Monday, August 6, 2012

JAKARTA Kota Cinta Bersemi



Alhamdulilah Hari kedua Nuzul Quran dan juga bermakna hari ke 18 Ramadhan. Alhamdulilah aku diberi kesempatan oleh Allah yang ESA untuk terus mengesakannya, merasai nikmatnya fadhilat Nuzul Quran, hari dimana Rasululah diberi ayat pertama yang menyuruh manusia membaca dengan nama tuhan yang Esa. Kasih sudah kemas bertahta dihati, cinta sudah ranum berbunga tinggal lagi aku ingin terus sirami cinta ini dan membina mahligai kasih penuh cinta dan bersedia untuk terus berkorban demi sebuah CINTA SUCI. Pagi ini kalimat CINTA ini bermain main dimindaku. Memang selama ini kita hanya MENGAKUI CINTA namun kita tidak memiliki rasa yang cukup, malah jauh sekali mengiyakan hakikat cinta itu dengan PERBUATAN apa lagi untuk capai ketahap SANGGUP BERKORBAN.
Hakikat sebuah CINTA hanya layak untuk Allah kerana Allah yang memiliki CINTA AGUNG yang tiada bandingnya. Kita manusia dicipta atas dasar CINTA dan diminta untuk terus menagih CINTA dan hanya kerana CINTA KASIHNYA maka kita akan TERSELAMAT hidup dunia dan akhirat. Destinasi Cinta kali ini cukup bermakna buatku, kini aku sedar inilah CINTA PERTAMA DAN TERAKHIRKU. Cinta ini terlalu TULUS, cinta ini terlalu nyaman dan menenangkan dan CINTA ini sebuah RASA SELAMAT. Aku tidak hanya mahu dicintai, kerna aku ikhlas menyintai maka aku akan terus mencari ruang ruang untuk diisi, semestinya aku akan lakukan apa saja sebagai investment kasih disebalik pengorbanan pengorbanan sepanjang waktu.
Pertama kali dalam hidup aku berkelana KERANA CINTA. Aku meletakkan jauh jauh harapan dan aras ingin sempurna hanya kerana YAKIN dengan CINTA yang lebih sempurna. Alhamdulilah 3 hari 2 malam, aku lakukan sebuah pengorbanan sebagai saham modal utamaku dengan meninggalkan suami dan anak yang juga sedang tekun beribadat puasa, kalau sudah tiba seru, gamitan Allah perlu aku dahulukan. Jakarta menjadi KOTA CINTA BERSEMI, dikota ini cinta terus tersemai dan akan aku raikan cinta di kota cinta yang lebih besar selepas pengorbanan yang lebih besar didahulukan. 3 hari 2 malam, tiada pakaian sempurna, tiada makan sempurna, tiada mandi sempurna, tiada tidur sempurna, Alhamdulilah semuanya hanya sampingan jika dibandingkan CINTA yang aku harapkan.
Semarak api cinta yang ditunggu tunggu, bersamanya aku melihat dan merasai bagaimana cinta agung insan insan pencinta terdahulu berjuang. Bagaimana cekalnya rasul Allah berdepan dengan malaikat Jibrail menerima wahyu pertama surah Al Alaq. Bagaimana takutnya Rasul ketika itu berdepan dengan cinta agung Allah dan mencari sedikit kekuatan sokongan dari kasih Siti Khadijah sang isteri yang tercinta untuk meyelimutinya. Itu lah titik mula MUTIARA CINTA turun dari langit dan terhimpun dalam NOVEL CINTA khas buat ummat Muhammad AL QURAN Al Karim. Susah payah Rasul  menempuh semuanya itu, akhirnya berbaki hingga hari ini demi menyelamatkan jiwa semua manusia. Bukankan begitu agung kasih Allah, kalau dia berkehendak untuk membiar saja, dia boleh membiarkan saja tapi Allah memiliki CINTA AGUNG pada hambanya.
Mutiara Cinta pertama meminta Muhamamd Rasululah S.a.w membaca, BACALAH BACALAH BACALAH dengan nama tuhanmu yang menjadikan. Dia menjadikan manusia dari segumpal darah. Mutiara cinta ini bermula dengan konsep CINTA ALLAH iaitu keesaannya dan KHAZANAH KASIH SAYANG ALLAH YANG AGUNG iaitu ilmu ilmunya. Allah memandang manusia sama sahaja, yang berbeza disisi Allah hanya mereka yang bertaqwa. Semua manusia layak untuk mencapai taqwa Allah bermakna semua manusia berhak berada disisi Allah, namun sedikit mereka mengingatinya, selebihnya manusia itu jauh lebih sombong dan bodoh sifatnya. Malah sebahagian besar kita mengakui beriman, mengakui CINTA pada Allah namun semuanya seakan hanya dibibir saja, hati penuh agenda sendiri yang mengagungkan nafsu nafsu mazmumah dan mahmudah. Masya Allah.
Aku teringat cerita diri sendiri. Kalau dulu, aku travel sebab ingin mengubat hati yang luka, ingin bersama kawan kawan kawan, ingin makan makan, ingin berbelanja sakan. Begitu jauh dari mencari tuhan walau dihati aku akui perjalanan pahit diselit Allah kemanisan tersendiri. Aku hanya mnegakui CINTA, tapi aku tidak pernah menerokai cinta itu, jauh sekali untuk mengutamakannya dalam setiap langkah dan perbuatan. Begitu jauh aku lari dari Allah setelah aku mengambil semua nikmat nikmatnya, ya aku seorang hamba yang SOMBONG dan JELEK. Perjalanan kerana Allah, menerokai CINTANYA untuk lebih mencari ruang kasih sayang abadi, aku langsung tidak harap apa apa selain itu, tetapi benar sekali bila kita hanya harapkan Allah, kita akan dapat lebih dari kasih sayang Allah, aku bertemu cina sahabat yang senasib dan sejiwa denganku. Alhamdulilah semoga silaturahim kami kerana Allah ini akan membawa kami kesyurga.
Allah memenuhi doaku untuk berpeluang. Ya aku mendapat peluang sepenuhnya dari Allah dan keesokannya barulah kelaziman bulananku datang, aku senyum walau dalam sakit menahan period Cramp ketika di air port. Alhamdulilah berkat zikir yang aku baca, minda mengarahkan aku mencari farmasi untuk dapatkan ubat penahan sakit, ubat sapu dan sedikit makanan dan minuman. Semalam Jam 4 petang, aku berbuka puasa kerana uzur Syarie. Sampai di Kuala Lumpur, barulah aku makan malam bersama hubby di Coffee Bean, sandwich salmon dan teh earl yang dirindui sambil bercerita penuh syukur pada KERAIAN CINTA yang dialami. Insya Allah kalau ada rezeki, hubby akan turut serta dimasa akan datang, kelana demi CINTA beramai ramai lagi membawa rasa tawadduk yang lebih sebagai mercu tanda kita kembali pada Allah membesarkan KEESAANNYA beramai ramai. Alhamdulilah. Kepadamu Mai sahabatku dunia akhirat, air matamu akan terus kemas tersimpan dihati ini sebagai ruang kekal buatku bermohon pada ilahi..ya Allah bahagiakanlah sahabatku ini…temukan dirinya dengan CINTA SEJATI dan peluang hidup yang lebih bererti didalam REDHAMU. Amin