Tuesday, February 21, 2012

Dugaan dan IDEA BARU




Rabu yang CERIA, tapi badan terasa sedikit sengal sengal semenjak petang semalam. Semalaman berihat sambil menonton, pagi ini terjaga agak awal Alhamdulilah sempat awal datang ke pejabat. Bertambah CERIA bila dipanggil untuk breakfast percuma beramai2 di office sebelah, namun janji yang sudah diikat dengan Kak Jun perlu dutunaikan. Sudah lama tidak breakfast dengan Kak June.

Aku hanya memesan jus oren campur epal, teringat minuman air buah sangat berkhasiat. Perut disimpan untuk breakfast percuma dari Nor yang bakal bertukar ke Lahad datu sabah. Kak June sampai dengan sepinggan nasi lemak, duduk bersama juga Kak Ita...aku perasan Kak Ita agak kurus kesan kencing manis katanya. Tidak banyak yang kami bualkan cuma benda benda biasa yang tidak amsuks angat kekepala aku, masuk kanan keluar kiri. Akhirnya abrulah aku kata pada kak June...saya sangat busy kak semenjak pindah PJ...nak adjust balik gaya kerja dgn geng dan pelajar pj ni dan nak fikir dan buat paper work programme baru membuatkan masa saya agak terhad harapkan masa breakfast dan lunch je saya boleh aturkan pertemuan sekejap. Aku spontan beritahu kak June...apa yang dia fikir sebelum ini..apa yang dia dengar sebelum ini TERPULANG pada dia...aku hargai pengalama kerja aku dengan dia...lantas aku SANGAT TERINGIN untuk beri souvenir dari Korea padanya. Sebagai tanda aku mengahrgainya tanpa mengharap apa apa balasan.

Siapa yang tidak suka makan percuma, riuh rendah kami makan, aku segar bila berada disituasi begitu, aku suka org ramai, aku suka kumpul kumpul...sesekali melihat jam ditangan, pukul 9 pagi mesti ada dimeja sendiri utk mula kerja. Aku hanya menyentuh kuih kasturi serta merta aku teringatkan bondaku. Seingat aku kali pertama aku makan kuih ini masa aku darjah satu. Bondaku menamakannya Janda Kasturi. Aku memang gemarkan kacang hijau. sambil menikmatinya aku terasa seakan kembali ke suasana pagi dikampung masa aku kecil dahulu.Itulah bestnya makan makanan yang ada nostalgia.

Kerja kerja remeh agak banyak hari ini. walau nampak remeh, tanpa to do list pasti terlupa melakukannya dan boleh menimbulkan masalah kemudian. Dalam mengantuk perlahan lahan menyiapkan kerja remeh dan melayani session urgent. Alhamdulilah tepat pukul 1 tengah hari dengan sedikit rasa menggigil aku sudah bergerak mencari lunch dengan Na yang sedia menanti. Sejak akhir akhir ini agak kerap na mencari aku untuk meluahkan semua yang TIDAK TERTANGGUNG didadanya. Aku amat hargai kepercayaan dan persahabat yang sekian lama terjalin. Cerita cerita sahabat terkadang mematangkan aku, adakalanya aku merasai dugaan aku lebih hebat dari mereka, adakalanya aku akui dugaan mereka cukup hebat dan seakan tidak mampu untuk aku hadapi. Memang Allah itu ADIL sifatnya dia hanya memberi pada yang mampu MENGHADAPI. Selama mana kita hidup, kita tidak boleh lari dari DUGAAN, cuma kita diberi peluang untuk berusaha MEMPEKASA DIRI dan HATI dengan penyerahan JIWA penuh KUDUS pada Allah, mengakui keajaiban TAKDIR yang telah ditulis olehnya, berusaha membina hubungan dengan Allah penuh ISTIQAMAH, Insya Allah sekuat mana pun badai, Allah pasti memberi kita kekuatan untuk mengharunginya. Inilah yang paling aku PERCAYA.

Hari ini, tercetus satu IDEA BARU lagi, idea yang terlahir dari tulisan aku diposting FB yang berbunyi ...Sering berlaku...KITA KATA DAN MAKSUDKAN BEGINI, mereka faham dan terima BEGITU...dan sebarkan..dan perkukuhkan BEGITU dan tidak pernah mencari APA BENAR BEGITU untuk mendapatkan MAKSUD BEGINI...saya MAAFKAN apa yang berlaku dan apa saja KESAN saya terima...kerana SAYA FAHAM bahawa mereka semua TIDAK BETUL BETUL FAHAM. Idea untuk aku menerbitkan penulisan blog yang mengandungi unsur kaunseling psychology dan komunikasi yang disampaikan dengan gaya bahasa hati yeng menyingkap realiti sebenar kehidupan manusia melalui pengalamanku dan pengalaman client clientku. Sehingga jam 3 ptg ini, aku belum ada idea, apakah nama yang sesuai untuk blog itu dan apakah bentuk gambar yang bakal digunakan mengiringi penulisan ku...draft dan point tulisan pertama sudah ada tinggal untuk mengarang saja. Aku mesti dapatkan nama blog hari ini dan akan terus create sebaik nama blog itu tercipta. Alhamdulilah semoga bertambah tambah idea yang boleh dirujuk oleh sesiapa saja.

Ya Allah datangkan aku sebaik baik idea untuk aku teruskan perjuangan ini secara lebih terperinci dan mampu dinikmati oleh sesiapa saja. jadikan akus eorang yang boeh menyumbang sebanyak banyaknya ilmumu yang bakal dijadikan panduan oleh org org yang memerlukannya. Aku setuju...bila ada DUGAAN pasti ada IDEA BARU.

Amin

Sunday, February 19, 2012

Bertatih keluar dari COMFORT ZONE


Isnin hari pertama dlm senarai hari bekerja. hari yang dihadapi dengan pelbagai rasa ,ada gembira, excited, tak gurang juga dengan rasa kemalasan bila 2 hari melalui pengalaman bercuti selama 2 hari. Ini lah julung kalinya dalam hidup, aku melalui hari ISNIN yang tiap langkahnya aku ingatkan diri yang aku tengah keluar dari COMFORT ZONE.

Sepanjang perjalanan dalam kereta, aku hanya diam, nak kata sarat berfikir pun tidak sesekali lafaz subahana Allah Wal hamdulilah Allah hu Akbar aku ucap perlahan didalam hati dengan penuh rasa tenang. Aku tidak ghairah untuk bercakap, aku hanya tenagn dgn berdiam diri, bacaan zikir menujata dari suara ustaz Badul Amin di radio menusuk ke kalbu tapi mujurlah tidak merembeskan air mata dikelopak mata ini. Mungkin hubby kehairanan kenapa aku diam pagi ini. Ahhh aku malas dan aku memilih untuk tidak bercerita dengannya. Biarlah kali ini aku memilih...memilih orang yang begitu memahami untuk mendengar suara hati ku, jeritan kalbuku, kesedihan yang sarat dalam hati...dan biarlah aku menghadapinya seorang diri. Aku merasakan tiada sapa lagi yang aku PERCAYA dan yang aku BERANI untuk dambakan hati dan perasaan, aku semkain kabur dengan orang orang disekelilingku...apa mereka ini penokong atau pengkhianat atau GUNTING dalam LIPATAN.

Alhamdulilah aku masih boleh bekerja seperti biasa, semua kerja kerja dalams enarai to do list hampir sempurna malah kerja kerja urgent yang diberi bos juga siap dalam masa 1 jam, aku tenang dalam menyiapkan kerja kerja itu dan tepat 12.30 tengah hari aku berkejar untuk meeting dengan rombongan kwn kwn yang akan ke KOREA. kawan kawan yang percaya dengan services yang aku dan LI offer buat mereka. Aku membantu mereka membelis endiri tiket kapal terbang. Alhamdulilah adalah rezeki aku dan LI walau tidak LUMAYAN mana yang penting kita beri ruang buat mereka GEMBIRA. Lepas meeting aku terpandang kak Na, kak Na seorang yang selalu bertanya hal peribadi aku, yang sering menjenguk aku dipejabat malah sering menjadi faktor jelesnya org lain kenapa aku panggil dia KANDA. Kak na juga orang Terengganu, dia sering offer dirinya utk jadi partner aku dalam bisness, cuma aku bukalah seorang yang rakus dengan peluang, kalau ada rezeki bisness, rezeki teamship tidak kemana. Kak Na sudi menjadi partner kalau aku buka butik. Arghhh hidup aku banyak sungguh didatangi offer dan peluang...rezeki Allah melimpah ruah.

Dengan kak Na aku CAIR. Aku tahu kak Na ada kekuatan Minda yang tinggi, emosi yang Kental dan a very good fighter. Aku terus bagi signal dalam meeting utknya..I need to talk to you..dengan gaya miming mulut..dia seakan memahami..lagi pun sudah lama tidak up dates..kami lepas bersama selepas meeting, aku bercerita melepaskan rasa walau dalam hati aku aku sudah ada perancangan usahan yang perlu aku buat. Bercakap dengan orang yang BETUL, akan betullah cara kita memandang, kalau bercakap dengan orang salah, maka salahlah cara kita melihat pemandangan. Biarlah orang yang ada ILMU dan AGAMA menjadi peneman dan penyokong kita. Lepas aku bercerita pada kak Na, kak Na mengeluarkan ayat ayat sangat sangat tepat dengan cara aku berfikir.

Za, dikeliling za sangat ramai orang yang tidak ada ILMU, tidak ada AGAMA, yang ada hati penuh hasad dan jiwa yang penuh perasaan negetaif, sebab itu semuanya menjadi masalah dan menhimpit Za. Tiada jalan lain za, doalah pada Allah hanya Allah yang memegang KUNCI HATI manusia. Hanya Allah yang mampu kontrol manusia..kita hanya ada kuasa doa..kalau kita boleh kontrol manusia pun tidak lama. Aku lega, kata kata kak Na bagai kayu penyokong pada apa yang aku sudah gariskan sejak kejadian semalam. Aku sudah berdoa dan akan terus berdoa mintak Allah tunjuk yang terbaik dan diredhainya. Aku rela dihukum, aku rela melalui hari hari penuh sepi kalau aku bersalah.Biarlah Allah menentukan takdir ujian kali ini, sekali lagi persimpangan yang membawa aku DEKAT dengan Allah, hati aku akan terus mengingatinya dan berzikir membesarkan Zat Allah itu.

Semalam satu KENTENTUAN yang akan aku teriam seumur hidup aku. Baru aku tau siapa sebenarnya disekeliling aku. yang selama ini aku puja dan yang selama ini aku sanjung. Takdir Allah semalam memberitahu aku siapa aku dan bagaimana yang harus aku terima dan inilah kenyataan yang selama ini aku cari. Semua ini bukan kehendak aku sebaliknya inilah maianan ciptaan orang orang tertentu yang aku sendiri tidak pasti SIAPA DALANNYA. Ada berapa ekor jenis bertanduk yang sangat kuat menghasut dan yang lain sebab tidak kuat hati dan iman senang je terus ikut. Aku masih ada copy perbulan aku, dan aku boleh buktikan bila tiba masanya nanti untuk seorang insan yang aku sayang ini.

Aku jeles melihat keluarga orang lain harmony, menigkat uasaha kerjasama dan kebikan sebaliknya keluargaku semakin huru hara, berpecah belah, tikam menikam, pulau memulau. Siapalah aku untuk tampil kalau awal awal aku dianggap orang paling TERUK. Biarlah aku ikut saja kehendak mereka, membawa diri cara aku, yang ada disisi aku hanya adik Linda dan adik Fatin. Aku tidak akan kongsi pada mak dan bak...mereka sudah cukup terluka ..sudah cukup bengang. Aku tak sanggup melukakan hati mak dan bak aku tapi mereka sanggup lukakan hati dan jiwa mak mereka...aku tak faham. Kesian Ummi, takdir hidupnya hanya untuk meberi, ruang selesanya langsung tidak dihormati malah hatinya lanhsung tidak dihargai. Selama ini pun aku berdiam diri dengan membina kesibukan sendiri sebab aku tidal lagi selesa untuk BERCAMPUR.

Pesan Linda...biarkan mereka ngah...dulu angah selalu pergi mari pun depa kata, sekarang angah tak campur pun depa kata...biarlah mereka dengan cara mereka...kita teruskan hidup kita misi kita...aku sayang 2 adik adik ku ini, aku sering berpesan pada wahida..kalau mama mati kakak kena tolong jaga sepupu sepupu kakak macam adik beradik sendiri. Keluarga kita tak ramai bila berpecah belah kita sudah toada sapa sapa lagi. Jangan EGO dalam pergaulan kekeluargaan, orang yang ego sebenarnya sudah meletakkan syaitan sangat hampir dengan dirinya. Syaitan memang suka kita bermusuh syaitan sangat suka kita mengata sesama sendiri dan bersorak bila kita berdendam.

Hakikatnya semuanya bermula dari aku terasa HATI, terasa hati kerana tiada undangan dari org yang aku anggap HEBAT dan aku dipesan..kalau sudah hidung tak mancung janganlah pipi tersorong sorong...tidak mengapa...suatau harii nanti kita ada alam barzakh..kita ada titian siratal mustakim..kita ada padang mahsyar...hari ini boleh buat keputusan ikut hati atau demi jaga populariti tapi ingat kita tidak boleh lepas dari MAHA MELIHAT DAN MENDENGARNYA ILAHI.

Ya Allah bantulah aku untuk maki memperkasa imanku dalam diamku merentas kleuar dari COMFORT ZONE itu.

Thursday, February 16, 2012

Maafkanlah KESALAHANKU.


Jam pukul 2pm, sayup kedengaran suara tegas dari masjid berdekatan penakanan isu minggu ini pada khutbah Jumaat yang membawa peringatan buat kaum lelaki. Alangkah bertuahnya kalau perempuan juga boleh turut serta.Perut agak kekenyangan, nasi berlauk daging masak lemak, udang goreng, tampe goreng dan kerabu mangga melupakan aku sekejap akan nikmatnya air tangan Bonda. Bila perut kenyang mata dan badan menjadi agak berat.Situasi begini tiada apa y6ang lebih layak dilakukan selain meneruskan pena disini, sekurang2nya aku tidak melayani rasa mengantuk dan rasa malas yang sedang mula menguasai diri. Mujurlah ruang sempit bilik pejabat ini treansparent, jadi sukar untuk aku tumbang seperti mana aku sering tumbang dirumah.

Semalam aku berharap Chew menghantar jubah yang aku minta dia alter, hingga pukul 10 mlm chew tidak kunjung tiba, kalau aku telefon pasti tergesa gesa Chew buat kerja. selepas pukul 10 semlm aku berhenti berharap, aku mula meninjau baju mana hendak dipakai keesokannya, aku cukup malas memakai baju kurung pada hari jumaat sebab hari jumaat tidak panjang waktu kerjanya. Aku sudah memilih untuk berjinak jinak dengan pemakaian jubah, ada 4 pasang, 3 perlu dialter dan satu dibuat khas oleh chew. Entah bila siapnya tak pastilah, positivenya chew sibuk agaknya. Atau Chew nak siap kan semua sekali sebab sudah termalu dengan aku...tak kisahlah..aku pun silap, aku patut bagi dia masa..mana boleh paksa paksa orang..nak semua cepat..jahit sendirilah!! hari ini pakailah aku baju kurung moden bunga oren itu pun sebab tudung oren sudah dipakai semalam untuk tugas diGombak.

Sekejap lagi, aku perlu teruskan bacaan ayat ke 50 surah Al Kahfi, bacaan Addukhan dan solat Zuhur dan kembali melakukan tugas tugas termampu sebelum waktu pejabat habis. Hari ini sekali lagi pulang menumpang kereta kak Nonie. Bila lah stream kembali ke sini, aku begitu malas melalui Long Journey sekarang melainkan ada anak anak. kalau ada mereka dapatlah aku tugaskan Fayyadh meneruskan pembacaan 50 Mukmin Sejati. Aku akan berikan fayyadh satu hadiah bila selesai bacaan buku itu. Perlahan lahan aku menjadi ASNIZA yang baru. Aku tidak pernah terfikir sebegini dramatik transformation. Alhamdulilah syukur kupanjatkan pada Allah. Memang benar, kalau Allah berkehendakkan sesuatu, sesuatu pasti terjadi dengan cepatnya, aku masih terpinga pinga dan dimasa yang sama juga aku merasa menyesal dalam banyak perkara terutama menyesal kerana kenapa sedari dulu tidak aku terfikir begini, berusaha begini, menikmati begini. Alhamdulilah 2012 cukup memulakan aku penghayati pemerkasaan iman, aku bahagia bila tiap kali solat ada AIR MATA. Aku juga sangat bahagia bila tiap kali waktu solat, ada surah surah mengiringi, aku juga sangat bahagia, aku sudah hampir dipertengahan AlQuran Seawal pertengahan February untuk bacaan waktu Zuhur dan Asar. Bila habis Quran kecik kenangan Ustaz Rashidy itu, aku akan bertukar ke Quran hadiah dari pentadbiran UIA. Aku sayang koleksi Quran2ku, Koleksi telekungku, koleksi buku bukuku. Ahhh sememangnya aku ini seorang COLLECTOR...setiap barang ada sentimental valuenya tersendiri tapi sekurang2nya ada kelainan sejak 2012 menjelma, aku suka kumpul buku isu agama malah aku berusaha memahaminya dengan anak anak, tidak lah setakat handbeg, brooch, tudung, perfume, fabric, candle. Aku ingin membaca nilai personality disebalik seorang COLLECTOR seperti aku.

Dalam usaha berkemas buku 2 minggu lepas, terjumpa 2 buku yang sama, bila keghairahan membeli buku hingga lupa buka mana yang sudah ada, sebab masih banyak buku yang belum dibaca. Alamak ada buku lebih...rezeki siapa ini?? cepat hati ku bertanya dan cepat jugak hati aku teringat pada seseorang. Tiba tiba aku teringatkan Razif, Razif pelajar dari Serawak yang sangat banyak berkongsi dengan aku. Aku seakan begitu faham hati dan dirinya. Diam diam aku sering berdoa untuk dia malah mengingati Razif membawa aku mengingati Adi dan Afiq, nasib anak anak yatim yang kehilangan ayah dikala tengah seronok bermanja. Maha kaya takdir Allah itu, aku sering berharap Razif akan rapat dengan aku dan keluarga, menjadi idola buat Adi dan Afiq juga buat anak anakku Harraz dan Fayyadh. Semalam, buku itu sudah bertukar tangan, hati aku puas makan dan berbincang dengan razif semalam, dan yang paling puas, dia menerima sebhg kecik hartaku yang berharga...semoga dimenafaatkannya hingga hujung nyawa. Ya Allah kau peliharakan lah dia...kau jayakanlah dia..kau permudahkan usaha usahanya ...semoga hubungan kami panjang bersama. Melihat Razif seakan aku melihat harapan yang besar. Walau dia bukan darah dagingku, aku akan iringi doa setiap hari buatnya sebagaimana aku doakan untuk anak anakku. Manisnya pertemuan ini dan aku hargai kepercayaan Razif pada aku dan aku sentiasa ingin menenangkan dan mengembirakannya. Ya Allah kau pertemukan kami selalu agar aku bisa menyumbang pada keperkasaanya untuk berbakti pada agama dan negara.

Jumaat hari ini kiranya aku raikan dengan lebih bererti, jumaat yang meriah dengan 3 kali bacaan alkahfi, seawal semalam, sebelum tidur dan tengah hari ini bersambung sambung. yasin sudah menjadi amalan wajib lepas maghrib. Alhamdulilah, Allah semakin memudahkan semuanya malah aku seakan baru dilahirkan semula. Ada satu kenyataan yang aku kongsi dengan Razif semalam, aku beritahu razif, aku rasa aku tidak hidup lama, tiba tiba segalanya bertukar wajah dan segalanya aku rasa seakan sudah tidak sempat lagi. Aku rasa KEMATIAN itu seakan sangat dekat dengan aku. Aku melihat air mata Razif untuk aku...kami sama sama terdiam seketika.Aku juga berjanji didepan Razif aku akan melakukan semua yang terbaik sebelum mata ini TERPEJAM. Tiada lagi kemarahan, tiada lagi DESAKAN, tiada lagi PEMBAZIRAN...aku hanya ingin menikmati hidup SEMANISNYA dan SEBAIKNYA menjelang hari hari terakhir aku dibumi Allah ini.

Kepada yang sempat berkongsi sedikit atau banyak atau mungkin segalanya dengan aku...MAAFKANLAH KESALAHANKU.

Tuesday, February 14, 2012

KEUTUHAN DIRI.


Semalam aku tidak menulis disini, bukan tiada kesempatan tapi sekadar memecahkan rutin kebiasaan. Alhamdulilah berheni sehari menjadikan idea berganda. Alhamdulilah juga hari ini aku berjaya puasa...puasa sunat yang pertama untuk tahun 2012. Sedari awal January ingin aku memulakannya tapi sering bertangguh ...aku sendiri hairan kenapa aku menangguhkannya hinggakan selera makan sangat tinggi dan berat badan juga semakin meningkat. Hari ini 58kg selama ini berat aku paling pun hanya 55kg.

Pagi ini agenda hari tidak seperti biasa, aku seakan tidak berdaya untuk bangun aku perlu dapatkan doktor sebelum penyakit semakin serious, bukan saja sakit malah kerisauan melanda diri. Aku siapkan diri lepas terjaga lebih pukul 10 pagi, hati teringatkan office kerana hanya aku yang ada bila 2 rakan sekerja bercuti. Office sudah menjadi tanggungjawabku. Aku berisap cepat untuk menemui Dr Subash Nair dan merancang sebaik selesai aku terus mengambil teksi kepejabat. Di Clinic, lama kami berbincang, dr membuat ujian diabetis utk aku memandangkan aku sering menggigil bila kelaparan, ternyata aku seorang yang kurang gula dalam tubuh. Dr juga membekalkan ubatan yang perlu utk 14 hari tanpa anti biotik sebab aku tak mahu lagi makan anti biotik.

Hampir 11.45pagi aku tiba di pejabat aku tidak rasa bersalah bla aku ada MC, cuma aku tidak memilih untuk berihat dirumah kerana banyak kerja dan banyak pelajar yang perlukan rujukan segera di pejabat kami. Ubat ubatan hanya malam yang boleh dimabil memandangkan aku puasa hari ini. Aku perlu mengatur jadual berpuasa dan jadual jogging untuk seminggu disamping jadual surah surah bacaan Quran. Aku ingin membina hidup yang lebih bermakna kerana aku hargai ruang kesihatan dan kemampuan yang diberi oleh Allah. Sesambil aku berehat dipejabat hari ini, banyak yang boleh dirancangkan utk diri sendiri.

Dalam seminggu kita ada 7 hari, puasa sunat disarankan isnin dan khamis. Untuk aktiviti puasa aku, aku memilih Isnin, Rabu dan Jumaat. Khamis terpaksa aku korbankan kerana pada hari khamis sering banya perjumpaan dengan kawan diwaktu lunch dan breakfast, seperti pagi esok aku rancang untuk breakfast dengan hubby dicampus gombak dan lunch dengan Razif pelajarku. Petang aku hanya perlukan burger ayam MC Donald untuk dinner. Hari ini untuk berbuka, aku ada buah buahan dan Oats dengan sambal bilis goreng dengan cili api. Semoga berjaya perancanagn hari ini, esok dan seterusnya, dihujung minggu ingin kepasar untuk agenda masakan dengan wahida. Aku akan kembali berpuasa pada Jumaat dan Isnin.

Pada hari hari yang tidak berpuasa seperti hari selasa, khamis, sabtu dan ahad, aku perlu memperuntukkan masa untuk aktiviti riadah. Pagi sabtu dan ahad jalan jalan jogging dengan wahida dan terus singgah breakfast dimana mana atau balik breakfast dirumah. Boleh kepasar dan boleh late lunch. Malam boleh keluar jalan jalan book shop. perancangan weekend dengan wahida. lama tidak kepasar taman tun, serasa teringin melihat wajah pasar taman tun minggu ini. Bolehlah masak beriya sikit untuk 2 hari sabtu dan ahad khas buat wahida yang sangat rindukan air tangan bondanya ini. Ya Allah jayakan hasrat yang penuh ikhlas seorang ibu daif seperti aku ini.

Bila badan menjadi berat, itu tanda tanda awal musibah physical bukan saja kemalsan bakal melanda diri, malah akan senang dapat penyakit dan kerja jadi bertangguh. Ini bukan ciri orang bahagia dan berjaya, ini ciri ciri orang yang tidak fikirkan masa depan malah tidak menfaatkan kehiduppan dan tidak berusaha untuk mengumpul tenaga untuk membantu orang lain disekelilingnya. Ya Allah sisihkan aku dari menjadi orang yang naif, yang hanya bergantung pada rang untuk keselesaan, kegembiraan dan kejayaan, sebaliknya jadikanlah aku insan yang sempurna, mengakui keesaan tuhannya, sering berdoa untuk sejahtera, berusaha keras untuk success dan mampu membantu orang orang yang lemah disekelilingku. semuanya ada jalannya yang betul disisimu ya Allah, aku mohon padamu, panjangkan usiaku, sihatkan tubuh badanku, hadirkan nafas nafas bertenaga buatku, tajanmkan mindaku dan murahkan rezekiku untuk aku membina keutuhan diri bagi melaksanakan perintahmu.

Amin ya rabbal Alamin

Sunday, February 12, 2012

Betulkan yang lama...BIna yang Baru.


10.30 pagi Isnin, pertama kalinya aku tiba dipejabat pukul 7 pagi. Alhamdulilah disebalik desakan ada banyak peluang, kalau tidak mungkin agak liat segalanya untuk dimulakan. Seawal 7 pagi juga kaki ini melangkah kemasjid terlebih dahulu, untung pejabat sangat dekat dengan entrance masjid, sekali lagi terbentang sebuah peluang. Pagi ini, surah Qiyamah dan surah Alhadid menjadi bacaanku...membaca surah ini membuatkan aku teringat kat Maizon...pasti dia gembira kalau dia mengetahui aku terus amalkan apa yang dipesannya. Bukan senang mendapat kawan seperti maizon yang sering berpesan dgn ayat ayat Quran tanpa jemu. Alhamdulilah atas rezeki persahabatan ini. Sesudah bacaan Quran, aku terus solat Dhuha 4 rakaat dengan 2 salam. Maka tercatat dalam sejarah hidupku. Allah memudahkan apa yang aku inginkan.

Rasa bergaya bila mengenakan sutera Itali biru dan bertudung warna cream serta berkasut cream high heel. Itulah gaya aku, kalau aku bergaya, kerja aku pasti agak tersusun, gaya bukan untuk menunjuk2 tapi sekadar menzahirkan dalaman. Inilah character dalaman yang dizahirkan. Menuju breakfast sendirian, dan bila hampir siap barulah dijengah kawan2 kawan. Sempat bertanya khabar mereka dan keluarga. Bila selesai terus menuju kebilik untuk menyambung tugas seterusnya. Ada 10 TO DO LIST utk hari ini termasuk perbincangan serious dengan Mdm Zi...harap harap diberkan kesempatan oleh Allah.

Sebelum tidur semalam, aku membaca sebuah buku, siap satu chapter, buku yang bagus dan membuatkan aku terus terfikir sampai terlelap. Chapter pertama berpesan, kita bina kehidupan untuk diri sendiri, jangan untuk orang lain. Kita define haluan yang kita mahu bukan membina defination yang dibuat orang lain. Aku pejamkan mata cuba berfikir tentang aku, apa aku mahu, apa yang aku ada dan apa yang ingin aku adakan lagi. Siapa aku secara kasarnya ialah aku orang ISLAM. Yang percayakan Allah dan bersaksi hanya Allah tuhan yang satu dan nabi muhammad itu pesuruhnya. hanya kitab yang satu iaitu AlQuran dan takdir buruk dan baik sudah tertulis dan perjalananku hari ini menuju hari Qiyamat yang pasti. Membina kendiri dan percaya sepenuhnya pada diri sendiri bukan pilihan aku sebaliknya aku hanya percaya apa yang aku inginkan BOLEH bila Allah izinkan. Berilah hak Allah sebagai tuan terlebih dahulu sebelum kita meminta hak kita sebagai seorang hambanya.

Anugerah TERHEBAT dari Allah kepada manusia ialah AKAL. Akal yang membezakan manusia dengan haiwan. Akal yang boleh mengolahkan hidup manusia menjadi lebih baik kerana dengan akal manusia akan BERFIKIR. Allah juga memberikan manusia HATI. Dalam hati ada rasa yang dikuasai nafsu dan iman. Pertarungan keduanya hanya boleh dimenangi sepenuhnya hanya kalau AKAL diisi dengan ILMU. Jadilah hati yang TERDIDIK. kalau hati tidak terdidik...persaan yang lahir masih banyak yang mengelirukan. kdg kdg kita terkeliru dengan NAFSU. maklumat dari hati perlu dihantar pada akal terlebih dahulu untuk difikirkan kerana tidak semua yang dirasai pada hati itu BETUL. Untuk berfikir dengan betul perlu ada ILMU, perlu ada ketenangan dan sebaik baik ILMU dan KETENANGAN itu hanya boleh dicapai dengan SOLAT dan bacaan QURAN.Dalam NLP. kawal diri itu dipanggil Controlling your STATE. Dalam melalui kemelut kehidupan hari ini, saya tidak PERCAYA jalan terbaik untuk contol state dengan melompat, aktiviti bercampur gaul atau bercuti. Islam ada senjata yang lebih HEBAT untuk control STATE iaitu solat berjemaah, solat fardhu, solat sunat, zikir, ayat ayat Quran terutama ayat ayat yang diamalkan rasululah ketika dalam kesedihan seperti surat Al Kauthar.

Kawalan STATE perlu dimulakan dengan aspek spiritual. Agama Islam adalah agama yang sangat sempurna bersamanya diturunkan kalam Allah yang INDAH dan sudah dijanjikan siapa yang beramal dan bermunajat pasti diperkenankan Allah dijanjikan KETENANGAN. Dalam Islam juga sudah termaktub mind setting yang HEBAT untuk pengganutnya melalui rukun IMAN dan Rukun Islam. MInd setting ini merupakan misi dan visi kita sebagai orang Islam dan misi misi lain hanya menjadi perkara yang KURANG UTAMA. Klaau minda ini dibina oleh semua orang Islam maka tidak timbul istilah kekecewaan dan lebih malang kalau kekecewaan itu berlaku pada dasar KEDUNIAAN yang melalaikan.Dengan 2 perkara ini, yang lain hanya menyusul sebagai aktiviti positive melalui aspek Physical, Education, sosial, mental dan Emotion. Setiap aspek aspek ini akan didetailkan suatu hari nanti.

Aku juga terkilan dengan diri sendiri dari segi aspek physical. Sedari kecil aku tidak didedahkan dengan aktiviti physical, bila disahkan pengidap asthma, kedua ibu bapa lagilah melarang aku dari beraktiviti physical. Sukan pertama yang aku sertai hanya cucuk benang dalam jarum, aku masih ingat setiap kali pesta sukan sekolah, mak akan pegi jumpa guru dan memberitahu keadaan aku. Masa tu aku pun suka sebab tak payah penat penat. dalam minda akus edari kecil sudah tertanam sukan dan aktiviti physical itu memenatkan. bayangkanlah diambang 40an barulah aku tahu menagpa ada waktunya aku mudah colapse in term of tenaga bila emosi aku colapse, ianya kerana aku tidak ada circle of energy. Aku ibarat batery murah yang cepat Kong! Controlling STATE juga kena dilakukan dengan physical aktiviti, tubuh tidak akan mudah weak bila emosi weak kalau cukup energy. Malah dengan keupayaan Physical mampu mengalihkan tumpuan emosi dan mental. kata Dr Subash, 45 minit sekali dan hanya 3 kali seminggu. Ambillah 15 minit sehari diwaktu pagi untu melompat. Aku minat music, kalaulah aku boleh dapatkan pakej berbaloi untuk senaman atau tarian bersama muzik...ahhh kena dapatkan maklumat yan nee.

Sesungguhnya kalau kita sayangkan dan hargai hidup, sebagai tanda terimakasih pada Allah, sebagai tanda syukur dan Alhamdulilah, kita perlu menjaga, memelihara jasad, roh dan jiwa kerana kalau salah satunya sudah ditarik nikmatnya banyak keterbatasan sudah berlaku dan kita juga mungkin bakal menyusahkan orang lain.

Alhamdulilah...aku bersyukur hari ini masih bernafas, masih boleh bergerak, masih boleh memilih, masih menjadi pakar rujuk...dan yang paling aku syukuri, aku semakin maju menggapai REDHA ...saban hari semakin luas konsepnya.


Doaku pada Allah moga belum terlambat untuk aku membetulkan keadaan dan membina sesuatu yang baru lebih bermakna...aminnn

Thursday, February 9, 2012

Rahmat Jumaat...


10 February jatuh pada hari Jumaat. Penghulu segala hari...hari yang menjadi ruang utk bacaan Yasin dan Al Kahfi dan hari yang dijangka akan berlaku Qiyamat. Utk satu kegembiraan hari ini bagiku sebab hari ini ada ceramah MAULIDUR RASUL oleh Ustaz Wan Sohor Bani Leman. Hari ini terlebih kerahmatannya...rahmat Jumaat.

Alhamdulilah, aku menikmati pagi ini dengan penuh rasa segar, segar lagi menyegarkan bila setakat tulisan ini dibuat aku berjaya mengalunkan 3 kali Yasin utk hari ini termasuk bacaan pagi hari. Hebat kesan yasin pada diri...aku perlu teruskan hajat untuk mengadakan 2 lagi bacaan...bacaan tengah hari dan bacaan petang sebagai penutup hari jumaat. Alhamdulilah Allah mendatangkan Ilham buatku untuk mengadakan amalan sebegini...amalan yang menjadikan hati aku tenang, sejuk walau dalam suasana yang kepanasan dan kepayahan.

Sudah lebih 4 hari tidak menulis blog, bukan bermakna tidak ada idea melintas, tapi tidak ada kesempatan ONLINE. Sekadar menulis dikertas dan buku catatan tidak segera pula untuk menulis semula diblog. Selama 4 hari, hidup dilalui macam biasa, cuma kuat melawan badai perasaan sebagai manusia biasa. Selama 4 hari juga aku dilamun perasaan sendirian. Alhamdulilah dugaan itu sudah aku lalui walau masih berbekas.Sepanjang tempoh itu banyak perancangan tidak menjadi, minda jadi dull, rasa boring menerpa...restless ...breathless tuhan saja yang tahu. Ternyata dalam hidup ini banyak yang kita tidak mampu ketahui segera dan hampir semua kita hanya mampu berserah pada yang Esa.

Aktiviti dengan anak anak masih berjalan dengan jayanya. Alhamdulilah aku menumpang kekuatan disebalik azam untuk menyatukan anak anak dan anak saudara setiap kali solat..kami bersolat jemaah bersama. Kami membaca Quran bersama, tak sangka bacaan Fayyadh sangat lancar, adik masih banyak perlu diperbaiki tapi memuaskan..kakak memnag boleh duduk taraf Qariah...suara yang lunak dan makhraj yang betul...tak sia sia menhantar anak sekolah agama. Alhamdulilah. Setiap lepas solat juga kami bertazkirah pendek, setiap kali berdoa aku akan doakan kuat...agar meneyntuh hati anak anak yang sedang mengaminkan, kami bersalam berpelukan sambil berselawat pada rasul S.A. W...bila aku memeluk Alissa...ada kaca jernih dimata anak itu disebalik senym lebarnya...aku rasa nikmat sekali dan aku seakan faham apa yang dicari disebalik hati Alissa.

Bila kembali ke KL...ini yang aku rindu. Bukan lagi agenda makan kami tapi agenda solat dan majlis ilmu kami. Setiap kali balik aku akan merancang, agak anak anak terbiasa keseronokan diselit dgn mengingati kebesaran tuhan. Alhamdulilah kerana Allah menjayakan apa yang aku harapkan pada mereka...doa aku sentiasa mengiringi mereka...jadikanlah mereka anak anak solehah yang mampu berdikari..mampu mebimbing diri dan orang lain..mampu menolak kejahatan dan mampu bertahan dalam keimanan walau diuji penuh tragis. Aku ibu mereka, aku tidak memilih untuk menjadi seorang yang sensitive hingga menyusahkan anak anak aku sendiri...aku akan terus memberi mereka peluang dan ruang. Insya Allah.

Perancangan untuk ke Johor TERBATAL, ahhh MAizon siap menunggu untuk membina agenda baru. Aku seronok bertemu Maizon...dia hebat dimataku...tidak lokek berkongsi pengalaman. Petang ini Ja juga ajak aku lepak bersamanya...mungkin ada kelebihan aku yang diperlukan mereka dan mungkin juga ada kelebihan mereka yang aku hajati...hidup saling memerlukan sangat indah. Alhamdulilah aku tidak pernah sunyi dari rezeki kawan kawan...mereka sering datang membawa rezeki padaku...dan mereka pulang membawa bersama dosa dosaku...aku menyayangi mereka seperti aku sayangi diri sendiri...mereka adalah cermin cermin aku. Pasti Allah sedang menyusun perancanagn terbaik untuk ke Johor satu hari nanti.

Penulisan ini terhenti demi untuk meneruskan bacaan YASIN tengah hari...ya Allah..kau rahmatilah semua yang berada dikeliling aku...bukakan hati mereka...berikan cahaya keimananmu yang lazat ini dihati mereka...Amin ya rabbal Alamin

Thursday, February 2, 2012

Langkah BERSERAH...


Jumaat pertama February 2012, selepas breakfast yang agak panjang sambil berbual dgn office mate Bidi, aku terkejar kejar untuk menghadiri talk sempena maulidur Rasul, rupanya programme itu ditunda. Dalam meneruskan kerja kerja yang sudah tersenarai dalam to do list, kelopak mata menjadi sangat berat dan minda seakan sukar untuk process, ini semua tak lain tak bukan adalah sebab SUSU SEGAR yang aku minum bersama bee hoon goreng tadi.

Panjang berbual dengan Bidi dapatlah aku update dan menyorot hal ehwal kerja universiti yang melibatkan bahagia akademik. Bidi masih seperti dulu mesra berbual dengan aku sebagai kwn satu universitinya. Dia masih rancak bercakap, aku terpaksa minta diri...aku tidak mahu lewat masuk ke dewan ceramah.Moga berkesempatan lagi dilain masa, aku sebenarnya tidak pernah berkira dengan siapa aku perlu keluar, dengan siapa aku perlu makan dan dengan siapa aku perlu bercerita. Sesiapa saja yang aku terjumpa ketika itu. dialah akan jadi kawan aku kecuali atas sebab temu janji bisness atau harapan orang..barulah aku beri sedikit ruang dahulukan permintaan mereka. Aku tidak pernah dan tidak akan mencari orang kalau sekadar utk keluar makan, aku tidak mahu dan tidak akan meletakkan seronok buat sesuatu kerana orang itu. NO WAY!...Keutamaan aku MAKAN...kedua baru ORANG...bila tiada KEPENTINGAN tertentu..siapa siapa pun boleh. Tapi bila sedari malam org mencari dan mengajak aku, sesekali aku tidak akan MENOLAK mereka.Aku tidak ada istilah makan berkumpulan, keluar berkumpulan, aku ada geng geng aku..aku tak ada element begitu dalam hidup, aku seorang yang SETERU dengan COMFORT ZONE. Selama mana kita selesa dan seronok dengan COMFORT ZONE, selama itulah kita sangat lemah sebenarnya. Alhamdulilah misi breakfast pagi ini SUCCESS...different people...new updates , story and sharing.

Reading of the day pagi ini membawa aku pada ADDICTION AND ADDICTIVE BEHAVIOUR...diam diam aku perasan aku sendiri ada addictive tersendiri. Aku teringin untuk memahami keseluruhan isu berkait addiction dan terjumpa satu link dgn pakar addiction diinternet...mungkin aku boleh menghubunginya satu hari nanti. Alhamdulilah. Aspek ini sangat penting untuk kerja kerja aku even untuk kehidupan pribadi dan aku diri sendiri. Semua maklumat sudah kemas aku masukan dlm satu profile dan akan dibaca secara intensive selepas pembacaan sepintas lalu. Hari ini juga, solat Zuhur hanya dibuat dibilik, aku sudah siapakan telekung dan sejadah khas untuk hari jumaat. Jumaat waktu rehat yang panjang, aku perlu jadikan bilik ini juga ruang aku berzikir dan bertahmid sambil bersolat dan mengaji sebagaimana rutinnya. \rutin yang sangat mengembirakan aku.Alhamdulilah.

Semalam sebelum tidur, aku berbual dengan Harraz, suara harraz penuh rindu, mak pun berkata harraz dan fayaydh macam rindu kat mamanya...pagi ini suara mak terngiang ngiang ditelinga aku ketika aku mendirikan solat subuh, suara hararz dan fayaydh juga terdengar dengar, ahhhhh hati aku mendesak untuk mengubah plan ke Johor. Aku perlu pulang untuk bersama anak anak dan keluarga sempena cuti panjang dan memilih hujung minggu lagi satu untuk rancangan bertemu Maria, Maizon dan mungkin sudah tidaks empat bertemu dengan Li. Aku perlu meletakkan URGENCY dalam hal ini...rugi untuk cuti yang lama aku hanya dapatkan satu perkara. Kalau aku balik aku dapat lebih dari 3 perkara, tenguk muka mak, penuhi kerinduan anak, dapat mengajar fayaydh...ahhhh aku perlu berkan alasan pada maria minggu ini impossible dan minggu depan agak possible.Insya Allah.

Dalam message terakhir pak wan...sabtu pak wan nak dinner dengan aku sebelah petang. Aku tidak pasti jadi atau tidak. Aku pasti tiket bas hanya ada sebelah malam ke Kuantan, kalau ikutkan aku sempat jumpa pak wan...itu pun aku masih tertanya tanya sendiri..perlukah aku jumpa?..huhhhh semalam pak wan sudah kecewa kerana aku tolak rancangannya ajak lunch, satu hari dulu aku sudah tolahk dia ajak berkopi di Hi Peng. Rasanya kali ini biarlah aku memberinya peluang, mungkin ada benda yang ingin dikongsikan dengan aku...mungkin juga pertemuan kami sudah tertulis...siapa tahu..ada ketikanya dalam aku berjaga jaga aku juga tidak mampu menolak dan menafikan sesuatu yang sudah dirancang Allah. Setelah sekian lama pak wan menyepi diri..alih alih dia menghubungi aku semalam untuk terus lunch atau dinner. Apa salahnya berkawan dengan orang bijak pandai yang PERCAKAPANNYA sungguh MENENANGKAN HATI.

Pantas aku menghubungi Sue petang semalam, kami ketawa bila aku kata Pak Wan ni ada saka ke..macam tahu je ...aku dan sue dicide untuk ketepikan rancanagan kami...ketepikan dia..malah aku sudah delete namanya dalam contact list aku...terburai sue ketawa...tapi sue tidak mahu campur apa keputusan aku...aku cuma berkata ahh sue org ajak makan je..bukan ajak bercinta atau kahwin awat nak takut takut...ketawa sue mendengarnya...setakat ini aku tahu siapa aku dan apa yang aku mahu...walau aku sedar apa kelemahan dan kepantangan aku. Insya Allah dengan solat dan pergantungan aku pada Allah, base aku KUAT!..tapi perangcangan dan perkiraan akal kita tidak mampu mengatasi susunan kerja tuhan. Aku berdoa dan aku pasrah...kalau ikutkan akal yang waras aku sudah bijak dan tahu memilih...aku pilih untuk TIDAK BERMAIN DENGAN API.

Aku ingin terus BERSERAH PADA ALLAH...suak dan duka...hidup dan matiku hanya untuknnya...tuhan yang memiliki seluruh Alam..