Tuesday, April 19, 2011

Peluang disebalik KESAKITAN.


Hari ini Rabu, hari yang selalu dijadualkan dengan Programme Universiti atau programme diri sendiri. Sedari pagi tadi hati terpanggil panggil untuk menulis kisah semalam yang tidak mampu lagi untuk dibiarkan begitu saja. Selesai 2 session berat selama 4 jam barulah list of duty disiapkan dan barulah ada sedikit masa sementara waktu rehat untuk aku menulis. Aku menulis lagi BUKAN KERANA NAMA.

Semalam aku sangat BANGGA melaluinya walau aku TIDAK SIHAT. Aku membatalkan hasrat untuk pergi kerja untuk memberi laluan perjumpaan dengan Doktor dan berihat secukupnya dirumah. Badan terasa agak LEMAH dan tidak bermaya. Seawal pukul 8.00pagi aku menghubungi pembantu untuk memberitahu tugas tugasannya yang mesti dilaksanakannya hari itu. Alhamdulilah selesai, pukul 9.00 pagi barulah aku bersiap dan cuba segarkan diri dengan air panas dan aku sempat menghantar 1 text pada yati sahabatku yang sekian lama berhasrat untuk makan tengahhari denganku. Cukup sekadar memberitahunya..Tie..Hari ini za CUTI.

Tiba tiba telefon berdering dikejauhan terdengar suara yang aku rindu..suara anakku Wahida..Mama..mama perlu siapakn urusan imigresen kakak hari ini juga sebab imigresen teluk Intan nak keep in bermula esok...amboiiii sedapnya kakak mengucapkannya ucapku Spontan..mama tak sihat ni kak..semlm mama sangat sibuk dipejabat dan petang terkejar kejar urusan bank..Aku terdengar DENGUSAN anakku dan tiba tiba talian TERPUTUS...mungkin dia sudah kehabisan SYILING.

Aku termenung seketika, mampukah aku untuk meredah CUACA PANAS dan kesesakan parking dan orang ramai dikompleks kerajaan Bukit Damansara. Tuhan saja yang tahu...aku sangat tidak ingin melakukannya sekrg...tak laratnya..bisik hatiku. Aku tarik nafas panjang panjang..apa jadi kalau aku PERGI settlekannya...lantas secepat kilat aku mencapai tudung dan handbeg serta documen berkenaan yang telah diasingkan hubby untuk tindakan. Aku sempat menghirup GEL Tenaga sekadar mengalas perut dan kereta Gen 2 Hitamku terus meluncur menghala ke Pusat Bandar Damansara. Fikiran masih tidak mampu mengusai perasaan dan aku terasa terawang awang berperang dengan perasaan ..nasib baik aku tidak rasa MARAH...cuma agak sukar untuk mengenepikan rasa TIDAK LARAT yang sudah menguasai diriku. Sedar sedar aku tersilap ambil lorong dan aku terpaksa mebayar TOL dikerinchi Link dan susur keluar ke Mid valley dan patahs emula ke Bandar damansara melalui Bangsar. dalam hati berkata beginilah bila tak mantapkan minda arah kita jadi TERLARI dari TUJUAN.

Dalam menerusakn pemanduan dari Bangsar, aku menguatkan peranan MINDA...aku katakan BUKAN SUSAH pun..BUKAN JAUH pun..BUKAN LAMA pun..mesti LOVE adventure to the other side of comfort zone...enjoy enjoy enjoy explore Bandar Damansara alone...perlahan lahan sekana hilang rasa GUSAR dan tak tentu ARAH itu..dan terus akuNEKAD untuk mencari parking dalam keserabutan kereta hingga ke level 3a basement park...Dalam hati berdoa doa minta strong..minta Allah tolong permudahkan dan akhirnya fuhhhh dapat PARKING dans ebelum keluar aku sempat mengamati nombor parking dan level serta tangga naik yang berdekatan dan setting dlm MINDA seriousnya.

Menyusuri tangga yang terpencil dan sunyi..ada rasa ngeri dan kaget kemudian menyusuri starbuck coffee itulah landmark pertama yang perlu aku ingat dan seterusnya turun tangga sebelum jejantas kedua dan berhenti ditempat potocopy siap membayar aku terus panjat escelator keruang menunggu bernombor dan cuba dapatkan peluang untuk ke kaunter khas. Alhamdulilah selepas menerangkan panjang lebar tujuan beserta menunjukan bukti kesahihan cerita aku..barulah permintaan aku dilayan pegawai imegresen itu..dan tak sampai 20 minit semua selesai dan aku terus mencari pejabat POS. dan membuat kiriman express kepada Pejabat Imigresen TELUK INTAN. ALHAMDULILAH selesai..terbayang wajah happy kakak..kalau dia tahu sure dia sangat happy dan aku mula BERTENAGA dan mata mula melihat buah buahan potong yang dijual ditepi Pejabat Pos.. Alhamdulilah dapat makan Nangka dan ciku , 2 buah favourite aku.

Melihat jam pukul 11 pagi masih awal dan aku mula terfikirkan PELUANG. Peluang makan tengahri dengan adik adikku, Peluang membeli SAHAM bank Rakyat, Peluang untuk pergi Urut Badan dan pusing sdamansara Utama yang sekian lama tidak aku peduli apa yang BARU dan apa yang sudah TIADA. Ahhhaaaaaaa macam menarikkkkk getus hatiku. Keretaku meluncur laju menuju Damansara Utama kawasan pertama yang pernah menjadi tempat tinggal aku. Hampir 1 jam diBank Rakyat barulah aku mengundur diri untuk masuk ke THE SHIP untuk makan bersama adik adikku Linda dan Fatin. Aku seklai lagi berpeluang menimati resepi ENAK yang MURAH dalam set lunch The Ship dans ambil makan kami bercerita dan ketawa...hampir hilang seluruh rasa sakit dibadan. Hanya RM48.00 untuk 3 org makan, makan bermula dengan butter and hot bun,sup of the day, main dish, fruit dan soft drink...Wallahhhhh rasa berbaloi baloi sangat!!!

Aku berjalan pulang bersama fatin kerana arah pejabat Linda bertentangan, melalui kedai kedai makan yang pernah menjadi tempat makan diera permulaan perkahwinan aku, terbayang bayang hubby tengah makan dengan baju favouritenya...temapt tempat ini sungguh banyak NOSTALGIA. Bila Fatin naik kepejabat, aku tidak terasa untuk balik seblaiknya aku ingin mencari SPA atau tempat URUT. Hampir 20 deret kedai aku redah, aku terpandang Blind Massage dan aku juga terpandang female for female. Aku terus naik keatas dan bertanyakan harga pakej sakan aku terkejut RM37 untuk 1 jam ..apalah untungnya..sambil berurut aku menderma sambil menhayati nasib insan insan sebegini. sekali lagi ALHAMDULILAH. Aku masuk kedalam ruang urut yang disediakan dan seorg perempuan yang bernama Che Azwin mnegurutku. Azwin yang BUTA tapi CELIK ini sangat dikagumi aku. Inilah Peluang yang paling BERMAKNA buat aku, seronok tidak terkata, aku dan Win cepat betul mesra dan dari satu jam aku menambah 3 jam semata untuk mengenalli insan yang bernama Che Azwin ini. Aku akan menulis tulisan khas pengalaman 3 jam aku dan Win ditulisan seterusnya.

Selesai urut, aku berjalan perlahan lahan menuju kekereta dan melalui satu butik yang agak emnarik. Lalu aku terpanggil untuk meninjau blouse2 didalamnya...Aku tertarik dengan 3 blouse yang modern , exclisif dan materialnya sangat elok apalagi semuanya bercirikan menutup bahgian punggung. lantas aku mengambil tiga helai dan berjaya emndapatkan discount up to 40 percent...tak pa lah giliran aku memanjakan diri sendiri...blouse sopan tapi modern sesuai umurku bakal 40. hehe. Selepas itu barulah aku menuju ke Woman Clinik Dr Idris. Sebaik aku sampai dan mendaftarkan diri hubby pun sampai dan turut serta tapi bila berbincang dengan Doktor tentang penyakitku aku lebih selesa seorang hingga sessi seterusnya bila Dr berkata dia terpaksa melibatkan hubby untuk membuat rawatan dari yang dipercayai sebagai PUNCA lain. Agak serious aku perlu ambil antibiotik semula dan berpantang sehingga 10 may. ubat ubat kawalan pakar janagn cakaplah fuhhh mahal gila nasib baik time keluar untuk bayar bil hubby yang menghulurkan note RM150. kami terus menuju ke Penang cafe untuk makan malam yang agak awal dan terus pulang kerumah.

Aku PUAS kerana mampu menukarkan hari yang mungkin agak MURUNG dalam keadaan kesihatan kepada hari yang PENUH PENGISIAN...terasa diri fully alive...more energy dan aku semakin meliaht bertapa besarnya PERANAN MINDA dalam halaun hidup seharian...Aku terus ingin mengucap syukur ALHAMDULILAH....