Tuesday, October 26, 2010

Kenyataan Oktober


Satu kenyataan Oktober 2010 yang dikirimkan padaku agak menarik...5 Fridays, 5 saturdays and 5 sundays..it happens once in 823 years, These are money bags. Message ini dikirimkan oleh Dr Khan semalam dan aku merenung mesej ini dalam dalam.

Ya, pada aku Oktober ini penuh bererti, Oktober ini jugalah berakhirnya STRESS yang aku hadapi setelah aku renungi dan aku adaptasikan beberapa theory TRUE HAPPINESS. Oktober ini jugalah segala perancanagn buat Anum, Oktober ini juga aku bertemu strategy baru aturan familyku dan pagi ini juga masih dibulan oktober aku putuskan untuk membuat suatu yang terbaik buat semua yang bernama FAMILYku.

Riang kudengar suara mak dicorong telefon, suara itu menmabah segar dan ceria pagi dan nafasku. Suara itu tenang dan girang bertanya khabar. Aku bertanya mak...mak ada doa buat saya ke?..mak jawab ya...lantas aku beritahu mak, kenapa pagi ini ada satu suara yang sangat kuat memberitahu saya untuk berbuat sesuatu dan saya yakin dengan apa yang telah saya fikirkan.Aku memutuskan untuk membuat projek rumah mak...aku akan namakan rumah itu PERSINGGAHAN BONDA. Khas buat mak kerana kini aku sedar walau umurku sudah menjangkau 40 tahun, aku masih meemrlukan kerjasama mak dalam banyak perkara setelah aku fikir sedalam dalamnya mengapa Allah mentakdirkan semua ini buat insan seperti aku.

Ada kerosakan KEKAL yang tidak mampu diperbaiki dan tidak akan berjaya dipulihkan. Inilah hakikat yang aku perlu TERIMA, TELAN dan adaptasi kedalam minda dan ketuk fikiran untuk menyediakan keadaan dan persiapan agar ada kesesuaian antara hidup, harapan dan hubungan. 3 hari lepas aku seakan berada di satu desakan nafas yang sangat tersekat dan bila aku berbincang dengan seorang pakar, ternyata aku perlu merancang sesuatu yang penting untuk kehidupan ku dan insan insan yang perlu aku lindungi. bahgaia aku bahgialah mereka. Sedih mereka semestinya sedih aku, sedih aku belum tentu menjadi kesedihan buat mereka malah aku gantikan kegembiraan buat mereka. Inilah hakikat peritnya hidup seorang AKU.

Suara mak seakan menangis mendengar buah fikiran aku. semoga aku belum terlambat dan semestinya aku tidak boleh berharap kepada orang lain untuk membahagiakan mereka. Biarlah aku abaikan PERSINGGAHAN BONDA dalam hubungan kekeluargaan kami, disinilah kenangan kami, disinilah kasih sayang dan suka duka kami. Siapalah aku tanpa mereka lebih lebih lagi dikala ini dan di masa depan. Aku tidak nampak harapan jikalau tidak pada mereka. Aku ingin berada disetiap hati mereka...disitu terlalu ISTIMEWA dan TENANG.

Ya Allah permudahkanlah usaha ini, penuhilah hajat ibuku, hajat hatiku, hajat anak anakku, permudahkanlah aku untuk memberi RUANG istimewa buat suamiku dan memahami keadaannya dan kefahaman ini mengajar aku untuk lebih tabah, mengajar aku untuk membuat penyusunan hidup TERSENDIRI. Walau dia tidak membahgiakan aku, bukan bermakna dia layak untuk dikhianati, ditinggalkan, diketepikan. bantulah aku ya rabbi, semoga perancangan ini menempatkan banyak ruang RAHMAT buat kami semua...menambah sempurna ketaqwaan, keimanan, keikhsanan dan kasih sayang.selain mak, nelli juga sangat gembira, nelli seakan putus asa semalam bila mendengar apa yang tengah aku alami, nelli terlalu risaukan aku habis fikir dan habis bersabar. mungkin ini juga doa nelli sahabat sejatiku.

Hari ini aku TENANG, aku kembali positive semalam pun mungkin senyuman aku bercahaya kerana aku sudah bercakap hati ke hati dengan hubby ditelefon. kerana itulah rakan kongsi bisness ku Dr Khan tidak habis habis memandang mataku yang bercahaya..yaaaa...cahaya bahagia kerana bertemu sesuatu yang berharga disebalik liku sebuah duka. Aku akan sibukan diri dengan banyak perkara sekarang bertambah dua perkara besar selain kerja kerja pejabat dan bisness nelli, proposal rumah mak, proposal bisness klinik. Kerja sampingan aku untuk Anum cuma ada 2 minggu lagi, sekembali aku dari UK, selesailah kerja untuk Anum, semoga Anum memperolehi sesuatu buat dirinya. aku akan sellau menghubunginya dan akan korbankan sedikit duit untuk menghantar wahida buat kursus bahasa inggeris disana.

wahida akan ada banyak masa bersamaku dan kami akan pulang seseklai untuk bersama dik adiknya dengan mak, itu perancangan. Aku sudah tidak berdaya untuk menjadi superwoman mengurus semuanya seorang seakan Normal rumahtangga, yang akhirnya akan memberi stress dan menambah porak peranda dan mengancam keadaan suamiku yang tidak seperti suami orang lain. Aku perlu akui hakikat ini, semoga suatu hari anak anak kami faham, anak anak kami menghargai dan anak anak kami menghalusi nilai HATI DAN BUDI, keluhuran jiwa dan ketulusan sanubari.

ya Allah tida tempat lain untuk aku meminta sesungguhnya kau lah Rab yang maha pemurah...Ampunilah segala dosaku..permudahkanlah usahaku...urahkanlah REZEKI MEREKA.

Aminnnnnnnnnn