Tuesday, December 21, 2010

Semuanya SELAMAT


20 tahun yang lalu, aku masih teringat bagaimana perasaan aku ketika menunggu dan membantu mak bersalin di Hospital Daerah Kemaman. Ketika itu aku baru disemester pertama Pusat matrikulasi, kebetulan pulang bercuti dan merasa satu nikmati berdepan dengan mak yang sakit bersalin dan aku berpeluang berada disisinya walau pada asalnya aku amat tidak suak bila mak beritahu MAK MENGANDUNG LAGI!!. masa tu apalah yang kita mengerti, yang kita tahu tak nak mak susah susah untuk sarat membawa perut, dimasa yang sama ada satu perasaan Malu..mak dah agak berumur mengandung lagi..lawak bila difikirkan..aku memangis bila mak beritahu berita dia mengandung, aku bayangkan kalau mak ada komplikasi melahirkan aku tentu kehilangan mak sedangkan pengajian aku amsih ditakuk permulaan.

Serasa pengalaman itu cukup perit buat aku dan cukup sayu hati aku melihat mak dan tumpah darah yang agak luar biasa. Muka aku cemas dan perasaan berdebar debar bila aku tolong mak menyalin tuala wanita yang terlalu kerap ditukar dan mak sangat lemah ketika itu..ya lah mak melahirkan adik bongsuku diusianya lebih 40an. Perut mak besar sangat ramai yang mengatakan kemungkinan kembar. Masa tu manalah ada teknologi scanning yang terus boleh melihat janin dalam kandungan seperti sekarang. Bila aku bergelar budak universiti, Bak memang suka menyerahkan kerja pada aku, aku yang daftarkan nama adik bongsuku..memang bak berpesan dia inginkan nama ASMIDAR sempena nama watak Ogy Ahmad daud dalam filem Ali Setan. Aku pergi mendaftar nama adik dan aku pandai pandai sendiri alter nama itu untuk bunyinya lain dari orang lain ASMIRDA. haha..aku syok bila nama adik aku ada trademark aku..lol tarikh keramat itu ialah 21 August 1989.

mak sukakan DRAMA swasta, ada satu watak wanita penyabar yang bernama Fatin dan ketika mak mengandung lagi mak sudah memebritahu aku untuk memangil adik dengan nama Fatin. Hinggalah sekarang kami emmangil adik bongsuku ini adik Fatin. wataknya sensitif seperti watak Asmidar juga dan sedikit gedik yang kekeadang mambuatkan aku berbulu dengannya..KEMANJAANNYA agak luar biasa..yalah anak bongsulah katakan. Semalam ketika aku merenung wajah adik fatin ku ini yang sedang perit dan getir menahan sakit, minda aku menyorot kesakitan mak ketika mengandung dan melihirkan dia..sebagai ganti mak, aku dan acik silih berganti duduk dikepalanya berpesan untuk sabar menahan sakit. Ketika aku menerima berita dia sudah keluar tanda untuk berslain sepantas itu juga mak menelefon aku dan menangis...NGAH MAK HARAPKAN NGAH SEBAGAI GANTI MAK...suara esak mak adalah suara hati seorang ibu yangs angat perihatin dan penyayang pada anak anaknya terutama anak bongsunya. Dia terkilan dia tidak boleh segera datang sebagaimana anak anak yang lain untuk sedia ebrkhidmat pada anak anaknya. mak mak jangan risau..saya tidaka akn biarkan adik sorg sorg..jawabku untuk menyedapkan hati mak.

Aku yang kebetulan tidak pergi kerja dek kerana asthma menyerang semenjak semalaman terus seakan sihat dan mengenepikan keuzuran sendiri. Dengan adik iparku Zamri kami berkampung dihospital Sungai Buluh. Biaslah hospital kerajaan yang terlalu ramai pesakit, layanan bukanlah seperti hospital swasta, menunggu saja separuh hari hanya untuk menunggu DR check keadaan JALAN peranakan. Adik diminta balik dan diminta datang semula pada due date 2 January 2010 dalam keadaan sakit dan keluar darah. Linda menangis sambil menceritakan MIMPInya, dia bermimpi banyka kali rumah mak buat kenduri dan dia sangat risau dan menambahkan risau aku, lalu aku membuat keputusan ..ginilah dik ..kita bawa adik ke PUTRA MEDICAL CENTRE..kena bedah..kena bedahlah janji Adik selamat dan kita semua esok boleh pergi kerja.

Dalam masa tidak sampai satu jam menunggu, check dan perbincangan dengan Dr bertugas, Adik terus dipegang untuk diwardedkan atas dasar kemungkinan susah untuk melihat reaksi buaan rahim yang betul kerana adik kecil pelvicnya dan baby tidak akan turun kebawah. Aku segera menyelesaikan RM 1000 sebagai deposit kemasukan adik dan sejurus adik masuk Dr terus menjalankan usaha pertama INDUCED. jam induced kadars akit yangs emakin kuat tapi bukaan pintu rahim hanyalah 4 CM dan kami ada lagi 2 jam kata Dr memandangkan Oxygen baby semakin berkurang dan kesakitana dik semkain ketara, aku tidaks anggup lagi melihat adik kejang kesakitan, lalu aku berkata paad Dr..Kita teruskan operation DR, sebagai kakaknya saya bertanggungjawab dengan segala kos yang akan dikenakan..please aku membuka mulut pada dato Dr Nazri yang kelihatan termenung merenung Adikku. abgus Dr ni..dia bukan senang untuk menagatkan terus bedah..kalau boleh dia pun mahukan kita rendahkan KOS tapi dia sendiri termenung panjangs eolah olah terpaksa ambik jalan kedua tapi aku perlu berani untuk minta disegerakan memandangkan WAKTU. Adik aku tercungap cungap dan keekjangan dalam kesakitan..radzi memang tidak berani minta, dia risaukan kos ..itu pun bila aku minta dipercepatkan dan gurantee kan dgn Dr..dia menitiskan airmata sambil berkata terimakasih Angah.

wahai adik adikku semua, Rm 5000 itu adalah sedikit berbanding nyawa kalian, kalau kalaian sudah tiada Rm 1 juta pun tidak bermakna lagi..itu yang bermain difikiran aku. Kelihatan para team bedah bersiap sedia dan menghubungi sana sini, pakar biusnya, pakar kanak kanaknya...dan Dr senyum dengan aku sambil meberitahu..pkul 9.00mlm kita tolak adik you masuk Operation teater. Alhamdulilah dan aku terus dapatkana dik dan suaminya minta bersiap sambil aku berpesan pada adik alih kesakitan itu dengan mengingati Alalh..zikir dan abca segala ayat terutama ayat kursi sepanjang Dr sedang mengusahakan kerja kerjanya...jangan sekelip pun terlupa pada bacaan untik mengiringi rahmat dan pertolongan dari Alalh dik..pesan aku berklai kali...Aku melihat wajah mak pada adik..aku bukan melihat wajah adik...aku tahu semangat mak bersama adik walau jasadnya saja dikampung sana.

Alhamdulilah, selesai kami makan malam ketika naik keatas ruang ward semula, keliahtan seorang bayi mongel menangis nyaring kesejukan agaknnya dan hati aku berkata itulah baby adikku...Adik linda amsih ragu ragu..namun hati aku yakin itulah babya dikku..dan hati aku menegur baby itu..his ayang assalamualaikum..selamat datang kedunia ini...selamat datang dalam keluarga ummi..ummi rasa macam anak sendiri. kami tidak dibenarkan untuk mengambil baby, dan siayah barulah bergegas masuk untuk mengazanakn baby..aku leihat ada sinar sangat bahagia dan lega dimata Mohd Radzi adik iparku. Senyumnya tidak putus putus kami semua mengucapkan tahniah padanya..dia sibuk emberitahu bagaimana satu jam melihat usaha usaha DR untuk mengeluarkan anak kesayanagnnya itu. Syukur Alhamdulih..syukur akhirnya segalanya kemuncak tekanan telah berakhir.

Aku masuk kebilik adik mengucap dahinya sambil mengucap tahniah. Muka adikku yang tadi kelat dan biru kesakitan kita ada sinar kemerahan bahagia dan ceria..aku berpesan..radzi aad sini temankan adik angah dan acik balik dulu..dah lewat esok sebaik habis urusan kerja dan janji jumpa orang angah datang lagi...apa apa hal minta radzi contact angah..adik jangan bimbang apa apa ok SEMUANYA SUDAH SELAMAT.

Alhamdulilah..ku panjatkan syukur padamu ya Allah, kerana kami terpilih sebaagi insan yang bersatu kerana kasihs ayangmu. kami terpilih sebagai insan yang tidak mengenpikan yang tidak mampu, kami terpilih untuk berpleuang membelanjakan kemampuan kami pada yang hak...kau dekatkan lah hati hati kami..kau satukanlah dengan rahmat dan berkat kasih sayangmu.. Orang yang paling BAHAGIA sekarang ialah AKU!!!