Thursday, October 14, 2010

Jumaat Penuh Rahmat!!


Hari ini Jumaat. hari yang aku rasai kelainannya bermula petang khamis. Hari yang sering aku mulai dengan bacaan yasin buat insan insan tersayang yang sudah pergi. Pagi Jumaat ini juga walau mata hanya terlelap satu jam, aku gagah memandu kereta menuju ke pejabat. Hari ini bermula semula stop by point untuk punch in masuk kerja di Petaling Jaya setelah aku gunakan jalan mudah dan cilok dengan IPhone ynag digunakan semenjak August.

salah tetap salah tapi aku perlu menjawab bagi pihak dan situasi aku. Ada pulling dan pushing factor, semua manusia inginkan kemudahan apalagi jika berada dalam kesempitan dan tekanan itulah hakikatnya. Aku tidak perlu meminta untuk disokong atau dipersetujui oleh sesiapa walau kawan aku sendiri tapi banyak kawan kawan menyokong aku dan mengutuk sistem yang kami gunakan sekarang. Aku tidaks alahkan Bos pertama, bos kedua atau Bos teratas, tanggungjawabku ialah menjawab mengapaa ku menggunakan iphone semenjak August yang lalu. hati tidaklah begitu gusar, jauh seklai berdebar debar sedaris emalam aku nekad untuk berdepan dan jujur dengan diris endiri terpulanglah kalau aku dikatakan tidak baik, tidak bagus. Semua orang berhak menilai, berhak berkata tapi hidup aku bukan untuk memuaskan hati semua orang sedang hati sendiri tiada siapa bertanya sejauh mana kesengsaraannya. Aku tidak minta dibela, kalau mereka merasa aku perlu dibuang kerja ..terpulang, namun aku tetap meberikan jawapan yang betul dari hati dan situasi aku.

Ada kekuatan dari dalam. betulah kata orang...look inside you and be strong...there is hero lies in you. aku dapat rasakan perasaan itu. Aku berhak menerangkan kedudukan aku, situasi aku.

Pagi ini mungkin kerana awal pemanduan sangat lancar dan seronok memandu dengan rasa tenang, bersemangat dan ditemani lagu lagu RETRO. Dari semalam aku tidak terfikir untuk pulang ke kampung memandangkan aku baru pulih dari satu rasa KELETIHAN. Bila mendengar lagu lagu terbayang wajah along, ada lagu lagu yang mengingatkan aku zaman aku bersama along, terbayang wajah mak, lagu lagu yang menemani aku dan mak ketika masa remaja tiba tiba hati menjadi RINDU dan tercetus satu rasa nun disudut KALBU...aku nak balik aku rindu bukan nak makan. Aku perlu turutkan naluri halus ini, aku mempunyai naluri yang sangat kuat dan sering memberi maksud sesuatu. Terus aku letakkan posting diwall FB sebagai menjawab soaln adik adikku...BAlik ke Tidak??..haha tetap akan balik tapi pagi esok aku inginkan perjalanan yang tenang tiada apa yang hendak dikejarkan pun, yang penting cukup istirehat dan capai hasrat. Aku pun teringat untuk menghulur lebih sedikit duit buat mak dan bak. Kesian mereka, duit untuk umrah pun sudah cukup tak payah berrdikit sangat dengan mereka, Allah pasti ganti semula insya Allah.

seketika merenung di PC, Jay rakan sepejabat memanggil aku untuk bacaan yasin dan tahlil di pejabat Arts. Seronoknya ingatkan programme tu sudah habis sempena ramadhan dan syawal sahaja, alhamdulilah En Razak Menganjurkannya setiap Jumaat...makin berserilah hari Jumaat. Aku sedekah bacaan itu buat adindaku Azman yang sering terbayang dimata, aku tidak pernah melupakannya walau sehari. kaus atu satunya adik yang seakan ada kembaran jiwa dan perasaan, semenjak dia sudah dijemput Ilahi jugalah aku semkin sayang pada along. Kami dulu bertiga, Azman ditengah tengah antara peace maker dan trouble maker...kerana itu dia sangat menyenangi aku. sayang Man...kini Afiq saling tak tumpah wajah Man yang aku rasakan seolah olah zaman kanak kanaknya berulang, walau patah tumbuh hilang dan pergi pasti tidak berganti.

Selepas bacaan yasin, sarapan pagi nasi lemak terhidang, Aku dan Azzu mengambil tempat yang strategik sambil makan dan bercerita. Azzu dan Jay semakin rapat dengan aku, itupun setelah aku berusaha keras memesrai mereka. Biasalah salahs atu katogery perhubungan manusia, ada group yang ingin orang mula dulu. Bila pulang semula ke bilik dan mengadap PC, Rin sibuk meluahkan perasaannya, kiranya online sessionlah...secara tidak langsung aku ansihatkan RIn dan diri sendiri, jangan kita biarkan hati kita dicalar orang, kita tidak pasti apa maksud mereka, matlamat perbualan kami tercapai. Rin seakan lega dan meminta izin untuk mandi, haha belum mandi rupannya. hari ini aku juga tenang dengan prinsip yang aku pegang dan DK semakin mengdekatkan dirinya secara terhormat, semalam tengahari rupanya dia berhajat untuk menjengukku dipejabat sambil makan tengahari, sebelum tidur dia telefon lagi bertanya pasal pengambilan xenex dan berpesan kalau terbangun carilah dia ..dia night duty, text or online...tak kuasa aku!!! tak pyh lahhh lelebih..ya jeee...walau kita tak boleh tidur tak pyh cari dia.

Aku dan angah sempat menyamar seseorang mengenakan DK. Dia langsung tidak bertanya siapa malah menjawab dengan rentak dan tarian yang sama..rentak GATAL. Kesunyian lah tu...sambar je melayan sapa sapa janji perempuan dan tidak mahu dikenalinya dan mengenalkan dirinya. BERBEZA cara dia mengenali diri aku...Dias angat berhati hati, dan dia sangat menghormati walau beberapa ayat terlepas dari mulutnya. Lantak Ko!!!

dan pagi ini, selesai dutynya, dia membuat panggilan selamat pagi, aku terus jawab selamat pagi ZOMBIE..haha. berbual sekejap sambil memandu dan dia berjanji untuk menemui aku petang nanti. Aku tidak kisah dan tidak berharap. Usaha usaha kecil sehari dua ini seakan berjaya membina pagar pagar hati. Mohon kekuatan sebenar dari Allah.

Kini aku merasakan ..kita menentukan bagaimana orang treat kita, kalau kita berprinsip orang tidak berani buat sebarangan, jangan pulak keterlaluan dominasi dan strict, tiada orang mahu singgah ditempat yang tiada ruang dan perteduhan. jadilah seadanya kita, bertemu dan berpisah kerana ada keperluan yang bukan bermatlamatkan NAFSU tapi intelectual dan sosial satisfaction as human being. Rasa kebersamaan dan kefahaman menjadikan kita kuat dan bersemangat.

Baru aku faham...we meet with peace for peace.

Cerita semalam..SS3


Semalam Tepat jam 6.30 petang terima panggilan telefon. Ada suara riang bertanya khabar, suara riang juga khabar disambut dan segera berkongsi ceriat cerita pejabat hari ini, penulisan dan idea yang terpantul, kisah kawan yang memberitahu pelaung peluang diNegara Sejuk. Suara bertambah riang, nada sangat gembira, katanya Allah membuka ruang dan pelaung yang beruya rezeki kerana you suka menolong orang. jangan lupakan saya. Aku tersenyum mendengar luahan ikhlas itu...aku dapat rasakan keikhlasannya.

Diakhir perbualan sempat dia bertanya adakah aku melalui jalan dengan tempat kerjanya, lalu aku bertanya mengapa lantas dia denagn nada selamba berkata you boleh singgah dan kita boleh minum. Ringkas. Ok jawabku pun ringkas..lalau dia smskan Alamat SS3/29. Petaling jaya bukanlah bandar asing pada aku, SS 2 adalah tempat aku sering berpeleseran dizaman aku pelajar Universiti dulu. Dengan yakin aku boleh menemui SS 3 dan makan malam bersama sebelum pulang kerumah sementara angah boleh menolong menguruskan adik adiknya dan suami berlatih muzik.

Bertemu seorang RAKAN. Itu yang aku kuatkan pada hati. jangan sewenang wenangnya memberikan hati dan ruang untuk orang asing mendekati sekeping HATI ini. Aku mencabar diri sendiri. Perjalanan dari Nilai ke Petaling jaya cuma 1 jam. Setelah menyusuri susur keluar ke SS2 untuk ke SS3 ..tersangatlah JAmnya...bersusun susun kereta. Aku masuk ke lencongan ss3 tepat pukul 8 mlm. Pusing punya pusing aku hampir putus asa sehinggalah berhenti ditepi jalan berdekatan 3 orang emaja yang sedang berjalan. Memandangkan mereka remaja aku bertanya dengan baik, DIk..kat mana SS3 dari sini, adik adik tu pada mulannya seakan tahu arah yang betul sehinggalah pusing pusing satu PJ mencecah jam 10 malam.

Aku bertanya pada mereka, mengapa keluar malam bertiga dan kemana arah, jawab mereka serentak kami dari CURVE damansara, naik teksi tak cukup duit, so kami berjalan. jauhhhnyaaaa haha remaja banyak energy bisikkku. Lalu aku berhenti disebuah restaurant mamak untuk makan malam dan mepelawa mereka makan sambil bercerita. Mereka masih dibangku sekolah dan sesekali menjawab telefon membohongi ibu bapa amsing masing. Aku tersenyum sambil menyindir lembut..syok ya tipu parents..haha. Sehabis makan aku berikan duit bagi bayran makan pada mereka, pergi ambik teksi dan balik rumah, sambil berklai kali aku menoferkan diri pada si gadis untuk kuhantar pulang ke rumahnnya di TAMAN TUN DR ISMAIL.tapi dia menolak. salah seorang dari mereka meminta no telefonku dn meminta izin untuk bersalam, kuhulurkan tangan berslam dengannya dan dia mencium tanagku ..kak saya tak pernah jumpa orang mcm kakak..terima kasih banyak banyak. sama sama dik..balik rumah tau!! nanti mak risau..dan text me your name ..kakak will save in my contacts..ckpku laju.

Aku terus meluncur laju menuju Perisaran Surian , bila perutku kenyang dengan Tosay telur dan Milo ais, aku teringin seklai mandi air panas dan berihat. Aku membalas mesej yang sibuk bertanya risaukan keselamatan aku, dan aku meminta izinnya ...saya terus pulang ya...sudah penat!!!. Sesampai dirumah bertalu talu soalan dari anak anak, mengapa mama lambat ..pergi mana..esok boleh harraz cuti..harraz lukis plane ni penat..esok nak rehat..hahaha..terhibur mendengar kerenah anak anak walaupun kita penat tapi berhati hati untuk berjanji..anak zaman sekarang sangat sangat mencontohi dan mengadaptasi ibubapa mereka.Dengan senyum aku berkata pada mereka..mama penat ni sayang...esok tanay cikgulah kalau cikgu bagi cuti cutilah..hahaha nasib baik aku terfikir jawapan itu supaya dia tidak mendesak aku berkali kali untu BERCUTI...masa kecil dulu aku pun sangat MALAS ke sekolah...penyakit aku le tu sudah berjangkit pada anak bongsuku..sebenarnya INSAN seperti aku BOSAn melakukan benda RUTIN!!!

Aku menyaipkan diri untuk tidur dan terpaksa menggunakan XENEX untuk tidur dengan nyenyak dan aku memaluk kemas kedua dua anak lelakiku sambil berbisik ..mama sayangkan abang dan dik sepenuh hati mama...bestnyeee cium anak sebelum tidur. Bila anak anakku sudah terlelap, kedengaran telefon bimbit berbunyi lagi...ohhh suara yang letih kedengaran..moga you have a good rest!!..saya masih kerja...selamat malam jumpa esok..haha aku ketawa dalam hati.

Aku merasa sangat LETIH dan TIDURKU sangat LENA hingga ke pagi. Alhamdulilah!!!