Monday, December 19, 2011

Nikmat disebalik sakit


Hari ini 19 Disember , lagi sepuluh hari tamatlah perjalanan tahun 2011. Namun hanya hari ini baru aku baerkesempatan untuk meneruskan penulisan yang tertangguh , itupun buat julung kalinya ditaip oleh anakanda kesayangan Kak Nana. Entah mengapa seminggu sekembali dari Korea aku jatuh sakit, hingga hari ini sudah masuk lebih sepuluh hari aku demam yang tidak berhenti dan bergantung pada Parcetamol dan Buren.

Seingat aku, hari kedua di Korea, kaki dan peha aku terasa kebas , sangkaku ini adalah kesan pertukaran cuaca. Rasa itu semakin ketara dari hari ke hari. Sekembali dari Korea, aku hanya sempat dua hari berada di pejabat, hari ketiga aku sudah pergi dapatkan khidmat mengurut tradisional Cina dari tempat urut berdekatan, kalau sebab kepenatan urut bisa mengubati. Pada malamnya aku merasa sedikit kelegaan.Namun semuanya tidak berakhir disitu bila sakit itu berulang keesokannya dan seluruh tubuh mula rasa tidak selesa.Namun ku gagahi kaki dan badan ini meneruskan aktiviti yang sudah dirancangkan walau aku sudah jauh down dari segi perasaan. Pada hari itu, airmata tidak henti keluar dari kelopak mata diikuti satu perasaan sayu dan sedih yang tidak ketentuan, lewat tengahari aku ada temujanji denagn Hera. Pak Wan tak dapat turut serta, masa bersembang dan makan-makan dengan Hera , tubuh aku seakan mmelayang-layang, mata seakan bila-bila sahaja boleh terpejam. Sekembali dari perjumpaan itu, aku ingin meneruskan permintaan anak-anak untuk menjemput mereka di kampung. Memandangkan hati sudah tidak keruan lagi dengan pujuk rayu Harraz, aku lupakan soal tidak selesanya badan, terusku pecut Stream hijau dengan kelajuan 100 km/j menuju ke Teratak Kasih Bonda dalam masa hanya 3 jam 45 minit .

Sesampai di rumah Mak, aku menyambut air mata Harraz yang penuh rindu pada aku ibunya, rasa berbaloi melawan rasa sakit demi dia, selepas itu perlahan-lahan tubuhku semakin tidak bermaya hinggalah keesokan harinya aku meminta Bak untuk memandu pulang ke KL. Tidur terakhirku sebelum kembali ke KL didatangi jelmaan wajah Iwan berjubah dan serban putih bersama pengikut-pengikutnya mengusap belakang rambutku dan berkata ...Ini Kak Ngah aku, aku sayang dia. Sesampai di KL , aku semakin teruk , badan penuh berangin dan sengal-sengal sendi otot serta kepala. Jelas kelihatan bonggol-bonggol di lengan entah apa kena aku sendiri confuse.

Keesokan harinya, dengan kepala yang berat dan sengal-sengal badan aku ke klinik, doktor memberikan aku ubat demam dan tahan sakit serta MC. Sakit terus berulang hingga hari ketiga, ubat sudah hampir habis lalu aku pergi lagi berjumpa doktor. Kali ini Dr menyarankan untuk membuat ujian darah kerana dikhuatiri denggi. Pada malamnya, keputusan diketahui negatif denggi, aku disarankan untuk meneruskan pengambilan ubat demam dan tahan sakit. Tiga hari kemudian , setelah ubat hampir kekeringan aku nekad untuk menemui Dr. Subash. Dalam pengesahan Dr. Subash, confirm aku menghidapi virus infection tapi kes aku agak pelik sebab tubuh tidak bereaksi suhu yang tinggi, agak sukar untuk meneliti kes. Dr memulakan Broad Spectrum Antibiotic yang sangat kuat. Selama lima hari perlu menghabiskannya dan melalui tindak balas badan pada kekuatan antibiotic itu. Kadang-kadang aku hampir pitam. Lima hari antibiotic berlalu, aku masih dengan ubat demam dan tahan sakit. Hari ini kali kedua aku berjumpa Dr. Subash lagi. Demi mencari punca yang lebih jelas dan untuk menyediakan ubatan yang betul, dr menyarankan sekali lagi ujian darah. Kali ini untuk menyiasat kehadiran virus jenis apa.Dr juga termenung dengan keadaan aku, katanya sukar untuk diagnose kerana suhu badan tidak tinggi. Hari ini Dr berkata , kalau ujian nagatif anggaplah tubuh aku sedang adjust untuk kembali normal. Kalau positif, aku akan diberikan rawatan susulan bergantung pada jenis virus. Serta-merta aku terfikir,kalau negatif aku akan dapatkan rawatan tradisional di kampung hujung minggu ini.

Apabila kita diduga dengan sakit, baru kita sedar betapa nikmatnya sihat.Kita tertanya-tanya pada diri kemana dan bagaimana kita menghabiskan tiap minit waktu sihat kita. Untuk perbuatan yang sia-sia, yang tidak memberi manfaat pada org lain dan diri sendiri,timbul kesal dalam hati.Alangkah ruginya kalau waktu sihat itu pasti tidak kembali lagi. Aku pernah teringat bagaimana aku terlalu inginkan waktu rehat untuk bersama anak-anak, waktu aku tidak perlu memikirkan suasana kerja yang sangat membosankan ini. Bila aku cuba mohon secara baik unpaid leave orang tidak layan, agaknya Allah berikan aku full paid leave. sesungguhnya aku berbaik sangka dengan apa yang sedang aku hadapi kini, sesungguhnya Allah Maha Melihat keadaan hambanya, Maha Memahami kesusahan dankeperitan hambanya, Maha Mendengar rintihan hati dan perasaan hambanya dan Allah itu sangat adil sifatnya.Inilah penawar dalam aku mengharungi rasa sakit, dalam aku menghadapi rasa terkilan semoga segalanya adalah aturan dari Allah yang terbaik buat aku. Aku bersujud dengan lafaz Alhamdulillah syukur ke hadrat-Mu Ya Allah dan aku PASRAH dengan takdir ketentuan-Mu kerana Kaulah yang lebih pasti apa yang terbaik buat aku. AMIN.