Monday, January 30, 2012

Sabar dan KEAJAIBAN


Alhamdulilah ada kesempatan untuk menulis pada hari terakhir January 2012 ini, diam diam sebulan telah berlalu..Esok February bakal bermula. Alhamdulilah juga perubahan kehidupan peribadi dan kerja semakin terasa...semoga perubahan ini kekal dengan ISTIQAMAH SPIRITUAL yang sedang dibina.Dengan bantuan Allah insya Allah semuanya boleh jadi mudah.

Agenda breakfast bersama di Restoren Ajmal menjadi permulaan yang baik hari ini, dan perancanagn seterusnya agenda pasar malam seksyen 17, sama sama mencari apa yang ingin dimakan, dan agenda utama malam ini ialah acara Masjid bersama untuk solat maghrib dan isyak serta kuliyyah maghrib di surau Assyakirin berdekatan. Semoga Allah mengizinkan dan menjauhi distraction yang sering datang secara tiba tiba.

Esok, seawal pagi ingin berkejar solat subuh dan kuliyah subuh dimasjid kolej Islam ini, dan boleh terus berbreakfast bersama di restoren seksyen 17 sesudah kuliyah subuh dan bacaan Quran sebelah pagi. Di sebelah petang boleh terus ke pasar, memasak bersama dan menghidangkan makan malam buat adik adik yang bakal bertandang. Moga perancanagn ini berjalan dengan baik dengan izin Allah ..aku hanya mampu memohon...moga Allah sering membantuku.

Terlalu banyak KEAJAIBAN ...yang jelas mahu pun yang tersembunyi...dalam minggu yang sama aku bagai jatuh dari tempat yang tinggi dan juga aku seakan berada dipuncak dunia...ya Allah siapalah aku untuk menidakkan kuasa dan takdirmu...aku hanya mampu terus memohon agak aku dipinjamkan kekuatan dan kecekalan hati. Memang sudah banyak kemanisan SABAR itu aku kecapi...mohonku moga ianya sudah menajdi SEBATI dalam diri.

Semalam adik linda bawa kami makan, walau hancur agenda mengemas rumah, malah hancur juga pertemuan dengan sue, namun tidak sia sia kami berkumpul dan berbincang. Alhamdulilah adik dapat bonus 3 bulan dan dia tidak lupakan kami semua. masa lepas makan, aku sempat berkata, dik angah nak tenguk adik pakai kereta baru. dah lama sangat kereta tu, simpan duit tu dikit2 belilah kereta yang sangat elok pula...bila adik adik senang hati kita berbunga bunga tumpang gembira...bila mereka ditimpa musibah, aku tidak pasti orang lain, tapi aku sememangnya TIDAK BOLEH TIDUR LENA.

Aku teringat satu kata kata Ustaz Azhar, jgn risau kalau orang menafikan KEBAIKAN kita, sedangkan Allah tuhan yang maha agung pun ramai orang MENOLAK kebenarannya..dan menodai kesuacian agaam Islam itu sendiri...inilah kerenah manusia, kita perbaikan diri kita agak selama hidup yang amsih bersisa ini kita mampu meberi menfaat pada orang 2 sekeliling yang memerlukan kita, serahkan kebaikan itu pada Allah penuh ikhlas, moga bila tiba masa mata terpejam itulah bekalan yang bakal memberikan CAHAYA TERANG bila kita keseorangan di ALAM BARZAKH.

Ya Allah...rahmatilah kami sekeluarga dengan rahmat kasih sayangmu....