Wednesday, July 25, 2012

Masak TEMPOYAK Udang




AlGhafuru AlSyakur, bermakna maha pengampun dan maha bersukur itulah lafaz zikir hari ini sesuai dengan situasi yang terjadi. Alhamdulilah selalunya kalau apa yang dirancang tidak menjadi, aku pasti diburu kebimbangan, kesedihan dan rasa tertekan, hari ini TETAP TENANG. Aku sudah boleh menerima, selama mana kita ini manusia, selama itulah tidak terlepas dari kemungkinan diluar perancangan. Tiada yang PASTI dan HAKIKI dengan kita dan kisah kita. Hanya Allah yang sepenuhnya BERKUASA. Zikir ini bertambah lagi rasa TENANG dan yang pasti disebalik cerita semalam ada PENGAJARAN.
Kesesakan lalu lintas dijalan menghala ke Kota Damansara memberikan aku ikhtiyar untuk mencari alternative lain, laluan kena menuju ke Taman Tun untuk senang mengunjungi MINI MARKET bagi mendapatkan bahan untuk sajian berbuka puasa. Semalam kali pertama, dalam kepanasan, dalam kepenatan aku meletakkan kereta dilaluan terus dan perlu sedikit berjalan kaki. Ikan Kerisi besar, udang besar, minyak masak, cili api, santan, daun kunyit, daging dan jus Cranberry. Sempat juga aku membeli putu piring berbungkus RM4.00. Terlintas dihati sedari melihat Udang untuk MASAK TEMPOYAK UDANG apalagi mengingatkan hubby buatkan tempoyak dari durian dibawa bak yang tak sempat disentuh. Aku pasti hubby akan TERANGKAT seronok dengan menu begini dan aku sendiri sudah lama tidak memasakannya. Seperti biasa, aku hanya memulakan tugas didapur selepas solat Asar, mengaji dan berihat seketika. Tepat jam 7 pm sudah siap Masak tempoyak Udang dan Ikan Kerisi goreng berlada kegemaran hubby. Senang dan ringkas yang pasti sedap dan membahagiakan buat kami berdua.
Tepat 7.28 petang, kami berbuka, mulanya aku hanya sedikit dan rasa tidak cukup dengan nasi pertama, lalu aku tambah sedap kerana rindu atau lapar sebab berpuasa. Hubby usah cakaplah sampai 3 kali tambah. Puas hati seorang siteri bila suami makan begitu berselera, hilang penat membeli dan memasak. Segera aku tunai solat Maghrib dan membaca alquran, menjelang hujung hujung bacaan mata terasa berpinar pinar dan sangat berat, lalu aku baring dan terus tertidur. Bila hubby kejutkan untuk kemasjid, aku terus rasa sakit kepala dan badan terasa berat. Ini semua kerana makan banyak dan makan bersantan dan aku memang alah dengan SEA FOOD kerana Sinus. Maka teruslah aku duduk dan berehat dihadapan television, sesekali menjeling jam, bila pukul 10 pasti 8 rakaat sudah berlalu dan pukul 11 habislah 20 rakaat. Lama aku dan hubby tidak menonton TV bersama, apalagi kerana bulan puasa, sesekali rehat, menonton dan dijengah rasa bersalah. Entah mengapa sebelum tidur, sekali lagi aku makan nasi kerana tidak puas lagi makan MASAK TEMPOYAK UDANG. Alhamdulilah  walau tidur kekenyangan, aku terjaga 4.45am utk masakan nasi buat hubby dan pukul 5.15 am kami bersahur. Aku sudah tidak lalu untuk makan benda yang sama, mungkin sebab sudah 2 kali makan, aku hanya bersahur dengan BLUEBERRY YOGURT.
Semasa bersiap kepejabat, hati melihat meja dengan rasa sayu, ruginya putu piring tidak bersentuh, lain kali tak payah belilah apa pun kuih muih, tak sempat nak makan pun, agaknya puasa kali ni Allah lebih mendorong SPIRITUAL kami.
Sebagai pengajaran hari ini, aku hanya perlu singgah dikedai untuk belikan satu lauk, dan balik hanya buat DAGING GORENG KAMPUNG, cukuplah untuk kami. Aku tidak mahu kalahkan PERLU kerana MAHU. PERLU TETAP PERLU dan PERLU yang sepatutnya menjadi MAHU. Hari ini 5 hari puasa, aku perlu serious dan lebih berhati hati. Jangan sampai keadaan sebegini menjadi BEBAN dan menghancurkan rancangan baik yang ada. Ya Allah ampunkan dosa kami, kealpaan kami, khilaf diri kami, betapa bila kami terlalu memburu nikmat dunia dan kesedapan sementara, kami terbabas dari landasan sebenar sebagai hambamu yang TAAT dan berjuang untuk terus meletakkan IMAN dihati.  Kami akan terus membaiki diri kami demi keranamu ya Allah, restuilah kami, jayakan usaha usaha kami. MASAK TEMPOYAK UDANG sedap dimakan tapi kesannya tidak sedikit menghampakan.
Insya Allah, Boleh dimasak lagi tapi bukan bulan Ramadhan, kalau makan tak boleh sedikit, kalau terus makan TERSADAILAH jawabnya. Rugi masa, rugi peluang tidak sesuai untuk RAMADHAN MUBARAK yang mulia ini. Kami memilih bukan puasa sekadar lapar dan dahaga. Puasa kami PUASA JIWA RAGA.