Thursday, October 13, 2011

Memorable MEDAN


Sabtu yang tidak begitu sihat memaksa aku meneruskan JANJI. Janji untuk membawa adik adikku ke Medan City Indonesia. kami sudah menemaph tiket dari tahun lepas lagi. harga tiket yang hanya RM105 pergi balik untuk 3 orang. Liatnya aku hnaya tuhan yang tahu, masa membuat penukaran duit lagi mahu rasanya aku ucapakan TAK PAYAH PERGI lah dik..huhuhu mahu mengamuk mereka. Sehari lebih awal aku membuat bayaran kad kredit kerana tidak mahu membawa CASH yang banyak.

Sesampai di airport KL, aku menggigil menelan pascetamol, piriton dan pred. kami bertolak jam 1.40 tengah hari. Sesampai di kota Medan yang hanya 50 minit, kami minum seketika untuk mengelak dari supir supir yang menawarkan khidmat taxi. Aku sudah membaca semua forum dicussion tentang Medan. Selesai minum, kami terus ke tempat taxi air port dan mendapatkan taxi hanya Rupiah 55 ribu sahaja.

Grand Sakura Hotel dikhabarkan oleh supir sebagai hotel yang menjadi sarang kenakalan peria dari Malaysia. manalah aku tahu, aku hanay mencari hotel yang bertaraf 3 bintang yang boleh booking online dan hold booking tanpa memotong terus bayaran kad kredit. Servis counter hotel tersangat lembab. aku mundar mandir kepenatan dan kelaparan bercampur hangat hati kerana booking dilewatkan kerana katanya kamar perlu disiapkan ada tetamu late check out. huuuh dengus hati ku.

Akhirnya aku pergi makan tengahari dicafe hotel dan merayu berkali kali saya sudah kepenatan tolonglah. mau tak penat , badan kurang sihat malah bercampur ubat. Bila dapat saja kunci, kami cepat cepat makan dan naik berehat dan aku tidaks edar paa yang berlaku hinggalah pukul 9 malam aku terbangun untuk mandi dan siapkan diri. memandangkan cuaca hujan dan kami takut utk keluar malam, aku hanya mengaka mereka pergi KARAOKE. kami berkaraoke bertiga selama 3 jam fuhhhh ppuas hati screen so big sound sistem do good...berbaloi baloi...sesekali fun bertiga syokkkkk sgt. Sebelum balik kebilik, sekali lagi kami makan malam chicken sandwich yang enak.

Keesokannya kami breakfast, salah sorg perlu bayar sebab breakfast just for 2. Acik bayar. Aku mcm biasa mana peduli orang, aku datang nak enjoy sapa nak pandang lantaklah...sedang kami breakfast seorg jejaka bengali dibelakang menegur kami.Lantas aku berpaling dan terpandanglah seorg lelaki separuh umur dan kwnnya sedang asyik dgn breakfast dan lap top. Aku memnag biasa dgn org, tiada sebab untuk aku malu dan tiada sebab juga utk aku lebih lebih. Setiap soalan mereka aku jawab sebaik mungkin dan aku memeperkenalkan diriku sebagai business lady. Aku dah malas nak kaitkan diriku dgn UIA.

Semenjak saat itu, mereka banyak plan untuk ekluar bersama , pada hematku untung jugak tak adalah takut tertipu dengan seseorang dan tak adalah risau kalau silap ambik kenderaan awam. Apa lagi setiap kali keluar dan makan makan itu kami hanya suap yang membayarnya salah seorang dari mereka. Aku kurang pasti apa tujuan mereka berdua ke Medan. ahh air asia murah saja..every body can fly. Aku sempat mengenali Erwin, supir hotel yang baik dan peramah. Bila aku yang buat contact dgn Erwin, kami berlima menaiki kenderaan Erwin dan perjalanan menjadi sangat jimat. Pada malamnya kami keluar makan di gerai berdekatan, kalau tiada 2 org kenalan tu aku memnag tidak memilih untuk keluar malam kat tempat orang begini. dapatlah kami rasa Satay Indon, Murtabak Indon dan kami borak berlima. Keesokannya acara jalan jalan beli beli lagi, aku lihat Linda dan fatin bukan main seronok, kami juga membantu memilih apa yang 2 sahabat itu perlukan untuk dibawa pulang buat isteri dan anak mereka. yang paling seronok waktu lunch kami makan NASI PADANG di sebuah restaurant yang sangat bagus. Aku tidak pernah merasa nasi padang sesedap disitu, dgn sambal hijau , dan pucuk betiknya, ayam kampung goreng yang rangup dan gulai otak lembu dan jering. Aku seronok makan sampai lupa kiri kanan. Aku mesti dtg lagi ke restaurant ini.

ptg itu kami sambung acara jalan jalan. Linda dan fatin bukan main seronok aku sangat penat. Cukup kopi dan buku je peneman aku di cafe ground floor sebuah supermarket terbesar MEDAN. bila pulang kami terus bersiap utk ke airport dan kami tumpangkan barang di bilik salahs eorg kwn baru itu. Aku suka Medan. Suasananya tidak susah, flightnya pun pendek tempuh dan paling aku suka makanannya. Di kesempatan ini aku ingin merakamkan jutaan terimakasih pada Hera Singh dan Prof Wan Manan Wan Muda yang secara tidak sengaja menjadi kawan dan body guard kami disana. Umur panjang kita berjumpa lagi.

Jauh Berjalan banyak PENGALAMAN, kenalan dan rakan menambah KECERIAAN! Cheers!

Truth Prevails


Malam JUMAAT malam yang sangat INDAH..malam yang keindahannya kerana da alunan yasin dan alkahfi..amin umur kita masih bersisa bermakna kita masih banyak peluang untuk menghraungi hidup ini mencipta sesuatu yang TERINDAH untuk kita tinggalkan. Hening bacaan YADIN menyentuh hati aku, hati yang satu ketika dulu ada satu rasa yang tersirat tapi tidak mampu aku bacakan kenapalah hati aku SARAT dgn SIRATAN yang aku tidak faham dan rasa itu membuatkan aku menjauhi seseorang.

Sesudah bacaan indah itu, aku terpaku seketika, dalam hati bukan lah terlalu sedih tapi kali ini aku menerima dgn CEKAL satu kesimpulan yang aku temui atas sikap seorang kawan. Benarlah sukar untuk kita meramal hati orang, depan beriya iya mesra dan penyayang rupa rupannya hati HITAM PEKAT LEBIH DARI JADAM. Aku sedikit pun tidak menyangka, mulut mungkil yang begitu petah berkata kata layak seorang pakar motivasi, bahsa yang penuh datang dari hati, tanpa segan silu menzahirkan segala rasa rupa rupanya boleh bertukar menjadi seorang yang PSYCHO.

Bila aku renung kembali semua rasa TIDAK SELESA ini timbul kerana DENGKI. Hatinya tidak sennag melihat KETENANGAN orang lain walaus ahabat sendiri, walau sahabat yang menaglirkan air mata menggigil mendengar setiap kali mendengar luahan prmasalahan hidupnya. Memang ada satu rasa mengusir hati ku untuk mejjarakakn diri dgnnya, tapi aku masih berusaha menjaga hati nya dan aku sememangnya SANGAT SIBUK bila melakukan 2 kerja dlm satu masa. Aku tidak ada masa untuk berborak kosong dan aku tidak ada masa untuk bertanya dan mengulas persoalan yang sama. tanggungjawab sebagai sahabat sudah aku tunaikan, apa yang pada fikiran ku RIGHT telah aku kongsikan, sola hendak ikut atau tidak itu pilihan sendiri dan aku sedikit pun tidak TERASA HATI.

Menutup bauan dengki jgn lah sampai manipulate keadaan, segala keluar masuk makan diceritakan pada org seakan aku ni sengket sangat mengharap orang belanja, sering pura pura tak bawak duit, ramai kawan yang menegnali aku sebagai seorang yang sangat tidak berkira kerana itulah aku. Dan jgn lah pula dek tak sennag dgn perkembanagn bisness aku yang menyebabkan aku tidak ada masa maka dikahbarkan pada orang lain AKU MENADAH WANG MODAL dari dia. Masya Allah. Dia yang beriya tanya untung banyak ke..aku tak eprlulah share berapa untung aku dapat setakat bagi tahu dlm sebulan modal 30 ribu dpt balik cukuplah menggambarkan sale yang mantap. Dlm pengamatan aku..adakah dia yang cuba untuk masuk team tapi takut untuk cakap. Aku menerima 5 orang yang melamar untuk join team siap bawak modal. Doing business for life bukan suak suka mcm buat trip atau pot luck.boleh suka suka je ajak sapa nak join. aku sudah ada team yang kukuh, untuk menyetujui seseorg kami perlukan 5 bulan meneliti keperluan, kepentingan dan keuntungan dismaping mnegenali dgn lebih dekat SIAPA DIA.

Benarlah penyakit HATI manusia ni adalah lebih teruk dari BARAH. dia memusnahkan org itu sendiri dan org disekelilingnya. Dia melupai kasih sayang, budi dan harapan yang pernah terbina. Aku tidak sangka seorg kawan yang bertaraf KAKAK dimata aku yang sangat aku syukuri kehadirannya rupanya WANITA jenis JIN DENGKI. Dimasa yang sama dia menyucuk nyucuk kwn kwn aku mengatakan brg aku tidak bagus, dan jualan aku tidak jalan. lantaklah apa ko nak cakap aku tak eprlu report semua benda pada ko. tapi ko kena inat dlm ko mengata busuk situ sini org lain laju melangkah kedepan. Petang tadi aku memadam no telefonnya dalam contact list aku bkan marah tapi aku tidak perlu menginngati kwn sebegini. Sweet turn to toxic. Aku sangat berterimakasih pada Azu. Azu suda lama cuba mencari peluang utk bertanya tapi aku sangat sibuk. dek kerana sibuknya aku dia berkata dia memnag mengelak untk dekat dgn aku porahhhh..ko tu yang terasa terpinggir dgn kemajuan org lain. Aku yakin dimana pun ko berada dgn siapa pun kau berkawan, berapa banyak pun duit ko ada kau tidak akan rasa tenanag dan bahagia selagi tidak merubah cara akal ko mentadbir hati ko. Akus angat kesian pada suami kau yang seakan TIADA MAAF buat dia sedang kami semua yang mendegar cerita ko tidak faham apa masalah besar sangta hingga kau TUTUP pintu maaf itu. Inagtlah perempuan, kalau kau tidak memaafkan suami mu..tidak megutp rahmat tuhan disebalik rumahtangga dan anugerah suami mu itu ...satu hari nanti kau akan jadi lebih teruk dan lebih hina dari apa yang kau hinakan.

Aku tenang mendengar apa yang Azu sampaikan dalam diam aku terus berkata patutlah hati aku sering bersuara akhir akhir ini rupa rupanya ada orang sedang tikam belakangku. Aku doakan semoga Allah sempat memberikan dia PERINGATAN. janganlah bijaks angat melihat orang itu dan ini hingga lupa KITA SUDAH SANGAT MELAMPAU!. Aku belajar malam ini, kasih manusia boleh berubah, kasih kawan boleh bertukar manis menjadi pahit, apalagi bila ada pemangkin dengki kesumat didalam hati. hati aku sering berkata kenapa kak Ina ni terkadang macam tak tentu arah...terkadang macam sanagt pendenda,..terkadang macam terlalu negatif dan terkadang sekan sangat perasan. tapi dek kerana kawan aku terima seadanya dia, cub ok dgn dirinya walau terkadang terasa sangat cuak mendengarnya.

Aku berharap kwan kawanku..Azu dan Zara banyak bersabar ..malu menajdi orang yang lebih TUA tapi perasan menntup segala realiti dan hakikat. Malu jadi orang kampung yang membawa kekampungan dan minda singat dalam segala hal. akhirnya hancur segala galanya. Hingga saat noktah teakhir maka berakhir episod PERSAHABATAN aku dan kak ina. Hilangnya tanpa pesan terus berhenti 24 jam dari office dgn gambaran dapat offer gaji 5 ribu dan dapat jawatan lebih besar general manager dia tak tahu kamis emua bukan bodoh utk diperbodohkan uasha usaha kwn kwn menjejakinya akhirnya terbukti semuanya PALSU belaka dia sekadar ingin TAMPAK HEBAT dimata kami semua. KESIAN manusia mcm ni..ada duit ada suami ada anak tapi jauh dari KETENANGAN entah apalah yang dibuatnya hingga dia semkain tersasar jauh. bangaki lama lama pasti terhidu..dan aku sangat yakin TRUTH PREVAILS!!