Thursday, April 1, 2010

A date to remember.....


Hari ini 2nd April 2010..pantasnya masa berlalu...semlam 1st April...April fool..satu satunya hari yang sellau ada kelucuan dikalangan adik beradik dan teman teman. tapi April fool tahun ini aku berada dikatil tidak bermaya kesan tidak tidur semlaman. Doktor kata aku stress...mungkin ya...apakan aday ada banyak stress dalam hidup yang tidak mampu kita lari atau hilangkan...dari masa kesemasa adalah baiknya kita beljar untuk rilex dan cope...

Bila aku membelek belek gambar pagi ini...aku terjumpa gambar yang pernah aku ambil di january lepas bila aku terlihat Fayaydh membulatkan kelender 2010 untuk memperingati HARIJADI MAMA. Aku senyum sendirian....hati ibu mana yang tidak gembira melihat ada nilai nilai usaha untuk membuktikan kasih sayangnya pada ibunya. lantas aku teringat untuk mengambil gambarnya. Ya harijadiku jatuh pada 21 April 2010. menjadikan aku seorang TAURIAN...hehe better than Aries!!!. Asalnya aku Aries..ntah banyak cerita disebalik kelhairanku yang aku mals untuk meikirkannya. Aku sentiasa terima seadanya aku.

Aku sudah mengumumkan pada Linda adikku yang aku akan membawa semua mereka ke satu tempat makan yang aku baru jumpa dan memang susah nak cari menua yang tersendiri yang dihidangkan ..standard dan tidak keterllauan MAHALnya...iaitu ICE ROOM. Gathering kami hanya boleh dibuat pada hujung minggu...memandangkan semuanya kerja..dan aku memilih 24 April semata mata memberi laluan kepada majlis kawin adik ZAm pada minggu sebelumnya dan Gathering peers counselor dengan kawan kawan satu group Peers 2nd batch. Malangnya bila aku melihat jadual pulang kerumah Nana...ya masa tu Nana tidak akan turut serta...jadi terlebih awal atau lewat aku kena keluar berdua dengan nana...mungkin ke Cozy Corner...sebelum aku terbang ke LONDON. memang kalau aku ada waktu berdua duan dengan Nana ...sangat menyeronokan...dua dua suka makan..dua dua suka merasai menu baru dari masa kesemasa. Dua dua suka bebrincang pasal pengajaran hidup dan masa depan yang optimistic...SERONOK..anakku itu dewasa mindanya...dan antara kami tidak ada rahsia.

Hari ini aku ditempat kerja. tapi tidak boleh bekerja seserius yang aku inginkan memandangkan aku terpaksa membawa kedua anak lelakiku...mereka tidak kesekolah hari ini..dan aku tidak suka sepanjang hari kerisauan mereka dirumah lebih baik stress dengan mereka depan mata. Kekadang kita tidak ada banyak pilihan yang baik sebaliknya better worst among the most worst..hehe. mereka didepan mata aku memang mengacau pemustan fikiran tetapi hati aku tenang. kerana itulah kerja kerja paper work yang serius terpaksa dilakukan Isnin depan.

Benarlah..dalam suka duka hidup walau bagaimana kelam kabut seklaipun anak anaklah penawar hati dan peneman jiwa. bayangkan orang yang tidak ada anak..bayangkan orang yang kesunyian selamanya tanpa anak. dan bayangkan juga nasib sahabat sahabat yang langsung tidak bersuami hingga sekarang. Bukan saja kesunyian malah tertanya tanya bagaimana rasanra nikmatnya bersuami dan beranak pinak. itulah kuasa Allah...diberinya sesuatu kepada sesiapa yang dikehendakinya dan jika tidak diberikan digantikan dengan keistimewaan yang lain..cuma kita manusia yang sering merasa tidak puas dan selalu saja tamak dan ingin ada segala galanya tanpa terfikir bertapa timpang hidup didunia ini kerana segalanya hanya SEMENTARA....Teruslah mensyukuri apa yanag kita ada... hargai kehadiaran amnah allah setiap masa...janagn berhenti meminta kerana Alalh maha mendengar dan maha pengasih...kasihanilah aku ya Allah..kasihilah aku ya Tuhan...Amin