Tuesday, March 6, 2012

Rugi dan MERUGIKAN


Alhamdulilah walau sakit semalam masih bersisa tapi takdirnya hari ini aku mampu menempuh hidup macam biasa, berpagi dengan solat subuh sawal 6.30 pagi dan sebelum pukul 8.00 pagi aku sempat mengahbiskan surah alwqiah dan ganti surah AlMulk yang tidak sempat dibaca sebelum tidur semalam.

Sakit ini masih bersisa, insya Allah aku mampu ketepikan, sesekali mata terasa kabur pandangan, bahu terasa berat. Kepala sudah tidak sakit tapi badan seakan demam. Aku baru menelan 1 ubat demamm dan 2 ubat anti fungus yang diberi Dr Leao semalam. Kali pertama aku kunjungi Dr Leao kerana sudah tiba masanya aku perlukan 2nd opinion dr. Sedari semalam juga aku sudah tidak gatal gatal satu badan lagi tapi ubat ini agak mengantuk dan menghilangkan fokus yang ada.

Tiada apa yang berbeza hari ini dan hari hari sebelumnya, cuma hari ini aku cepat cepat breakfast bagai tercekik rasanya bila zul sms memebritahu ada parent student nak jumpa. Begitulah rupanya bila org terdesak orang pasti cari aku, dan tugas aku melayan org org terdesak. Alhamdulilah dalam kepala dan badan begini aku mampu mengendalikan sessi berat hari ini. Hampir 2 jam setengah lamanya masa diambil dan 30 minit bersama bapa pelajar. Setiap kes ada penagjaran tersendiri buat aku dan aku orang pertama mendapat pengajaran itu. Pengajarannya ialah...Minda kita terhasil dari cara kita menerima dan mentafsir persekitaran. Minda kita tidak akan matang tanpa pergaulan, minda kita juga sukar berkembang kalau kita hanya suka memendam dan kurang berinteraksi. Kesian pelajar ku ini, dia sendiri mengurung dirinya dalam penjara diri.

MINDA kita adalah aset paling penting. Antara sebab aku sukakan NLP ialah ianya ibarat software yang merubah cara kita menggunakan brain. Sudah banyak limiting belief yang sekian lama terbina sudah aku buang dari diri ini, aku masih seperti dulu dari segi hati dan perasaan namun dari segi minda aku sudah jauh berubah. Untuk berubah, kita perlukan keduanya MINDA dan HATI. Hati yang ingin berubah dan minda yang adapt dgn situasi kehidupan masa kini, cara permikiran yang standard yang disantapi ilmu pengetahuan. Apa yang anda fikir, apa yang ada tulis dan apa yang anda lakukan itu semua terhasil dari minda anda. Alhamdulilah semua ini sebahagian dari rezeki Allah.

Bersambung

Bila pekena ubat, mata pun terasa berat dan kalaulah saat ini boleh berbaring dimana mana ruang alangkah seronoknya. Apakan daya kerja tetap kerja, kecuali ambik cuti, hanya jumaat diminggu cuti sekolah saja aku pasti akan bercuti untuk menghantar apik pulang dari kem tahfiz selama 4 hari bersama anak anakku nanti. Tiada lain yang mampu aku berikan pada Apik dan adik adiknya selain apa yang aku berikan pada anak anakku> Aku akan terus laksanakan janji aku pada arwah Azman untuk menjadikan anak anaknya seperti anak anakku sendiri. Aku juga sering meminta pada wahida agak belajar betul betul, jadikan diri contoh buat adik adik..kakak ada adika dik yang ramai. selain fayaydh dan harraz kakak ada alissa, aiman. mia dan yang paling perlu diutamakan apik, adi dan yaya. Allah meneydiakan kita ruang utk buat sebanyak mana kebaikan pada anak yatim, sedekah sebanyak mana yang kita ada pada mereka. semoga harta kita bersih, jiwa kita tenang dan Allah akan melipat gandakan lagi bila kita bersyukur. Alhamdulilah, kemajuan kakak sangat membanggakan, kemajuan fayyadh juga tidak kurang hebatnya, disetiap solat 5 waktu aku tidak pernah lupa mengirimkan doa restu dan harapan moga Allah permudahkan urusan pembelajaran dan kehidupan dunia akhirat buat mereka semua.


Nikmatnya makanan dari rezeki Allah, nikmatnya kita mmapu memilih apa yang kita mahu makan hari ini, nikmatnya susu segar putih yang dibeli yang mampu memberikan tenaga ditemani pelajar pelajar yang ramah dan berbudi bahasa. Ya Allah besarnya rahmatmu padaku, aku rupanya seorang yang terpilih untuk menikmati sebahagian nikmatmu yang tidak semua berkesempatan seperti aku. Aku terpilih untuk menikmati masa yang panjang, kesibukan yang berkurang bila bondaku berperanan membantu. masa yang panjang ini memberikan aku lebih ruang untuk membaiki diri dan mencari ruang rezeki. Besarnya nikmatmu ya Allah. Kau juga kirimkan bersamaku adik adik yang memahami, adik adikku yang nampak dan faham apa yang aku fikirkan buat mereka, adik adikku yang akur dan hormat pada prinsip aku, ya Allah aku perlu terus syukuri. Dlama seribu kenikmatan, seketika dijentik dugaan Allah, apalah sangat wahai hati. Ada hikmahyang lebih besar belum aku temui. Cuma satu kenytaan yang sukar aku nafikan...AKU RINDU PADA MEREKA SEMUA. dan aku tetap akan terus mengirimkan doa buat mereka disetiap solat 5 waktuku. Apalah sangat perkataan kita, biarlah perkataan Allah lebih bererti buat mereka. Diambang usia begini Allah memperlihatkan padaku...bukan semua KEBAIKAN dibalas dengan KEBAIKAN hati manusia sukar kita duga, dan MANUSIA sangat SENANG BERUBAH dengan kilauan HARTA, KUASA dan PANGKAT. Wanauzubillah semoga aku bukan antara mereka mereka yang rugi dan merugikan...aminnnn.