Wednesday, June 15, 2011

Sebelum mata TERPEJAM



Pagi yang TENANG hari in kerana tiada appoinment pelajar yang membuatkan aku terkejar kejar time. selepas berbincang dengan pembantu untuk tindakan kerja awal July, aku mula melihat To do list semlm yang perlu dibawa hari ini, menyiapkan letter pembayaran kepada spekaer spekar sepanjang June dan July. Alhamdulilah Up Time for 7 days seakan berlalu dengan tenang, hari ini masuk hari ke empat, masih bersisa lagi 3 hari...beberapa kali aku tetapkan minda minda dan arahkan minda luar sedar, aku perlu lebih focus...lebih energy dan avoid any distraction for these 7 days straight.Alhamduliah..arahan pada minda sedar adn luar sedar banyak membantu.

Hari ini Tenaga sangat banyak dan FRESH, mungkin rehat yang cukup selewat jam 2 pagi lantaran programme untuk pelajar pelajar dismessed berakhir 12.30 tengah malam. Selepas melayan tetamu makan barulah aku eklaur bersama hubby yang setia dipejabat menunggu, sementara menunggu order dan dia makan, aku sempat menyiapkan satu topik penulisan diiphone yang bakal dituliskan kemudian disini. Balik kebilik menyiapakan baju batik yang perlu digosok dan dipakai sempena hari ini khamis. selepas menyiapak diri barulah aku boleh baringkan badan dan tidur ..Seingat aku waktunya hampir 2 pagi. Terasa terkejut kali pertama tepat 6 pagi, dek kerana tidak boleh bersolat bolehlah lanjutkan tidur dan skip breakfast time untuk masuk pejabat. Alhamdulilah.

Seronok memilih hidup penuh perancangan, terasa penuh dan full, terasa masa pantas berlalu dan terasa hidup bermakna. jadual hari ini sebelah pagi boleh menumpukan kerja kerja preparation dan petang ada session dengan 2 pelajar. Asma' dan Ika, mencari cari apa bantuan yang boleh diberi, apa kekurang mereka yang boleh diatasi dalam capacity aku sebagai pakar rujuk mereka. Alhamduliah seronok kerja ini..dan Alhamduliah juga kerja ini banyak memeperlihatkan aku KEBESARAN yang ESA melalui sikap dan kisah MANUSIA. Dalam perancangan petang ini untuk makan malam awal bersama adik adik, Linda dan fatin untuk berbincang warna rumah mak, dan malam bakal duduk bersama bekas pelajar jam 9 mlm dan mungkin sampai jam 12 tengah mlm, ada kes baru yang terikat dengan haziq, Alhamduliah selepas 5 tahun Haziq masih mencari aku sebagai orang yang paling dipercayainya..Amin..thank you Haziq..Kisah haziq adalah Ilmu buat kak za...menambahkan lagi angle anble koleksi kes yang ada untuk terus membina kemantapan credibility kak za sebagai seorang COUNSELOR.

Aku melihat dan benar benar merasai, kerja membantu perlu mencintai terlebih dahulu barulah boleh mengahdapi ruang ruang bantuan yang boleh diberi laluan buat pelbagai bentuk keadaan dan situasi INSAN. Bila minat utamaku pada kes, aku redah apa saja situasi, menolak ketepi keselesaan sendiri, memandu berjam dalam kesesakan jalan raya, tiada erti penat dan jemu kerana setiap KES adalah berbeza dan TENAGA makin terasa bila bderdepan kes kes yang GENUINE. Orang mencari kita semestinya GENUINE sebab mereka inginkan pertolongan, berbanding orang orang yang dihantar, mereka sampaikan berhempas pulas mereka cipta kisah, fakta palsu, mengadakan memek muka semata mata untuk keliahatn benar, tapi dapat dirasakan Tidak Congruence antara fakta dan persembahan diri dan terkdg banyak situasi STUCK dalam session conversation. mereka tipu langsung tidak merugikan aku malah merugikan mereka sendiri tapi aku dapat rasakan tiada ENERGY yang keluar dari badan dan masuk secara lebih kuat kebadanku semula. itulah hakikatnya.

Sekarang Langkah aku semakin panjang. seakan pintu rezeki semakin terbuka dans emkain sibuklah aku. Mungkin sudah tiba masanya, Alalh memperlihatkan aku keikhlasan aku selama ini sudah mendapat ganjaran, aku tersenarai dalam pilihan PNB dan Director bhg community itu juga sudah mengrekmonkan aku untuk session peribadi sepupunya yang membrikan aku sebuah contact bisness dan bayaran yang lumayan. Alhamduliah. belum lagi sempat otongan pinjaman untuk rumah mak dibuat, Allah telah memberikan aku rezeki lebih dari bayaran potongan tersebut, betapa hebatnya restu dan pulangan dari Allah bila kita berhabis demi memberi kebahgiaan dan perhatian buat insan insan mulia seperti ibu bapa kita. klaualah sedari dulu aku bernikan hati, kalaulah dari dulu aku memiliki REHA sebegini, semestinya sedari dulu aku merasai BARAKAH yangs egera dari Allah. Alhamdulilah. Aku percaya disetiap hujung solat, mak dengan redah hati apsti berdoa buatku, kerana aku bernekad untuk meletakkan mak disebuah tempat paling selesa, aku ingin mak memiliki sebuah dapur yang begitu cantik, mak bukan lagi berkejar dalam dapur usang yang sekana penjara buatnya, meremukkan hatinya, mematikan harapannya dan menyesakkan nafasnya yang seakan makin keletihan. Aku ingin lihat mak cantik didapur yang cantik, mak bahagia dimedan kegemarannya dan semkain bersemnagat memperlihatkan aksih sayangnya melalui air tangannya. Aku ingin mak dikelilingi oleh jiran jiran yang menghormatinya, mendahuluinya, dan bakal merinduinya bila sudah ketiadaannya, kerana itu TERATAK KASIH BONDA bukan sekadar rumah tapi seakan tempat diskusi ILMIYAH, kumpulan wanita membaca yasin dan berbincang tentang kehidupan dan aku akan TREAT mereka seperti tetamu penting, setiap program ilmiyah akan bersusur dengan buah tangan yang bakal membahgiakan mereka, aku bukan perluakn buat namaku tapi aku perlukan buat mereka rasa bersyukur mengenali INSAN seperti ibuku..Insan bertuah yang melahirkan insan yang sinarnya seakan MENTARI, menyinari dan memberikan cahayanya buat semua..alhamduliah. senyum bila aku melafazkan impian yang terlakar diminda..senyum bahagia mak..mak saya nak mak pergi dalam air mata kasih sayang penuh oleh orang keliling mak, mewakili air maat saya, saya nak kepergian mak akan berterusan dikenang dan ayat ayat suci AlQuran akan sentiasa dilagukan buat mak kerana MAK BEGITU PENTING dalam hidup saya.

Setiap kali aku meulis tentang insan yang bernama mak ini, setiap kali itulah mataku berkaca , tudungku pasti basah dengan air mata, aku tidaks ekuat ini kalau mak bukan ILHAMnya, kerana aku lihat mak DESERVED to be happy kalau bukan aku yang BERUSAHA buatnya..siapa lagi...siapa lagi..siapa lagi. Siapa yang lebih faham Robek hati seorang wanita..siapa yang lebih faham bila wanit perlu bertahan kerana anak anak deang hati saban hari disakiti..tidak pernah dihargai seperti wanita wanita lain, hidup makan hati dari dulu , kini dan mungkin sehingga menutup mata. Aku tahu hati mak, aku sangat faham sengsara mak. kerana itu dengan mak aku tidak boleh self fish...mak sudah mengadaikan seluruh jiwa dan raganya buat anak anak...aku sangat faham pengorbanan itu dan aku ingin memeluknya KEMAS dan membisikan padanya..mak kita sama sama bersujud mohon peluakn kemas dari Allah..doa kita didengari mak...air mata kita difahami...kita jgn berhenti meminta selagi usia masih ada.

Aku sring panjatkan doa pada Allah, mohon dipanjangkan usia..mohon dimurahkan rezeki..mohon dicelikkan minda...mohon keberkatan keran tanggungjawabku banyak..tanggungjawabku berat..dan aku sudah berjaya mencari seba seba aku dilahirkan, sebab seba aku terpilih..sebab sebab aku disandarkan rezeki dan sesungguhnya dalam rezeki rezekiku terkandung rezeki rezeki mereka. Aku perlu adil dalam membahagikannya, aku perlu bertanggunjawab pada semuanya..aku perlu berperanan buat mereka..Inilah JIHAD hidupku...inilah perjalanan yang telah ditakdirkan buatku dan aku bahagia menerimanya dan aku pasti masa tidak terlalu banyak buat aku, setiap hari..setiap minggu, bulan berganti bulan malah tahun berganti tahun begitu pantas, aku perlu laju..laju untuk mengejar tahap maksimum yang mampu aku beriakn sebelum Allah merihatkan aku dengan sebuah KERIHATAN yang panjang sehingga aku dibangkit kembali dipadang Mahsyar untuk dihitung dan ditanya akan kehidupanku didunia ini.

ya allah aku akur dan aku akan tersu mengatur langkah langah yang penuh pro aktif buat mengisi ruang ruang nikmat yang engkau sediakan sebelum mata ini TERPEJAM..bekalkan aku sebaik baik petunjuk selalu..Aminnnnn