Thursday, May 20, 2010

England...disini CINTA bermula kembali....





London kota kemegahanku kini dalam kenangan. keindahannya menjadi memory abdi yang tidak akan aku lupakan seumur hidupku.pada petang hari kedua itu juga aku meneruskan perjalanan 10 hari lagi ke Coventry. Disinilah rumah sepupuku Ja. Keesokannya, aku menimati keindah Coventry, dari perumahan kami ke centre town. dari 10 orang yang aku berselisih, 8 darpadanya orang orang tua. City Centre Coventry banyak orang orang tua. barang barang disini juga terkenal dengan murah. paling aku suka TJ HUGE marketnya..teringat aku pada pasaraya fajar di Damansara Utama begitulah uniknya TJ HUGE.Seharian aku meronda bandar Coventry, sempatlah aku mengambil gambar, menaiki bas dan train turun di Tile Hill. Di rumah sepupuku ini jugalah, aku melihat pokok Apple sedari dekat, cantik sekali bunganya.

Keesokannya, selepas berehat seketika dirumah, aku mengambil NATIONAL BUS dari Birmingham ke Bristol dihantar oleh sepupuku dan suaminya. perjalanan mengambil masa 2 jam, sesampai aku di Morobaough Bus Station Bristol, Aku terus mencari cafe untuk menahan sejuk dan lapar. Secawan kopi dan scone cukup untuk makan tengahariku sambil menanti Siti Sofo sahabatku. Belum separuh menghirup kopi dalam kesejukan, Siti sahabatku sampai sambil melambai dari jauh. kami dudk dan bercerita seketika sebelum aku mengikut Siti ke University Bristol. Cantik dan mengah Universitynya..kami hanya berjalan kaki ke sana dari station bas. termengah mengah aku mengikut jejak sport woman ini berjalan.hehe

Siti mengajak aku keluar melihat Bristol waktu malam. barulah aku nampak beza Bristol dan Coventry, disini semuanya orang orang muda yang mengemari night life. kami melepak di coffee rough sambil aku mendengar segala luahan Siti. Uniknya manusia dan perasaan, apa yang dirasai banyak kebenarannya. kami memilih untuk menonton Dear John. sebuah movie ynag agak menyentuh emosi. kami pulang ke apartment siti selepas habis menonton dan aku berkesempatan menikmati keenakan Chicken Kebab Bristol.Kami sama sam pergi ke Bath, aku belanja perjalaan Siti apalah sangat berbanding kesudiannya meluang masa dan tenaga menemani aku. sakan aku berposing dek kerana Siti sedia menngjadi jurukameraku. demi kenagan seklai seumur hidup..aku akan buat segalanya...berbaring dirumput dan memanjat pokok.

Bath begitu cantik dan romantik sekali. damai hati sepanjang di sana. Albert park menjadi destinasi kami selepas kami mengunjungi semua kedai kedai di sentral Bath.Ada beberapa eknagan yang aku abadikan dari Bath. fridge magnet, tshirt, lavender soap, bear Fifah dan Tea Towel. lagendry jane Austin rupanya sejarah Bath. Aku sempat bergambar di Jane Austin Shop.

kembali ke Coventry dan keeksokannya sepupuku membawa aku Chessire Oak. Gedung Kilang yang sangat besar. Ada pelabgai jenama terkenal yang dijuald engan harga kilang dan tengah jualan murah. Aku mengambil beberpa baju untuk suamiku dan anak anak. Sempat juga membelikan handbeg untuk mak dan sandal clarks. selepas makan dan mengambil gambar, aku merasa kuih doughnut yang sangat enak dijual...aku sangat suka..seterusnya kami meneruskan perjalanan ke Liverpool. Diperjalanan kami singah mengambil gambar berdekatan dengan Echo Arena kebetulan ada konsert Raihana, kelihatan berbondong bondong kumpulan lelkai dan wanita inggeris dengan penuh bergaya walau kesejukan menuju ke tempat itu. Aku seronok melihat gelagat mereka. Petangnya , kami meneruskan perjalana ke Manchester untuk tidur dirumah Julia.Julia menjamu kami dengan nasi dan masakan suaminya yang enak. besar besar ikan yang dimasak. keesokannya, kami ke Car Boot, aku tidak pandai untuk mencari barang di CAr boot, pasar malam di Malaysia pun aku jarang pergi..hehe dan sepupuku ja mengajar dan cuba bertawar menawar. paling seronok aku dapat sepasang kasut Boot Kulit. selain barangan dapur yang membawa lambang England. Tengahrinya, kami bebbq, seronok merasa bbq dengan kwn kwn dalam cuaca yangs angat sejuk, ada daging kambing, satay ayam, jagung dan nasi pilai.

Petangnya, kami ke bandar Manchester, Aku menuju ke hard Rock cafe mancheter untuk mebeli baju suamiku. Dapatlah 2 helai. dan aku beli perfuma 9 pound untuk 200ml..Gerogia..keluaran terbaru yang belum masuk Malaysia...sooo Lucky me!!! sebelum pulang, akus empat membelanja coffee untuk ja julia dan anak anak..kesian mereka...coffee, chocolate cake, blueberry muffin dan carrot cake. Semuanya terlalu manis. ja tidak henti ehnti ingin mengambil gambar merakam detik detik kami di mancheter City. Pulang ke rumah julia kembali dengan train...kami bertolak semula ke Coventry selepas minum petang disediakn Julia coffee dan goreng pisang. terimkasih Julia...baiknya melayan tetamu semoga murah rezeki.

Keesokannya, sepupuku membawa aku ke Derbyshire untuk mengambil pinggang mangkuk yang dibid dari Ebay. Keadaan agak tegang bila temapt yang dituju agak jauh dan suaminya penat. Aku rasa bersalah, ja rilek je..hehe last last aku memujuk..jom kita lepak kat town derby...pekena kopi dan Jacket potato.Aku juga banyak mengambil gambar kenagan sekitar Derby sekembali dari Derby, kami menaiki train ke Birmingham, aku sempat membelikan bapak dan Suamiku baju dari butik NEXt salah satu Jenama England. belanja kan budak budak makan ice cream dan aku ingin merasai bagaimana sedapnya strawberry Coklat seperti yang digambarkan hebatnya dalam kisah cinta Siti Norhaliza dan Dato' K...fuhhhh memang sedapppp. kami abadikan banyak gambar bersama di Birmingham. dan kembali pulan ke Tile Hill. dijemput Suami sepupuku dari train station.

Keesokannya,

Sebagai acara terakhir, Ja membawa aku ke Sratford upon Avon...inilah tempat yang direkmonkan Jimmy...tempat kebangaannya...ya memang betul tempat ni sangat cantik dan aku sempat membeli souvenir dan baju buat wahida dan Najma disini...sebagai kenangan. banyak gambar park yang kami abadikan dan aku sempat minum kopi dgn ja di warwrick city...dua tempat ini agak berdekatan. sebelah petangnya, ja membawa aku untuk membeli pyrex di Tj Huge...2 kotak barang terpaksalah menumpang Ja dikala tamat pengajiannya...tak pa lambat asal puas hehe. Sekembali ke rumah Ja..tida a lain yang aku ingat melainkan aku nak balik...haha dah terdengar dengar suara anak anak..puas hati semua org akan dapat souvenir dari England...terutama perfume. Pada malamnya aku bersembang telefon dengan sumai ku agak lama. dan keesokannay ja dan aku ke hentian bas untuk ke air port. Bas melalui LUTON...bandar kecil tempat kak Fa yangs atu satu nya kawan yang tidaks empat bertemu sedangkan beriya iya berjanji..benarlah kalau sudah tidak ada rezeki pertemuan...aku sempat merakam gambar sepanajng perjalanan dari Luton sambil bercerita dengan Ja. Sesampai di airport Alhamdulilah..selamat segalanya...dan aku terpaksa masuk lebih awal memandangkan terlalu ramai orang dan hati agak berdebar takut terlepas terminal dari Train. Kami berpelukan penuh erat, aku hampir tidak tahan melihat air mata Ja...aku tahu air mata itu tanda terimakasih kerana menziarahinya...waktu bersama meringankan beban perasaan yang selama ini terpendam. kiat salaing mencari kekuatan antara satu sama lain untuk terus berdiri Ja...Aku amat bersyukur...setelah aku sangat kecewa denagn sepupu yang lain, Allah menunjukan padaku mana sepupu yang layak untuk aku letak di hati sampai bila bila...Terimakasih ja sepupuku...terimaksih atas segala budi baik, pengorbana masa danw ang ringgit, kasih sayang dan perkongsian...pertemuan sebentar ini cukup mengenalkan kita hati budi amsing masing ...cukup meyakinkan kita rupanya hubunagn saudara antara kita sangat manis untuk dieratkan..dari kejauhan angah doakan Ja berjaya..anagah tumpang bangga...semoga selamat pulang dengan gelaran DR Suaniza...InyaAllah....