Monday, October 15, 2012

Pengalaman Mendewasakan Jiwa





Hari ini hari terakhir dibulan Zulkaedah. Esok sudah bermula Zul Hijjah bulan Islam yang penuh Sejarah dan disambut penuh pemerkasaan erti sebuah PENGORBANAN. Alhamdulilah bila menjenguk kalender pada daily dairy kerja, aku pastikan hari ini mesti membaca terjemahan Surah Al Anaam sebagai penutup Zulhijjah buat aku. Harap harap menjelang Zulhijjah berlabuh aku mampu menyiapkan diri sebagai memasuki tirai bulan penuh barakah ini Insya Allah.
Sepotong ayat dari surah Al Anaam, ayat ke 60 yang bermaksud yang menyentuh hatiku “ Dan Dialah yang mengambil jiwa kamu dimalam hari (waktu tidur) dan dia mengetahui apa yang kamu kerjakan diwaktu siang. Kemudian kamu dibangunkan kembali supaya dicukupkan janji yang telah ditetapkan. Sesudah itu kepadanya kamu kembali dan diberitakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.” Aku menulis balik ayat ini dikepingan kertas dan aku letakan pada tarikh ianya menyentuh hati aku iaitu hari ini 16 Oktober 2012 jam 10 pagi. Terdahulu sebentar tadi, ketika aku siapkan ‘reading of the day’ sambil mencari PERINGATAN untuk diri dan BAHAN PERKONGSIAN untuk kawan kawan hari ini, aku bertemu dengan satu sabda Rasulullah dalam buku INDAHNYA AKHLAK RASULULLAH. Hadis itu berbunyi, Sabda Rasululah s.a.w,  Pada hari kiamat nanti, dua kaki seorang hamba tidak akan melangkah sebelum ditanya 4 PERKARA. Kemana UMURnya digunakan?, ILMUnya digunakan untuk apa?, dari mana dia mendapat HARTAnya dan digunakan untuk apa hartanya? dan BADANnya digunakan untuk apa?. Alhamdulilah hari ini Allah temukan aku dua fakta yang baru untuk diguna pakai dalam hidup diri sendiri dan insan insan disekeliling aku.
Alhamdulilah ternyata setiap USAHA PASTI BERHASIL dan yang paling penting ISTIQAMAH. Inilah hasil pertama dari nilai rutin dan istiqamah ‘reading of the day’ dan ‘Quran of the day’. Dua usaha ini akan terus dipergiatkan sepanjang sendirian dipejabat menunaikan kerja kerja seharian sebagai pegawai Psikologi. Alhamdulilah, saban hari aku bertemu dengan RUANG DAN PELUANG BARU untuk terus MEMBENTUK dan MEMBANGUNKAN DIRI. Kedua ruang dan peluang itu adalah TAKDIR REZEKI dari Allah. Sesungguhnya dialah Tuhan yang maha melihat dan maha mengetahui, memiliki kekekayaan yang besar dan dia mampu memberikan rezekinya kepada sesiapa saja TANPA HISAB.
Ternyata dari KENYATAAN dalam kedua dua ayat mengingatkan kita bahawa kita ini MILIK ALLAH. Kita dihidupkan atas satu janji untuk disempurnakan sebelum kita dikembalikan dan diberitakan tentang apa yang kita lakukan ketika didunia. Empat perkara yang pasti ditanya sepertimana perkhabaran Rasulullah, UMUR, ILMU, HARTA dan BADAN. 4 perkara ini menjadi tanggunjawab yang besar yang sudah dimanahkan Allah pada kita. Umur adalah tempoh masa yang sudah tertulis diarash sana dalam PERENCANAAN ALLAH.
Terimbas KISAH SEMALAM, betapa semalam banyak MASA dan TENAGA dihabiskan. Semalam yang terdekat ialah dalam tempoh 24 jam dari sekarang, diwaktu begini aku sedang menyiapkan order order IOPE dipejabat pos Ikano power centre. Sebelum itu, aku sudah hamper satu jam berada di Cyber Café memohon cuti untuk tidak bekerja dan membeli bahan cucian di kiosk Cosway yang sekaligus menarik perhatianku untuk turut membeli benda benda lain tanpa sejenak BERFIKIR dan MENGIMBANGI KEPERLUANNYA. Tak cukup dengan itu, satu PERASAAN MEMBUAK BUAK untuk menuju ke Butik Fareeda di Bangi dan terus menyimpan hajat untuk membeli 3 lagi tudung keluaran terbarunya demi SEBUAH KEPUASAN DIRI. Hingga detik ini, baru aku tersedar betapa semalam jasad aku bagaikan PERAHU TIADA KEMUDI hanya mengikut arus angin yang sedang bertiup kehulu dan kehilir. Sehingga detik ini barulah aku terasa MENYESAL dan BETAPA RUGINYA DIRI.
Apa puncanya? Semenjak Jumaat malam, sabtu seharian, ahad seharian aku tidak Membaca Quran, walau terjemahan, aku kurang berzikir dan aku menghampiri lagha dengan berjam jam makan malam dengan Yati diLongue One Utama dengan santapan Muzik. Inilah puncanya hingga BADAN dan SEMANGATku terasa agak lemah dan seakan hilang entah kemana. Banyak kerja tertangguh dan banyak kelesuan melanda diri hingga membiarkan masa berlalu begitu saja. Inilah yang dikatakan MENZALIMI DIRI SENDIRI. Uzur Syarie bukan satu alasan untuk kita menjauhkan diri dari tuhan. Ya Allah ampuni dosa doaku. Alhamdulilah tepat 30 Zulkaedah aku diperlihatkan Allah pada kisah sendiri yang mencetuskan rasa MENYESAL dan TERKILAN. Allah maha pengampun dan maha penyayang, semoga doaku diterima, doaku terampun dan terus berpeluang melihat diri sendiri dari hari ke hari. Insya Allah.
Masya Allah bila diingat ingatkan semula bagaimana PERASAAN MEMBUAK BUAK yang merasai dekat, indah, seronok, bahagianya, memiliki apa yag dihajati yang BERUPA KEBENDAAN. Betapa jauh aku TERSASAR dari track sebenar yang sepatutnya dan track ini juga yang aku cipta perlahan lahan lantaran SEBUAH KESEDARAN DIRI. Bayangkan bila jiwa sudah penuh perasaan inginkan sesuatu, Bangi terasa dekat, semangat kental merentas cuaca panas, sesat barat sudah tak kisah, malah duit keluar bayar tol dan minyak sudah tidak ambik kira lagi. Itulah jiwa aku sebenarnya, kalau aku sudah suka aku suka sepenuh jiwa malah aku sering lupa suka itu bila bila saja boleh jadi SUKA BERSULAM DUKA. Aku juga lupa bahawa apa yang aku tengah suka sangat itu BUKAN SUATU KEUTAMAAN malah terselit disebaliknya bibit bibit HAWA NAFSU. Inilah kekuatan dan kelemahan aku, kekuatannya bila aku betul betul inginkan sesuatu, aku meletakkannya dalam jiwa, aku makan dan tidur bersamanya, lemahnya aku terkadang, aku sering meletakkan sesuatu yang TIDAK PENTING malah akan membawa aku kepada kerugian kerugian yang lain. Selalunya dalam apa jua keadaan, kita sering melihat bila kita dahulukan SESUATU YANG TIDAK PENTING, maka SESUATU YANG PENTING SUDAH TIADA RUANG. Dahulukan sesuatu yang PERLU DIDAHULUKAN, kemudian barulah yang kurang penting bila ada PELUANG. Dalam hidup perlu ada PRIORITY SETTING.
Terkadang dalam hidup, menyedari KESILAPAN SEMALAM dan BELAJAR MENGATASINYA lebih baik dari kita tidak belajar apa apa langsung. Aku hargai kenangan LEMAHNYA aku semalam kerana itu antara LESSON TERBAIK dari Allah. Sesungguhnya PENGALAMAN MENDEWASAKAN JIWA saban hari. Mohonku pada Allah moga aku terus diberikan TAUFIK DAN HIDAYAH dan berterusan berada dibawah bimbingan dan pimpinannya. Amin

Atsgharfirullah Al Azim….Ampunkan Dosaku tuhan yang agung.