku terima hakikat itu walau berat. tapi ada RINDU berbekas, apa khabar dia sering etrtanya dlm hati, rindu untuk melihat wajah wajah mongel yang pernah aku cium. Mungkin aku tidak bertemu mereka lagi dan mungkin juga mereka hanya sebhg mimpi indah yang pernah hadir untuk menguatkan semangat aku. Aku teringat dulu, Rin pernah bertanya pada aku apa salah dia...bila Fa unfriend dgn dia...aku tahu apa yang Fa fkir tapi aku minta Rin tanya dan uasaha sendiri..aku sama sekali tidak suka menjadi orang tengah. Doa dari hatiku...semoga dia berjaya dalam usahanya dan impiannya...mudah mudahan Allah cepat mebuka mata hatinya dan jangan mudah terpedaya walau dengan mainan air mata. Ada banyak percakapan dari hati, tapi bukan semua manusia memiliki hati yang suci dan bersih.

Aku terus mengutip RINDU. Aku simpan kemas dihati. Rindu aku pada kak long saban hari, kalau tidak pagi, malam, kalau tidak malam, pasti dalam tidur aku. Wajah mendung kak long yang tersimpan seribu satu rahsia rasa sering berada dimataku. wajah yang aku tidak faham, walau kita dilahirkan daris atu perut, dibesarkan dalam satu persekitaran, mengapalah VALUE kita sangat berbeza...persoalannya disini ialah ILMU. ya akus eotrang yang lebih berilmu perlu megalah, aku sudah mengalah, aku sudah lebih 3 kali mohon maaf, walau aku tahu apap yang aku lakukan...cuma seklai aku minta ayuh hadapi eknyataan, jangan dilayan persaan yang tidak tentu arah itu...perasaan delusion yang dipuja berzaman dan dikhabarkan kepada semua orang untuk meraih simpati. Aku faham permainan along...aku akur kemahiran manipulativenya sangat HEBAT!. terkadang aku menerima keadaan mungkin lebih baik kami bergini, lebih ramai kawan aku terlibat dgn along, lebih ramai juga heran dan terlibats ecara langsung, Sukar untuk aku bercerita melainakan orang yang tajam pandangan dan fikiran mcm kak umai. Untuk aku tidak timbul soal siapa sokong siapa sebba kau tidak pernah mencari penyokong dan aku tidak perlukan penyokong. Apa pun dan bagaimana pun...hati pelik aku menyimpan RINDU yang sarat buat along. kalau mak pergi dulu, aku perlu adil dengan along, aku teringin nak jaga along bila along sudah tak berupaya lagi. Along tetap along aku dunia akhirat. tapi sikap along sangat keterlaluan, kami tidak pernah putus berdoa agar along berfikir dengan betul, agar along kembali sebagai seorang yang mencari dan amalkan kebenaran bukan kemahiran membelit LIDAH.

Aku akan buat satu surat untuk along. Biarlah aku luahkan segalanya disitu...biar anak anak aku faham, aku memiliki sekeping hati yang bagaimana...surat khas buat along. Selepas pemergian Arwah Azman, tinggallah aku dan along berdua yang agak rapat umurnya. Pemergian Azman mebuatkan aku menajdi lebih rapat dengan along dan dalam waktu itu aku banayk bertemu dengan unsur unsur yang harus aku PERANGI. Selama ini perasan baik sangka aku MEMBUTAKAN mata aku sendiri. Kesian adik adik yang perlukan pembelaan yang wajar dan kasihs ayang yang ikhlas...bukan kepura puraan yang penuh benci, dendam dan iri hati. Kini kami lebih bersatu tanpa along. Azwan sudah banyak berubah kearah mencari jati diri. hati aku masih terhiris bila along sering menghina adik sendiri dan menjaja cerita aibnya kemana mana. ternyata oeg yang kita sering hina itu lebih dulu diberi hidayah dan kebaikan dari kita sendiri. Kami lebih bermuafakat, seiya sekata dalam hal susah senang. kami bertambah gembira dengan kehadiran puteri jelita Mia anak adik fatin yang menyayangi dan menghiburkan semua
orang. dan dalam beberapa bulan lagi bertambah lagi keceriaan kami dengan kehadiran adik Mia. Adik bongsuku selamanya adik...dari kecil mungkin hingga aku tutup mata, dia perlukan tempat istimwe sebagai adik yang perlu ditunjuk ajar da dibentuk kehidupannya. Bukan semua orang dilahirkan BERTUAH, kalau kita tidak bertuah bukan bermkana kita tidak mampu memnbahagiakan orang...bahgaikan orang orang yang kita sayang seadanya. Kasih sayang bukan boleh dipaksa, kalau sering membuat pekara kebencian, kasih sayang boleh hilang dari hati.

Aku ingin terus BERULIT RINDU...rindu sebahagian dari hidupku...MAsih ada RINDUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUU

Enough is ENOUGH!!


1.30 pagi, menjelang hari hari terakhir 2011, aku membelek blog melihat tulisan yang lepas lepas, diam diam sudah 4 tahun aku menulis blog.semakin lama semakin kurang tulisan aku. Itu buktinya semakin lama semakin sibuk dan semakin banyak yang perlu aku utamakan dalam aktiviti seharian walau idea tidak pernah kering. Aku berharap tahun baru kesempatan semakin banyak untuk aku garapkan buat tatapan insan insan tersayang dimasa akan datang.

Dikala ini, semua ahli keluarga sudah tidur, malam ini kami dinner diluar bersama acik sekeluarga kerana meraikan mak dan bak. mak sempat meyambar hand beg baru persis handbeg acik..ternyata jiwa mak seakan jiwa acik. tidak hairanlah mak dan acik begitu kuat chemistrynya. sekembali dari makan makan, mak pening pening dan macam nak demam, aku bekalkan mak ubat dan suruh mak tidur selepas menyapukan cream percubaan ke muka mak. mak dah jadi bahan uji kaji cream siput kami hehe. Nana sangat sibuk mengemas beg ke asramanya, anak aku bakal menduduki tingakatan 3 tahun depan, tingkat ke 2 penentu masa depannya. sekaligus bakal menjadi salah satu IMPIAN dalam senarai impian 2012 aku. Mudah mudahan dipermudahkan Alalh untuk mencapainya.

Sesekali berdesus desus kedengaran pernafasan mak tidur, letih sangat agaknya mak, tapi yang apsti dia gembira dapat memilki handbeg impian dari duit saguhati org org felda. Ni lah masanya mak nak merasa, sedari dulu asyik penuhi kehendak anak anak saja termasuk kehendak aku.Sumpah beg mak sangat cantik, aku pun berkenan, tatse adika ku hebat, taste muda belia, taste seorg yang eligent, moden dan kotemporari..inilah kali pertama aku begitu berkenaan dgn pilihan mak dan linda, biasanya aku pandang gitu gitu saja, aku ada taste tersendiri hehe, memandangkan koleksi beg beg aku sudah ditahap MEMBAZIR, aku perlu kuatkan hati dan jiwa...ENOUGH IS ENOUGH!!

Kedatangan bak petang tadi terus menyambut mesra dan ceria tentang ahsrat untuk ke Bangi bertemu muka dengan keluarga disebelah Ummi. Mak berkali kali kata, Niza yang cadangkan, sambil dia pergi kerja. Esok hari terakhir aku ke pejabat di Nilai, esok adalah penutup tirai segala kenangan pahit dan manis diNilai. Aku terlalu ingin berpindah segera ke PJ, sudah terlalu penat, sudah terjeruk rasa sunyi dan terpinggir dari kwn kwn, sudah kehilangan track kerja yang betul akibat tiada keterikatan supervision. Boss main lepas tangan saja, mcm lah aku superwoman atau malaikat. Sudah terasa bayang bayang seakan ingin saja RESIGN atau UNPAID leave. Unpaid leave memang ditolak awal awal lagi tanpa alasan yang munasabah.Pelbagai cara aku creatifkan cara aku mengatasi masalah aku di Nilai, termasuklah dunia networking, travelling dan business.

Kiranya aku berjaya Alhamdulilah, aku membawa pulang ke PJ dengan 2 proposal business yang sudah berlangsung dan dlm pengamatan business ke 3. ja kata diversify!! aku tak belajar bisness tapi aku buat je apa aku fikir perlu dan peluang. Mungkin itu satu anugerah tuhan, moga semakin hari Allah menajamkan bakat yang semakin terserlah ini.ja berpesan pada aku untuk buat satu master plan business, dan lihat jalinan keterikatannya satu persatu. ja faham apa yang ebrmain dalam kepala aku, ja secara tidak langsung menjadi pakar rujuk. Aku seseklai tidaka kan mencari org lain untuk panel account dlm bisness aku...Suaniza sepupu aku sebaik baik calon. Alhamdulilah.

Esok, aku pasti gembira melihat aksih kembai bertaut demi sebuah kehormatan keluarga, kalau ikutkan banyak hati terluka, sukar untuk terus bersua lagi, namun mengalah bukan bermakna kita salah, megalah demi Allah, mungkin tidak cukup dengan sifat mengalah aku, aku perlu nasihatkan mak dan bak dan rancang agar mereka mengalah. Usah dipanas dan dipanjang panjang lagi ceriat cerita lama. cuma aku kesian pada adik linda, dia lagi sukar untuk menghadapinya. Agaknya inilah anatara tugas Allah sudah gariskan dalam job scope aku sebagai insan didunia ini, aku perlu kuatkan hati tahankan jiwa, lihat kesan akhirnya bukan perasaan semata, yang lepas biarlah lepas, walau berkali kita sudah minta maaf, walau kita sebenarnya REACTION bukan ACTION. Apakan daya, sedikit dikalangan kita memahami dan positive, selebihnya lebih suka menyucuk dan menyimbahkan lagi minyak pada bara, hingga meninggalkan bekas yang terlalu dalam lukanya. Aku hanya manusia biasa, aku buat salah aku juga biasa raeksi secara salah, tapi aku boleh maaf org lain dan aku juga cepat meminta maaf dari org lain. Selebihnya biarlah Allah yang menentukan kerana Allah yang memegang kunci hati manusia, aku hanya mampu TERUS BERDOA pada yang ESA...memohon KEESAANNYA membawa sebuah MIRACLE. Amin

Wednesday, December 28, 2011

Sebelum Tirai TERTUTUP


Lagi 3 hari menutup tirai 2011, Aku begitu banyak idea untuk etrus dicurahkan ke sini tapi keadaans angat tidak mengizinkan. Bila malam idea membuak buak keadaan pC yang agak tinggi menajdikan agak mustahil utk aku sakitkan kepala mendongak menulis bait demi bait disini, dan aku juga yakin bukan juga satu kerja mudah buat wahida untuk aku lantik dia sebagai penaip blogku.

Semalam lepas bincang dan bincang, aku dan hubby mengambil keputusan untuk membeli monitor baru, arghhh tidak sabar aku untuk terus berkarya, melayan pelanggan dan menambah kenalan demi bisness. Serasa berbeza bila ada wifi dan desk top dirumah apalagi sangat laju servernya, aku terasa seolah aku sudah memilki office yang lengkap dirumah. Anak dan suami boleh tolong tengukan system tempahan dimonitor, boleh tolong siapakan order dan bungkusan, boleh tolong proceed untuk dihantar kepejanbat pos, pagi ini pun fayyadh sibuk bertanya, Mama ada order tu..sapa nak poskan ayahkan sudah pergi kerja, saya boleh tolong ma, saya suka buatkan untuk mama...sejuknya perut aku terasa dengan kata kata fayyadh...sambil senyum..oh very thank you yad..tapi mama akan buat sendiri on my way to office. Kami sudah sebati dengan BISNESS. Alhamdulilah.

Aku dapat rasakan peluang semakin banyak mengahmpiri, office tidak lagi menjadi medan bisnessku sebaliknya rumah sendiri, apa lagi bila anak anak sudah kemabli kesekolah, semuanya boleh lebih teratur, idea pun boleh diteruskan dengan lebih sempurna. nampak gayanya tahun 2012, aku punyai banyak peluang untuk lebih mneyendiri lebih serious berfikir dan mungkin boleh lebih berbakti..Insya Allah. saban hari pertemua demia pertemuan dengan potential clients, potential business partner membuka ruang ruang yang lebih besar dan ada kaitan. Aku terasa seakan keberkatan dan rezeki itu semkain menghampiri kami. Alhamdulilah. Aku ingin menggunakan sepenuh mata hati dan minda untuk mengariskan idea idea yang sedang bermain dibenak kepalaku ini.

sudah 3 hari mak dan anak anak ada dirumahku, bermakna sudah 3 hari juga rumah emnajdi perkampungan buat anak anaks edara, aku bahagia walau agak kelam kabut, semalma aku sempat membawa mak jalan, jalan dan makan makan, aku tenguk muka mak penuh bahagia dapat berjalan dengan aku, sesambil berbual, aku tertitis air mata bila mak menyatakan sangat risau dengan kesihatan aku, katanya selepas Azman, akulah harpannya untuk menumpang hidup. Aku emngucap pada mak...saya sering meminta mak, untuk dipanjangkan umur demi anak anak, keluarga dan kebaktian yang saya cita citakan...tapi apalah daya kita kalau takdir ajal sudah sampai...saya sangat bahagia melihat perubahan adik lelaki saya kerana satu hari nanti saya ingin meletakkan harapan yang tinggi padanya demi mak. Aku bahgaia tgok mak makan cheese cake, mak suka rupanya, mak sedut fresh oren, aku bahgaia merasai semua itu dengan mak, dan aku ingin ada banyak kenangan manis dengan mak. sesambil itu aku pujuk mak untuk menunjuk muka demi silaturahim dan kekeluargaan dirumah ustaz rashidi sempena pertunangan Nurul beberapa hari lagi. Aku sanggup tolong bawa pergi dan balik. rasanya idea aku berjaya, aku katakan pada mak, kita tidak mampu tutup mulut org mak, tapi sekurang kurangnya kita buktikan pada mereka , kita tidak seperti mana yang mereka fikirkan pada kita,saya tahu mak terluka, saya turut rasa kepedihannya, tapi untuk kita mak, org expect kita beradap sopan, pandai ambik hati, utamakan mereka, sedang kiat tidak pernah dapat apa yang mereka dambakan pada kita, kdg kdg memang hidup ini tidak ADIL..sangat tidak adil tapi kerana kita ada Allah yang maha mengerti, kita buatkan semua ini demi Allah, kita tidak harap kan mereka PLEASE kita, atau balas apap yang kita buat, selesai saja pertemuan, tugas kita selesai demi Allah yang meminta utk TIDAK PUTUSKAN SILATURRAHIM. sebenarnya bukan senang aku nak convince mak..bukan senang juga aku nak paksa mak...mak melalui JOURNEY tersendiri yang membentuk dirinya begitu...apa pun DIA mak aku..kalau perkara baik aku akan pastikan dia berada dalam KEBAIKAN itu...hanya untuk mu mak!!

3 hari ini, hari hari terakhir aku di Nilai office, hari ahri terakhir aku mengenangi bagaimana aku lalui 5 tahun disini, dengan LUKA hati yang tidak bertepi dengan kepenatan yang tidak TERUCAP dengan kensunyian, keboringan dan segala hambatan persaaan yang hampir mengoyangkan charcter aku sebagai Niza. Alhamdulilah, lesson from God menjadikan segalanya KEMAS tersimpan dalam memory, pahit dan manis, aku harag mereka yang datang untuk apa tujuan seklai pun dalam tempoh ini, kerana desakan desakan itulah aku bertemu dengan peluang peluang yang lebih hebat sekarang.sedikit pun aku tidak menyangka, pagi ini aku menerima TEXT mengejut dari Jimmy, mengapa tiba tiba Aku ada dalam fikirannya..aku pantas membalas mesej itu, mesej yang berharapa agak aku baik baik saja, selama Alalh memerhati gerak geriku, insya Allah semua nya jauh sangat baik baik saja. Aku tetap rindukan dia sebagai teman ..teman yang pernah menghuni disudut hati ini yang pernah membuatkan aku ketawa dan tersenyum walau hati ini hancur berkecai dikala gelapanya pandangan tanpa sedikitpun bayangan harapan jelas langsung tidak lagi kelihatan. Dia lah disitu melakar sepotong kenangan yang menambah manisnya corak kehidupan ini. Dia akan terus disitu, setiap kiriman beritanya tetap aku hargai dan dari kejauhan ini aku doakan cinta dan cita citanya berjaya.

Masih banyak yang aku coretkan sebelum tirai 2011 tertutup, aku menunggu mood yang sesuai untuk aku lebih mengerti apa yang aku rasa dan fikir, dan apa yang sedang terbentuk dalam luku liku hidup ini. Nilai membawa seribu kenangan dan mencipta seribu ruang buat aku INSAN KERDIL yang ingin terus menikmati ruang ruang INDAH ciptaan tuhan ini.Dikesempatan sebelum tirai 2011 tertutup, biarlah aku meluahkan semua yang terbuku diminda dan hati, untuk aku simpan semua kepahitan dan terus mencari seribu kemanisan baru yang sedang menanti langkah perjalanan yang bakal aku terajui... bantulah aku ya Allah!!

Wednesday, December 21, 2011

Terima kasih TEMAN


Hari ini 21 Dec 2011 jam 6.15pm, Aku memilih untuk masuk, duduk dan order makan buat pertama kalinya selepas 2 minggu ditimpa demam dan selera makan mati terus. Bila menyuap Shrimp spagetti Oli terasa sedapnya ..alhamdulilah lantas aku terinagt untuk berkongsi berita ini dengan kwn sms mknku..pak wan " baru terasa Spagetti Oli ni sangat sedapppp...hmmmm kat Manhattan Fish Market".

Dec terkenal dengan bulan yang cuacanya tidak pernah lepas dari hujan dan jam. Demi janji dgn anak anak dan najma, aku keluar office setengah jam lebih awal dan etrus emnuju ke Cineleisure untuk membelikan mereka tiket show..Alvin and The chipmunk 3 jam 8.20mlm. Melihatkan parking yang sangat padat, lantas aku berhajat untuk terus tunggu sehingga mereka datang, dan aku sms kak nonie minta dihantar dan aku sms sani untuk park jauh di Tesco dan aku menunggu dalam Cineleisure. Aku ada banyak masa untuk berfikir, bertenang dan menikmati WAKTU KESEORANGAN. Mungkin selera sudah semakin ada, aku juga sempat meninjau gerais ekeliling, tiada yang berkenan sangat pun dan sempat juga membayar bil maxis yang tertunda lantaran tidak keluar rumah langsung sempena tidak sihat.

Sambil meneruskan makan, aku mencapai tisu dan pen, sesekali melihat sms yang diterima, cepat jugak Pak wan yang terkenal dengan busynya itu membalas. Messagenya cukup memberikan aku rasa TENANG dan aku sempat mengusiknya konon dia seorg yang ramai peminat.hehe. Aku seprti biasa dalam direct ada gurauan, aku tahu message aku akan membuatkan dia rasa gembira. Biar dia gembira petang yang tidak ceria itu dan membawa ke tidur malam nanti. hehe. Aku merasa agak tidaks abar untuk memeluk fayyadh yang 3 hari berada dicamp. Mendengar cerita ceritanya, mengamati process mindanya. Sekejap lagi itu yang pasti dengan Izin Allah.

Hajat untuk menemui kwn kwn masih banyak yang tidak tertunai. Kak Riz, kak Umai. Aku sayang mereka ini termasuk kak nonie. Meningat rasa sayang pada kwn kwn ..aku juga terinagt rasa sayang aku pada Neli. Ahhh kdg kdg kerana sayanglah kita akan lebih TERLUKA. Terluka dan melukai sering ebrlaku dalam hidup, tiada siapa yang terlepas, namun bukan semua memiliki KEKUATAN untuk melupai kelukaan yang diberi dan dibawa oleh orang orang lain dalam hidupnya. Kekuatan untuk MEMADAM luka itu ..itu yang TERBAIK. Teringat aku sharing dari Eita siang tadi...hati aku memuji muji strong betul Eita ni...baik betul pendirian budak ini...moga Allah membantu Eita untuk terus mengahdapi cabaran seorang menantu dan ibu mertua. Aku minta Eita jangan contohi aku..kes kita berbeza. Suami Eita ada kekuatan yang tidak ada pada suami aku..so hargailah dia.

Beg kiriman Maria hampir habis, satu aku reservekan untuk kujadikan kenangan hati buat Ja sepupuku yang bersusah payah membantu dan meyakini aku. Untung ciput tak pa..aku lebih seronok melihat kwn kwn happy. Sinar gembira dimata mereka seolah olah TENAGA buat aku. Satu beg jugak aku hadiahkan pada isteri Zul. Sudah terbayar niat lama yang terdetik. Sebagai tanda terimakasih pada zul, yangs anggup bersama aku dan menyokong aku susah dan senang. Zul banyak back up aku dibelakang. Di office Nilai ini, aku hanya ada zul yang merasai apa yang aku rasai.

Aku ingin nikmati MOMENT yang sedang berlaku...bukan risau berlebihan pada masa depan yang belum pasti, juga bukan untuk mengenagi segala kelukaan yang telah terjadi...sengata aku hanya DOA...DOA yang menghubungkan aku dengan Allah...Allah yang menjaga dan memiliki kunci hati manusia...Allah yang sering memelihara gerak geriku. SEhabis aku menulis, sms terakhir dari pak wan...Alasan dan sebab berbeza, ada tersurat ada tersurat, tapi hakikat tidak boleh dipertikaikan lagi. Sungguh INDAH bahsa orang yang bergelar cendikiawan ini, yang seumur hidupnay dihabiskan dengan Ilmu, kemanusiaan dan kebaktian dalam diam diam kata katanya memberikan aku semamngat, kekuatan dan ketenangan...Terimakasih Pak Wan..Tetima Kasih Teman...ada jodoh dan pertemuan kita BERSUA lagi atas Izin Ilahi.

Monday, December 19, 2011

Nikmat disebalik sakit


Hari ini 19 Disember , lagi sepuluh hari tamatlah perjalanan tahun 2011. Namun hanya hari ini baru aku baerkesempatan untuk meneruskan penulisan yang tertangguh , itupun buat julung kalinya ditaip oleh anakanda kesayangan Kak Nana. Entah mengapa seminggu sekembali dari Korea aku jatuh sakit, hingga hari ini sudah masuk lebih sepuluh hari aku demam yang tidak berhenti dan bergantung pada Parcetamol dan Buren.

Seingat aku, hari kedua di Korea, kaki dan peha aku terasa kebas , sangkaku ini adalah kesan pertukaran cuaca. Rasa itu semakin ketara dari hari ke hari. Sekembali dari Korea, aku hanya sempat dua hari berada di pejabat, hari ketiga aku sudah pergi dapatkan khidmat mengurut tradisional Cina dari tempat urut berdekatan, kalau sebab kepenatan urut bisa mengubati. Pada malamnya aku merasa sedikit kelegaan.Namun semuanya tidak berakhir disitu bila sakit itu berulang keesokannya dan seluruh tubuh mula rasa tidak selesa.Namun ku gagahi kaki dan badan ini meneruskan aktiviti yang sudah dirancangkan walau aku sudah jauh down dari segi perasaan. Pada hari itu, airmata tidak henti keluar dari kelopak mata diikuti satu perasaan sayu dan sedih yang tidak ketentuan, lewat tengahari aku ada temujanji denagn Hera. Pak Wan tak dapat turut serta, masa bersembang dan makan-makan dengan Hera , tubuh aku seakan mmelayang-layang, mata seakan bila-bila sahaja boleh terpejam. Sekembali dari perjumpaan itu, aku ingin meneruskan permintaan anak-anak untuk menjemput mereka di kampung. Memandangkan hati sudah tidak keruan lagi dengan pujuk rayu Harraz, aku lupakan soal tidak selesanya badan, terusku pecut Stream hijau dengan kelajuan 100 km/j menuju ke Teratak Kasih Bonda dalam masa hanya 3 jam 45 minit .

Sesampai di rumah Mak, aku menyambut air mata Harraz yang penuh rindu pada aku ibunya, rasa berbaloi melawan rasa sakit demi dia, selepas itu perlahan-lahan tubuhku semakin tidak bermaya hinggalah keesokan harinya aku meminta Bak untuk memandu pulang ke KL. Tidur terakhirku sebelum kembali ke KL didatangi jelmaan wajah Iwan berjubah dan serban putih bersama pengikut-pengikutnya mengusap belakang rambutku dan berkata ...Ini Kak Ngah aku, aku sayang dia. Sesampai di KL , aku semakin teruk , badan penuh berangin dan sengal-sengal sendi otot serta kepala. Jelas kelihatan bonggol-bonggol di lengan entah apa kena aku sendiri confuse.

Keesokan harinya, dengan kepala yang berat dan sengal-sengal badan aku ke klinik, doktor memberikan aku ubat demam dan tahan sakit serta MC. Sakit terus berulang hingga hari ketiga, ubat sudah hampir habis lalu aku pergi lagi berjumpa doktor. Kali ini Dr menyarankan untuk membuat ujian darah kerana dikhuatiri denggi. Pada malamnya, keputusan diketahui negatif denggi, aku disarankan untuk meneruskan pengambilan ubat demam dan tahan sakit. Tiga hari kemudian , setelah ubat hampir kekeringan aku nekad untuk menemui Dr. Subash. Dalam pengesahan Dr. Subash, confirm aku menghidapi virus infection tapi kes aku agak pelik sebab tubuh tidak bereaksi suhu yang tinggi, agak sukar untuk meneliti kes. Dr memulakan Broad Spectrum Antibiotic yang sangat kuat. Selama lima hari perlu menghabiskannya dan melalui tindak balas badan pada kekuatan antibiotic itu. Kadang-kadang aku hampir pitam. Lima hari antibiotic berlalu, aku masih dengan ubat demam dan tahan sakit. Hari ini kali kedua aku berjumpa Dr. Subash lagi. Demi mencari punca yang lebih jelas dan untuk menyediakan ubatan yang betul, dr menyarankan sekali lagi ujian darah. Kali ini untuk menyiasat kehadiran virus jenis apa.Dr juga termenung dengan keadaan aku, katanya sukar untuk diagnose kerana suhu badan tidak tinggi. Hari ini Dr berkata , kalau ujian nagatif anggaplah tubuh aku sedang adjust untuk kembali normal. Kalau positif, aku akan diberikan rawatan susulan bergantung pada jenis virus. Serta-merta aku terfikir,kalau negatif aku akan dapatkan rawatan tradisional di kampung hujung minggu ini.

Apabila kita diduga dengan sakit, baru kita sedar betapa nikmatnya sihat.Kita tertanya-tanya pada diri kemana dan bagaimana kita menghabiskan tiap minit waktu sihat kita. Untuk perbuatan yang sia-sia, yang tidak memberi manfaat pada org lain dan diri sendiri,timbul kesal dalam hati.Alangkah ruginya kalau waktu sihat itu pasti tidak kembali lagi. Aku pernah teringat bagaimana aku terlalu inginkan waktu rehat untuk bersama anak-anak, waktu aku tidak perlu memikirkan suasana kerja yang sangat membosankan ini. Bila aku cuba mohon secara baik unpaid leave orang tidak layan, agaknya Allah berikan aku full paid leave. sesungguhnya aku berbaik sangka dengan apa yang sedang aku hadapi kini, sesungguhnya Allah Maha Melihat keadaan hambanya, Maha Memahami kesusahan dankeperitan hambanya, Maha Mendengar rintihan hati dan perasaan hambanya dan Allah itu sangat adil sifatnya.Inilah penawar dalam aku mengharungi rasa sakit, dalam aku menghadapi rasa terkilan semoga segalanya adalah aturan dari Allah yang terbaik buat aku. Aku bersujud dengan lafaz Alhamdulillah syukur ke hadrat-Mu Ya Allah dan aku PASRAH dengan takdir ketentuan-Mu kerana Kaulah yang lebih pasti apa yang terbaik buat aku. AMIN.