Friday, November 30, 2012

Rasa Bahagia



Hari ini Jumaat terakhir Nov. Hari yang Jumaat menjadi hari yang ditunggu tunggu kerana pada hari inilah sering berlaku perubahan baru mingguan. Pembaharuan pada jiwa, perasaan, fikiran dan tindakan. Pada hari ini juga, terasa untuk membuat lebih banyak kebaikan kerana terasa hari ini seakan datang bersama amaran. Alhamdulilah muharram sudah berada dipertengahan jalan, sementara Nov terus berundur tenang. Alhamdulilah juga, Jumaat sudah diraikan penuh ketekunan, bacaan Yasin, solat Jemaah, bacaan kahfi, Zikir Asmaul Husna dan tambahan minggu ini Zikir bismillah enam. Alhamdulilah peluang peluang itu hanya terjadi dengan izin Allah. Ada ketikanya kita memiliki banyak ruang, tapi sangat jauh dengan peluang.
Agenda meneruskan blog menjadi perkara wajib hari ini, terkilan rasanya kalau Jumaat ini berlalu begitu saja. Masa sudah menjadi terlalu singkat, malah terasa sepantas kilat. Bukan mudah untuk melakukan semua yang dirangcang apalagi kepenggunaan masa terlalu semakin kritikal. Namun berundur dari terus mengisi ruang blog bukan satu pilihan buat aku. Alhamdulilah, rancangan untuk acara berkhatan anak bongsu tiba juga. Insya Allah besok satu lagi sejarah tercipta dalam hidup bila anak bongsu yang kukandung itu bakal melalui satu kewajipan besar dalam hidup iaitu berkhatan. Malam ini sejurus selesai waktu Maghrib, kami akan beransur pulang ke kampong.
Akhir akhir ini jadual aku agak berbeza dengana dik adik yang lain. Tidak bersama bukan bermakna ada sengketa. Biarlah mak dan bak aad ketikanya bersama acik dan adik, atau anak sulung mereka, along. Alhamdulilah along sudah kembali mencium tangan bak dan mak. Aku rasa bahagia. Sekurang kurangnya aku sudah tidak rasa bersalah kerana kerenggangan dua beranak itu ada kena mengena dengan aku. Aku tidak sanggup melihat dua orang yang baik berenggang, dua hati yang pernah bersama putus, aku tidak sanggup melihat rasa sayang bertukar benci. Walau aku sering menjadi mangsa keadaan. Aku sering terhenyek atas rasa tidak bertanggung jawab manusia lain. Tidak mengapalah, aku anggap mereka tidak begitu sempurna akal dan ilmunya, sebab itu terlalu cetek untuk melihat kesan sesuatu perbuatan.
Kalau minggu lepas giliran acik dan adik, minggu ini giliran aku dan keluargaku sekaligus kami mengadakan program khatan untuk Harraz. Hubby akan bercuti menunggu Harraz, sementara aku akan kembali bersama Nelli dan Asrul pada hari Ahad untuk meneruskan kerja. Alhamdulilah balik kali ini musim durian, tambahan lagi bakal dikunjungi kawan baik yang sudah sebati dengan kami iaitu Nelli dan Asrul. Bak terlalu sayangkan Nelli dan Asrul sebagaimana pak cik dan nek ma menyayangi aku dan sangat mengambil berat. Hidup ini penuh dengan hokum alam, buat baik pasti dibalas baik malah rezeki orang teranaiya sering melimpah ruah.
Selesai Programme hari Jumaat kali ini oleh Rektor, aku dan Ina minum kopi seketika, sambil sepintas lalu aku mendengar idea bisness Ina, dan aku menyuarakan idea yang lebih kemas. Aku sama sekali tidak mahu melihat sahabatku ini kerugian besar. Selepas itu aku bergegas membuka FB dan Memblockkan semua kawan kawan satu pejabat. Aku kira biarlah kwn kwn rapat saja yang melihat aktiviti aku diFB, mereka memahami aku, aku sebaiknya tidak perlu menjadikan diri sebagai bahan judgemental insan insan disekeliling yang minda menghukum dan mulut tidak henti berkata kata. Sekarang barulah aku faham, mengapa seseorang itu menjadi begitu SELECTIVE. Alhamdulilah, ada rasa tenang bila aku berbuat demikian, tidak berkawan diFB, bukan bermakna putus silaturahim, namun ada baiknya kita hanya layan mereka yang datang pada kita, dan kita hanya yakin dengan orang yang kita pasti. Yang betul betul tidak kenal, tidak mengapa. Pernah kedengaran kata kata seseorang, kita tidak rugi hilang sahabat yang tidak membina kita apa apa pun apalagi kalau sahabat yang sudah menghancurkan segalanya. Keeping a small circle of friends yet really quality is the best action.
Agenda tengah hari pada hari Jumaat ialah cooking lunch. Alhamdulilah hari ini goreng daging cara kampung menjadi lauk kami anak beranak termasuk Aiman. Bila cuti sekolah, Aiman diletakan bersama anak anak aku. Aku bahagia melihat mereka berkawan baik, bila balik kerja Aiman sibuk bercoleteh, dan bila hiding makanan Aiman banyak makan. Aku tidak harap apa apa balasan atau penghargaan. Anggaplah ini cara aku menghargai kanak kanak yang datang dari syurga ini. Walau anak siapa sekali pun, apa lagi darah daging sendiri. Untuk mereka yang salah mengerti, biarlah selamanya mereka terkunci dengan cara mereka berfikir dan melihat. Alllah lebih mengetahui segala isi hati. Setiap kata kata yang keluar dan setiap kata kata yang tersebar biar Allah saja yang layak menyediakan hukumannya. Untuk aku, aku terus bahagia begini.
Alhamdulilah jadual hafalan surah berjalan dengan lancar. Begitu juga solat berjemaah dan bacaan Al Quran secara terus menerus. Terasa rumah penuh  cahaya tenang dan berseri seri. Sekembali anak anak nanti, terutama untuk Harraz dan Kakak, akan diteruskan agenda 20 sen bowl dan soalan harian. Perancangan perlu lebih dikemaskini agar anak anak lebih berpeluang menikmati ruang ruang pembelajaran secara tidak langsung.
Alhamdulilah syukur pada Allah, tuhan yang tidak putus putus memberi. Dalam seribu kekurangan, dalam getir kepayahan, kau tetap mengirimkan kami satu rasa hebat yang dikejar oleh semua manusia iaitu RASA BAHAGIA.