Thursday, January 19, 2012

PELUANG!!...Cari dan Cipta....


Pagi Jumaat yang MULIA menegjutkan aku seawal 5.30pagi..Alhamdulilah aku boleh terbangun seawal itu dikejutkan oleh Sub Conscious sendiri. Aku mundar mandir dan teruskan berbaring untuk menanti waktu yang sesuai untuk bersiap kepejabat. Seawal air mengenakan badan, sewaktu itu tearas pagi ini INDAH dan SEGAR dan minda pun jadi tenang. Aku bersiap ke Pejabat dengan rasa seronok.

Melihatkan kereta di block oleh kereta lain pun langsung tidak memberikan riak marah dan kesal, perlahan aku berfikir how to move the car sambil mengingatkan diri, aku perlu buat sendiri tiada siapa yang bakal membantu aku. Kereta pertama kutolak, kereta ke2 barulah boleh keluar sedikit, dan aku terpaksa berhenti sekejap untuk menolak kereta ke3, dan dalam aku terkial kial datanglah pengawal berseragam biru membantu. Alhamdulilah ucap hatiku...dan aku berlalu sambil menagnkat tangan tanda terimakasih pada pengawal Myanmar itu.Sesekali rutin aku boleh jadi begini bila aku mengambil parking berbumbung.

Perjalanan ke pejabat juga sangat lancar, dingin suasana menambah lagi tenangnya hati, dan telefon berdering dari customer yang berhajat untuk mengambil COD pada hari ahad. Ahhh pagi pagi rezeki sudah masuk, sedari semalam pun banyak mesej notifikasi payment masuk dari customer. Rezeki dari Allah, agaknya bila kita ikhlas ianya menjadi lagi laju dan cepat..Alhamdulilah. Aku bergegas masuk ke pejabat mengelak terkena gerimis pagi yang nyaman. Terus melaporkan kedatangan pada PC dan belum sempat membuka email sebagaimana rutin harian, zul ingatkan aku utk ke LH A ada Programme bulanan Al Liqa bersama Dato Rektor. Lalu kucapai buku nota, fon dan beg duit bersama sebatang pen. Al Liqa'sanagt bagus padaku...selepas ini ada kesinambungan yang bakal dibentangkan oleh TOP MANAGEMENT university.

Sudah hampir 20 hari aku dipejabat Petaling Jaya ini, bermakna juga sudah 20 hari aku merasai hubungan SURFACE anatar aku dan kwn kwn seangkatan. Aku rasa aku perlu memberi sebagaimana diminta tidak perlu lebih ..tidak perlu menjadi terlalu PEMURAH hingga menggangu prinsip orang lain. Aku perlu berlagak blurr dan dunggu, lembab kerana aku tahu itu yang diharapkan dan disukai orang orang tertentu. Tidak mengapa. Memnag betul bila masuk kandang lembu perlu bijak berdebah macam lembu. Aku tidak mahu dilihat dengan tangkas dan penuh idea baru...itu aku perlu sangat berhati hati..Alhamduliah aku sudah ada saduran lain. Disini hanyalah my second choice, aku belajar menjadi follower, menari rentak tarian mereka yang penuh gemalai. Kalau aku mahu All Out...bukan disini tempatnya...aku sudah belajar banyak dari pemerhatian,pengalaman termasuk juga kesilapan.

Alhamdulilah tiada rasa sedih, tiada rasa terasing, time makan aku hanya keluar sendiri, time solat aku menuju ke masjid, bila ada kwn kwn cari aku tidak akan tolak, kalau ada kepentingan, barulah aku keluar mencari kwn kwn. Mereka penting bagi aku sepenting masa aku sendiri...time flies!! Anak anak dirumah, makan apa mereka, ah sejap lagi mama balik...waktu bersama mereka sangat bermakna bagi aku. Serasa aku tidak mahu lepas dari pelukan mereka. Terasa disitu ada satu rasa yang sangat nyaman...terimakasih tuhan atas anugerah keajaiban zuriat ini. Aku sudah menyiapkan TO DO LIST dan things to pack untuk keluar ke Morib nanti.


Sesekali aku tidak akan lupakan BUKU dan Buku catatan ..apa saja terfikir akan aku catat. Anggaplah OUT STATION kali ini peluang untuk aku BERSAMA ANAK ANAK!!. Peluang perlu dicari dan dicipta!!