Wednesday, August 1, 2012

Inayah RAMADHAN



Bila kesibukan menjengah hari hari kita, terasa masa begitu pantas berlalu. Kini sudah hari ke 12 puasa Ramadhan 2012 dan malam ini bakal terawikh yang ke 13. Masa semakin sedikit untuk berpeluang menulis walau semakin banyak yang ingin ditulis dan dibicarakan buat renungan diri sendiri dan insan insan tersayang. Semoga semua ini menjadi kenangan dan pengajaran sepanjang hayat dan tanda kasih dari hati ini buat mereka. Hari ini agak kepenatan, namun masih kuat bertahan, penat hanya kerana TRAVEL sepanjang 3 hari, ahad isnin dan selasa. Baru pagi ini tepat Jam 5 pagi sampai kembali dipondok kasih kami dan sempat bersahur berbekal masak Krutub ayam kampong, nasi dan kuih muih dari susah payah mak. Aku sampai pejabat tepat jam 8.30 pagi, dihari pertama August 2012 sudah tercatat LATE pada attendance.
Kisah bukan tidak kisah, tetapi jauh lebih baik dari langsung tidak datang. Kalau dulu, travel travel beriya ni siaplah aku Mc dan EL, kini rasa badan, jiwa dan hati sudah sangat berbeza. Syukur pada Allah inilah tanda kasihnya, tanda perihatinnya pada aku selepas aku berhempas pulas meminta ditunjukan jalan penyelesaian. Alhamdulilah BEBAN BERAT yang terpukul tanpa sedar selama ini yang banyak memberikan aku TEKANAN sudah tiada lagi. Aku kini seorang yang sangat sihat dibawah inayah kasih sayang ilahi, kerana itulah tidak wajar bagiku melupakan kasih agung itu malah setiap saat hatiku perlu bertasbih, berzikir dan bertahmid. Aku lebih BAHAGIA BEGINI.
Puasa kali ini terasa lain dari yang lain. Aku kini dengan izin Allah merasai bagaimana INDAH sebuah PUASA JIWA. Jiwa yang dididik melalui puasa, makan dan minum bukan menjadi agenda utama lagi sebaliknya penyucian dan pengisian jiwa yang didahulukan. Alhamdulilah, doa yang dibisik pada Allah agar berpeluang menemui anak anak yatim paling hamper dengan aku termakbul, lunaskan tanggungjawab yang dianugerah tuhan dengan hati terbuka dan jiwa penuh syukur, syukur kerana Allah memilih aku untuk merasa, syukur kerana Allah memberikan aku KEMAMPUAN. Majlis ringkas berbuka puasa bersama Izan, dan anak anak di Grand Continental Kuala Terengganu cukup buat aku gembira untuk mereka. Soal makan buat aku tidak penting tapi kepuasan dan kegembiraan mereka itu yang didahulukan lebih lebih lagi disaat begini. Mereka makan lain dari yang lain pada hari itu. Alhamdulilah rasa bahagia berbakti bukan mengharap pujian sesiapa kerana tuntutan ini datang dari yang esa. Orang keji mau puji, aku tetap lakukan semampu dan sedaya aku. Selesai acara makan makan dan solat, kami sama sama membeli kelengkapan raya anak anak itu. Walau arwah sudah tiada, walau aku tidak sama dengan arwah adikku, sedikit sebanyak sehari aku membina rasa gembira dan bangga dihati adik ipar dan anak anak saudaraku. Baju mereka lebih mahal dari baju anak anakku sendiri, apa yang mereka tunjuk aku pasti mengiyakan. Dimasa yangs ama aku juga menyiapkan keperluan asas anak anak. Allah mendengar doaku, aku beriakna ku masa dan peluang melalui keputusan hubby untuk pulang kekampung berbuka puasa dengan orang tuanya. Aku tumpang sekaki sekurang kurangnya jimat belanja perjalanan dan tenaga pemanduan.
Alhamdulilah, selesai tugas ini, hati lebih lega. Setakat ini sudah 3 kali terawikh tertinggal, 1. Sebab masak tempoyak udang 2 sebab Meeting dengan Brian dan ke3 sebab gunakan masa untuk membeli kelengkapan pakaian raya anak saudara. Kini tumpuan seterusnya pada kelas pengajian. Programme Iktikaf dimasjid bersama kwn kwn baru mengimarahkan kedatangan Ramadhan dan Nuzul Quran. Alhamdulilah juga, aktiviti sedekah lebih diperhebatkan dimasjid sini, kampong dan bakal dimasjid Kota Jakarta. Bisikanku pada Allah disetiap sujud dalam solatku, “Ya Allah kau limpah ruahkan rezekiku untuk aku lebih berbagi bagi pada mereka disekelilingku dan ya Allah kau permudahkan usaha usahaku untuk menjejakan kaki ini ke Baitullah rumah sucimu”. Aku yakin Allah maha mendengar dan maha berkuasa. Atas kehendaknya pasti didatangkan rezeki dari arah yang tidak disangka sangka.
Malam ini misi solat Terawikh di surau Asyakirin Bandar Utama akan kembali, aku sudah begitu rindu dengan bacaan lunak imam masjid dan bakal dibaca juzuk ke 13. Besok sekali lagi membawa pelajar bersolat terawikh tapi kali ini ke Masjid Negara. Jumaat kembali ke Surau Asyakirin untuk Juzuk ke 15. Insya Allah. Aku tidak dapat memberi peluang banyak pada Brian. Kerja kerja hanya akan diemail padanya. Aku lebih sayangkan peluang dengan Allah dari peluang sesama manusia. Andai tiada rezeki aku bersama mereka lagi, AKU REDHA kerana rezeki Allah lebih luas dari peluang bisness dengan Brian. 2 malam terawikh di surau Hijau Bandar cheneh baru cukup istimewa. Istimewanya pergi dengan mak, hubby dan anak anak. Apalagi bacaan yang kemas dan ringkas dari ustaz berserta tazkirah berkesan dipertengahan solat terawih. 2 malam berpeluang mendengar tazkirah yang tepat dan berkesan untuk kehidupan pasti membuatkan aku bertambah rindu untuk pulang. Insya Allah dihujung hujung bulan Ramadhan, aku masih berkesempatan kesana bila pulang untuk beraya nanti. Hati aku tersentuh melihat surau Hijau yang agak daif, tergerak dihati untuk menyumbang kalau tidak banyak sedikit, kalau tidak wang usaha mencari wang dari hamba Allah yang mulia. Insya Allah aku aku utarakan pada Tuan Haji Adam hari raya nanti. Sambil berkawan, sambil buat kebaikan, bila kita membantu memeriahkan rumah dan tetamu Allah, insya Allah Allah pasti menjadikan kita orang yang dekat dengannya.
Rindu pada Mia dan Aeim belum kesampaian, namun apakan daya masa tidak mengizinkan. Kerja kerja rumah juga sudah terbilang untuk dilaksanakan. Kain kain baju, lantai dan bilik air memerlukan perhatian hari ini, esok sudah pasti pulang keletihan. Pergi kemasjid sekadar beribadah tidak ada apa apa kesulitan, pergi masjid bawak pelajar, pergi dengan baju yang dipakai sedari pagi, kdg kdg agak mencabar. Rasa rimas tidak mandi dan tidak tukar baju menambah lagi penat dan stress. Namun inilah pengorbanan dariku buat bangsa dan agama moga Allah terus memelihara diri ini dari bencana dan ancaman yang tidak tertanggung siksanya.
Al Karimu Raqib Al Karimu Raqib Al Karimu Raqib.