Sunday, January 29, 2012

Allah PERMUDAHKAN aku....


Lagi 10 Minit pukul 4pm...jam diPC..selalunya lebih awal..menjadikan aku sentiasa terasa sampai lewat dipejabat dan keluar rehat makan tengahrai agak awal dan balik semula untuk menyambung kerja agak awal. Ok jugak tu...semua kerja kerja yang tersenarai dalam TO DO LIST hampir disiapkan melainakn yang tidak cukup ingrediantnya saja...seperti document yang perlu diprintkan, lampiran paperwork yang perlu final touch dari majlis pelajar. Memang terpaksa ditangguhkan.

Kini giliran Blog of the day, pada aku ini juga sebhg kerja, kerjaya seperti aku kena menulis, disinilah kami meluahkan sebhg skill kami. semalam minda aku menggarapkan usul besar penulisan..banyak sungguh idea aku ni..banyak sungguh benda yang aku nak buat dalam hidup..ya Allah moga semuanya itu berkesempatan buat aku.

hari ini Isnin terakhir januari, aku pun tidur lewat semlm dek menyiapkan ORDER ORDER IOPE sekembali dari kampung dengan bas. 3 jam perjalanan dengan bas dari Kuantan Ke KL, sedikit pun tidak mengantuk malah pertama kalinya penuh Zikir dan menggarap idea idea bernas untuk aku realisasikan. Alhamdulilah minda kurniaan Alllah...moga masih mampu menghasilkan peluang dan menfaat buat insan insan disekeliling aku.

2 jam sebelum berlepas dari Kuantan, smpat makan malam dengan keluarga, roti canai mamak kegemaran Bak, Teh tarik berselera kami makan, tapi beli juga KFC utk fayyadh dan harraz makan dirumah dan Cheesy wadges buat mak...mak keliahatn penat dan sakit. Aku perlu segerakan pertemuan keluarga dengan Ustaz Ali Tuah untuk medapatkan rawatan. kesian mak..kesian jugak bak dan adik adik aku entah apalah yang menghantui kehidupan kami. mak menegur, aku kelihata CERIA dan Sangat SIHAT...aku kongsi dengan mak..jamu cina mak bawa membantu tapi sepenuhnya semanagt dan sakit adlaman aku dipulihkan dengan air penawar ustaz, sejak aku minum dan mandi, aku jadi bersemangat, ibadat pun rasa sampai je. malam sudah boleh tidur dan bangun segera..yang penting tiada lagi jemu, kemarahan, geram dan rasa kacau bilau dalam hati yang membuatkan physical pun jadi sangat lemah. dalam minggu ni mesti dapatkan air ustaz untuk mak. ustaz juga berpesan utk kuatkan amalan harian selain solat, perlu mengaji, perlu jaga diri agak tidak lagi berulang..

Sudah lama BAS bukanlah rutin acra pergerakan aku, sejarah aku dan BAB sangat lama dan banyak, seawal aku tingkatan satu, aku adalah pengunjung setia stesen bas ekarna sekolah dan rumah sangat jauh jaraknya, dan berulang alik KL dan kuanatan selama tempuh aku diuniversiti. Aku amsih ingat, aku naik bas ek KL kali pertama dgn bak. mak tak dpt ikut hantar aku sebab mak sarat mengandung adik bongsu kami yang kini bakal menimang cahaya mata ke 2nya. naik bas Kuantan ke KL akan mengingatkan aku dan Bak sampai bila bila. Aku melangkah berani dalam hidup kerana aku mengenggam semanagt dari Bak. Aku tinggalkan kereta pun kerana kereta Bak rosak, biarlah kereta aku memudahkan kerja kerja BAk sebagai ketua keluarga utk anak anak aku dan MIA. sakit demam tak perlu tebalkan muka minta tolong orang lain.

2 hari 1 mlm dirumah, mak kerap memanggil aku dari bilik, agaknya mak pelik aku banyak dlm bilik, sebenarnya aku mengaji Quran. pada sebelah malamnya, baru aku melayani apa yang mak nak luahkan, aku tidur hampir pukul 4 bila lepas mak tertidur, aku yang tidak mapu lelapkan mata. Mak sempat sindir nasi goreng aku yang berminyak..hehe yang penting aku dah boleh buat sendiri...aku sudah tak nak susahkan mak lagi. Walau pun ni rajin sgt mengalahkan KETUA PAKAR MASAK MASAK. Aku juga dengar mak mengeluh tentang apa yg didengar tenatang kak long..eloklah kalau mak berniat nak pergi tenguk anak long. Aku juga berharap dari kejauhan semoga Long tabah melalai dugaan yang Allah berikan itu, hanya dia yang tahu kenapa dan mengapa. Aku berkata pada Mak..atas dunia ni mak mungkin kita BOLEH LEPAS dgn manusia...tapi ingat KIta tak BOLEH LEPAS dari Allah.

Lepas kerja hari ni fokus aku pada rumah...banyak yang perlu dibereskan. Sesambil itu aku menunggu kalau kalau ada kwn panggil utk bincang dan tenguk barang esp Sue. Tinggal rumah pun ok..kerja aku pasti siap..jumpa sue pun OK..dapat bincang, dapat duit dan laku barang niaga aku...win win situation. Hujung minggu ini ada programme pelajar, akalu bos arahkan datang, aku pasti adtang sekejap sebelum memulakan perjalanan ke Sekudai Johor. Sebelum itu banayk yang perlu aku listkan untuk dibincang, ditenguk, idea idea promosi, apa perlu disharekan terutama STATUS TERKINI ACCOUNT. Alhamdulilah dalam sibuk semua pihak bisness kami masih laris..pelanggan TETAP kami masih berkejaran mencari kami.

Aku TERASA semakin TABAH dan KUAT untuk terus mengharungi hidup...UJIAN ada dimana mana ciptaan Allah untuk menganggkat martabat kita..Aku berdoa pada Alalh semoga urusan hidupku dipemudahkan...semoga hasrat dan impianku TERCAPAI...semoga aku mampu mengembirakan lebih armai org org disekeilingku...sebut gembirakan org AKU RINDU untuk GEMBIRAKAN HATI UMMI...Apa khabar Ummi ya....Ummiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii