Tuesday, December 4, 2012

Cabaran KEDEWASAAN



Semalam kita tinggalkan menjadi kenangan, hari ini kita nikmati sepenuhnya sambil mencari ruang memperkasakan diri, dan esok kita doakan semoga menjadi yang lebih baik dari hari ini. Begitulah hidup saban hari, bagai ada ketikanya panas dan hujan silih berganti. Apa pun situasi kita perlu cekal menangani menggunakan sepenuhnya akal dan ilmu kurnia ilahi berserta titipan iman dihati.
Alhamdulilah atas usia yang masih bersisa ini. Usia yang menjadi salah satu persoalan yang akan disoal Allah nanti. Bagaimana kita menghabiskan KURNIAAN USIA ini. Usia juga menjadi tempoh buat kita, tempoh yang dipinjamkan Allah untuk duduk didunia ini dan bila bila masa sahaja tidak terlebih mahu pun terkurang walau satu saat, pasti maut datang menjemput diri. Hakikat sebenarnya hidup hanyalah sementara dan tempat kekal kita hanya disana yang ditentukan bagaimana corak kehidupan yang kita pilih didunia. Selesa didunia ini bukan bermakna selesa jugak diakhirat nanti.
Pagi ini mendung. Faktor cuaca yang menjadikan minda ini agak sleepy atau sememangnya fakto physical diri sendiri. Yang pasti rasa agak berat dan mengantuk serta lenguh lenguh lengan dan seluruh badan. Ujian kesihatan seakan datang kembali semenjak seminggu dua ini. Sebagai satu langkah menanganinya selain pengambilan vitamin dan mineral, petang ini aku perlu meneruskan senaman ringan yang dimulakan minggu lepas dan tertangguh minggu ini. Kalau 2 ke 3 hari mungkin dapat dilihat kesannya Insya Allah.
Selepas pertemuan dengan Yati pada hari Isnin, dan malamnya aku bersembang dalam telefon dengan Nelli hingga jam 3 pagi dan hanya semalam hati bagai terpanggil untuk menghubungi Maria. Berbual dengan quality person terasa bagai duduk dikerusi empuk, diri yang pada asalnya tak keruan terasa bagai ada penyokong setia dibelakang. Alhamdulilah masih ada insan insan setia ini yang  menggunakan matahati melihat kebenaran dan yang penting mengenal hati budi menjadikan kami kuat berkasih sayang kerana Allah. Durian sedap Bak yang aku nikmati dihujung minggu mengingatkan aku pada Maria, gembira dia dengan buah durian menjadikan aku tidak boleh melihat durian kerana itulah kegembiraannya. Mendengar muzik santai pasti mengingatkan aku pada Yati. Berjaga sampai pagi berbual pasti menginatkan aku pada Nelli, mereka penting dalam hidup aku. Bakal berdekatan dengan aku nanti insya Allah Mai yang bakal berpindah menetap diKuala Lumpur. Circle of Quality Friends semakin besar insya Allah.
Sekembali waktu pejabat hari ini aku perlu ingat janji aku dengan Aiman. Kami berjanji untuk sama sama mengunjungi Cyber Café smbil menunggu mamanya datang menjemput. Hati kanak kanak tidak boleh dilukai malah wajib digembirakan sebaik mungkin. Aiman begitu teruja untuk mencuba game di Cyber café. Semalam melihat air matanya aku gagahkan diri bersiap walau jam sudah 11 malam. Sebelum tidur aku sempat melihat Aiman tersenyum bangga. Sekarang dia tahu, ummi boleh bagi apa yang mama dan papanya tidak peduli bila dia minta. Pasti ini menjadi alasan untuk dia sering bermalam dirumah kami. Aiman is a very listen boy dengan aku. Dia sangat critical thinking. Melayan dia bercakap dapat melihat bagaimana cara dia melihat sekelilingnya. Sangat penyayang, talkative, banyak idea dan lucu. Yang penting dia cukup hormat dan menyayangi aku sebagai mak ciknya. Cara dia memberikan aku sebuah pelukan seakan pelukan kepada ibunya sendiri. Ternyata aku tidak pernah SERIK menyayangi anak orang lain malah ianya sebati dengan cara aku. Ternyata juga mengambil hati seorang budak sebenarnya jauh lebih mudah dari melayani kerenah orang tua sebagaimana membina lebih senang dari membaiki.
Semenjak duduk dimeja tugasan ini dari pagi tadi, semenjak itulah aku teringat sesuatu yang sering bemain dimindaku untuk ditulis semenjak sebulan yang lepas. Ianya juga berkisar dari kisah hidupku sendiri dan pengamatan yang sudah aku perhalusi. Bila aku kini berada dikedudukan yang seakan sama, insya Allah aku pasti melalui kesengsaraan yang berkurang kerana kebiasaan sudah menjadikan kita tegar melaluinya, sebaliknya hasil pasti hebat dengan izin Allah kerana antaranya Doa orang orang teraniaya TIADA HIJAB disisi Allah. Semua orang ada pengalaman sendiri dan semua orang juga mungkin mempunyai pattern pengamatan tersendiri melaluinya. Pengalaman ini bermula semenjak aku disekolah rendah lagi. Kerana pengalaman inilah aku lahir sebagai seorang murid yang berjaya dalam akademik dan sahsiah diri. Pengalaman terasa TERPINGGIR dan sering DIKETEPIKAN menjadikan aku berusaha keras untuk berada diatas. Tekanan ini datang dari sikap ibu bapaku sendiri. Bak sering memenangkan yang sulung dan Mak selalu saja mendahulukan sibongsu. Aku terumbang ambing ditengah tengah dan menumpang kasih nenek dan ibu saudara.
Keadaan itu berterusan disekolah menegah. Aku sering dipulaukan kawan kawan satu kampong yang bersekolah bersama. Bertahun aku hidup hanya dengan kawan kawan  luar dari kampong. Semakin aku berjaya semkain kuat tekanan dari mereka. Akhirnya rezeki berpihak pada aku. Aku menjadi pelajar teratas dan terkenal dikalangan guru guru serta wakil dari kampungku yang masuk universiti. Tekanan lebih kuat lagi bila bekerja dan berkahwin. 2 hala tiupan taufan melantun diri. Kalau tiada pegangan pasti  segalanya jatuh berkecai. Alhamdulilah rezeki rumahtangga dan jodoh masih berpihak pada aku begitu juga rezeki kerjaya, aku masih diperlukan malah menjadi pakar rujuk wakil wakil top management dipejabat walau tidak duduk diposition teratas.
Mengingatkan semua ini menjadikan aku bandingkan badai dan taufan yang lepas dengan tsunami yang sedang aku hadapi kini. Sememangnya dugaan kali ini teramat besar buat aku dan hampir mengoyang dan mengganggu keseluruhan hidup. Mengingatkan diri untuk apa aku dijadikan Allah, kemana arah aku pasti kembali dan dengan ilmu ilmu kemanusiaan yang dipelajari serta kes kes yang pernah dikongsi, kini aku sedar aku sedang berdepan dengan practical part yang bakal menentukan sepenuhnya sempurna sebuah KEDEWASAANKU. Alhamdulilah semakin payah semakin membuka ruang besar keimanan diri pada Allah. Kekuatan itulah yang menjadi tunggak sebenarnya diri tika dan saat ini. Alhamdulilah juga minda sudah pandai mencipta game yang sesuai dengan game mereka. Agar semua ini berakhir disini, tiada lagi proses berulang ulang terjadi. Alhamdulilah aku sudah cukup bijak membaca cara mereka. Kalau dulu aku letak mereka ditempat teratas hanya kerana sayang. Betapa naifnya aku. Pengakuan, cerita benar, minta maaf secara terbuka tidak perlu didepan orang orang yang tidak ikhlas. Hakikatnya manusia ikhlas dan jujur pasti tidak suka memanjang dan membesarkan sesuatu isu. Manusia yang banyak kasih sayang pasti tidak menyebarkan cerita tidak pasti untuk menjatuhkan orang lain. Manusia yang truthful pasti tidak tahu memilih siapa yang perlu dipercayai. Jika semua ini tiada pada mereka, aku sudah cukup masak siapa mereka mereka yang aku sayang selama ini. Mereka adalah golongan yang sangat membenarkan rasa hati sedang hati tidak pernah disirami iman dan amalan agama secara berterusan. Mereka sangat membenarkan pandangan minda sendiri sedang minda mereka tidak pernah digaul bersama ilmu ilmu kehidupan dan kemanusiaan. Mereka membina pandangan yang yang tidak jauh dari persepsi sendiri yang tidak sepenuhnya dipositivekan.
Menyedari semua ini aku melihat betapa BAHAYANYA mereka. Betapa bahayanya orang orang begini berada dalam circle yang dekat dengan hati. Menyedari ini juga mengajar aku untuk tegas mengambil tindakan. Biarlah SILUNCAI DENGAN LABU LABUNYA. Aku dengan diri dan urusan hidupku sendiri. Kami akan terus berusaha untuk membina keperkasaan diri dan minda. Kini baru aku sedar, betapa rapuhnya hubungan sesame manusia ini, kalau dulu kita cinta, masa boleh merubah menjadi benci dan begitulah sebaliknya dari benci kepada cinta. Kerana itulah Allah sering berpesan untuk berpada pada dan berbaik sangka. Insya Allah dugaan besar ini bakal menjadi medan perjuangan buat diri ini. Kalau seketika diuji aku sudah diberikan Allah rezeki berniaga, insya Allah tempoh dugaan ini bakal menjanjikan aku SEBUAH EMPAYAR hidup. Aku tidak gentar bila mengenagkan Allah melihat dan mendengar segala ISI HATI, aku yakin walau beribu manusia bersalah sangka, namun Allah tetap nampak dalam hati ada cahaya. Kerana Allah, aku tidak kisah lagi dihina, diumpat dan dikeji dan hanya kerana Allah aku tidak kisah andai kasih sayang mereka sudah tiada lagi.
Selama mana Allah dihati, kita tidak perlukan sapa sapa lagi J
Teringat kata kata diFB yang aku share pagi ini, “I am grateful for all my problems. After each one was overcome, I became stronger and more able to meet those that were still to come. I grew in all my difficulties”.
Terima kasih Allah J