Monday, October 18, 2010

Akal untuk hati


Mengantuk ada, boring pun ada..tapi tidaklah ketara sangat diketika inilah buat sesuatu yang mengembirakan perlu selain dari makan dan bertemu kawan kawan diwaktu rehat. Senarai tugasan bergerak agak perlahan ..tidak mengapa selagi bergerak sifatnya. Terlihat penulisan semalam yang separuh jalan dicolumn draft. Perlukan masa yang tersendiri untuk meneruskan esuatu yang kita berhenti ..nantilah.

Hari ini agak lain dari hari hari yang lain. Perasaan paling kemuncak happy bila habis bercakap bertelefon dengan penolong pegawai agensi dadah. Letak telefon terus saja terbayang wajah bak dan mak...aku sangat happy kalau berjaya buat mereka happy...dan inilah juga berita gembira buat Iwan bila melawatnya sabtu nanti bersama angah Anum. Dalam waktu terdekat ini adikku boleh keluar dari PUSAT ini. dan rancangan kami untuk menghantarnya ke pondok pengajian Agama seakan menjadi kenyataan. Aku mohon pada Allah untuk memudahkan perancanagn dan nekad aku untuk membawanya bersama menunaikan Umrah dibaitullah April Ini...Insya Allah dengan izin Allah.

Kiriman Hadiah harijadi buat Adda anak sepupuku baru saja selesai. cuaca diluar agak perit dan panas. Aku yakin Adda pasti tersangat gembira...walau aku tidak melihat senyum dan lesung pipitnya dikala dia membuka kotak yang berbalut tidak seberapa ekmas itu. haha..aku mempunyai kelemahan yangs angat ektara, aku tidak mapu membuat kerja kerja tanagn yang kemas seperti yang dimiliki adikku Linda. haha begitulah manusia ..lebih disini kurang disini.

Pagi tadi aku cuba menghubungi jabatan psychology dan bro Alizi, tidak berjaya, lantas aku menerokai facebooknya dan meninggalkan mesej persoalan yang diajukan DK buat isteri dan adik iparnya. selama mana nama pun MEMBANTU..siapa saja aku gembira melakukannya. Dimasa yang sama, aku menulis emsej buat Fa sahabatku di LUTON, untuk meninjau buku Clinical Psychology dan Communication yang bakal dibawa balik nanti, memnadangkan beberapa kiriman kawan kawan..Neli memesan handbeg sepertimana kak fairuz, kenalah aku menambah keluasan luggage. Aku terfikir, untuk memberikan Dk sesuatu yang berharga..apa lagi kalau tidak BUKU..buku yang dibeli khas dari UK untuknya sempena persahabatan kami pasti akan membuatnya TERHARU. itulah aku..siapa rapat dengan aku akan selalu menerima sesuatu sebagai bunga bunga perhubungan. buat suamiku..semestinya Tshirt hard Rock cafe LONDON. Semoga tercapai hasratku untuk melihat dia memakai t shirt Hard Rock Cafe London.

Happy buatku sebahgiannya ialah membuat mereka yang dekat dengan aku happy. happy juga termasuk mennyokong mereka dikala mereka kesempitan. Happy juga bila memahami apa yang mereka suka dan hargai..dan mampu mendapatkannya. Entahlah...sedari dulu inilah aku...dan akhir akhir ini semakin ketara sifat sifat ini. Dimasa yangs ama aku tidak suka sangat dengan pemberian orang kerana aku tidak ingin menyusahkan orang. Aku berpesan pada DK, i hope you are serious about Clinical psychology, ..kedengaran suaranya terharu bila aku teruskan mengapa aku berpesan begitu.... Demi tuhah aku tidak berharap apa apa, namun ruang yang sedia ada sudah cukup membahagiakan aku. Aku dikelilingi dan diharapkan oleh mereka mereka, aku dipercayai, aku diperlukan, aku dirindui...aku bermakna buat mereka...itu sudah cukup. Aku tersangat faham situasi aku dan aku tersangat faham situasi mereka mereka yang mendampingi aku. kewujudan mereka sebahagian dari nilai nilai sokongan pada diri aku, sambutan dan penerimaan mereka cukup membuat hati aku merasa bahagia dan terubat.

Aku lebih gembira dalam 2 ke 3 hari ini aku semakin jelas bertapak. Aku semakin kuat melihat dan berpegang pada prinsip diri. Aku menghargai setiap panggilan telefon, sms, email yang saban hari mengunjungi dan menambah keceriaan hari hariku. Terkadang yang mebunuh kita ialah perasaan kita sendiri, jangan sesekali tenggelam dalam perasaan, ada pelbagai perasaan yang boleh mebawa kesan buruk pada diri. Bukan semua orang dikeliling kita mampu mengenalpasti dan menumpukan diri mereka buat kita, namun aku ingin menjadi seorang sanggup menumpukan diri buat situasi malang orang lain.

mata amsih merasa berat, entah apa sebabbnya, semalam aku tidur lena tanpa bantuan xenex, dan bangun menyiapkan anak anak kesekolah, aku amsih rindu untuk mandikan mereka dan pakaikan mereka baju, rasanya wajar kalau aku boleh melakukannya seminggu seklai dan kakak 2 minggu seklai, inilah nilai nilai attachment dengn mereka ini sambil bercakap cakap memgenag mereka, mandikan mereka, siapkan mereka...itu semua sebahagian rasa gembira.

Ada banyak perkara yang boleh kita lakukan untuk rasa gembira,apalagi perkara yang melibatan hubungan dengan Allah. Meletakkan masa khas untuk lama berwirid dan bertahmid, Allah lebih memahami apa yang berlaku, usah gusar untuk meminta apa yang kita inginkan, hajatkan, sebesar besar pertolongan hanya datang dari Allah, Alalh jugalh yang mengerakan hati manusia untuk memahami dan membantu. dalam senarai aku sendiri, ada 30 perkara yang membahagiakan, inilah yang sellau dilakukan berulang ulang, cuma satu perkara, sebelaum kita laukan perkara yang kita senaraikan terlebih dahulu betulkan mind setting. kalau mind setting silap, buatlah apa pun at the end of the day ...semuanya seakan sementara. Mind setting ialah Nekad dan matalamat, apa yang kita matlamatkan pada diri dan situasi.

Padaku, Mind settingku ialah aku ingin teruskan hidup tanpa menyakiti orang lain dan sama sekali tidak mebenarkan orang lain menyakiti aku. sebuah pagar yang kemas dan kukuh mesti dibina dibirai hati, Aku adalah TUAN pada diri sendiri selepas dalam diriku aku ada Alalh yang maha mendengar, jangan hentikan bisikan memohon dan meinta padanya. Aku ingin terus melangkah jangan beralasan apalagi meletakkan oarng yang tidak bertanggungjawab menghalanginya.....Cekalkan hati..teruskan Langkah. Allah bekalkan Akal untuk mendidik hati...hargailah dan gunakanlah keajaiban itu dengan santapan rohani buat roh dan jasad yang BETUL.

Sekian.