Wednesday, January 25, 2012

Khamis dan Kak Na


KHAMIS...ada satu yang mengikat aku dihari khamis. Iaitu Pasar Tani, namun sehingga hari ini masih tidak berkesempatan termasuklah hari ini. Semalam habuan CAPPUCINO ketika early dinner bersama fayyadh dan harraz menjadi aku segar sepanjang malam dan kesempatan itu aku ambil untuk mentelaah doa doa dan hafalan bacaan solat tahhajud...Alhamdulilah. Akhirnya aku tidak sedar bila masa aku terlelap seketika dan senyum bila kedengaran Azan berkumandang tapi masih tidak sedar sepenuhnya dan bila terjaga betul betul jam sudah menunjukan pukul 7.45 pagi...aku bergegas untuk kepejabat dan berjanji untuk QADAR solat subuh yang sudah TERTINGGAL.

Hari Khamis juga adalah hari pemakaian baju batik. Aku begitu selesa dengan baju batik yang sejuk materialnya dan serasai dgn EARTH colour yang aku pilih. Aku memang seorang yang suka dan sejiwa dengan EARTH colour. Pemakaian colour ini menjadikan aku TENANG dan BERSEMANGAT. Alhamdulilah. Semalam sekembali dari urusan di CURVE engan anak anak, aku layan HINDI MOVIE yang berjodol MANN. Seingat aku inilah cerita CINTA paling hebat pilihan aku, tiap kali penayangannya aku pasti mencuri masa untuk menonton. NIlai CINTA dan Pengorbanan yang ditampilkan sangat berjaya disamping lagu lagu yang sangat menarik. Aku bukanlagh follower Hindi yang Mania tapi selective cerita akan menjadikan aku suka dan terus mengemari cerita cerita tertentu. Air mata aku masih mampu TERTUMPAH walau berpa kali menontonnya sama jugak kalau aku menonton Khabi Kushi Khabi Gam...kisah kasih sayang keluarga yang menyayat hati.

Kita sememangnya tidak mampu untuk kembali ke MASA LALU. Namun dengan menonton movie, mendengar lagu, mencium bauan bauan dan bertemu dengan orang orang yang ada kena mengena dengan masa lalu kita aku mengembalikan kita seketika ke masa lalu dalam minda separa sedar kita. Kegembiraan akan datang secara automatik seakan kegembiraan masa lalau yang kita pernah alami. Selepas solat zuhur semalam, dalam perjalanan kaki pulang ke pejabat, aku ditegur oleh seseorang dari sebuah kereta Mercedes hitam, tiba tiba kereta itu BERHENTI dan meluru keluar seorang perempuan yang terus menerpa aku, bila aku mendongak ya Allah...Kak Na rupanya ..aku kemaskan lagi pelukan ku pada Kak Na...ya Allah kak na dari mana ni?? tanya aku panjang dengan nada hampir menangis kegembiraan. Kak Na adalah rakan senior satu University dengan aku. Terimakasih kak Na kerana msih mengenali diri ini, masih ada rindu buat aku dan masih terasa getar kasih sayang persahabatan macam dulu..kami berjanji untuk bertemu lagi.

Hari ini FEELING GOOD DAY! adakah sebab capucino semalam, atau sebab mengambil masa untuk kegembiraan sendiri dengan menonton Mann semalam, atau sebab hafalan ayat ayat dan doa semalam, atau sebab hari khamis hari berbaju batik dan pilihan warna EARTH telah memberi MOOD feeling GOOD?..aku tertanya sendiri. Namun sebenarnya kombinasi banyak kegembiraan yang menghasilkan FEELING GOOD DAY!...kegembiraan bermula semalam dengan ruang berbincang dgn kak nonie, diteruskan dengan ruang menulis blog, diteruskan lagi dengan ruang oslat jemaah dan mengaji dimasjid, diteruskan lagi dengan buat kerja yang patut pada masanya, tiba tiba datang pemangkin kegembiraan dengan pertemuan Kak Na, diteruskan lagi dengan shopping kain kain sale yang cantik cantik, diteruskan lagi dengan solat dan mengaji diteruskan lagi dengan menonton kisah CINTA kegemaran, diteruskan lagi dengan kerja rumah yang patut dan seterusnya dengan bacaan buku dan doa hingga mata terpejam. Positive, good dan like aktiviti akan membawa terus arus energy positive dalam circle kita dan kita akan tidur dengan positive dan dalam tidur itu process double kan energy telah beraku. Alhamdulilah, sesungguhnya jangan hanya buat satu perkara dan menharapkan pulangan positive. dan semalam bila kita happy dan positive, kita mampu membawa kegembiraan dan serve orang lain...hubby disajikan dengan English Tea sambil main game!

Usaha usaha sebegini pasti akan diteruskan lagi, namun aku yakin pokok pangkal utama ialah pertama sekali JINAKKAN HATI dengan ibadah dan merendahkan diri dengan lebih menggingati Allah, kerana aktiviti selepas itu akan menjadikan hati kita lebih REDHA melaluinya. Sehingga semalam, ada satu segnda baru sedang bersarang dihati...Blog baru tercipta diminda dan akan menjadi PENULISAN fokus...SEBELUM MATA TERPEJAM. ya Allah kalaulah ini bakatku...kalau lah ini kebikan dariku...kau permudahkan lah..kau datangkanlah idea yang mencurah curah seperti Hujan Lebat yang membasahi Bumi yang tandus...aku akan terus menulis bukan kerana nama tapi kerana hati yang suka berkongsi..kerana hati yang sering merindui dan kerana hati yang sangat mengasihi..lantaran aku tahu masa terus pergi dan tidak kembali...semuanya bukanlah sesuatu yang ABADI....Alhamdulilah syukurku pada mu yang telah mempelbagaikan REZEKI untuk aku...seorang hambamu yang sering KHILAF yang tidak bertepi ini ya Allah.

Amin