Thursday, April 7, 2011

Jumaat penuh RINDU



Jumaat kedua untuk bulan April bermula dengan mathurat recitation di Arts programme Office, sesekali bersama rakan seangakatn dengan agenda TUHAN sangat menjadi ubat paling mujarab pada hubungan silaturrahim suruhan tuhan..Alhamdulilah. Teringat Jumaat pertama yang lepas, Sehariian berada dikelas yang sangat penuh dengan INPUT pembelajaran NEURO ACTION dan rindu untuk berada disuasana yang sama lagi. Melihat diary kerja, Jumaat depan sudah dirancnagkan meeting Department semestinya mesti mencari hari untuk menyediakan hand out meeting yang focus kepada aktiviti selepas dan yang telah dirancang. Apa yang terbuat dan apa yang tak sempat dibuat hadapi sajalah kita hanya mampu membuat apa yang TERMAMPU dengan dua tangan kita ini dan semestinya kita masih banyak yang perlu diperbaiki persoalannya bukan senang berfikir seorang diri berbanding kerja kumpulan.

Jumaat ini juga sudah terasa RINDU yang sangat SARAT buat 2 anak bujangku dikampung Fayyadh dan Harraz, aku memang pasti mereka juga sedang merindui ibunya dari corak perbualan, tone dan aksi mereka dan Alhamdulilah rindu ini membuatkan mereka semakin mendengar kata..NO PSP turn to action NO PASP..dan PSP telahs elamat diserahkan untuk letak di rumah PJ, rindu ini juga memahamkan mereka yang mama inginkan yang baik baik saja untuk anak anak. Alhamdulilah berita kedengaran Harraz mendahului kawan kawan sekelasnya dalam prestasi akademik. fayyadh sudah menjadikan Harraz saingan yang sihat...begiru cantik aturan yang telah Allah ciptakan yang diluar dugaan dan perancanagn aku sebagai manusia KERDIL disisi Allah. Kerindaun ini juga menjadikan aku assertive dengan Rosma yang mengajak aku untuk mengikuti seminat perkahwinan dan seksualiti yang pada asalnya aku telah persetujui dalam keadaan tidak tahu tajuk seminar. Alhamdulilah aku berjaya menolak dengan baik dan kami berjanji akan mencari pelaung pada tajuk yang lain berseminar bersama.

Method Neuro Action telah membentuk aku sebagai seorang INSAN yang lagi POSITIVE, Cekal dengan teknik asa perlindungan diri walau dalam apa jua keadaan dan aku tampil kuat, bersahaja dan RENDAH DIRI. Aku menjadi tumpuan Boss dalam meeting mereka mesti menanyakan pandangan aku dan persetujuan aku. Aku tidak pernah bercita cita untuk menjadi CENTRE of ATTENTION walau cili personaliti aku seperti ini seperti mana yang telah diterangkan oleh RON sahabat dalam team Neuro Action. Itulah yang aku tidak setuju dengan manusia yang study personaliti mereka cepat membuat andaian sedan personality itself adalah process becoming. Dunia kaunseling banyak mengajar aku, hati aku sendiri penuh kasih sayang walau dalam perit dan jerih aku diposition pejabat, rumahtangga, keluarga, aku akan terus berjuang disini kerana inilah PASSION yang aku milikki yang melaluinya menjadikan aku lebih BERTENAGA. Aku sudahh berada dalam situasi circulation of energy dan tidak perlu lagi mencari tempat lain, disini sudah sebaik baik tempat dan aku berjanji untuk 10 tahun ini aku ingin membuat perubahan yang sangat PENTING buat CFS sebagai sumbangan PERIBADI aku bukan untuk mencari nama dan jolokan.

Tiada istilah musuh atau kawan, semua mereka adalah penting dalam hidup aku cuma ada yang perlu didahulukan, ada yang perlu diketepikan , ada yang perlu sering dicari, ada yang boleh sering didampingi dan ada yang datang ok tak datang pun tidak mengapa. Itu antara reaksi perlu adakan bersesuaian dengan INTENTION. sam sangat menitik beratkan INTENTION. kalau dalam hadis [un menekankan NIAT.Kini aku lebih tahu berenang dana kalau skill ini mantap sudah pasti aku boleh berenanag dilauatan yang dalam dan luas INSYAALLAH.

Petang Jummat kedua ini aku ingin ciptakan pertemuan penuh RINDU baut anak anakku disana. Aku ingin memeluk mereka aku ingin mencium dahi dan pipi mereka. mereka menjadikan aku sangat penting untuk terus hidup dan GIGIH sebagai seorang wanita, ibu , isteri dan kawan. Aku juga ingin terus menatapi wajah GIGIH ibuku dan wajah TABAH bapakku semangat dan kasih sayang mereka tidak mampu aku cari ditempat lain didunia ini. waktu waktu begini biarlah aku beruasa memberi semampuku satu ruang yang sangat ISTIMEWA buat mereka berdua. Mereka sudah cukup letih untuk terus menerima cabaran yang menyesakkan DADA dan menyemakkan MINDA. Ya ALLAH doa kudusku akan terus kualunkan lembut berbisik padamu...mohon kau peliharalah KEDUA IBUBAPAKU ini dan KETIGA ANAKKU itu dan suamiku Dunia akhirat kerana aku tahu HIDUP ini sangat SINGKAT untuk aku terus menikmati sebahagian NIKMAT mu yang sangat BESAR. Aminnnnnnn