Thursday, August 26, 2010

Demi kasih dan sayang.....


Jumaat datang lagi...kali ini Jumaat dibulan Ramadhan yang tidak sibuk. Sedari semalam aku seronok meneliti personality disebalik bintang kelahirn dan hari ini kerja bersambung Nota untuk diri sendiri dan panduan bila berdepan dengan sesetengah pelajar.
Pagi ini walau liat untuk menuju ke pejabat, dalam kereta minda terisi dengan isu yang perbualkan di RADIO SINAR. Cukup sebagai warm up otak di pagi hari yang terkadang halfly sleep lagi..arghhhhhh.

Seketika sedang menyiapkan cutting paste article personality, Jimmy menggangu..sebelum memulakan kerjanya katanya...arghhh dari malam semalam belum puas dia bercakap dengan aku agaknya.Aku seperti biasa memberikannya sedikit masa..menumpukan apa cerita dan isunya...isu biasa biasa nampaks anat kesunyian..malas aku untuk bertanya mana pergi sibuah hati...aku faham bagaimana rasa menjeruk perasaan. Sejurus selepas bercakap dengan Jimmy, Nelli sahabatku tampil, kami berbincang seketika, hampir tidak sedar aku meneroka hal aku sendiri dan kami berjanji untuk pergi menemui seseorang sebaik selepas raya. Neli terlalu masak dengan keadaan aku.

Aku terfikir untuk menyiapkan melodi 3 lagu ada dalam simpanan aku bila aku bertemu Jimmy nanti...tidaklah sia sia sangat sekurang kurangnya aku menemui satu angle baru untuk pelbagaikan skill dan bakat. Aku memang mampu menulis skrip dan lirik kerana banyak mendengar pengalaman orang lain. Sekarang aku ingin melihat sudut music dari kaca mata Jimmy. Kalau perlu satu hari nanti aku mahu Jimmy mengubah melodi untuk lagu lagu itu...yesssssssssssssssssssssss.

Petang ini aku baal menemui kak Noni untuk bayar hutang beg COACH dan kami sekeluarga merancang untuk berbuka diluar. Hubby mencadangkan Johnny Restaurant..the best Steam Boat In Town ..aku ikut saja sambil mencarikannya no telefon untuk tujuan reservation. Lepas berbuka aku 3 beranak kena bertolak ke Cheneh baru untuk berpuasa dengan Mak dan Bak, Along dan keluarga, Izan dan anak anak...juga tak lupa Ummi tersayang..entah sempat atau tidak ...masa yang pendek destinasi yang banyak. Aku ikhlas melakukannya...demi kasih sayang.

Ada sedikit kuih muih yang sudah ditempah...dan bakal membawa balik kuih kuih untuk kawan kawan terdekat..sambil meyokong bisness adik ipar kesayanganku Izan. Aku kagum dengan dia..begitu waja hatinya..bertuah Azman dan bertuah anak anak saudaraku...semoga Allah menumukan Izan dengan Jodoh baru yang sangat sesuai buat dirinya..malah terkadang aku terfikir untuk berkongsi kasih suami dengannya..tapi entah bila aku aak buka mulut..apa reaksinya...aku tidak pasti sejauh mana pandangan Izan terhadap suamiku...aku tahu bukan semua orang seperti aku..menerima kekurangan orang lain dan melupakkannya. Aku juga teramat pasti CINTA Izan pada Arwah adikku Azman tidak berbelah bagi..tapi aku terlalu ingin bersama anak anak itu menjunjung tanggunjawab...aku ingin Alya, Adi dan Afiq berayah sebelum mereka dewasa...aku yakin sani suamiku mampu menerima mereka...aku akan cakapkan ..aku akan bisikkan pada adik iparku...

idea ini aku terfikir semasa aku berada di sabah...aku tiad sepenuhnay bahagia bila aku teringat sepasang mata sepi dan sedih Izan. Aku teringat anak anak saudaraku yang tidak berenggang dengans ani bila sani pulang bersama aku. Adi pasti bertempek memeinta perhatian. Alya sekejap sekejap minta didukung. Afiq memerlukan seorang ayah sebagai teman. Mereka seperti anak anaku sendiri...kalau sani menjadi suami Izan, Sani mesti selalu pulang menjenguk mereka dan ibu bapanya. walau sani memilih satu hari nanti untuk bertukar kerja ..aku terima..aku sudah betah sendirian di Petaling Jaya...anak anak masih boleh hanya ada aku dan seseklai berjumpa ayah mereka. tapi aku pasti sani tidak akan sanggup berpisah dengan aank anak ini.

Bila aku menyuarakan idea ini kepada sani suamiku...dia ketawa..dia akui kebenarannya..Menolong anak anak itu..demi tumbesaran mereka..tapi kali kedua sani meminta aku BERFIKIR..sebelum diputuskan betul betul. Sani ada amsalaha daris egi makan...tapi masalah itu kecil sahaja..lama kelamaan Izan mesti pandai seperti aku memasak makanan kegemaran sani. Mungkin sesetengah orang berkata..aku merepek..aku pernah ceritakan pada along..along ketawa..tidak dibuat orang katanya..kenapa HARAM KE? tanya ku balik...orang tidak buat bukan bermakna salah...soal salah betul biarlah Alalh sahaja perhitungan kita...janji kita mengikut syariat agama.

Aku tidaksangka aku mampu berdepan denagn situasi bagini...aku sudah memiliki hati ayng boleh berkongsi kasih..kerana aku sudah tidak meletakkkan CINTA sebagai segala galanya. Hidup menjadi lebih mudah dan perhitungan akan menjadi lebih jitu...Aku tidak sabar untuk menantap wajah anak anak saudaraku...bersahur dan berbuka bersama mereka...mengirimkan wang bekalan raya dan puasa...sebagai sedekah jariahku...kalau aad kesempatan...membawa mereka makan diluar dan beli baju raya. Tenguk keadaan...waktu dan kesempatan. Duit raya tahun ini mesti adil..semua mesti merasa..duit raya bukan duit bulanan mak...duit bulanan mak kemas tersimpan dengan aku....Aku ingin simpan duit bukan memebri banyak pada mak untuk senang dihabiskan. Biarlah aap mak nak kata...yang penting aku ada misi buat mak...hidup perlu ada angin perubahan kalau ingin menggengam ketenanagan dan kebahgiaan.

Cepatlah masa berlalu...cepatlah aku dapat bertemu..dan cepatlah aku dapat TAHU...apa rahsia percaturan Alalh ini buat kami sekeluarga....dalam hati masih ada CINTA!!!