Tuesday, December 29, 2009

Kisah Mertuaku.....sekadar berkongsi...




Ibu mertuaku…itulah tajuk cerita yang menjadi kegemaran kebanyakan kita yang mengikuti filem filem seniman agung P Ramlee. Cerita kekejaman ibu mertua yang sanggup memisahkan kasih anak sendiri kerana pangkat dan harta. Kisah itu ada kebenarannya dalam masyarakat kita. Walau bukan semua ibu mertua sebegitu, tapi sedikit sebanyak cerita itu menyumbang kepada penghukuman masyarakat kepada yang bergelar ibu mertua.

Kata orang, kalau kita suka anaknya..kita mesti suka juga ibunya. Kalau kita sayangi ibu kita, kita juga perlu sayangi ibu suami kita. Menyayangi ibu kita tidak sukar tetapi membina kasih sayang ibu mertua bukanlah mudah. Mendapat ibu mertua yang membahagiakan sebenarnya adalah rezeki. Takdir dan rezeki manusia memang tidak sama, itulah hakikatnya. Sebelum aku berkahwin, isu ibu mertua tidak pernah terlintas sebagai satu fenomena yang penting dan bisa mempengaruhi situasi rumahtangga, dalam mindaku. Aku anggap kalau kita baik insya Allah semuanya menjadi mudah. Kalau kita menerima apa saja sikap orang Insya Allah orang juga boleh menerima kita. Apa lagi semenjak kecil aku memang suka mendampingi orang tua, menghormati mereka, mengikut kehendak mereka adalah satu keseronokan buatku. Apalagi bila aku sering menerima undangan ceramah di hulu kampung, orang orang tua menciumi pipiku kiri dan kanan sebagai tanda terimaksih dan terharu dengan perkongsian kami. Sering kali aku tidak tertolak perlawaan mereka untuk menjamah masakan istimewa mereka buatku.Arghhh terlalu manis kenangan bersama mak cik mak cik di Batu Pahat Johor.

Tapi hakikat yang kita terima dan lalui seringkali bertentangan dengan apa yang kita jangkakan. Walau pada awalnya sudah ada bau bau yang tidak manis antara aku dan keluarga suamiku, aku masih mencuba menerima seadanya mereka. Apalagi menghormati mereka sebagai kawan ibubapaku. Namun semakin lama semakin ketara keperbezaan kami yang seringkali menjadi belati tajam yang perlahan lahan mengenakan hati ini. Dari pelbagai segi, sehingga aku cukup memberitahu diriku aku hanya berada disisi mereka kerana suamiku tidak lebih dari itu. Setiap kali bertemu, pasti ada cerita cerita masam akan sampai ketelinga ku. Makanan ku buat dan kuhidang tidak pernah diambil kisah walau sekadar mengambil hatiku. Kalau aku membuat perancangan pergi kemana mana, seringkali agenda ku ditolak atau tidak mahu turut serta apalagi kalau cadangan itu membabitkan singgah dirumah sepupuku dimana mana.

Aku dahulukan mereka dalam banyak segi terutama hadiah baju raya. Ibuku sendiri aku kemudiankan. Aku dahulukan mereka dalam bilangan hari bercuti, sehari dua dirumah ibuku dan hanya singgah dirumah ibu saudaraku dan beberapa hari malah lebih dari 4 hari dirumah mertua. Itulah kebiasaannya. Hingga seringkali saudara maraku menimbulkan persoalan...sejak kahwin mereka seakan kehilangan aku..sukar menjejaki bayang aku..arghhhh susahnya memuaskan hati semua orang. Seringkali juga aku mendengar mereka berpesan kepada suamiku kalau balik balik lah lama lama...buat apa balik sekejap sekejap. Aku akur semua orang sayangkan anak mereka tetapi meghabiskan masa bersama ialah satu keseronokan. Kami pulang agak lama tapi masa kami bersama mereka agak terhad kerana mereka tetap dengan kesibukan mereka saban hari walau pun kami pulang bercuti. Arghhh manusia sedapnya komplen itu dan ini...

Aku sangat seronok bila mertuaku datang kerumah. Walau aku terpaksa terlari lari mengejar masa waktu makan tengahari menghantar lauk dan memasak nasi. Untuk mereka makan. Walau aku terboyot boyot memasak dalam keadaan sarat megandung walau tiada siapa pun menolong untuk menjamu mereka. Aku seronok. Dan aku seronok membawa mereka berjalan jalan, menjamu mereka di restauran mewah mewah kegemaranku..itulah aku walau dengan siapa dan di mana. Dalam kita susah melayani mereka , dalam kita begitu seronok..rupanya tidak bagi mereka. Aku terdengar suara suara sinis dibelakang tidak henti henti mengkritik caraku. Sedang kita ingin menyeronokkkan mereka. Hingga aku buntu. Dan pernah aku beritahu suami, “jangan pelawa keluarga awak datang kesini, kecuali mereka nak datang sangat. Saya tidak suka menyusahkan orang dan saya lagi tidak suka mendengar perkara perkara yang menyakitkan hati dibelakang” arghhhh pelik tapi benar...

Sejarah hidup ini mengisahkan aku hanya mampu bersalin 3 kali. Itulah rezekiku, semasa mengandung anak ketiga aku tertunggu tunggu bila mertuaku menawarkan dirinya untuk menjaga aku sebagai peluang yang terakhir. Dari mengandung sampai bersalin, sampai anakku besar..tidak ada sekali pun tawaran darinya malah ajakkan ku ditolak dengan pelbagai alasan. Sekali lagi aku mencuba dengan mengcadangkan kenduri akikah anakku dibuat dirumah mertua. Mereka menerima tetapi aku mendengar dibelakang pelbagai komplen yang tidak sedap didengari dan aku seakan menyesal. Setiap kali pulang ke kampung mertua, aku sering meghidu udara konflik kekeluargaan yang tidak selesa tetapi aku mengenepikan semua deria rasaku. Malah aku mengajukan cadangan yang mendamaikan mereka semua, seperti makan bersama, berkumpul dan aku belanja makanan yang dibeli banyak dari pasar. Dan setiap kali cerita cerita negetif yang diberitahu aku, aku sering menafikan kesahihan konflik bagi pihak yang diperkatakan. Malah aku meminta mereka bersabar...si polan masih muda tak matang berfikir. Aku tidak mahu melihat mereka anak beranak berantakan Jauh sekali untuk mengapi apikan lagi keadaan dan situasi.

Kemuncak kemelut rumahtanggaku berlaku, disitulah aku melihat aku tiada sesiapa disisi untuk membantuku walau hanya sokongan moral. Bila aku merayu pada mertuaku tentang apa yang berlaku dalam kehidupan rumahtanggaku agar beliau berbuat sesuatu sekurang kurangnya nasihat...setelah aku sudah putus asa dan penuh kebuntuan. Mereka hanya manjawab selamba dan sinis...biasalah lelaki begitu!!!!luluhnya hati...seakan mahu tumbang didepan mereka. Aku menarik nafas dalam dalam, dan baru aku sedar mereka tidak bersama aku semenjak dulu lagi. Aku terlalu dan tersangat kecewa bila rahsia sebenarnya punca permasalahan ini mereka tahu sebulan lebih awal dan mereka diamkan saja. Mereka boleh tidur lena, berprogram di mana mana sedang aku tidak tentu arah, kusut masai fikiranku, berterabur rumahtangga dan anak anakku, ribuan ringgit habis berikhtiyar. Ibubapaku sendiri tidak tidur malam. Sehingga akhirnya aku tahu sendiri..dan aku tahu mereka sudah tahu lebih dulu....ohhhh sampainya hati mereka membiarkan kami anak beranak terkontang kanting tanpa ada sedikit pun rasa bersalah..rasa tanggung jawab..sekurang kurang rasa sayangkan rumahtangga ini...Ya Allah..kenapalah ini takdirku...

Apa yang ada pada aku hanya Air mata...Kebaikan dan kesabaran kita tiada nilai dimata mereka. Biarlah. Aku maafkan mereka tetapi dihatiku ada satu perasaan takut yang teramat sangat takut dilukai lagi. Menemui mereka terasa menguris hati sendiri. Tidak habis disitu, satu lagi dugaan selepas 3 bulan aku menenangkan hati dengan semua yang terjadi. Terlalu banyak airmata keluar..terlalu banyak juga airmata ibubapaku dan adik beradikku keluar. Dugaan sekali lagi datang Suami ku ditahan BPR. Pulang kerumah tangan bergari melindungi gari dengan baju lokap dari dipandang anak anak. Allah menyisihkan aku dari melihat sumaiku ketika itu, sejurus aku sampai BPR yang datang mengeledah rumah berlalu. Dan Anak sulungku menagis teresak esak. Dua minggu aku tidak tentu arah mencari duit jaminan, naik turuk KL seremban berbincang dengan BPR dan Peguam. Telefon kesana sini menghubungi kawan kawan dan majikan suamiku. Alhamdulilah ramai yang membantu. Pada malam penangkapan suamiku, aku bertafakur disejadah meminta kekuatan dari Allah kukuatkan hati mungkin cabaran ini untuk merapatkan aku dan keluarga mertuaku. Lantas aku kuatkan semangat dan menelefon mereka. Seperti biasa mereka terkejut tapi masih lagi sinis bersahaja seolah olah punca suamiku begitu kerana aku. Anak mereka baik sebenarnya. Lantaran kerana satu smsku yang berpesan jangan hebohkan pada pihak tertentu kerana segalanya dalam siasatan dan kuakui record peribadi suamiku pun bukan terbaik aku terus diserang bertubi tubi dengans sms yang meyakitkan hati hingga megaitkan AKU SEORANG COUNSELOR YANG HANYA PANDAI MENASIHATKAN ORANG TAPI MULUT JAHAT. Ibarat belati tajam menusuk kehati. Aku tidak kisah dikatakan jahat sekalipun tapi disituasi begitu dikaitkan pulak dengan kerjaya aku sedang kerana kerjaya inilah rezeki buat anak anakku ..inayah buatku untuk terus kuat walau diduga ...arghhh aku menggigil didepan pegawai BPR ketika membawa penjamin membawa keluar suamiku dengan jaminan wang tanpa bantuan sesiapa pun. Ketika itulah kuketuk hati ini dan terus bertanya siapa aku dan siapa mereka walau jawapannya hanya hamba Allah yang suatu hari nanti sama sama akan mati mengadap ilahi tapi untuk aku tersu hidup ...hidup demi anak anakku aku tidak perlukan orang lain lagi aku cuma perlukan suamiku sebagai syarat kebahagiaan anak anakku.

Itulah kisah mertua berakhir dalam hidupku, semenjak itu aku maafkan mereka dan aku berjanji untuk tidak melibatkan diri dengan mereka lagi. Biarlah aku sendiri meghabiskan masa. Menantu mereka sudah mati ditembak mereka sendiri. Aku selalu berpesan pada suamiku bahagiakan ibu bapa awak...kalau mereka memilih calon yang lain terimalah saya akan tandatangan membenarkan awak kahwin lagi dan saya akan berundur diri bila anak anak saya mengerti erti kemelut yang dihadapi bonda mereka. Sesungguhnya kuterus melangkah untuk hidup bersama anak mereka demi anak anakku dan aku ingin melupakan mereka kerana mengingati mereka seolah aku mengingati belati belati tajam yang pedih menghiris hati dan yang terakhir sebuah bom yang menghancurkan segalanya tak bersiasa lagi...Inilah kisah Mertuakuuu.


Tidak sayang tidak mengapa, tidak memuji tidak megapa. Tidak peduli tidak mengapa...tapi jangan ditambah sakit hati ini dalam kemelut yang terlalu sukar untuk diharungi...Kita semua INSAN BIASA.....dan bertuhankan Allah yang satu...mengapa harus saling meyakiti dan memusuhi sedangkan darah daging sendiri....Berhentilah mezalimi diri sendiri...hidup ini SINGKAT untuk dinikmati....

Pengalaman Baru Nana..mengamit Nostalgia lalu...




Cuti Jumaat sempena perayaan Krismas disambut gembira oleh semua yang berkerja tidak terkecuali aku. Cuti kali inilah jugalah aku memenefaatkan waktu untuk menyediakan persiapan persiapan anak perempaunku Nana yang sudah ditawarkan ke Sekolah Kebangsaan Agama Simpang Lima. Ramai memberitahu sekolah itu bagus, aku tidak kisah sangat apa apa sekolahs ekali pun tapi sebenarnya nun disusut hati aku terlalu tidak mahu berpisah dengannya. Satu satunya anak perempuan...satu satunya kawan yang paling rapat dirumah..satu satunya teman bicara tengah malamkuku dimalam minggu. Arghhh tapi apakan daya, Nana berhak melalui dan merasai nikmat perpisahan sementara desebalik anugerah kejayaannya. Inilah juga sejarah yang pernah aku lalui 20 tahun yang lalu.

Aku meyiapkan satu senarai panjang sehinggga 30 senarai segala keperluan jelas dan tidak jelas. Bermula sekecil kecil Seluar dalam dan deodorant hingga sebesar besar kamus bahsa Inggeris. Aku menunjukan senarai itu pada suamiku dan Nana sendiri. Arghhh demi mengejar masa, pertama yang dituju ialah kedai kain untuk beli kain baju sekolah dan kain baju basahan hariannya. Aku memang tidak mengira mahal atau murah janji material bagus dan anakku tidak kepanasan memakainya. Sekali bayar mungkin agak keterlaluan dan kemudian dihantar ke Tylor Chew untuk disiapkan. We are sorry Chew..hehe. Teringat aku bagaimana bangganya hati seorang ibu ini bila mampu menyediakan keperluan anak yang akan menjadi kenangan terindah seumur hidupnya. Hati kecilku berkata bertuahnya anakku segalanya pilih dan bayar sahaja dan mamanya mementingkan kualiti. Teringat aku masa aku ke Asrama dulu, mak berusaha keras meneydiakan kelengkapan seorang diri berfikir bagaimana menjadikan semuanya cukup. Aku juga merasa baju mahal …bila aku Tanya mak mengapa beli yang mahal ..mak kata mahal selesa material bagus…BETUL SEKALI cakap mak…tapi mak bersusah payah mendapatkannya walau dengan cara berhutang. Menitik air mata aku mengenangkannya.

Barang barang sekarang mana ada yang murah. Barang barang aku dulu semuanya mak beli dipasar minggu. Kampungku yang jauh dipedalaman, pasar minggulah tempat segala bekalan. Pakaian tidur, pakaian dalam, renda renda sangat cantik dan menjadikan budaya pergi ke Asrama sangat seronok. Berbanding dengan anakku hari ini…semuanya dibeli di One utama. Bra pertamanya jenama Be Dees…segalanya berjumlah seratus….sekali gus keperluannya cecah hampir seribu. Aku bukan riak tapi inilah hakikatnya dan aku bersyukur kerana sabarnya aku menekuni Ilmu satu ketika dulu inilah masa tuaianku. Senang menunaikan tanggungjawab hidup yang seterusnya. Alhamdulilah.

Aku tenguk Nana sangat puas hati, walau anankku itu bukanlah jenis yang tinggi selera nya. Dia tidak kisah apa saja yang diberikan padanya. Sangat bersederhana orangnya. Aku banyak berpesan pada Nana, sekali seumur hidup keperluan Asrama disediakan sebegini. Jaga barang baik baik biar berbaloi pengorbanan ibubapa kita. Aku juga sempat memberitahu Nana, tugasnya seterusnya sebagai anak meneruskan tmpuan pembelajaran seterusnya, menekuni sepenuh hati, bulatkan tekad dan azam, cipta kejayaan tiga tahun lagi bukan buat orang lain tapi yang penting buat diri sendiri. Nana tersenyum dan aku faham senyuman itulah senyuman bangga yang pernah aku miliki satu ketika dulu.

Minggu ini adalah minggu terakhir sebelum Nana pergi. Aku terigau igau perasaan yang bakal dihadapi anakku nanti ditempat baru. Nana sudah mula meinta untuk tidur denganku sepanjang minggu ini. Berpeluk dan bercerita....sudah semestinya dan aku mesti membudayakannya bila beliau pulang sekali sekala dirumah. Aku perlu meyediakan satu senarai pengurusan barangan sendiri buat Nana as a guideline...nan banyak ciri ciri ayahnya..seorang lelaki yang tidak kisah jadi aku kena ingatkan dia dengan bertulis bagi mengingatinya sebelum dia kehilangan barangan yang disediakan. Semoga ini akan banyak membantunya di peringkat awal kehidupan barunya.

Kalau dulu, kesusuhan orang tuaku yang sebenarnya banyak mendorong aku untuk serius menumpukan pelajaran. Hari ini aku harap selain dari kecerdikan yang diwariskan Nana, keakraban kami satu keluarga akan memotivasikan dirinya mengejar kejayaan demi kejayaan. Aku pernah mengingkatnya…”mama tidak kisah dilanda taufan sekalipun, asalkan tukarannya ialah kejayaan anak anak mama termasuk kakak…” Nana seorang yang sangat mengerti apa yang dialami keluarganya dan segalanya itu mematangkan dirinya. Aku panjatkan kesyukuran …BENARlah Allah itu adil sifatnya, kita kehilangan satu kawan …kita diganti 3 kawan yang lebih bermakna….SABAR itu sungguh manis sifatnya…..Semoga Nana sentiasa dilindungi dan kuat pendirian sekuat Ibunya….Terimkasih tuhanku kusyukuri nikmatmu yang sentiasa melimpah ruah buat kami….Alhamdulilah.

Rezeki dan Nikmat Berzuriat....


Agak lama tidak mengunjungi blog. Rindu mengamit tapi apakan daya kepala penuh dengan list persiapan Nana ke Asrama dan appointment pelajar walau idea sarat diminda. Pagi ini teringat ingat bagaimana Fayyadh anak keduaku bertanya dan mengintai intai dari luar mencuri dengar apa perbualan aku dan suami. Sesekejap dia pasti bertanya..mama ok ke?..ketawa ke menangis ni?..mukanya tergambar kerisauan..rasa ingin tahu..arghhh anakku...terlalu tinggi harapanmu untuk menyatukan mama dan ayah. Terllau tinggi hasrat untuk terus berkeluarga bahagia. Lalu aku memangilnya dan kucium pipi mongel fayyadh dan bertanya fayyadh bimbangkan mama ya?..ya ma..jawabnya...please pleaselah..jangan berCERAI.

Itulah Fayadh anak keduaku. Orangnya paling putih melepak berbanding adik beradik yang lain. Cerdik dan sensitif. Prestasi akademiknya memuaskan walau dia bukanlah ulat buku seperti kakaknya. Untuk sbject bahasa Inggeris , Bahasa Arab, sains dan Matematik...dia tidak perlu megulang kaji...masih memperolehi markah yang membanggakan. Dan subjeck yang amat digemarinya Bahasa Arab yangs ering mendapat markah tertinggi. dan subjek yang dibawa pulang dengan sedih ialah Bahasa Melayu...mesti dimuali dengan Maaf Ma...bila menghulurkan kertas bahsa Mleayunya yang paling tinggi hanya 60. Terkadang aku bergurau...fayyadh ni Macam bukan orang Melayu...tamil kut!!! hehe dia pasti memusingkan tangan atas kepala...tiada jawaban pada gurauanku. Fayaydh mewarisi penyakitku..Lelah. Dia sangat alah dengan habuk dan sesetengah makanan. Aku sangat bersimpati dengannya bila penyakit itu datang sering mengganggu tidurnya. Aktiviti sukannya agak terbatas kerana penyakit itu. namun kami sedaya upa memberikannya ubatan paling modern dan terkini agak dia terus boleh menikmati zaman kanak kanaknya yang aktif.

Fayadh banyak memiliki ciri ciriku bila berkendak sesuatu. kalau A katanya..apa risiko pun A lah pilihannya sampai dia belajar sendiri kecewa dan benar nasihat orang lain. Dia ingin melihat sendiri kekurangan sesuatu dan dia sukar dipengaruhi. tidak hairanlah ciri ini adlah ciri seseorang yang berbintang LEO. fayyadh suka menjadi Imam dikalangan kawan kawannya. Bila alasabbya tidak bersunat, segera dia meminta aku sunatkan dia. dia bangga dipuji guru dengan bacaan dan hafalannya. Dia juga IT genius. Segala bentuk game segala komputer dan segala handfon berjaya dioperatenya diam diam. Bila bercakap dia teramat jujur dan berani mengkritik dengan pemintaan yang sangat adil. dan aku selalu mendengar kritikan jujur yang adil dari mindanya.

Fayyadh juga seorang yang berani bertanya walau hal peribadiku. Pernah satu hari dengan wajah sugul dia bertanya..adakah aku tidak bahagia dengan ayahnya...adakah aku tidak mencintai ayahnya. Arghh fayadh ..sungguh sensitif deria pemerhatianmu nak. lalu aku menjawab sebaiknya dan semestina kebenaran adalah pilihanku. Biasalah orang tua hadapi banyak perkara dan dalam banyak perkara banyak yang tidak membahagiakan...itulah kata kataku...dia seolah tidak berpuas hati didesaknnya lagi..apa puncanya mama?..fayyadh tenguk ayah ok je?..mama dah ada orang lain?..soalnya bertalu talu...tidak sayang ..jawabku...nantilah satu hari fayyadh akan faham jugak. Muka dia penuh kesedihan. lalu aku memeluknya dan berbisik walau apa pun terjadi, mama sayangkan fayadh tidak pernah berubah malah makin bertambah. dalam dia menyeka airmatanya dia berkata...Fayadh sayangkan ayah...fayyadh sangat sayangkan mama...kitakan FAMILI...sambil teresak esak. Arghhhh anakku...sucinya hatimu nak!!!.

Aku masih teringat, masa aku mengandungkannya fayyadh, kandunganku sangat sarat. fayyadh seorang bayi ynag besar. Masa kecilnya sangat manja dan comel. Putih melepak. Tumpuannya dari seawal satu tahun sudah terserlah pada muzik pembelajaran di TV yang mampu membuatkannya duduk diam berjam jam. dalam banyak banyak permainan, permainan yang berbentuk belajar yang digemarinya. Seingat aku, aku jarang mengajarnya ABC...tapi kerana dia asyik dengan komputer kecilnya V-Tech..perkataan pertama dari mulutnya ialah ABC dan sangat mengenali nombor dan Huruf...aku sangat terkejut masa tu bila dia berjaya membaca nombor kereta ayahnya..WJG252..ituah kereta yang dibeli sempena kelahirannya.Dia amat peka dengan segalanya. daya brainnya memnag bagus...memanglah seingat aku ketika mengandungkannya...suka makanan yang berzat terutama Ikan Siakap Stim dan Brokoli Goreng. Hehe. Aku sedari potensi fayaydh sedari awal dan aku tidak perlu menekannya belajar kerana dia mampu melihat kesan sesuatu dengans endiri dan berbincang dengan terbuka. Seperti permasalahan matematik, dia megaku dia tahu menyelesaikannya tapi dia tidak cukup masa katanya. dan dia rasa terkilan...lalu kau menambah itulah...kalau kurang praktis matematik..praktis makes perfect....Oklah mama nnati janji nak praktis matematk selalu. Akhirnya dia sendiri nampak apa yang dia perlu utnuk pembelajarannya.

Disuatu petang yang renyai. Aku tunggu dia bersama ayahnya pulang dari sekolah. Ketika berjalan menuju kekereta, aku melihat dari kejauhan fayaydh berjalan agak perlahan dan kelihatan sangat sugul. Bila dia masuk kekereta aku tersu bertanay..anything kita boleh share?..dia diam...llau aku menawarkan beberapa kemungkinan pada situasi sugulnya...matemetik teruk ek?..dia mengeleng...kawan marah ek?..dia mengeleng..tak cukup duit belanja ek?..dia mengeleng..so kenapa ni?..tanyaku. Dia diam hinggalah pada pertengahan pulang kerumah, dia memgenag bahuku dari belanag lalu bertanya...Mama dengan Ayah Ok kan?..tak akan bercerai?..tanyanya...fayadh risaulah..katanya..TERDIAm aku...alamak hammpir hari hari dia fikirkan pasak hubungan aku dan suami bisik hati kecilku...arghhh anak sucinya harapanmu...tinggiknya keinginna mu untuk memeiliki kedua dua ibu dan bapa yang bahagia. Insay Allah sayang..doalah pada Allah...hanya Allah saja yang menolong kita dan menolong Fayaydh balasku...llau aku sarankan padanay..kalau betul Fayyadhs ayangkan mama dan Ayah suami isteri Fayaydh minta dengan Allah disetiap sembahyang waktu Fayyadh...Ya Allah jangan Pisahkan Ibubapaku...Mukanya nampak girang dan dengans enyum dia berjanji ok Mama..fayyadh akan buat tu. dan aku berkata pada suamiku disebelah sedang memandu...Abang tenguklah kuasanya tuhan..anak lebih luhur harapannya..saya merayu dengan abang..janganlah buat hal lagi...kesiankan dia orang...Aku sempat mejeling suamiku. Ada raut wajah kesal dan dengus yang panjang. dalam hatinya biarlah dia mengiyakannya.

Satu Maghrib, Fayaydh lebih dahulu sembahyang...dan ketika aku berdiri membetulkan kain telekungku..aku mendenagr doanya...Ya Allah...Aku mohon padamu..bahgiakanlah ibubapaku..rapatkan keduanya..jangan pisahkan mereka ya Allah. Air mataku tertumpah dan selepas dia meraup mukanya amin...aku menciumnya dan dengan bangga dia beritahu aku..fayyadh dah doa mama..nnati isyak fayyadh Doakan lagi..Aku berbisik padanya terimakasih sayang...mama berjanji mama akan dengar cakap fayaddh. Kita sama sama berdoa ya. dan kuakui sesungguhnya inilah nikmat berzuriat...anak kekadang penenag keadaan..penunjuk jalan..pengikat kasih sayang. Kepada Alalh kupanjatkan syukurku mengirimkan anak seperti dia semoga umurnya panjang untuk menemaniku melaui hari hari suka dan duka ini. Alhamdulilah...mutiara kasih amanah Alalh ini kena terus dipelihara sebaiknya...Bantulah aku ya ALLLAH untuk terus berdiri..melangkah mebahagiakan mereka dan melupakan duka sendiri....

Sayang anakku sayang.

Tuesday, December 22, 2009

Dia Ibuku.....




Mak…
Sejuknya tanganmu mengelus lembut rambutku ketika aku sakit
Cerianya senyumanmu bisa menghilangkan resah dikalbu
Hangat pelukanmu menghilangkan seluruh ketakutan yang menyelubungi diriku
Aroma masakanmu sentiasa mengamit kerinduan dihatiku

Mak..
Raut wajahmu memberitahu aku sebuah erti kehidupan
Derita bersulam air mata suka dan duka
Sebuah Cahaya kasihmu hilang tiba tiba
Bagaimana bisa aku menghentikan air matamu
Airmata itu datang dari hatimu…
Hati yang mengasihi anak anakmu....
Pergi satu seolah hilang seribu….



Insan yang kupanggil Mak ialah satu satunya ibuku…walau kemana ku pergi walau siapapun aku walau terpisah dengan kematian sekali pun kenyataan tidak akan berubah…tengku Aini adalah ibuku dunia akhirat. Aku bangga beribukan dia…bertambah bangga dihati bila aku memahami perjuangannya. Padaku dialah dunia kami anak beranak..penasihat tanpa tauliah tapi mampu menjadi penawar hati yang tiada taranya. Dialah Ibuku.


Masa kecil kami tiga beradik seingat aku mak seorang yang sangat garang. Hingga aku terfikir adakah aku ini seorang anak tiri. Dimasa itulah aku selalu menumpang kasih dan perhatian ibu sudaraku yang kupanggil Ummi. Ummi adalah satu satunya kakak mak yang seiya sekata sehati sejiwa. Kegarangan mak beransur bila adik Linda dilahirkan…adik manjaku tapi garangnya persisi mak! Hehe. Mak aku garang kerana terlalu ingin menjaga kerbersihan rumah tidak hairanlah, rumahnya selalu mendapat nombor antara 1..2..3 dan mak membawa pulang hadiah hadiah kebangaannya saban tahun.


Aku agak terpisah lebih awal dengan keluarga lantaran tinggal diasrama menyambung persekolahan menengah dan Universiti. Jarak inilah telah merenggangkan kami. Aku pernah membuat mak menangis sekali seingat aku..dan aku rasa bersalah hingga hari ini bila aku teringatkan airmatanya. Puncanya hanya aku mendiamkan diri kerana aku terlalu rindukan ummi dan diam aku dirumah merimaskan mak. Mak cuba berbual tapi aku tak layan dan seharian aku tidak makan hanya baring dan bangun mengaji Quran. Sedang aku mengaji mak masuk dan menangis sambil bertanya apa salah dia…arghhhhhh mak tak salah tapi aku dah buat mak menangis. Jarak jauh dengan mak telah merapatkan lagi aku dengan Ummi.
Aku masih teringat. Hati aku tersentuh bila melihat mak berjaga malam menyiapkan baju rayaku. Aku beritahu mak aku tak perlukan baju raya mak tak perlu susah susah. Tapi mak beriya iya sangat dan mak sendiri tak ada baju raya. Tiap kali pulang ke asrama, mak pasti menyiapkan sambal bilis kegemaranku yang mejadi kegilaan semua kawan kawanku..aku bangga sangat!!!! Kuih raya buatan mak pun sedap hinggakan aku menjadi serangan utama kawan kawan bila pulang ke asrama…Biskut bakul yang sangat kreatif.

Mak seorang yang pandai bergaya, bergaul dan yang paling ketara pandai memasak. Masakan mak terlalu istimewa dan tidak mapu ditiru oleh sesiapa walau sama resepinya. Aku rasa disitulah terletak rahsia air tangannya. Air tangan yang penuh ikhlas..Air tangan dari seorang yang sangup berkorban demi melihat anak anaknya bersatu dan bahagia. Mak boleh mejadi contoh pemimpin seingat aku memang mak aktif memimpin kaum ibu dikampung. Maks erring mewakili kampong kami ke persidangan persidangan wanita Malaysia. Aku bangga dengan mak…terutama bab bab wanita dikampung…mak berani bersuara. Bila mak bersuara mak terlalu original dan ikhlas menerangkan sesuatu. Mak juga seorang pendengar setia bila kaum hawa bermasalah disekitar rumahnya tapi mak bukan seorang yang suka menjadi ahli mesyuarat tingap yang suka bertenggek berjam jam di halaman rumah orang lain. Alhamdulilah.

Mak seorang yang kuat suara hatinya. Kalau mak berpesan sesuatu, aku tidak berani melanggarnya kerana pengalaman zaman kanak kanak banyak mengajar aku erti takut menipu mak. Kata kata mak sangat betul…sangat masin. Aku tidak berani buat mak marah, bila mak marah kata katanya yang terlontar bisa menjadi…aku takut sekali. Mak cukup perasan dengan perubahan air muka anak anaknya. Dia cukup mengenali senyuman yang penuh atau tidak. Ada kelukaan dan keperitan atau tidak Berahsia dengan mak adalah satu kerja yang sia sia padaku. Aku suka mak tahu rahsiaku. Kami sama sama mengeluarkan airmata dan mak pasti meminta aku fakirkan anak anakku sebagaimana dilakukannya. Perkongsian ini sangat mujarab..sangat melegakan. Walau aku berijazah, aku perlukan mak lebih dari seorang yang perPHD..kerana mak aku hebat boleh dibawa ketengah ketepi. Sayang mak!!!

Airmata mak kali kedua mengalir dan menyentuh hati tapi kali ini air mata bahagia. Aku terlihat mak mengesat air matanya bila aku gengam kejayaanku. Aku berbisik ditelinga mak..terima kasih mak..dan mak memeluk aku…hangat pelukan itu..terasa hingga ke hari ini. Semenjak hari itu hubungan kami bertambah rapat semula. Aku cuba penuhi apa saja hasrat mak..citarasa mak..keinginan mak..yang termampu. Aku bangga apa yang ada pada badan mak itulah apa yang aku pakai..apa jenama kegilaanku juga aku berkongsi dengan mak. Sesekali bawa mak keluar makan makanan yang sedap sedap terasa satu kepuasan. Mak sudah lama terjeruk memasak untuk kami didapur yang serba kekurangan. Mak memang hebat!!!

Aku beruntung kerana ada mak. Bila aku melahirkan anak segala galanya mak. Seolah olah bukan aku yang beranak tapi mak yang beranak. Aku cuma berihat segalanya mak yang buat…bukan aku minta tetapi aku sendiri tidak mampu menghalang sumbangannya. Anak pertama ..anak kedua… dan anak ketiga. Semenjak itulah mak meninggalkan segala kerja kerja amalnya. Kerana sayangkan kami dan cucu cucunya. Dia sanggup menumpukan sepenuh hatinya kerana anak anakku dan cucunya yang lain. Mak pernah meminta pada adik beradikku yang lain jangan merasa dengki pada hubungannya dengan anak anakku kerana anak anakku dalam belaan dan didikannya. Paling menyentuh hatiku hubungannya dengan anak bongsuku. Anakku itu sangat suka menangis malam tanpa sebab kata orang sawan tangis. Aku selalu putus asa dengan tangsian anakku dan mak lah tempatnya sampai serak suara mak mendodoikan anakku. Aku menagis kebuntuan dan kesihankan mak..dapat aku bayangkan bagaimana mak melauinya masa 6 kami kecil dulu tanpa bantuan sesiapa. Terimakasih mak!!!

Kini, acara pulang kekampung bersama mak adalah acara wajib buat anak anakku. Menjelang cuti sekolah, anak anakku pasti membilang hari untuk pulang tinggal dengan mak menikmati hidangan makan pagi cara kampong yang lazat dan pelbagai. Meng habiskan masa berbual dan bermain diruang tamu rumah mak dan bermanja dengan mak. Mak pun seminggu sebelum cuti sekolah pasti telefon untuk membuat perancangan untuk mengambil anak anakku. Mak datang dengan bas ke Kuala lumpur dan membawa 3 anakku pulang dengan bas ke kampong. Mak oh mak….penyayangnya hati mu!!!! Terlintas ingatanku pada nenda ku Tuan Sharifah…betullah mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Apa yang mak buat inilah pengalamanku dengan nenek suatu masa dulu…aku memiliki seorang nenek yang sangat penyayang…aku sentiasa mengenanginya semoga begitu juga mak dan anak anakku nanti.

Setiap kali pulang, mak pasti menyediakan makanan kesukaan setiap kami mengikut giliran. Mak meningati semua kegemaran kami adik beradik juga menantu menantunya dan cucunya..kalau ayahku tak usah kiralah. dari masak ikan tengiri cili api kegemaranku, kuih bunga kegemaran suamiku, nasi ayam kegemaran adik lelaki, nasi hujan panas kegemaran arwah, ayam panggang kegemara acik, ayam masak merah kegemaran adik bongsu...bermacam macam tak terbilang tapi kemas diingatan mak. Aku masih teringat bagaimana manisnya senyuman suamiku bila kuih kegemarannya sedang digoreng mak takala beberapa minit lagi azan berbuka puasa. tak daya aku menghalang mak dari dudk dan tunggu di meja makan. Itulah keperihatinan mak...kalau ke pasar..pasti penuh ditanganya juadah juadah yang diingatinya pada anak cucu yg berada dirumah. Selagi tidak dijamah, selagi itulah suaranya memangil mangil dari dapur rumah kami. Bila tidur malam, pantang dengr kami terbatuk, mak pasti bertanya seakan terkejut kenapa?..sakit ke?..pasti bangun bersama minyak ubatnya ke bilik kita. Mak seolah tidur tidur ayam menjaga kami semua.MAk oh mak...hebatnya mak akan buat kami sentiasa rindu....

Menjelang buka sekolah mak pasti sibuk untuk siapkan pakaian sekolah anak anakku. Puas kupujuk tak payah mak..saya ada duit saya beli saja. Mak nak buat dengan Tylor yang mahir..arghhh mak terlalu tidak berkira…apakan daya itulah kepuasan hatinya. Mak oh mak…hidup ini sangat terhutang denganmu mak…mampukah aku membalas sebaiknnya. Dua hari lepas dari kejauhan aku melihat mak sibuk membeli goreng pisang dan air buat cucu cucunya di warung tepi jalan. Semasa mak berjalan dengan Afiq anak Arwah Azman kekereta berderau darahku seolah olah aku melihat maksewaktu aku kecil dahulu berjalan dengan adikku Azman. Itulah mak…kasihnya tiada sempadan..sentiasa berjuang…bahagia memberi…bersedia menikmati walau apa saja diberikan. Aku lebih beruntung dari mak, aku sepatutnya sekuat mak.. Dan bila sesekali ada waktunya mak meminta dariku wang secara terpaksa hatiku menangis memarahi diri sendiri…kenapa sampai mak kena minta..aku kena bagi sebelum mak terpaksa meminta ..hatiku berbisik..kerana aku teramat pasti riak wajah sugul ibukku sesekali ditimpa musibah keewangan. Seakan aku ingin berkata didalam hati..sebenarnya apa yang ada pada saya semuanya milik mak…ambillah mak..ambillah..kerana tak ada mak tak adalah saya.

Mak agak berubah selepas kehilangan adikku cahaya hatinya. Arwah Azman bukanlah bergaji besar, dia baru bergaji besar setahun sebelum kematiannya. Tetapi arwah adikku itulah tempat mengadu suka duka mak. 4 anak perempuan dia berkongsi…tidak sama dengan satu anak lelakinya yang bernama Azman…inilah cahaya kasihnya yang tidak bersyarat penuh kejelekitan dan perluahannya akan memberi rasa lega kerana Arwah adikku tidak pernah menyakiti hatinya. Aku sering memeluk mak dari belakang bila aku melihat badan mak bergoyang menahan sebak dan air mata setiap kali membaca yasin. Mak akan merasa bersalah bila meninggalkan yasin setiap malam jumaat. Rindunya pada Arwah memangilnya untuk setia berserah pada Allah. Aku dapat rasakan getir hati mak ketika itu. Dan inilah aku kalau satu hari nanti aku diduga dengan kehilangan anak. Sebenarnya aku lebih memahami mak bila aku terus melangkah menempuh suka duka menjadi mak kepada anak anakku. Mak semangatmu sudah tertanam kemas dihati ini…aku bangga menjadi anakmu…dan kaulah IBUku Dunia Akhirat….semoga Allah sentiasa bersamamu mak. Sayanggggg Makkkkk

Wednesday, December 16, 2009

Sudah terluka...Dikritik pula...hehe



Hari ini aku bernekad untuk pergi kerja walau sebenarnya anakku Fayyadh yang bersunat masih belum pulih sepenuhnya. Sebelum kutinggalkan rumah, sempat aku memasak nasi dan berpesan pada boboy supa gorengkan ikan untuk makkan tengahri dan aku tinggalkan duit untuk roti canai mereka. Dua hari aku mengambil cuti rehat segera apabila Fayyadh mebuat keputusan untuk balik ke PJ selepas bersunat tanpa penegetahuanku dan ayahnya juga tidak meberitahu apa apa. Bila aku dengar sapaa assalamualauikum dari fayyadh pada isnin malam yang lepas baru aku tahu ohhh anakku yang bersunat ini pulang rupannya. wahal aku berpesan pada mak, jangan bagi dia pulang kerana akut idak mahu habiskan cuti tahunanku arghhhhh.

Seperti biasa, kalau tidak berkerja agenda yang paling seronok ialah sambung tidur dan bangun pukul 9pagi hehe kekadang dah bangun tapi sengaja baring baring atas katil sambil menonton DVD. Kekadang sengaja baring dan paksa paksa pejam...sesekali menikmati pagi yang tidak payah bergegas..hehe. maka bermulalah hari aku menjaga fayyadh yang ada pantang larangnya dari segi permakanan.bemula dari sarapan, makan tengahrai, minum petang dan makan malam. Aku membeli banyak buah pada malamnya sengaja supaya mereka memakan buah sementara menunggu makanan utama siap, pagi pertama aku siapkan roti sardin. lauk lauk makan tengahri yang simple dan tetiba belah petangnya fayyadh meminta aku membuat kuih. dalam aku berkira kira kuih apa ya...ohhh kuih Chara Gula. Aku terus menelefon mak memastikan ingatanku pada cara buatannya betul. Bukan main lagi mereka menikmati kuih caraku yang ada sedikit ubahsuai dari tekink asal...aku tambahkan esen dan pewarna kuning..hehe dan untuk makan malam, aku cuma panaskan lauk dan masak sardine kicap buat semua.

Hari kedua, kepalaku ligat berfikir, nak breakfast apa ya....tetiba aku terpandang ikan bilis..dan tepung..yesss jemput ikan bilis...seronok tenguk anak anakku dan boboy makan. Kali ini cuma Nana yang tiada masih dirumah mak. tengaharinya aku sediakan sup ayam, ikan goreng dan kerabu kaki ayam. Sementara menanti kaki ayam yang direbus lama, aku siapkan puding roti kegemaran fayyadh. Sejurus selepas makan tengahri yang agak lewat, kami menikmati puding roti bersama. rasa begitu sempurna tidak perlu makan nasi banyak kerana ada hidangan sampingan sebagai desert. Puding rotiku tinggal dua potong untuk suamiku sani...hehe larissss..haha.

Sekembali sani dar kerja, dia tersu kemeja makan, mengambil puding roti dan hmmmmm inilah expertise za..katanya...sudahlah...bunyi tak ikhlas je sebab semalam kuih chara ku dikritiknya kata sangat hanyir!!!...komen melukakan kita tidak perlu...hehehe. Suamiku seorang yang suka kritik apas aja hasil kerjaku. Tidak pernah sempurna dimatanya, tapi aku perasan apa yang org lain buat semua bagus padanya..semua menjadi..semua cantik..inilah hakikat yang aku perlu terima...terus ikhlas melakukan kebaikan walau dihentam dan dikritik. Sebenarnya dalam hidup ini kita buka kedepan dengan pujian, tetapi cukup jangan terlalu direct mengkritik lebih lebih lagi dalam hubungan yang telah terlalu terluka. Yang sangat mengembirakan hati ku...anak anak dan anak saudaraku senyum lebar dan tidak putus putus memuji makakanku malah dibandingnya aku setaraf ibuku sendiri yang telah 50 tahun memasak...
Siapa yang lebih IKHLAS disini..siapa yang tidak reti erti berSYUKUR atau siapakah yang tidak faham erti BAHASA HATI...dan MENJAGA HATI....inilah hakikatnya...nampak senang tapi hakikatnya sedikit memedihkan...SABARLAH HATI!!!!!

Teman sepermainanku...Yati..



Haryati Mustafa.....nama itu secantik tuannya. Fun loving..sensitif dan amat memahamai erti sebuah persahabatan. kami sama sama membesar...sama sama nakal...sama sama menangis dan ketawa. Sekian lama kami hampir terputus hubungan lataran kesibukan masing masing hinggalah satu ketika yati sekeluarga ke rumah mak menjejaki aku dan anak anak.ya yati sahabatku agak lama tidak kuhubunginya…lantaran beberapa janji yang dibuat masih tidak kesampaian. Semalam ringan tangan ini untuk mendailkan nombornya…terdengar suara riang dan kerinduan menyapa. Sihat..semuanya..Cuma rasaku inilah masa yang sesuai untuk aku berkongsi sekadar melihat persepsi kehidupan dari kacamataku dan kacamata yati. Ya allah…runtun suara berat yang keluar dari mulutnya…beriya dia marahkan aku sehingga hari ini baru berkongsi what friends is for katanya…Kulakukan semua ini kerana menghormati proses dan suasana yang aku lalui…biarlah aku tidak memerlukan anyone untuk sided sesiapa …segalanya telah berakhir …segalanya telah menjadi cerita sempadan yang bagus untuk dikenang …kenangilah sebagai sempadan hidup…benarlah kata orang disebalik kehebatan seseorang ada pengalaman dahsyat yang dilaluinya itulah ucapan sahabat kesayangan ku ini….Syukur ku panjatkan pada Allah Taala kerana aku berjaya melalui saat-saat getir rumahtanggaku…lantaran kami tidak puas di telefon yati mendesakku untuk mengatur pertemuan sabtu ini…ee seronoknya tak sabar nak jumpa yati….Dan sesungguhnya pertemuan ini bakal merapatkan kami kembali...

Will miss you my friend....

Tuesday, December 15, 2009

Satu Sabtu yang ber MAKNA...




Sabtu lalu satu hari yang amat menyeronokan bila bersama anak-anak keluar sambil menyelesaikan pertemuan dengan guru agamanya untuk makluman report peperiksaan pertengahan tahun. Sempat menyingah di Curve Damansara, si adik dua orang sangat beriya untuk mendapatkan Ben Ten, versi terbaru komik kanak-kanak dan si kakak seperti biasa tiada apa yang spesifiknya. Sebagai ibu, aku amat faham apa yang anak perempuanku ini gemari. Kami ada beberapa persamaan antaranya mengunjungi kedai buku dan minum di kafe buku. Setelah membeli kehendak anak lelakiku yang kukira aku amat beruntung hari itu kerana ada gerai barangan korea sepanjang Curve Walk itu…berbaloi..anak tak marah mak pun tak rugi sangat. Ketika asyik meninjau suasana sekeliling yang agak lengang, tambahan pula sudah agak lama tidak berkunjung kesitu wahal jaraknya agak dekat dengan rumahku, tiba-tiba aku tepandang kraf corner sempena hari bapa ….dah hari bapa kita rupanya…aku terus bertanya berapa harga penyertaan dan dapat aku lihat anak perempaunku tersenyum puas..Cuma 10 ringgit termasuk peralatan…berbaloi sangat dan anakku dengan girangnya menyiapkan kerja kraf yang diajar oleh trainer untuk diberikan pada ayahnya…We Love You Dad!

Selepas itu, kami ke kedai buku…agak senang bila ada persamaan melihat beberapa buku self help hatiku terpanggil untuk membeli…bila mengenangkan yang terbaru belum habis baca…sabarlah hati…tetiba anakku melonjak gembira menyebut nama Syeikh Muzzafar…ingatkan tuannya ada kat situ rupanya buku-bukunya…aku pun melihat sepintas lalu dan kukira buku yang merupakan symbol motivasi terbesar dan terhebat itu dijual dengan dua puluh ringgit seperti diberi percuma rasanya..lalu bertambah senyum simpullah anak perempuanku dipeluknya kemas buku yang kubelikan itu. Tak palah Syeikh Muzzafar pun hansome…cari boyfriend hendome macam dia tau usikku pada anakkku…

Kami pulang kepenatan tapi puas, ada pengisian dalam kos yang tidak seberapa…a short family trip…having fun together during the weekend for our quality time..itu sebenarnya kepuasan bersama. Sambil berehat menonton tv, aku capai buku yang kubelikan buat anakku itu…Angaksawan Negara…zamanku telah lama berlalu untuk tergila-gilakan muka kacak angsawan ini…sepintas lalu aku meneliti isi dalam buku tersebut rupa-rupa nya buku itu bukan sekadar buku motivasi dan maklumat angkasa tapi padaku buku ini ialah sebuah buku yang membuktikan nilai sebuah kasih sayang, kasih sayang ibu bapa hingga ke kasih sayang adik beradik yang utuh…lihatlah dunia dengan kasih sayang kita mampu mengapai bintang…manusia mampu menjadi individu yang maksima potensi dirinya. Tanpa kusedari air mataku mengalir laju…kehairanan suamiku melihat aku tanpa sengaja menangis….tersentuh hati ku dengan buku ini….kagumnya aku dengan keakraban dan penyatuan mereka….Untuk Ajil adik Amus…semoga rohmu dicucuri rahmat…untuk Amus…aku bangga anakku meminati kredibiliti dirimu dalam diam rupannya. Janjiku diam-diam di dalam hati ini aku ingin mengunjungi restaurant rebun untuk menjejaki Syeikh Muszafar untuk anakku satu hari nanti.

Monday, December 14, 2009

Nikmat air tanagan Ibu




Menjadi ibu dizaman yang serba moden ini memang banyak cabarannya, apa lagi kalau kita sebagai ibu yang berkerja. Kemelut masa, ekonomi semasa, emosi dan kesihatan kekadang datang serentak menerjah ke fikiran lalu menghasilkan sebuah keluhan yang panjang. Pulang kerja penuh keletihan membuatkan kita memikirkan cara yang sangat mudah bagaimana nak mengisi perut seisi keluarga…apalagi beli saja lah!. Hari pertama ..hari kedua…masuk hari ketiga serasa ada sesuatu yang tidak kena walau pun kita agak menang dari segi masa. Kelihatan anak-anak tidak menikmati, terasa ada sesuatu yang tertinggal untuk kita lakukan pada mereka…jika di bandingkan reaksi wajah mereka ketika menikmati hidangan dari air tangan kita sendiri…jelas kelihatan mereka akan menambah nasi beberapa kali, suatu suasana tenang dan kaih terasa bila melihat mereka makan dengan penuh nikmat. Dan tidur mereka selepas menyelesaikan kerja rumah mereka pun lebih lena. Masa berlalu, ruang untuk menikmati sebernarnya terlalu singkat…inilah saat saat yang satu ketika nanti akan mereka rindui. Kerana ingin mencapai sebuah kepuasan bersama satu agenda makan bersama hidangan hasil air tangan ibu itu satu kemestian. Walau dalam seribu sukar…jadikanlah ia sebahagian dari terapi stress setelah pulang bekerja ada sesuatu yang kita kejar untuk dihidangkan kepada anak-anak dan suami sebagai tanda kasih kepada mereka. Dengan keikhlasan itu, air tangan kita semakin menjadi, penyatuan kasih saying kita semakin bererti. Tidak hairanlah hari ini adik-adik saya tidak pernah jemu pulang ke rumah kerana ibu saya sangat bijaksana mengikat mereka dengan ikatan kasih dari air tangannya semenjak kami kecil dahulu.


KEKALKAN KASIH SAYANG SEJATI MELALUI AIR TANGAN KITA SEBAGAI IBU....IBU KAU RATU HATIKU....

My marriage Poem....




The Story of My Heaven on Earth
By nizza71


When I decided to marry my man…
I planned to have a life like a heaven on earth
Comprises of all love and tender care
Full of tolerance and understanding
Communicate and negotiate
Happiness for both…me and my man!


I still can remember…
His status and background is not a matter
His look and money is not important
His property and family is not grant to invest with me…
But
Looking into the heart…
Kind heart with full of sincerity…
Loving heart with humbleness…
Caring heart with empathy and sympathy
That all I need…to be with me .
In my Heaven on earth.


In this heaven on earth.
Full of God blessing of love and prosperity..
I managed to buy two own car
I managed to buy two own house
I managed to plan various special vacations everywhere
I managed to pay all hospital bills for my babies
As all clothes...furniture...perfumes… and our favorite eating out!
So members in my Heaven on Earth…
Can wears good…smells good…comfortable living and good eating…
All kind of enjoyable life! All and all…


SUDDENLY


I felt a weird feeling in the middle of a night
Sadness …emptiness…loneliness…scariness..
Feel so alone in the middle of efforts of gaining happiness
Awake…alert and keeps awaits
And came to realize that…
As money is gone…happiness is untouchable..
I am lost…I am stuck in full of disguise and sorrows
Surrounded by life jigsaw puzzle of him..
Question and question…I asked him..
He kept avoiding me from time to time


UNTIL ONE DAY…...

It fell in the most busy day..
Busy with University 10 thousands grand programme
The day when I received a call from someone
Someone with kind heart storied me about everything..
It was like big tsunami in my heart….felt so dark surrounding me
My heart and souls both were flying nowhere…
Ohhh God at last…this is the answer you give me
All my prayers being answered tragically by god..
The entire question behind the life puzzles being exposed.


I AM ONLY HUMAN…


I do admit that I don’t have any strength..
To accept the truth of being cheated by someone I love
The love I build and cherish all night and day…
In tears…I pray in my heart…
God please help me…help me to go trough all this
Please God…be with me…be with me…be with me..
YES again God Answer me clearly…
I can confront him nicely…
Why my love being should repays by this way?


ONCE AGAIN….


My human heart sight looks at him…
I tried to put my self in his shoes again…
He is only human…human often make mistake
Human should understand more about human..
Next to him is my children, my future, my own grand assets of life
With tears I confessed in my heart…why me?
Why me to alter the correction if it is not be chosen by GOD
Is there any about my specialty?
My heart saying out with a slow tone and soft voice ..
You always help other people…many of them are happy..
How about the one you love...the one who are really closed to you..
Is this another challenge for me…
I accept my fate to be with this obstacle..
With full hope and high expectation..
And I always aware….GOD is there to help me..


I persuade my heart…I calm my soul..
I cure my own broken heart...notice all sweet memories between us…
Finding all part of chances of happiness
Family, friends, hobbies, work, travel and so on
Struggle hard in along dark way…
Hope to end the sadness, to forget the past and give people new hope and chance
Build to believe again…
Money is no more big matters…
Anything as alternative to cure will be used at any price
Too enthusiasm to forget the black shadow of darkness


AND


At the time it is almost done
At the time I feel a new fresh breath
At the time I thought the new my man..
I almost lost my marriage as an exchange with talaq with the nonsense thing..
At the middle of a night…He admitted on his relapse..
At the middle of a long journey to see my kids and parents
He almost left me…just like that...too submissive in a wrong way
GOD…what is another great test for me…
In a cold and shivering night…I became speechless and stuck in thinking
Kept asking my self.. “What should I do My Dear God?”
God answered me…my heart saying and persuading me…

COOL ZA
YOU ARE INCHARGE PERSON
DON’T EASILY FOLLOW HIS WAY
MAKE HIM FOLLOW YOUR WAY


Then I begging him…begging him for my children not for my love
My children need him as a father …as a leader...as a guardian
Console him…persuade him...forget at all about my own feeling and right
Right as a woman, right as a wife, right as a lover, as a friend…..
I am INCHARGE PERSON in my own too emotional situation
Too hard…too tough…too complicated…too painful inside me

No one knows…I cried alone until today..
No one knows…I cannot forget the hurt in my heart
No one knows….I am too tired of this entire thing…


SLOWLY

My love towards him is faded away…my trust is no more there
Happiness is there outside …just to choose which kind of happiness I want
People said if happiness is outside home…home are already broken!
I Just want to continue living…as LIVE GOES ON
What is the ending?...GOD KNOWS
But at the time I write all these…my heart is HAPPY
HAPPY with my own world and definition of HAPPINESS


May GOD still want to bless me…

Sunday, December 13, 2009

..Umpama mimpi dalam mimpi...


Arghhhhhh..perut sudah berbunyi....kepla sudah terasa beratnya..sebelum angin masuk meyerang badan...mesti cepat cepat mengisi tangki perut ini...ohhh dari pagi terfikir untuk menikmati Yong tau Foo di hentian Nilai buat kali kedua. mana Ina sahabatku....Naaaaa...jom kita pergi makan..segalanya ditangung beres...hehe.Maka bergegaslah kami menaiki keretakumenuju ke hentian Nilai sebelah kanan kami bermakna kami kena membayar tol 2 kali..hehe kalau pasal makan..aku seorang yangs angat tidak kisah janji apa yang dihajatkan hari TERLAKSANA...tergambar gambar yong tau foo berkuah merah dan dihiasai bijan..yum yum.. Ina ternyata lebih mahir menunjukan jalan terdekat buatku...kami menyusuri exit Bukit Mahkota seelpas mebayar tol kami buat U turn untuk kembali ke jalan utama menuju ke Nilai...perjalanan hanya mengambil masa sepuluh minit tepat 12.15 kami sampai.

Nikmatnya makan bersama kawan ialah terbuka minda kepada bahan perbualan. persoalan dari temanku Ina...pernah tak kak za bermimpi tanyanya...mestilah jawabku...dia pun menceritakan mimpinya yang agak pelik baginya. Aku tersenyum mendengar mimpinya itu...memang ku akui pengalamannya mungkin pernah dilalui semua orang. dan aku tidak dapat menyatakan apakah mimpi Ina...cuma seseorang yang ada dalam mimpinya itu adalah seorang yang kami kenal..kawan sepejabat tapi Ina sangat tidak rapat dengannya. Ku akui sendiri, selama pengalamanku sendiri banyak mengaalmi mimpi mimpi aneh yang melibatkan orang yang tidak rapat atau orang yang hanya ada ikatan kerja tapi dalam mimpi tersebut kamis angat rapat kononnya. Pelik tapi inilah hakikat sebuah mimpi..dalam mimpi kita ada sebuah lagi mimpi...ibarat mimpi dalam mimpi.
Kalau kita tanya orang tua tua, mereka sering berkata mimpi mainan tidur. kalau mengikut buku psychology mimpi ada kena mengena dengan aktiviti minda luar sedar kita yang tidak terlunas. namun secara peribadi mimpi mimpi yang berlaku dalam hidupku sering membawa maksud tertentu.

Aku juga bermimpi sekali ..kedatangan arwah adikku Azman dengan pakaian serba putihnya. Suasana pertemuan kami sangat menenangkan, kami berada ditepi sebatang anak sungai yang damai. Aku amat gembira ketika itu rasa sungguh puas tersenyum melihat senyuman ikhlas adikku itu. dan aku sempat bercakap dengannya tentang wajah anak kecilnya dan beliau mengiyakan. Dan dalam mimpi tersebut aku seolah olah berjanji akan menjaga anak anaknya. Mimpi itu mmeberikan ketenanagan padaku sampai kepaginya. Alhamdulilah. Mimpi yang paling menakutkan aku ttetapi sangat sering terjadi ialah mimpi tenggelam air yang sangat dalam bersama suamiku. seringkali aku takut kelemasan pada kedalaman air, kugengam erat tangan suamiku dan aku sempat memohon pada Allah kalau inilah takdir kepergianku aku redha...sekali tengellam dua kali tengellam dan aku timbul mengambil nafas baru...sangat mengerikan. Air dalam yang melambung lambung ombaknya dan aku terselamat. Hingga kini aku tidak pasti apalah makna mimpi itu dan aku tidak pernah mencari tafsirannya.

Akhir akhir ini aku jarang bermimpi. Malam ku lalui dengan rasa yang sangat pendek, aku rasa tidak puas tidur dan berehat bila terjaga terus sudah pagi hari. tidak ada apa apa mimpi indah, sedih atau mimpi yang melucukan. sesekali sesungguhnya seronok bermimpi. Mimpi mimpi kelakar itulah kekadang menjadi bahan ketawa bila diceritakan bersama kawan kawan...lebih lebih lagi mimpi mimpi umpama mimpi didalam mimpi.

Kekadang juga kita mendambakan kedatangan mimpi mimpi indah apalagi dikala kita sangat tertekan dengan sesuatu persoalan yang tiada pangkal penyelesaiannya. Semoga aku masih boleh bermimpi...sebuah mimpi indah yang akan menjadi nyata...setakat ini BIARLAH RAHSIA....hehehe

Kisah Boboy....


Salam semua...hari ini sunyi sekeliling campus kerana pelajar bercuti. Selepas pemanduan hampir satu jam dari pelaing jaya sambil menghiburkan hati dipagi hari dengan koleksi lagu lagu lama yang dipilih si boboy...anak saudaraku. Anak yang ketiga dari kakak ku yang sulung. Dendangan lagu lagu saleem, Bumiputra rockers, pasangan popular Irwan syah dan Incha....sungguh menghiburkan hati pagi ini. Seperti biasa sesampai dipejabat aku pasti bergegas mendapatkan yogurt drink dan biskut oatmeal...cukup simple breakfast bagiku sebagai satu permulaan yang ringan dan menyihatkan. Selebihnya aku lebih suka menghabiskan masa didepan PC ini sambil mengunyah biskut dan meneguk minumanku dan membaca email email dan kenyataan kawan kawan di facebook. Stetelah beberpa idea datang sebagai 'to do list' pagi ini, barulah aku memulakan penulisan ini sebagai satu kesimpulan buah fikiranku dari semalam. sesungguhnya penulisan ialah satu terapi yang sangat bagus.

Sudah Hampir seminggu boboy tinggal bersama ku. Menjaganya bukanlah susah sangat. sebagai seorang remaja ditengah tengah peralihan umur, aku amat merasakan boboy begitu hormat padaku sebagai mak ciknya. Aku pasti bertanya setiap kali sebelum meyediakan makan malam, apa menu yang disukainya. Dan beliau dengan suka hati turun untuk mendapatkan bahannya dikedai. Dia seorang yang tidak berkira makan dan akan makan dengan bersungguh sungguh. sayur kegemaran boboy ialah kailan ikan masin. Aku kira seorang budak lelaki yang kita tidak perlu arahkan sesuatu tetapi tiba tiba menunjukan secara suka rela suka berkemas, membasuh, megutip baju baju kotor...diam diam dalam hatiku berkata...budak ini baik dan boleh dibentuk. secara perlahan aku bertanya...mengapa kalau dirumah mak atau ma ...boy tak buat semua ni..?? jawabnya ringkas, dah terlalu banyak kerja lain dan hati tak pernah tenang.

Anak lelaki mau pun perempuan diperingkat remaja sedang mengalami kecelaruan dalaman. Aku amat pasti pekikan suara, teguran tanpa batas, apa lagi luahan penuh kemarahan bukan banyak membantu malah mengahncurkan lagi tujuan tujuan baik yang ingin dibuat. Dirumah aku selalu mendenagr kata kata kemarahan orang sekeliling pada boboy yang akus endiri tidak pasti apa puncanya, namun bila boboy bersama aku, mintalah apa saja, tanyalah apas aja, arahlah apa saja...belaiu dengan senyum simpul dan sporting melakukannya. 3 hari lepas, sekembali aku dari kerja aku amat terkejut bila melihat segala susun atur dapurku bertukar, semuanya berlapik bersusun dan sangat bersih sekali, aku tersenyum lalu bertanya padanya...Buat opersai sorang sorang ke??..hehe..lalu dia menjawab...ya..saja seronok tenguk barang barang ni bersusun. adn pentadbiran dapurku bertukar mengikut keinginannya. Bila aku mulakan kerja memasak petang itu, aku agak kekok kerana mencari sesuatu yang sepatut nay disitu tapi sudah dialih boboy ketempat lain. Kerjaku menjadi agak sukar.tetapi menegur dan memarahinya bukanlah pilihan yang tepat. Kenapa?

Dalam fikiran boboy, belau cuba menolong mengembirakan mak ciknya. inisiatifnya adalah sangat positif. Bila seseorang melakukan sesuatu yang positif janganlah kita marah walau ada tidak betulnya pada penyusunan sesuatu kerana dahulukan pujian pada hasil usahanya supaya beliau mepelajari usaha yang postif memberikan satu kepuasan pada dirinya berbanding sebuah kemarahan yang akan membuatkannya merasa teragak agak melakukan sesuatu walau pun sangat positif fikirannya. Inilah yang dinamakan penghargaan dan galakan. walau aku terkial kial didapur baru, tak apa berbanding apa yang boboy dapat. aku perlu bersabar kerana boboy lebih perludiberi keutamaan, lebih perlu dijaga hatinya setelah semua orang disekelingnya sellau menghancurkan hatinya. Aku lihat dari kejauhan boboy tersenyum bangga bila aku menyiapkan masakanku akhirnya.

Keesokannya mewarnai hujung minggu berdua bersamanya, aku kira cukuplah seminggu dia berkurun dalam rumah lantas aku ingin membawanya makan di luar. kami memulakan operasi pagi dengan mencuci kereta sebelum keluar. Setelah aku mengambarkan padanya step step kerja kami berdua barulah kami memulakan kerja dan boboy dengan mudah memahami apa yang perlu dilakukannya. Dengan kepenatan, kami makan tengahari di kopitiam berhampiran dan terus berihat sambil menonton DVD, sebelah petangnya aku seklai lagi bertanya apa yang diingininya sebgai makan malam, dia seperti biasa menjawab tidak kisah lalau aku cadangkan KFC dan dia senyum, lalu aku bertanya ok ke?..lantas dia menjawab setelah diperbetulkan aku...I love KFC..hehe

Itulah anak saudaraku boboy...ada sinar yang boleh digilap pada dirinya tetapi biiau dipinggirkan lantaran desakan hidup sebuah rumahtangga yang sudah porak peranda. Aku cuba mmeberikannya kasih sayang dan menjadikan diri ini teman terbaiknnya...mungkin hanya itu yang aku mampu bagi merawat sedikit luka dihatinya sbelum luka itu bernanah dan merebak dan menengelamkan kemilau sinar dirinya satu hari nanti...

KASIHKU SINAR...

Thursday, December 10, 2009

Teman yang Kukenang....


SEPETANG BERSAMA KAK RIZ.

Sepetang aku bersama seorang sahabat cukup membuatkan petangku bermakna dan hati ini begitu terisi dengan kisah dan cerita cerita hidupnya. Kesempatan sepanjang hampir 2 jam bersama di ruang dapur rumahnya memperlihatkan padaku betapa beliau seorang wanita yang cukup tabah dan sabar. Mulutnya tidak berhenti berbicara, setiap patah kata katanya penuh keikhlasan dan beliau sendiri memepelajari sesuatu dari pengalamannya sendiri. Aku yang paling untung di sini, cerita dan pengalaman hidupnya cukup mengajar aku bahawa ada sesetengah manusia sungguh istimewa kejadiannya. Hidup kita dikelilingi pelbagai watak, ada yang membahagiakan dan tidak kurang juga yang terlalu mencabar diri kita. Ada watak yang sangat kita banggakan dan ada juga watak yang mampu menimbulkan kebencin. Namun, perjalanan hidup yang panjang kurniaan Allah sesungguhnya membuatkan kita mampu berfikir dari pengalaman, mempelajari apa yang terjadi dan pengajarannya, melihat hikmah dan nikmat disebalik susun atur sebuah perjalanan kehidupan. Akhirnya kita rasakan memang betul tiada yang sia-sia, dia begitu kita begini tapi saling lengap melengkapi. Dunia bukanlah tempat untuk kita memilih hanya mahukan keseronokan, apalagi bukanlah tempat kekal abadi sebaliknya satu peluang perjalanana yang cukup menyediakan kita kepada peluang peluang akhirat yang kita akan bawa bersama.. Aku merasa cukup insaf, Allah memang menjadikan manusia ini pelbagai ada tujuan dan maksud tersendiri. Ada yang terlalu lemah, dan ada juga yang terlalu kuat. Tapi janganlah kita meletakkan perbandingan itu sebagai peluang untuk kita megkelaskan sesame manusia. Sedang manusia sebenarnya saling perlu memerlukan antara satu sama lain.

Si ayah yang lembut, si ibu yang sangat garang dan bijak mengatur. Sisuami yang suka mengurus, si isteri yang baik hati megikut setiap tadbiran dan urusan Cuma sesekali membangkang menyuarakan kemahuan. Dari kedua dua generasi ini terbitlah anak anak yang ada yang bijak mengarah dan megurus…ada juga yang hanya lebih aman memilih untuk megikut. Setiap kejadian yang hampir memecah belahkan dipelajari dihayati dan difahami, apa bila salah seorang menutup mata, penyesalan bersarang dihati. Apakan daya..sudah terlepas kalaulah kita mampu mengundurkan waktu ..memang berat untuk kita teruskan. Kita hanya mampu berdoa semoga kita dimaafkan, diampunkan dan janganlah kita kedekut untuk berkongsi rasa kecewa dan terkilan sebagai pengajaran kepada genersai baru yang merewang2 mencari haluan yang pasti..

Seronok sungguh seronok, perkongsian ikhlas seorang sahabat padaku adalah sebahagian rezeki…rezeki ilmu ..rezeki kasih sayang. Perkongsian itu juga mengeratkan lagi hati kami, penuh kejujuran…penuh kerendahan diri dan pengajaran dari cerita hidup kami... kan kuabadikan segalanya sebagai sebuah pedoman dan akan kuwarwarkan pada generasi akan datang yang mencari cari erti sebuah budi dan hati.

Kak Riz terimakasih atas segalannya....rindu sellau buatmu...

Terima Seadanya...syukurilah...




Hampir satu minggu tiada kunjungan pelajar untuk sebuah sessi kaunseling. Hari ini cukup bahagia bila ada seorang pelajar yang datang menangis berkongsi rasa perit didalam hati dengan sikap ibubapanya. Biasalah dalam sebuah keluarga akan ada incident yang tidak dapat dielakkan sedang lidah lagi tergigit. Namun dalam diam diam sebenarnya aku akui rasa yang dialami pelajar tersebut. Dia seorang anak yang tahu apa yang dia cari dalam hidupnya, dia ingin menjadi seorang pensyarah satu hari nanti dan bercita cita untuk melanjutkan pelajaran ketahap yang tertinggi. Dalam hatiku berkata, syukur kalau semua anak seperti pelajar ini, ibubapa sepatutnya membantu mendoakan agar segala yang diusahakannya senang dan akan berhasil tetapi mengapa pelajar ini menangis?..sedang dalam kenyataannya dia bukanlah melakukan kesalahan. Tetapi pelajar ini menangis kerana beliau merasa beliau bersalah terhadap kedua ibubapanya yang berharap agar dia pergi ke Maktab perguruan dan menjadi guru seperti mereka satu hari nanti. Siayah dah meluahkan emosi yang keras pada anak seolah olah memaksa anak. Semua kita sebagai ibubapa mahu yang terbaik untuk anak kita. Pada saya kalau anak kita sudah cukup positive berdoalah jangan sampai cara kita merosakkan hubungan dan perasaan anak yang baik seolah olah anak itu melakukan dosa besar. Tugas ibubapa sepatutnya merestui kalau anak sudah membuat keputusan yang terbaik. Walau kita tahu gunung yang ingin didaki anak kita mungkin terlalu tinggi , tapi kita sebagai orang yang paling hampir dengannya sepatutnya memberikkan peranan positive agar anak lebih berjaya. Banyak saya melihat ibubapa sebgini. Kerana mereka merasakan apa yang mereka ada itulah yang terbaik, sedang anak ada penilaian sendiri. Cita rasa manusia itu berbeza bukankah ini buktinya betapa kuasanya Allah itu. Selagi pilihan itu positif bukan lah yang membinasakan anak kita. Sukarnay ibubapa hari ini terbiasa membuat keputusan pada anak dar segala sudut. Sehingga banyak anak anak merasa rimas dan terpendam hasrta dihati. Dan untuk sesetengah nak inilah jalan terbaik untuk berdendam. Kalau kita membuka ruang menerima seadanya, anak kita akan lebih banyak berkongsi degan kita dan kita akan lebih menegnali mereka. Sebalinya kalau kita meyempitkan ruang tersebut, kita dikhatiri mencetusakan ruang untuk anak mula menolak kita dan meyangkal habis habisan dan melihat secar terang kelemahan kita sebgai ibubapa mereka. Apalah salahnya kita ketepikan ego diri kita sebagai ibu bapa, kita melihat dan emmahami dari kaca mata anak itus endiri, kalau anak kita sudah cukup baik usah ditoreh hatinya. Sedang dia seorang anak yang cukup istimewa baru memulakn langah sendiri yang berani, doronglah dia keran kita dalah orang yang paling dekat dihatinya. Tahu bagaiman rasanya kalau dilukai oleh seseorang yang terlalu istimewa dalam hidup kita, jangan sebaliknya kita mula membina jarak dengan anak sendiri. Terimalah anak kita seadannya, bahagianya itulah sebanrnya bahgia kita.

Inilah hakikatnya yg perlu diterima.....




Sayu hatiku sepnajang pemanduan satu jam ke pejabat. Pertama kali dalam sejarah emmandu kepejabar aku memilih siaran radio dan bukan lagi lagu kegemaranku sperti selalu. Sedikit sebanyak suara, guruan dan keletah dalam rancangan tersebut mencuit hatiku…apalagi tajuk pagi ini…..fahamilah aku….Sesampai di pejabat..seperti biasa ada sedikt penghibur…mungkin nasib kami sama walau tak serupa. Kami dua dua kesunyian Cuma bezanya hidup dia tidak stress macam hidup aku. Aku perluka hiburan, begitu jugak dia…tapi kami tidak boleh terlalu menonjol untuk mehiburkan diri…untuk saling menyayangi. Apakan daya kami. Teringat aku pada airmata yang di sapu fayadh pagi tadi bila mainannya aku hempaskan dek kerana terlalu geram. Hatiku kuat megatakan BIAR kali ini fayadh belajar. Apa sangat mainannay itu kalau dibandingkan dengan risaunya hatiku pada masa depan dan kehidupannya. Aku sempat bersalam dengan anak-anakku pagi ini. Ku mohon maaf dengan Nana , bukan niatku untuk kecoh2 di pagi nisfu syaban yang mulia ini tapi dek kerana …satu fenomena yang terlalu geram malah dah banyak hari bersabar…malangnya nasib PS2 itu…baru beli dah hancur!!!
Aku kira aku seklai ini tidak akan ambil peduli, bukan aku yang beli pun…biarkan…rasanya kita sudah cukup bagi peluang, main dan didiik…walau main dan keluar duit tak kisah tapi tolong…jangan sampai menyumbang pada kehancuran masa dpepan anak2. Nun disudut hati ku…harap2 game tu ok..lepas ni mereka mesti berhati2 dan mereka kena takut dan risaukan seseorang yang tegas dalam rumah. Aku sebenarnya memang sudah tidak sebatid engan suamili Sani. Tapi demi anak anak apalh sangat derita ini, aku telan getir rasa bersulam derita hati ini, nasib baiklah insane yang aku ada cinta itu bukan muslim..kalau muslim..aku mesti terpaksa memncari ruang hidup sendiri. BIarlah takdir menentu segalanya.


Hari hari ada bosan ada gembira…ada derita ada kesedihan...semoga anak2 tetap tidak merasa getir itu...biarlah ku tanggung sendiri. Aku dapat rasakan jiwaku dan jiwa sani sudah lama Allah pisahkan. Cuma ikatan kami masih lagi sah dan aku ingin anak anakku bangga dengan ikatan ini. Aku ingin menlihat wahida ke asrama ditemani mama dan ayah yang sah sumai isteri, aku ingin melihat hidp fayaydh dan harraz tidak sunyi dari ayahnya, walau ayah membawa banyak unsur yang akan memberi cabaran yang lebih luas pada anak2. Moga Allah membantuku...aku perlukan jimmy disudut hati yang kecil untuk terus merasa Alalh masih melihat kepayahan ku lantas ditemani hati kecil ku dengan kehadiran Jimmy.

Petang ini, Aku ingin berbuka puasa kemudian pulang mengajar matemetik anak ku nana, semalam aku tidak lena tidur mengingatkan nana bakal ada sebulan lagi peperiksaannya. Aku ingin menyumbang kepad kejayaaannya. Aku ingin dia merasa bangga ada ibu seperti aku. BIARLAH perkara lain sebagai no dua dan akhir...perkara utama ialah anak anakku. Dan Malam ini akan bermulas emual AKU TIDUR DENGAN NANA.

Liku perjalanan ini..adalah takdirku...





Aku baru selsesai mengarang satu cerita dalam email untuk dihantarkan kepada MR ROGER. Inilah owner sebenar The Peregrine Rod Company. Smenejak minggu lepas kami berbalas email membincangkan pasal seorg Con man yang menyamar sebagai Roger. Semoga cerita benarku itu sedikit sebanyak membantu pihak berwajib yang telah dihubungi MR ROGER. Hatiku tertanya dalam hambatan sepi, kenapa agak lama kami tidak berbual telefon seperti selalu antar aku dan Jimmy. Selepas kami chat pada hari khamis dan dia sibuk pda hari jumaat, senyap hinggalah ahad aku menerima text mesage ditelefon memberitahuku dia tidak sihat. Dan pagi ini dia memberi sebaris ayat memebritahu dia baru terima semua mesej fon ku pagi ini. Aku berbual seketika dengan Jack, seorang pilot dari Canada. Meluahkan rasa sunyi dan sedihku. Aku memang pasti yang mampu berada dihati ini hanyalah Jimmy. Semalam aku tidur dibilik Sani kerana katilku penuh dengan anak-anak yang inginka kedinginan penghawa dingin dibilikku. Hubungan intim aku dan sani masih hangat Cuma rasa tawar sebab hati kami sudah belainan arah. Apalah yang sebenarnya Allah ingin memperlihatkan padaku. Aku sehabis daya cuba menerima seadanay Sani suamiku, masih ingin mengasihinya, masih ingin dicintainya. Tapi kerisauanku pada ketidakpastian nilai istiqmah diri sani membuatkan aku ingin mengisi keksosongan itu dengan seorang insan yang kukira sangat dekat dihatiku walau kami berbeza usia, culture, agama dan negara. Itulah Jimmy. Dia pengubat sunyiku, dia sentiasa disitu dengan penuh kelembutan, dengan penuh kemesraaan menerima aku seadanya. Inilah KEPASTIANNYA.

Antara dua lelaki ini, semestinya ada banyak perbezaan dan persamaan yang ketara sebagai lelaki. Mereka sama sama minta difahami, lebih banyak kita memperlihatkan kefahaman dan penerimaaan kita, lebih gembira mereka. Lebih ceria kita disisi mereka, lebih lebar senyum mereka melihat dan melibatkan diri dlama keceriaan mereka. Lebih bersungguh sungguh kita ingin menolong mereka, lebih bahagia hati mereka. Kita perlu menjadi segalanya demi memberikan mereka istilah lebih bermakna dalam hidup. Sedang, jika aku inginkan kebahgiaan, Jimmay tidak perlu menghabiskan wang ringgit mampu membahagiakan aku hanya dengan perbualan dan keakraban kami. Namun Sani suamiku, Bila dia ada wang lebih dan beraktiviti bersama anak-anak, aku cukup merasa bahagia walau didalam hati sangat kesunyian. Tidak selamanya dalam 30 hari itu, kuasa duit mampu digunakan Sani selain diselangi Hubungan Intim. ENTAHLAH……


Namun yang pasti, Anak anakku sangat rapat dan bahagia bersama sani ayahnya walau ada ketikanya ayahnya tidak membahagiakan mereka. Begitulah kanak-kanak yang bernama anak. Gambaran memiliki ayah itu sudah cukup membanggakan mereka. Sani suamiku akan lebih kreatif bila aku mecadangkannya apa apa usul untuk dibuat sebagai aktiviti kami anak beranak. Dapat aku rasakan redup kesedihan di riak airmukannya kalau aku sesekali mengikut rasa hati tidak mahu terlibat dalam aktiviti tertentu dan Sumaniku sama sekali memastikannya tidak akan berlaku tanpa aku. Inilah CABARANKU….Cuma syukur alhamdulilah, aku mmapu meletakkan kebahgiaan anak anaku adalah kebahgiaan sebenar buatku dan menegenepikan keinginan dan rabaknya hati sendiri.

Namun dalam diamku, dengan izin suamiku suatu masa dahulu yang membenarkan aku memulakan aktiviti chatting ku di alam ciber, disitulah aku mengenali sebuah kehiduoan dan manusia ynag tidak kurang dar kehidupan reality dan dalam seribua pandangan manusia tentang alam itu, tapi alam maya itulah yang menemukan aku dengan perwat sunyiku dan jiwaku terasa terisi semula dan kami sama sam mengakui kami bagaikan soulmate. Aku sangat takut kehilangannnya untuk tempuh yang terdekat ini dan aku sangat bahagia dengan kehadirannya walau hanya sapaan tanpa suara, dekat tidak bersentuh, rindu tidak pernah putus, kemesraan yang semakin bercambah mekar dan dirinya yang sangat mengasihi. Terimakasih Allah atas pertemuan ini walau setitik bahagaimu kau kirimkan melauinya sudah cukup bermakna buat insane sekerdil aku dikala ini. KUSYUKURI SEADANYA AKU.

Hidup ini INDAH..dan Pelbagai......





Kebiasaannya bila memandu kereta aku akan memilih lagu lagu kegemaranku daripada mendengar siaran radio dan pelbagai berita berita terkini, kerana seronok melayan lirik lagu yang mengambarkan kebenaran persaanku sampai satu ketika dapat aku rasakan tiada kesudahannya berbuat begitu. Sehingga pada suatu hari, aku tidak memadamkan siaran radio sinar yng dipasang suamiku dari semlam , lalu ka uterus on semula tanpa menukarkannnya kepada CD player. Aku dengar dan terus mendengar keletah gurau senda juru hebah dengan agenda perbincangan harian mereka , aduan pendengar, dan laporan kesekana lalu lintas tidak kurang lagu lagu menarik 70, 80an dan 90an yang yang diputar mereka silih berganti. SERONOK dan seolah olah telah tiba masanya untuk aku megrah minda ini dari terus melayan perasaan sedang tengaku banyak diperlukan dibidang kerjaku dan kecerian hidup harian anak-anakku. Inilah persoalannya hidup kita perlukan KEPELBAGAIAN.

Anak kedua saya sering pulang dari sekolah dengan sarat mengadu pelbagai perkara yang tidak disukainya. Bermula dari sikap kawannya hinggalah ke sikap adiknya sendiri. Saya melayan satu satu persoalan yang diutarakannya dan saya bertemu dengan sebuah perasaan BENCI kerana semuanya itu berlawanan dengan kemahuannya. Lalu saya mengajak dia berbual panjang mencari positif disebalik pelbagai yang negatif disekelilingnya. Kenapa ada pelabagai warna dalam hidup kita, sampai lebih dari 12 warna. Kenpa alangit itu nampak biru, bumi nampak hijau dan baju baju dekat kedai pelbagai warna dan hampir semuanya habis. Kenapa manusia ada hitam, ada putih ada kelabu. Terpegun anakku mendengar pertanyaan halus dari aku ibunya sendiri. Tak terjawab dia lalu aku berkata kan abang sekolah agama semuannya itu kepelabagaina yang Allah sediakan buat kita. Sebahagian Nikmat Allah ynag tiada tandingnya justeru itu kita kena bersyukur dan org yang tidak bersyukur akan ditarik nikmatnya. Anakku ini seorang yang cepat mengerti kalau dikaitkan dengan pendirian agama kami juga memanggilnya ustaz kekadang. Lalu aku meyambung begitulah dengan adik, kawan-kawan dan kakak. Semunya ada pernagai dan kehebatan masing masing. Kita kena hormati dan terima seadanya. Walau rapat macammana pun kita tidak mampu membuatkan seseorang itu sama sepenuhnya dengan kita. Nanti kita sendiir akan kecewa. Syukurilah pada KEPELBAGAIAN kerana itulah hidup ini INDAH.

Kalau sibuk saban hari dipejabat dan pulang agak lambat ke rumah selalunya suamiku akan membawa anak anak makan. Disitulah suamiku akan melihat bagaimana kecohnya anak2 di meja makan dan bagaimana berbezannya mereka dalam memilih menu. Bermula hari isnin nasi berlaukkan sup ekor, selasa pelbagai rangkain makanan panas mee atau bee hoon, rabu kekedai makanan segera, khamis speggetti atau chicken chop dan jumaat kembali makan nasi dengan tom yam. Mungkin mereka juga sering menukar kedai2 kegemran yang berserekankkan disekitar perumahhanku. Kerana itulah bila hujung minggu barulah aku akan memasak masakn kampong yang simple yang akan dimakan kami sekelurga sebagai satu tukaran dan kepelbagaian kehiduap makan keluargaku. Betul kami tidak boleh meniru corak hidup orang lain yang mampu memasak hari hari sedang sang isteri pulang lambat kepenatan, kain baju juga perlu diambil tahu, kebersihan rumah juga perludititik beratkan. Kalu semua itu di bahu isteri elokalah urusan mengahnatar dan mengambil anak seterusnya membawa mereka makan itu dipikul suamiku pula. Barulah adil dan pelbagai gayanya. Suasana jadi seimbang dan lebih tenang. Anak anak pun berselera dengan kepelbagaian hidangan hari hari mereka. Yang akan menjadi kenangan hingga mereka besar nanti. Sehinggalah suasana kehidupan kami bertukar selepas perpindahan kerumah baru bulan November ini yang jaraknya hanya 5 minit memandu ke tempat kerja. Sekali lagi peluang kami melalui sebuah KEPELBAGAIAN dalam hidup.

Yang Lebih Menyayangi.....




Dikala kita kedukaan dan terhimpit sebuah keresahan kita tercari cari sebuah penawar. Hampir kesemua penwar penawar yang termampu kit alakuka kita lakukan dengan sabar dan tabah dalam usaha kita mecipta sedikit rasa bahagia dalam hati. Di waktu ini kawan kawan yang memahami ibarat mutiara berharga, sokongan keluarga ibarat tunggak di hati. Tetapi apalah sangat, mereka hanya mampu mendengar yang terus mengharungi rasa perit , jerih dan pedih itu ialah diri kita sendiri.

Aku sering mengimbau semula detik detik hati terluka. Bagaimana rasanya ketika itu, seram sejuk menggigil dan dapat aku rasakan kalimah Ya Allah banyak membantu aku meneruskan tarikan nafas yang penuh rasa lega didalam. Hanya Allah yang maha mengetahui. Hanya Allah yang mampu memahami. Shati ini amat menyayangi, amat mehasihi dan amat tinggi rasa simpati. Tapi mungkin kerana element itu terlalu suci bukan semua manusia menili keperluannya dan mengakui kebutuhannya. Lantaran dapat aku rasakan, dengan ketulusan hati ini aku merasa cukup kuat untuk berdepan dengan pelajarku yang sarat dengan bebanan penderitaan hidup di usia yang terlalu awal. Kami sama sama melihat derita itu, sama sama mersainya, sama sama menangis, sama berharap. Benarlah dalam sebuah kemelut kesusah, alah galang gantikan sebuah kebijaksanaan dan kemanisan yang tertentu mengikut takdir rezeki kita.

Selama ini mungkin kita merasakan kita ingin dipercayai orang, kita ingin cuba mempercayai orang, dan kita amat bangga menjdi orang kepercayaaan. Namun pengalamman banyak insan yang dekat dengan hati ini, yang hampir tersungkur kekecewaan memperlihatkan padaku hidup sesama manusia tidak akan sama sekali sempurna. KEPERCAYAAN mutlak hanyalah kepercyaan dari Allah Azza Wajalla. Juteru itu kita perlu mempercayai Allah lebih dari mempercayai diri sendiri dan orang lain. Maha penagsih sifat Allah itu, kemanisan anugerhnya adalah melebihi perit yangdiberikannya untulmereka yang berakal sifatnya. Sentiasa mencari apa yang tersirat disebalik yang tersurat.

Aku megasihi anak anaku speneuh hati ku, Mellauinya aku memahami inilah kasihnya ibu bapaku pada diriku. Betapa Allah itu sungguh menyayangi dikelilingi kita dengan keperluan kasih sayang. Namun apakah kasih sayang sesama manusia bisa menjajnjikan bahgia yang berpanjangan. Jawapannya sama sekali TIDAK. Memang bear Kasih ibu bawa ke syurga kasih ayah sanggup berusaha kasih saudara masa berada tetapi kasih Allah SENTIASA sifatnya, Kalau dalam kesusahan dan kebahgiaan janganlah kita lupa meyebut dan berharap kepercayaan kepada Alalh jua. Itulah tempat kita yang azali kerana dripadanya kita datang dan kepadanya satu hari nnati kita akan kembali.

sesekali mengecapi KETENANGAN yg manis




Semalam semua kerja yang telah aku tetapkan sekadar semalam selesai Cuma garapan pendahuluan kertas kerja counseling awareness sahaja yang perlu ditangguhkan lantaran ketidak mampuan otakku untuk mmeberi fokus yang lebih memandangkan disebelah paginya ada satu session berat yang tealah aku libatkan sepenuh kapasiti mental dan jiwa ragaku menghayati, memahami, mengumpul kekauatan dan pemusatan fikiran dalam menilai dan mencari punca kuasa menyentuh kekeuatan clientku bagi mengatasi kelemahan yang sedang dihadapinya. Apapun hatiku sangat bahagia. Lantaran itu aku hanya lakukan kerja kerja yang tidak meggunakan akal menggunting handbill para pelajar sambil bersembang dengan pelajarku Izzati yang sangat komitted orangnya. Aku pulan agak awal untuk medapatkan barang publisity programme, agar lama aku tidak pulang awal atau pada wktunya aku seronok hidupku terikat dengan jadual free para pelajarku yang kebanyakannya disebelah petang dan malam. Terasa terisi, sempurna dan praktikal hidup ini dan dapat melarika emosi kecewaku jauh jauh dengan kesibukkan ini.

Di kesempatan yang ada petang semalam, sempat aku menyinggah untuk mendapatkan tudung kegemaranku memandangkan yang aku pakai sekarang sudah banyak kali dan perlu dibasuh. Kali ini aku meilih biru, purple dan oren jumlah kesemua tudung munawwarh gaya baruku ialah 6 helai. Bukan sedikit duit aku keluarkan tapi buat masa ini aku hentikan penambahan baju baru. Tudung ini praktikal Nampak berfesyen, selesa, tidak keterlaluan, terletak saja dikepala pemakainya dalam erti kata lain PERFECT. Sekarang baru aku tahu. Tenguklah nanti tudung lama akan aku seekahkan kepada saudara mara, dan anak perempuanku sendiri perlu dipilih terlebih dahaulu. Kegilaanku kepada tudung juga bukan pada gaya sederhana dan selesa tapi juga warna.warna warna pilihanku yang sukar ditemui lagi perlu aku simpan buat koleksi abadi walau aku tahu semua ini pasti tidak ku bawa sampai mati.

Pulang kerumah badanku terasa seram sejuk mungki kerana aku agak tidak bertenaga kesan kurang pengambilan makanan lantaran aku terasa sepi tanpa kawan disisi. Tiada kawan tiadalah makan bagiku. Entahlah semenjak dua menjak ini aku agak hilang selera bila makan dengan Sani. Namun rahsia ini hanya aku yang tahu. Aku lebih berselera bila kau makan dengan tenang dengan wahida, atau Kak Umai atau Ina dan kekadang pelajar peers manemaniku makan. Maknanya sekali sehari sahaja yang aku makan berselera inilah harga pengorbananku pada anak_ anakku. Akhirnya kami 2 bearanak makan di kopitiam dan ketengan dengan wahida membuatkan aku mampu menhabiskan Asam Laksa yang dipesan sambil menanti wahida meyiapkan tugasannya aku menyalin contact di telefon baru. Dan kami sama sama pergi emncari DVD kegemaran sebanyak 6 keping dan kami bersetuju menonton RABUN bersama sebagai menghargai hasil kerja YASMIN AHMAD. Sungguhlah anak adalah penawar duka penghias kebosanan yang timbul seharian dan ternyata anaku wahida Allah kirimkan sebagai teman yangs angat ISTIMEWA buatku. Terimakasih ALLAH. Aku tidur dengan tenang hingga ke pagi ini. Alhamdulilah kusyukuri nikmatmu Ya Allah!.

Hati lelakinya menangis siapalah yang tahu.....




Tegamam aku dengan perkongsian getir dari seorang pelajarku. Kuingatkan selepas hamper 13 tahun mendengar kisah manusia, kisah kali ini tidak seberapa kesannya, oh rupanya tidak hidup manusia didunia ini sungguh misteri hanya Allah yang maha mengetahui. Bergenang airmata ku, sedang pelajarku tidak henti henti meyeka mutiara mutiara jernih yang gugur dari matanya dan lihatlah bila seorang lelaki menangis hati kelekaiannya telah tersangat tersentuh dengan keadaan dan cerita hidup yang dilaluinya.

Seorang isteri yang dikhianati cintanya dan tiada jalan keluar sedang segala suasana didominasi sang suami yang sangat kejam tanpa belas kesihan sang anak menonton drama reality didepan mata, menjadi pendengar yang setia pada siibu yang tersayang. Sudah berubahkah kasih ayah, terlalu kurangkah apa yang ada pada ibuku…puas si anak mencari cari jawapannya apa yang ditemui kekejamamn hari demi hari sehinggalah sang anak bernekad untuk berusaha KERAS mencari nilai diri yang tinggi untuk membawa dan menghentikan sengsara sang IBU

Siapa yang bermasalah disini?. Siapa yang perlu memimpin? Siapa yang dambakan kasih sayang dan pembelaan. Kita mungkin sibuk bercakap isu pemimpin tidak adil bagaimana kalau dalam organisasi rumahtangga yang menjanjikan lafaz Allah tidak dijalani manusia sesempurna mungkin oleh ketua atau pemimpinnnya. Walau wang melimpah ruah, walau kedudukan tidak rendah dari ornag lain tapi apalah semua itu betul sekali Wang dan Kesenangan material bukanlah pengukur sejati kebahgiaan.

Bayangkan sang anak yang tidak berdosa seawall usia 12 tahun telah diherdik dibandingkan sebodoh ibunya, melihat saban hari penghinaan pada ibunya, menyaksi dengan mata dan kepala sendiri kasih sayang ayah yang telah tersasar pada orang gaji mereka, Ibu sendiri dipukul sedang ornag gaji dipeluk. Sudah disiksa jiwa mereka, tidak dilepas pula. MILIK SIAPA HATI KEJAM ini kalau bukan topengnya sahaja manusia.

Allah itu tidak dua dan tiga, satu dan tunggal sifatnya. Anak yang tersiksa jiwanya berkat doa sang isteri dan ibu yang teanaiya si anak mendapat haluan betul dalaam pencarian penuh tekanan itu. Bukan dadah, Arak. Sex dan berfoya sebagai penenangnya sebaliknya tekad bulat untuk Berjaya digengam kemas sehingga Berjaya mendapa 10A SPM dan mendapat tempat di Univeristi. Selepas 3 bulan disini barulah kami bersua. Kini sudah menjadi tugasku untuk menyemarakna lagi azam yang telah dibina, merawat rawang hatinya, menjadi pendengar yang setia, meberi sedikit rasa ceria semoga semua ini walau sedikit nilainya dapat membantunya untuk terus tegap berdiri dan percaya bahawa DIA TIDAK SENDIRIAN.

Monday, December 7, 2009

Beza antara Intan dan Kaca.......

Melalui hari hari cuti sekolah menuju ke tempat kerja adalah satu suasana yang menyeronokan dan menjadikan kurang rungutan dan sengsara awal yang ditempuh pagi hari dijalanraya. Lengang, tenang menyemarakan perasaan bahagia menuju ketempat kerja. Dimalam hari pula, banayk masa tersendiri, inilah masa yang banyak diisi untuk meneonton DVD DVD yang benyak menyingkap pelbagai kisah hidup manusia. Selepas makan malam bersama Hibby dan Boboi, aku membelek belek dan meilih 6 DVD koleksi terbaruku dan tidaks abar untuk menonton apa yang tersirat disebalik sebuah kisah SALVATION.

Seperti biasa, aku memang membaca sepintas lalu sinopsis movie tersebut, jalan cerita dan persoanal yang agak kelainan akan terus mengundang minatku walau cerita tersebut cerita yang sangat lama. Apa yang menarik minatku awalnya pada sinopsis salvation ialah bagaimana seorang tua yang mempunyai isteri jatuh hati dan menemui cinta sejati dengan orang yang lebih muda dan apa yang mengikat mereka. Sepanjang menonton cerita itu, aku tersenyum , hati aku banyak menyokong perolahan situasi , perasaan , scene pada cerita tersebut dan aku berani mengatakan cerita tersebut memberi satu gambaran yang sangat real tentang apa yang dialami oleh seorang tua yang begitu memrlukan perhatian dan kasih sayang. semakin tua seorang lelaki, semakin tinggi keperluan kepada kasih sayang terutama dari pasangan mereka.
Benarlah dalam mana mana perkahwinan sekali pun, sukar sebenarnya mempertahankan CINTA. Apalagi kalau sudah terlau banyak pengkhianatan terlalu banyak keterlukaan. Dan kadang kadang tanpa sebarang sebba yang munasabah pun CINTA itu boleh hilang hanya kerana sikap masing masing berubah reaksi kepada persoalan hidup yang ditempuh.Movie ini mebuka mindaku untuk menerima hakikat...Cinta tidak mengenal usia, usia hanyalah angka, Cinta akan senag melekat dihati bila kita bertemua dengan sesuatu yang semakin jelas dan dekat dengan keprluan hati masing masing.

Selama ini yang terlekat dikepala dan minda ini adalah hasil perkataan dan kenyataaan orang orang disekelilingku. Mesti dapatkan yang muda, handsome, kaya, baik yang tidak pasti baiknya..terlalu dasar dan sukar difahami secara terperinci hinggalah aku melihat secara dekat bagaimana sesebuah rumahtangga hancur, bagaimana sebuah hubungan berakhir, bagaimana sepasang suami isteri yang sangat berbeza orientasinya meneruskan dalam kesengsaraan untuk terus hidup bersama.Bermacam macam acuan, bentuk dan jalan ceritanya dan yang pasti semuanya tersendiri. Merenung semua ini, aku banyak berfikir dan bertanya, bagaimana kita ingin menilai sebuah permata kalau kita tidak betul betul menerokai kehebatan kisah kaca. kerana beza antara kaca dan permata hanya mereka yang mehami kepalsuan kilauan kaca sahaja mampu mengelakkannya.
Justeru itu, sebenarnya aku rasakan tiada jalan singkat dalam hidup ini, semuanya berliku dan berpenjuru, penuh dengan jatuh dan bangun sebagai ukuran keupayaan diri kita untuk terus berjuang menerokai sebuah erti kehidupan dari pelbagai kaca mata dan pendedahan. Meneruskan hidup tidak semestinya dari begitu sempurna,tiada istilah sempurna selagi kita tidak melalui satu tempoh yang sangat panjang dan bisa diuji dengan pelbagai onak dan duri. Pada satu tempoh masa, kita pasti akan mengerti apa yang kita mahu dan kita berani untuk memilih sebuah nikmat hidup yang alalh sediakan buat kita sebagai ganjaran segala kesabaran kita selama ini. Insya Allah.

Sunday, December 6, 2009

Coretan tentang teman teman......


Salam buat semua....Hari ini aku teringat segala suka duka bersama teman. Kta orang teman ketawa senang dicari, Teman menangis bersama sukar ditemui. Dalam sejarah hidupku bertemu teman, aku seorang yang tidak mencari teman tetapi aku sering didatangi oleh teman teman. Tidak kira bermula dengan urusan kerja, belajar apa saja. Aku terlalu mudah memberi senyum, menimbulkan persoalan pagi hari memecah kesunyian ..." dah makan"..atau ..'Baru habis kelas"..itu adalah antara sapaan selambaku pada semua orang aku kenal atau pun tidak.
Walau dimana aku berada, situasi apa sekali pun aku pasti akan dapat seorang teman. Cuma terpulangpada aku ingin terus menghubunginya atau biarkan dia mencariku. Sellaulunya aku biarkan orang mencariku sahaja. Setiap mereka yang mencariku jarang aku hammpakan walau tengah malam sekali pun.Semasa aku disekolah menegah, aku amat merindui teman teman yang seangkatan di sekolah rendah. Antaranya Jes, Yati, Ramlah, Sani, fadil, Amir dan lain lain. Bila aku ke Universiti, Aku rindukan teman teman yang seangkatan denganku di sekolah menegah, Aniza, wan zanani, rahimah. zaleha,noor suzara. Bila aku di alam pekerjaan, aku maat merindui teman teman di Universiti, Fudul, Jolly, Kak An, Nelli, Firah, Atmar dan ramai lagi. Bila aku di ofis Nilai, aku rindukan teman di Office PJ, Aziziah, Kak Noni, Fanizar, Kak jun..dan lain lain.
Mengenali teman teman secara jauh dan dekat seperti melaui sebuah perjalanan. Semua suka dan duka ada cerita tersendiri, ada yang lucu, ada yang meyakitkan hati, tak kurang juga cerita yang menyedihkan. Sedikit sebanyak cerita cerita sebegitu yang mengakrabkan kami dan bila berpeluang mengenangi semula kami pasti ketawa terbahak bahak. Sekarang aku bertugas di Nilai campus, sesekali berada di petaling jaya campus, aku pasti mengambil kesempatan minum pagi dengan kawan kawan yang melambaikan aku...dan pasti mereka berkata ..'kami rindu kat Za'..sebenarnya kalau teman mmebrikan kita hati dan kasih sayang memang bila lama tidak bersua pasti rindu bertandang dihati. Aku pun sering merindui mereka.
Begitu juga, kalau waktu tengharai melepasi ruang makan yang penuh dengan para lecturer sedang makan dan minum, pasti aku termalu sendiri sebab aku terpaksa meyinggahi tempat tempat duduk mereka sekadar senyum , salam , berpeluk dan sesekali yang terkejut akan menyapaku..."kak za!!!! lama nya tak nampak". hehe. Kebetulan jugak, Boss aku sekrang ialah juga datang dari seorang teman yang aku kenali sejak aku mula kerja di UIA ini. dan kami sempat bekongsi suka duka tekanan kerja, bila dia menjadi bos aku masih berteman dengannya tapi rasa hormatku kepadanya sebagai bos aku yang paling sempurna amat menebal. Mungkin sukar untuk aku temui insan sepertinya lagi. Aku sebenarnya banyak belajar dari temanku ini...cara menilai sesuatu, memerhatikan sesuatu, mmebuat kepeutusan, ketegasan dalam kelembutan...yang aku amat kurang terserlah dalam diri ini.
Kata orang, Teman pembawa rezeki, temen juga pemecah kusunyian hati, teman mampu menbernaskan idea kita, teman penunjuk jalan, teman menangis bersama....mungkin segalanya selagi kita berteman. namun dalam aku terleka dengan sebuah kemanisan aku terlupa, ada juga teman ibarat gunting dalam lipatan. Atas satu kejadian yang sekian lama aku pendamkan kini baru terbukti aku sedang berdepan dengan seseorang yang boleh menghancurkan aku semula. Terpana aku seketika, agak berserabut...kecewa..menyesal...rasa diri ini terlalu naif...bodoh...namun apakan daya. Aku maafkan segala keterlanjuran sikapnya cuma demi menjaga hati pihak lain aku terpaksa mengundur diri dari tersu berteman dilukai dan digunai sesuka hatinya. Semoga pengajaran kali ini megajar aku banayak perkara antaranya jangan kita ingat semua yang manis itu elok untuk kita selamanya ingat atas dunia ini, banyak kemanisan yang membawa keracunan pada diri kita kerana itu aku harus tersu berhati hati dan menyedikan pagar pagar jarak bila berurusan dengan insan insan sebegini.
Buat teman yang sangup menedengar, menasihati ...secara tidak langsung terlibat dengan kemelut ini, jutaan terimaksih dan maaf ku pohon, mungkin sedikit sebanyak menyusahkan kalian...sedang isu yang sedia ada dalam hidup kita sudah cukup membuatkan kita pening melaluinya.

Buat semua teman temanku...yang sering bermimpi untuk bertemu...sering merindu...sering medoakan yang baik baik buat semua....Kita berteman sampai akhirat...TERIMA KASIH..Aku amat menghargai masa bersama kalian ...kenagan manis tetap terpahat dihati kemas tersimpan di sudut kekal memori...moga ada pertemuan kita berjumpa lagi...