Wednesday, September 1, 2010

Epilog CINTA sekeping HATI


Cinta...arghhh terlalu manis untuk dikenang. Terlalu bahagia bila memilikinya...asyik seakan sebuah dunia ini kita yang punya. Aku seakan malas untuk menulis pasal Cinta dek kerana akhir akhir ini sibuk melayani minda orang BERCINTA...aku akui kebutaan cinta mereka. Mereka berada didalam sebuah dunia yang agak terasing dari kita yang tidak bercinta. Apa pun perasaan sentiasa didahulukan oleh mereka yang sedang BERCINTA.

Seorang Insan yang tidak pernah mencari Cinta Malah baru kecewa kerana CInta hatinya telah dikhianati. Bukan mudah untuk melihat kembali babak babak yang ada dipersekitaran orang bercinta. Apakan daya...Dugaan Cinta datang kembali. Sehabis daya menolak tapi hakikat Cinta itu telah memberi sedikit ketenang hati dan ketenteraman jiwa tidak mampu disangkal lagi. Pertemuan saban hari, begitu manis, setiap isi percakapan tersimpan kemas disanubari, bila tiba tiba ketenteramn itu hilang, walang dihati mula timbul ...keman ,,di mana?? kenapa??.

kebahgaiaan terasa hanya dengan perbualan. Pelbagai bahan dibualkan, hampir saban hari, berserta gurauan penuh kemanisan walau tidak pernah bersua cukup hati terubat dari cengkeman jiwa. Hingga satu ketika, sang kekasih baru yang dipuja mengakui hakikat umurnya yang sudah jauh lebih tua. Umur bukanlah pengantara antara dua hati. hati itu sendiri yang berbicara. Jiwa itu sendiri yang sebati. tanpa sedikit resah dijiwa, tanpa sedikit rasa hiba, pengakuan umur bukan satu bahan yang memadam api cinta yang sudah terpasang.

Dengan CINTA, hidup seakan sempurna walau CINTA bukanlah segala galanya.walau kerja sesukar mana pun, walau kemelut harian sehebat mana pun dalam hati masih bisa tersenyum kerana disuatu sudut hati terisi dengan CINTA. Cinta dikala begini tidak seperti cinta remaja, yang sering ingin bersama, yang berani mengharungi segala gala kerana diketika ini kewarasan fikiran cukup membritahu dan mengingatkan CINTA bukan segala galanya.Hampir setahun, bicara penuh bersambut, kemesraan berpadu teguh keserasian tercipta, usah disebuat usaha usaha mnegambil tahu dan mengambil berat sesama sendiri, kalaulah dunia ini kecil, sekelip mata pasti berdiri didepan mata...wajarlah cinta ini berjarak.

Selepas setahun juga, hati bergegar bila sebuah hakikat tersirat, rupanya dia memiliki seorang ISTERI dan anak perempuan. Permainan penipuan apakah semua ini. Dengan seribu daya kekuatan, tetap bertahan kesabaran dengan penuh yakin mesti ada sebab disebalik semua ini. bagai sebuah kisah yang tidak sudah, keserasian hubungan perasaan menjadi penawar diri disituasinya. Cinta melahirkan rasa belas dan simpati walau hati sendiri terguris LUKA. Masih berdiri sebagai kawan setia mendengar segala luahan walau dihati sungguh terkilan. Di kemelut yang sukar untuk difaham, hati dan perasaan sendiri terpaksa diketepikan. Sapaan semakin tawar, berita dan kemesraan semkain berkurangan namun hati tetap seperti dulu terasa kehadirannya disuatu sudut yang sunyi namun akal membatasi untuk terus merasai suatu kekuraangan dalam arus hubungan baru ini. Akal berkata ada atau tiada hidup tetpai perlu diteruskan. Kagembiraan masih banyak diluar sana. satu titis air mata pun tidak pernah gugur mengiringi kepiluan hati, cuma sesekali ada keluahn yang panajng melawan rasa hiba dan sunyi seketika.

Apakah usaha untuk melupakan seseorang itu mudah?..kalau tempatnya disuatu sudut yang istimewa, apakah cukup temph waktu setahun dua untuk mengenali ciri seseorang bersama rasa cintanya. walau prsoalan sedemikian tidak pernah terfikir dikala mengendong cinta diusia remaja. Perasaan dan hati sentiasa didahulukan. Kini agak berbeza, aakl begitu bijak mengolah kesabaran buat bekalna hati yang walang lagi. Kalau kita walang jiwanya, bertemu dengan oarang yang senasib dengan kita barulah kita mampu meletakkan rasa yang lebih TEPAT, sakit kita tidak seteruk mana berbanding apa yang mereka alami. walau apa pun kegembiraan dicipta walau kemana pun arah yang dituju walau siapa pun yang datang dan pergi...hati tetap teguh menjawab DIA TETAP DIHATI. Seketika merenung segala kenangan kenangan lama gambar, email dan perbualan serasa semalam baru bersua, bila ternampak email terbarunya walau tiada lagi bicara rindu...tiada lagi sapaan hati cukup dengan MAKLUMAT DIRI. kemana ..bagaimana dan mengapa..puas mendengar perkembangan yang TERKINI.

Duhai Hati...kesabaranmu teruji lagi!! secara tidak sengaja terpandang sekeping gambar. hati menjadi luluh ...akhirnya inilah JAWAPAN yang dicari selama ini. gambar kemesraanya bersama insan lain...hati ingin mencari kepastian walau dalam sedikit keterlukaan berlandaskan sebuah rasa SABAR yang TINGGI...inilah HAKIKAT..perangai dan kerenah manusia. Apa salahnya cuba memhami dan mengahyati keperluan dan kemelut mereka. Persoalan terjawab..jawapan yang membawa rasa seolah jatuh dilurah. Jawapan yang diberi dengan gembira walau dalam seribu rasa SEGAN ...dan Agak bersalah...hati REDHA menerima jawapan IKHLAS itu. Biarlah jika itu KEBAHGIAANNYA. Senyum dalam tangis gerimis..semuanya seakan bakal BERAKHIR. Orang bahagia mana bisa diganggu gugat.Bersama sebuah email, rasa hati diluahkan, PENARIKAN DIRI dengan hormat bersama kemaafan dimohon, dengan harapan dan doa semoga dia berbahagia. Maafkan hati ini kerana memerlukan sedikit masa untuk melupakan segalanya.

Hari terus berlalu, serancak hari serancak minda mengatur hidup penuh optimis, penuh harapan..sekurang kurangnya HIDUP UNTUK ORANG ORANG TERSAYANG. dalam tengah tengah rancak mengatur langkah langkah sendiri, satu EMAIL menceritakan segalanya secara PASTI. 3 tahun dalam ketidak pastian, 3 tahun dalam keraguan 3 tahun dlaam penantian terjawab segalanya pada pertemuan ini. Bermula dari situlah pernaan kawan sejati, sahabat yang memahami lebih didahulukan dengan mengunci terus hati sendiri. 3 penjuru kini bertemu dalam DIAM demi mebantunya berdepan dengan KEMELUT penantian dan kekeliruan. Dalam sasar kemelut ini jugalah aturan pertemuan menjadi kenyataan. PERTEMUAN PERSAHABATAN bila akal diketengahkan ihsan menjadi sampingan pertolonagn IKHLAS tidak pernah mengenal siapa. 20 AUGUST 2010 The Coffee Bean LCCT airport menjadi saksi 4 mata bertemu sebagi sahabat namun daalm hati saiapalah yang tahu GETARNYA. 4 mata menatap satu sama lain selama 4 jam, kepala memikirkan bagaimana, hati kemas mengunci perasaan, DIA BUKAN MILIKKKU. renungan, kerdipan, jelingan senyuman semuanya bersifat PERSAHABATAN. Namun ada kalanya lirikan mata seakan memperlihatkan perasaan istimewa itu...lantas mata tidak sangup untuk mengamatinya...pandangan segera dialihkan ke merata penjuru. Hati kemas ditenangkan dengan pujukan AKAL.

Ruang persahabatan semakin rancak bila ada keperluan kepada buah fikiran yang telus dan natural. Keikhlasan adalah wadah yang senang dirasai oleh meraka yang menemuinya. dalam kerancaakn persahabatan, daalm usaha dan bantuan yang dihulurkan segalanya menjadi bertambah JELAS Siapa yang akan MENANG dan siapa yang akan KALAH.Cinta itu adakah sejati kalau sekadar pada RASA sedang tidak mampu MEMPERTAHANKANNYA. Cinta itu hanyalah rasa sementara bila hakikatnya tidak tercapai, destinasinya tidak PASTI. CINTA itu hanya akan jadi kenangan jika tidak sanggup di perjuangkan. CINTA bukan segala galanya untuk diletakakn dipenjuru UTAMA sebuah kehidupan. Sebuah keputusan ke arah memeratabtkan CINTA kini GAGAL disaksikan penuh rasa kesian dan TERKILAN. Cinta tidak aakn bersatu bila menemukan 2 insan yang tidak SEHALUAN atau tidak saling melengkapi. Akhirnya 3 September cinta yang pernah dirahsiakan, cinta yang pernah diagungkan , cinta yang diibaratkan BUTA tealk tersungkur HAMPA....kedua duanya kahirnya dengan haluan masing masing.


Ada kemenangan dalam DIAM. Kemenagan pada persahabatan yang masih bersisa PERASAAN. Pengakuan terbukti tidak hairanlah mengapa masih ada GETAR yang KUAT. mengapa masih ada sinar dimata itu. CiNTA hati ini aakn terus tersadur dalam persahabatan yang sifatnya lebih terbuka dan KEKAL walau bagaimana akhirnya. yang pasti TIADA SIAPA LAGI yang akan TERLUKA....siapa tahu segalanya ini adalah sebuah ATURAN penuh MISTERI...yang pasti aku tidak percaya hati ini mampu melauinya denga begitu CEKAL....walau apa pun sudahnya...inilah EPLILOG CINTA sekeping hati ...hati ini yang lebih tahu apa yang TEPAT, hati ini akur dengan pnemeuan penemuan AKAL yang bantu mengaturnya...HATI ini tidak pernah PUTUS ASA...kerana semuanya BERSEBAB...dalam hati ini sentiasa ada CINTA walau sakit bagaimana seklai pun CINTA itu tetap SEGAR BERKEMBANG!!!! Ohhhh Cintaaaaaaaa.....disuatu sudut dihati terlalu ISTIMEWA!!!!