Tuesday, January 10, 2012

Kenangan dan MUSIBAH


LETIHNYA dan MENGANTUKNYA inilah 2 perkara yang aku rasa sekarang, namun aku tidak mampu untuk mencuri waktu kerja untuk tidur kalau aku cuti sendirian berhad lainlah, seronok je pejam. Semalam adalah malam ke2 yang aku melakukan sesuatu yang LUAR BIASA. kalau malam sebelumnya terpanggil untuk ke MELAKA, malam semalam aku ke BEHRANG. Namun nun disudut hati ada satu KEPUASAN.

Perangai aku lazimnya kalau tidak ada planning, pantang melintas IDEA, terus saja TERUJA untuk melakukannya. Hari Isnin, sekembali dari kerja, Iwan adikku menyebut nyebut bandaraya Melaka. Sebagai seorang yang memahami keadaanya yang JATUH CINTA MUKA BUKU, aku tersenyum sendirian, bisik hati ku saat saat begini kalau aku offer dia JOM PERGI MELAKA..pasti dia lah manusia paling gembira. Long driving at night memnag menyeronokan, apa lagi sabil mendengar lagu, tapi hajat yang lebih besar dihati aku ialah untuk berbual dan mengambil kisah apa yang sedang dilalui adikku ini sepanjang PENGAJIANNYA bersama bapa angkatnya. Aku meletakkan syarat, selesai angah mandi air jampi ustaz sempena masuk waktu mahgrib, then kita boleh pergi. maka bertolaklah kami dan sempat dinner YONG TAU FOO kegemaranku dihentian Nilai. Tiada apa yang penting bagi aku sekadar melihat adik aku gembira, untuk lebih lebih lagi pasti lagi banyak yang perlu aku keluarkan, maklumlah dia bukannya bekerja lagi. masih ditahap minta sedekah dgn kakak sana sini. nak buat macam mana bukan semua dilahirkan untung, apa lagi bila tidak berusaha mengubah nasib dan cara berfikir. kami sampai dirumah Mimi lebih kurang pukul 10.30pm.Kami keluar untuk makan malam bersama dibatu berendam, padaku setakat makan makan malam ni kenal ke tak kenal ke tak ada halnya..kami siap bungkus untuk mama mimi dan membawa adik lelakinya sekali yang sebaya dengan anak aku. Direstaurant itulah akus empat merakamkan senyuman paling menawan dari adik lelaki ku Iwan. Sungguh gembira wajahnya penuh bagai bulan purnama. Dia sudah banyak berubah dan dia berusaha untuk berubah jadi aku perlu hargai usaha usaha itu sebagai kakaknya. Tepat pukul 1 pagi kami kembali ke Kuala Lumpur memandangkan perlu menyiapka barang Maria. aku terus tuju ke rumah dan hajat untuk berwakaf dimasjid UIA terbengkalai. Satu keburukan bila melihat katil sendiri diwaktu waktu begitu ialah terus baring dan pengsan tak INGAT DUNIA...sedars edar sudah 9.45 pagi....alamakkkkkkkk...aku perlu fikirkan Cuti Kecemasan atau Medical Leave. pantas tangan menaip mesej kepada Boss aku kak Ani, mesej tidak berjawap mungkin dia bengang dan kalau dia tahu aku tidak sempat ambik MC semalam dia pasti bertambah bengang. Biarlah dah dia nak BENGANG...biar je lah.

Hakikatnya memang aku keletihan, kerana tak tidur dan kerana pemanduan yang panjang bertambah lagi sangat kenyang. Sebelum tidur, aku tak sempat makan ubat jamu yang mak bagi, tidak seperti semalam, sebab itu walau tidak tidur seharian aku masih boleh datang kepejabat kerana JAMU MAK. dahsyatttt jamu kedai cina ni. lepas lunch 3 bearank, aku sambung tidur, sedapnya tidur tidak terkata, dan berniat untuk keklinik selepas itu tapi aku segerakan dulu amndian air jampi menejlang maghrib dulu dan selepas solat maghrib dan mengaji, Adik Linda pula menjemput kami untuk makan malam dirumahnya. Aku menag suka air tangan linda adikku itu..persis mokku dan aku tanam cita cita kalau aku buka cafe Bonda satu hari nanti, Linda adlah master cheff nya. Selesai makan, hubby terus memamndu menuju ke lebuhraya Duta maknanya tidak melalui Klinik, tak mengapalah kata hati ku, lepas hantar Iwan, aku terus merancang untuk ke JEJANTAS SUNGAI BULOH untuk menunggu Maria dan Li, Bisness partner aku.

Sambil menghayati kelazatan satay kajang samuri, aku berbual dengan hubby terutama apa yang kami temui bersama dalam pengajian Iwan adikku. Ada sedikit unsur yang menggugat rasa keyakinan dan kesahihan. Aku berpendapat agar tidak kecoh dulu, sebab takut adik aku terus berhenti dari solatnya yang sudah kian sebati dengan dirinya, sebaliknya, cuba umpan dia untuk ke INDONESIA menuntut bagi sebulan dua. Biar dai sendiri buat perbandingan, biar dia sendiri tentukan, dia terlalu mencari dan tiada yang betul datang, senang dia tersalah langkah, cuma aku yakin pengajian itu tidak syirik, cuma banyak sangat agenda ghaib dan daulat kemelayuan dan masih banyak ruang kosong pada penekanan hadis dan bacaan quran yang lebih penting sebagai amalan hamba.
tiba tiba mesej dari MAria berbunyi.."Kak Za tolong top up maxis, tangki kereta pecah" kelabu mata aku sekejap, alamak sahabatku ini yang aku sedang tunggu ini rupanya sedang diduga tuhan. Aku terus carikan top up untuknya dan seketika berbincang dengan hubby. Dalam hati aku berkata, ya Alalh I want to help them...3 kali..but how i want to tell sani we should go there to get them and bring back to our home. They have no one else here" aku doa doa terpantul offer dari mulut hubby. Ahhh hubbyku, sedari dulu sensor menolong cepat dikesannya. Dia terus mengucapkan sesautu yang aku teringin sangat dengar, kita macam perlu kesana. Zoommmmmmm kereta meluncur dengan kelajuan 140km/j menuju ke Behrang.

Ya Maria yang aku anggap macam adik sendiri, besar harapan dan kepercayaannya pada aku, begitu juga Li..mereka sedang diduga sedari bulan terakhir penamat pengajian PHD dikorea. Bapaknya sakit tenat disaat dia menyiapkan correction terakhirnya dan terkejar kejar untuk settlement penuh dengan hati yang bercampur baur. Itu aku sangat pasti. Perbualan telefon kami minggu lepas masih kedengaran RESAH GELISAH dan Stress yang dialaminya. 1jam lebih aku dan hubby sampai ke Hentian Behrang, dan sempat memeluk kemas sahabatku itu dan Li terus berbual dengan hubby. wajahnya masih tenang, masih cantik..langsung tiada kusut..kuat betul hatinya, resah dan sakit hanya didalam, dan hanya diperdengarkan untuk aku sebagai sahabat baiknya.

Saat aku menulis ini, Maria dan anak anak ada dirumahku, pandai pandailah dia berehat macam rumah sendiri,sementara Hubby menemani Li untuk urusan baiki kereta. kami sampai ke KL semula mengikut kereta yang ditowing ke bengkel Awwai tepat 6 pagi. Aku langsng tidak lelapkan mata. Sebagai menghormati tetamu, aku memecah tadisi menyediakan minuman sebelum kepejabat, aku nampk Li resah, ya lah entah berapa ribu dia akan habis.sempat aku pesan kat hubby untuk belikan nasi lemak, masa au turun tadi maria tengah mandi dan mungkin dia akan tidur sepuasnya. Kalau keretanya tak siap, aku tak kisah untuk pinjamkan mereka kereta aku, jumaat malam aku boleh kesana dan bawa balik kereta, boleh kenal JB..hehe. kenapa aku perlu kedekut dengan orang yang sudah banyak berkongsi hidup dengan aku, tenaga yang tidak lokek, wang modal yang tidak pernah berkira, kalau bukan maria dan Li aku tidak terpilih untuk menjadi partner mereka. Aku sangat sayangkan mereka. kalau selama ini aku sering dikhianati oleh orang yang aku leatk didalam hati, mungkin kini Allah telah gantikan aku dengan mereka. maria kalaua ku sebut bisness apa saja...dia nak join dan sanggup modalkan...begitu jugak dgn Li..dia selamanya ingin berpartner dengan aku dalam bidang bisness apa pun....Alhamdulilah tuhan atas rezeki PERTEMUAN ini.

Petang ini, aku pasti mencipta lagi banyak KENANGAN dengan Maria dan pasti makin banyak juga percambahan idea idea bisness kami...ya Allah kaus ayangilah keduanya sebagaimana keduanya menyayangi aku dan aku menyayangi mereka..terimakasih kerana memeilih aku untuk menjadi sahabat mereka berdua..2 insan yang Kental..kuat pegangan walau tidak berjubah labuh, menjaga mulut tidak langsung mengata orang dan sangat berkorban dan berjuang untuk ibu bapa ....jayakan IMPIAN kami ya Allah...datangkanlah rezeki bersama dalam pertemuan kami ini..hanya padamu aku BERMOHON!! Aminnnnn