Friday, December 3, 2010

DIA perlu dibantu!!


Saturday yang merihatkan..seronoknya bermalas malasan dikatil sambil berfikir apa yang perlu dibuat hari ini walau sebenarnya TERLALU banyak dalam senarai tugasan hidup yang perlu dibuat terutama sepanjang Disember ini. Semalam yang ditinggalkan penuh pengajaran dan keinsafan apa lagi aku begitu banyak berpeluang berbicara tenang dengan suamiku Sani.

Di pagi hari ini juga, fikiranku tidak lari dari mengingati RIN, kat manalah Rin masa ni agaknya??..lantas aku mencapai iphone 3G ku dan menaip pantas text buatnya.."dah sampai ke Rin??..how was the journey??..Pantas juga Rin membalas...dah 1 jam dirumah selepas membuat report polis. Aku rasa itu keputusan yang bijak walau pun dia kepenatan dek perjalanan yang panjang dari KL ke penang dalam keadaan hati yang geram dan sakit. Negara kita ada undang undang!!!

Semalam juga aku akhirnya mendapat kereta yang sudah 3 hari berada diWORKSHOP AWWAI. Awwai mechanic yang aku percayai sejak dulu kerana mudah berkira dan profesional.Inilah kali pertama kerja menyiapkan keretaku agak leceh kerana melibatkan bengkel lain yang khusus membuat service wiring. Bermakna 3 hari juga aku balik seawal pukul 3 petang dari Nilai denagn bas Uia kerana cuba untuk stanby di area berdekatan untuk mengambil kereta. Termasuk hari isnin hari pertama aku diambil oleh DK dan kami pergi ke bengkel Awwai bersama dan aku sempat mengenalkan DK dengan Awwai. Kami Makan malam awal sementara menanti kereta siap dan akhirnya masih kecewa. DK juga menghantar aku ke one utama untuk meyelesaikan bayran bil credit card. Untung juga ada DK yang kebetulan sibuk bertanya kat mana dan kenapa?..dan aku tidak putus putus mengucapkan TERIMAKASIH padanya.

Semalam seharian Rin dipejabatku. Aku menjemput Rin ke rumah bila terbaca statusnya di KL di Facebook. Anak anak pun tiada dirumah, rumah agak lengang, apa salahnya aku memberi ruang buat dia menumpang dirumahku sehabis tugasnya di KL. Malam pertama Rin dirumah, kami membawa Rin makan Kerabu kaki Ayam, masakan Thailand...Rin tidak suka dan langsung tidak mencuba..Tak reti katanya...sambil seloroh aku berkata..satu nimat hidup ko sia siakan RIN...hahaha. Dimasa yangs ama kami singgah di hentain PUTRA untuk mebeli tiket basnya kembali ke Penang. Malamnya aku memrhati gelagat RIN...temanku ini tidak sedar apa yang sedang dia hadapi...dia sendiri agaknya keliru...aku diizinkannya untuk mendegar suara insan yang dikasihinya dan padaku budak itu tidaklah seperti yang diceritakan pada aku. banyak faktor faktor bercanggah tapi Rin masih ingin percaya..meletak harapan tinggi dan tidak memagari HATInya walau mulutnya berkata sebaliknya. Rin banyak melayani telefon..bergayut lagak seperti budak budak belasan tahun yang baru mengenali CINTA. Aku sedikit pun tidak Cuak..tapi meneruskan pemerhatian aku dan mencari ruang terbaik untuk aku meberitahu kebenaran yang aku nampak.

Menjelang pukul 1 pagi..Rin mengisyaratkan padaku...dia memerlukan Privacy dan meminta aku keluar bilik. Mereka meneruskan perbualan telefon.katanya dia yang menelefon kekasihnya itu di Holland , stranded penerbangan, using roaming number..aku cuba jelaskan roaming number tu tersangat mahal. Nombor oversea kalau call ke malaysia lagi murah. dan aku pelik bila Rin memerlukan privacy entah apa yang mereka ingin bualkan. Aku keluar dan meneruskan chatting ku dengan DK perihal projek business partnership kami. Sesekali dia mengusik aku dan cuba mengayat, aku memberikan amran padanya kalau ada unsur unsur hati , maka berlakulah penarikan diri dan kita tidak akan bertemu lagi. Pukul 3 pagi aku dan DK berhenti untuk tidur dan kedengaran sesekali ketawa Rin terkeluar dari bilik tengah yang berkunci itu.

Keesokannya, aku mengejut Rin pukul 6 pagi dan aku nampak rin terkial kial untuk solat pada pukul 6.30 pagi..aku tegaskan padanya aku perlu cepat kalau dia ingin mengikut aku kepejabat. bas ke pejabat pukul 7.30pagi on time. dalam bas, Rin kelihatan seperti tidak tidur sepanjang malam, namun aku masih bertanya, "ko tak tidur ke?".."aha..ntah pukul berapa aku terlelap jawabnya". "Rin aku faham ko seorang yang adventure. Orang adventure dia akan terus menerokai apa yang dia mahu. tapi aku ada alamat aku sendiri pada siapa yang ko sedang berdepan..dia adlah seorang perempuan bukan lelaki seperti yang engkau percaya...dan ko boleh cuba mmeinta bukti darinya..kenapa ko tidak web cam..berjumpa..mana ada hubungan istimewa ..memberi seluruh hati ..asyik masyuk sedangkan belum bersua muka...for me Rin this is nonsence"..penuh berhati hati aku mengeluarkan kenytaan dan perasaan untuk Rin renungi..selamba Rin menjawab.."Aku tahu za,..just wait and see". itulah akhiran ayat Rin untuk menutup percakapan aku. dan seterusnnya dia akan bercerita ..apa dan apa cerita tentang 'Lelaki' yang disayanginya itu.

Seharian aku dipejabat, agenda jumaat kali ini hanyalah meeting welfare fund. meeting yang tidak seperti meeting meeting lain. meeting yangs ering membekalkan aku sebaris nama pelajar yang perlu dipanggil untuk dibantu hidupnya dari sudut psychological supaya dia mampu menolong dirinya sendiri seterusnya. Sekembali aku ke bilikdari meeting room tepat 2.35 petang, rin kelihatan tidur di lap Top..dan dia terjaga bila aku masuk dan aku bertanya.."you tak keluar makan?"..tidak aku malas..aku khusyuk dengan Lap top ni dan FB ni"..ishhhh ..detik hatiku...dia mesti lapar..kesian pulak..tapi dia sendiri seakan tiada will power to be in a healthy way. kami sam sama pulang Ke PJ dans ampai diPJ tepat 4.00 petang dan aku terus mengambil teksi untuk ke Bengkel Awwai.

Selesai mebuat bayaran, aku bergegas kekereta ku yang 3 hari terpisah.Aku sayangkan GEN2 Balck ini selain kennagan aku dengan kak Umai, kereta ini adalah sejarah hidup aku meniti hari hari suka dan duka..dalam kereta inilah aku sering mecipta bahgia dengan kawan kawan dan anak anak. Aku membawa Rin ke Restaurant Kedondong, dalam 5 minit dari workshop dan berdekatan denga ARIANNI. Aku berhajat untuk singgah membeli beberapa helai tudung yang tengah murah gila sempena sale akhir tahun. Setiap langkah bergerak, setiap apa yang ditemuai, Rin pasti megambil gambar dan meletakkan di FB melalui Blackberrynya. Fahamlah aku mengapa kelihatan posting postingnya di Fb bertali arus. kalau boleh dia ingin memberitahu semua aktivitinya ..megambarkan kegembiraannya..dan secara terang pada firasatku sahabatku ini berada ditahap tersangat TIDAK BAHAGIA. Momentum lonjakan dan desakan sengsara itu menyebabkan dia hilang arah dan eprtimbanagan hingga sesuatu yang tidak logik pun dia tidak mampu untuk fikirkan apalagi semua kekaburan itu bersulamkan kemanisan cinta dan kasih sayang dari seseorang 'lelaki'. Inilah hasil pemerhatian aku pada Rin ujurlah aku buang jauh jauh rasa JEMU dan BENCI..rasa JELAK dan CEMBURU bila aku meilih TULUS untuk bersarang dihati sambil menolong penuh ikhlas mereka seperti Rin yang hampir dengan aku dan terus menyanyanginya sebagai sahabat.

Malamnya sedari pukul 6 petang sejurus kamis ampai dirumah, Rin berada dibilik dan mengunc=ikan dirinya..mungkin dis tidur dan merihatkan diri..dan pukul 9mlm aku mengetuk bilik itu untuk mengemas kain baju yang aku lipat sejurus lepas solat isyak. Aku emnenruskan kerja kerja ringan dirumah, sementara waktu untuk keluar menghantar Rin ke hentin bas Jln DUTA. Aku menunggu Hubbyku pulang, dan merancang selepas menghantar Rin kami akan menonton midnight sebagai weekend Couple threat buat kami berdua.

Kami keluar lebih awal dari waktu sepatutnya dari rumah semata mata untuk singgah makan malam atau supper untuk rin yang akan meneruskan perjalanan yang jauh. Aku memilih Old Town White Coffee ..selain berdekatan dengan rumah, juga kerana KEGILAAN ku pada Roti Prata yang kenyang dan menyegarkan minda seperti yang dikatakan DK. Bila makanan yang kami pesan sampai, Rin begiru teruja untuk megambil gambar setaip makanan tersebut dan dipostkan lagi ke FB..dengan selambanya Rin memperlihatkan dirinya pada suamiku tanpa segan dan silu. Aku cuba bertennag dan bertennag dengan gelagatnya, kalau suamiku bertanya terpaksalah aku bercerita MENGAPA dan aku yakin hubbyku ini mengenali insan yang dikahwininya ini luar dan dalam. Rin mula bergayut telefon sambil makan dan sesekali menguatkan speaker telefon maka aku dan hubbyku mendengar suara itu dan corak perbualan mereka..tapi kami tidak ambil pusing.

hampir satu jam menemani Rin di hentain bas, selepas sedikit kekecohan kerana Rin hampir tertinggal bas akhirnya Rin pulang dengan Teksi yang dibiayai oleh syarikat bas. sepanjang tempoh itu walau dalam kekecohan sekali pun Rin tidak lekang dari telefon. Suami juga hampir masuk campur untuk mengasari pihak bas yang tidak bertanggungjawab itu tapi aku mengtenteramkannya. nasib baiklah bukan Rin seorang yang begit nasibnya mlm itu. Aku melambaikan sahabat ku itu dan didalam hati aku berkata kata..KESIAN Rin...she is kind of SICK..dan sepanjang perjalanna pulang hati aku berdoa ..Ya Allah andai aku didengari permintaannya..kali ini aku ingin memohon padamu..selamatkan lah sahabatku itu..tunujkanlah padanya kebenaran yang lebih INDAH dari kepalsuan yang MANIS...hati aku tidak putus mengennagkan Rin hinggalah aku pejam mata sehabis perbincangan pendek dengn hubbyku yang sudah mula memnyuarakan kepelikan yang dilihatnya walau tidak lebih 3 jam bersama Rin....Dia perlu dibantu..itulah ayat terakhirku buat hubbyku dihujung keteranganku. Aku bukanlah terlalu pandai, jauh seklai bijak sana namun aku meminta pada Alalh pimpinlah sekeping hati yang ikhlas ini untuk membantu Rin membantu dirinya sendiri...

Tuhanku..diaperlu dibantu...Pertolonganmu terus terusan kupohan..amennn