Tuesday, January 17, 2012

Gerimis pagi!!


Langit tidak selalu CERAH, ada ketikanya MENDUNG GELAP berarak dan bakal menurunkan hujan dan angin membawa bersama ribut dan halilintar, bersiap sedialah menghadapi keadaan sebegitu dengan apa jua cara sekali pun.Begitu juga dengan kehidupan, dalam kita sibuk merancang, dalam kita menuju matlamat dan kita mencipta ketenangan, kadang kadang datang secara tiba tiba satu GERHANA MUSIBAH yang tidak pernah terfikir dek CELIK akal kita sebagai manusia.

Kelmarin seharian melalui rasa TIDAK SELESA dan tidak sedap badan, panas tidak menentu, sekembali dari pasar malam, badan semakin rasa letih dan tidak tentu arah saja. Bila kebilik air untuk mengambil wuduk solat Asar, barulah perasan, ohhhh Tanda tanda mazurah rupanya. badan sudah lemah dek tindak balas hormone kewanitaan. Walau tugas banyak yang perlu dilaksanakan dan teringin untuk dilaksanakan...namun tubuh sanagt terasa lemahnya hinggakan makanan kegemaran pun hanya TERUSIK sedikit sekadar hilang rasa lapar. Selepas minum segelas susu, aku terus melelapkan mata dan melupakan kerja kerja ORDER yangs angat banyak..apa kan daya!!!. barcakap dgn wahida pun kelam kabut...dimasa yang sama juga emak mcm insist utk suruh atih dtg kerumah...fikiran jadi berkecamuk...mengapa aku selalu kena consider keadaan org dengan mengenepi hak dan keadaan aku sendiri...ahhhh hidup tidak ADIL aklau aku memilih ruang TIDAK ADIL utk aku.

Perancanagn aku penuh sehingga raya Cina, dan utk tempu itu aku tersangat tidak mahu diganggu dengan persoalan org lain dan tiba tiba emak menetapkan Ateh datang tinggal dengan aku. Arghhh mengapa kelam kabut sangat...mengapa tidak boleh tunggu sehingga lepas raya cina...mengapa semua nya perlu dilepaskan atas kepala aku...Atih bukan budak kecik...dengan TEGAS aku katakan NO pada Hubby dan minta disampaikan pada Mak...MY NO answer. Selang 20 minit aku sendiri telefon mak..dan berkata NO mak...semua boleh tunggu lepas raya Cina...saya cuma ada masa 3 hari dgn anak anak dan saya tak nak kelam kabut...Aku tahu Mak tak PUAS HATI.

Aku kenal mak aku. Cuma ku terima seadanya dia. pengorbanannya melebihi kekurangannya kerana itu aku perlu ketepikan kekurangannya yang sedikit itu. Biarlah Mak nak merajuk atau menjeruk hati, hati aku buka boleh terbuka utk semua situasi...apa lagi kalau sudah tercipta sekilas BENCI.Berilah aku ruang untuk bernafas sebagai aku...sebelum aku berdiri semula untuk melindungi Orang lain. pagi ini Mungkin Allah ingin menemukan aku dengan sikap Mak. Bila aku terpaksa mendailkan nombornya utk bercakap dengan hubby untuk bertanya pasal anak anak...suara Mak bagai seorang MUSUH. Jengkel..ada bau bau KEMARAHAN..ada GERAM yang tidak bertepi. Lemahnya kendiri ibu aku. Aku juga terlalu letih untuk melindunginya setiap waktu dan ketika...aku hanya manusia biasa.

Entahlah untuk berapa tempuh sikap DINGIN akan diambil oleh Mak. Aku hanya tunggu dan lihat. Sedari dulu beginilah sikap mak, pantang angin dia disekat. Aku tak kisah, cuma aku perlu pandai bawa diri, alhamdulilah aku bukan berharap dari iktiyar org, malah aku yangs ering mmebrikan ikhtiyar buat org, utk satu ketika terkadang aku TIDAK MAMPU, itulah hakikatnya. Fokus aku kini ialah, anak anak balik kesini, mengikuti aku ke out station, mereka boleh join pelajar pelajar aku dan aku ada masa utk mengajarkan fayaydh matematik disamping mengemas kinikan lagi MISSION HIDUP mereka. Seagi aku mampu aku akan berikan yang terbaik buat anak anak aku...coaching, counseling dan discipline. Inilah harapan aku dimasa akan datang dengan izin Allah.

Aku teruskan kerja seperti biasa, walau getar physical badan sangat tidak selesa, terasa LEMAH sekali dan darah membuak buak hingga aku menggigil. tepat pukul 11.30pagi aku terpaksa capai kunci kereta dan pulang segera kerumah untuk tukar baju dan urusan ORDER pelanggan. Alhamdulilah settle dalam tak sengaja, Allah beri aku ruang dalam aku tidak berdaya begini. Sekembali dari rumah dan post office, aku singgah utk quick lunch, sambil berbual telefon dgn sue...ahhh sue lama betul tidak dgr suaranya, kalau tak mau aku tak layan call sue hari ni...dek lama dan bukan senang nak berbual dgn sue aku kena layan sue...sue ni always busy not always easy!. Entahlah trip kami keMedan menjadi aku tidak, kalau menjadi bermakna aku kena ON cepat BONDA BUTIK ONLINE. sambil pergi boleh beli stock sedikit terutama JUBAH diMedan Mall.

Aku rasa aku BERJAYA pertahankan EMOSI aku dihari ini, aku lebih rilex walau dalam banyak benda tidak settle, hidup ini tidak boleh juga terlalu inginkan kesempurnaan, tak terkejar kita jadinya, cuma hari ini terasa KURANG bila rutin sdikit berubah, tidak mengunjungi masjid, tiada alunan bacaan Quran setiap solat waktu, namun hati tetap cuba berzikir sebanyak mungkin semenjak semalam...semoga zikir zikir ini akan menjadi bunga bunga mekar dihati yang akan terus membekalkan ENERGY POSITIVE utk kekuatan seluruh jasad dan ruh aku sebagai hamba yang naif dimuka bumi ini. lagi 1 minit pukul 4 petang, sedikit kerja kerja terakhir hari ini yang perlu disiapkan...pukul 5.15pm aku perlu balik dan siapkan diri dan apa yang patut sebelum keluar kerumah adik Linda di Kota damansara untuk makan malam bersama. Aku sayanga dik adik aku, sebaik mungkin aku ingin adakan banyak kenangan susah senang bersama, kalau sempat aku ingin menjinakkan hati mereka kearah KETUHANAN. kerana hanya itu yang pasti dalam hidup ini, dan hanya itu yang bakal menghimpunkan kami kemabli ditempat yang sama.

Ahhhh hadiah Adi belum dibeli, kesian hasrat anak yatim ini semoena ulang tahun ke ke 7nya, belemu dipenuhi..diam diam sudah bersekolah dia...aku perlu kirimkan sesuatu buatnya sebagai tanda kasih sayang. Esok sudah khamis,kalau pos jumaat ahad boleh sampai, aku putuskan raya cina nanti aku tidak kesana kerana amsih baru sesi visit yang lepas. Aku perlukan masa banyak dengan fayyadh utk tujuan rivision math itu yang lebih penting.

Semoga makan malam malam ini sangat bermakna buat aku dan adika dikku...yang apsti air tangan acik saling tak tumpah macam mak...aku pernah cakap dgn fatin, kalau mak mati, kita bodeka cik masak utk kita bila kita rindukan mak...dan kalau misi bisness angah tercapai, Acik adalah share holder tetap yang mengurus kitchen dan menu utk Cafe Bonda angah....ya Allah capaikan lah hasrat ku ini satu hari nanti Aminnnnn.sesungguhnya melalui hari ini walau sedikit teruja dgn dugaan namun Dugaan ini sekadar gerimis pagi hari yang kdg kdg semakin membuat kita lebih BERSEDIA.

maha HEBAT ATURAN mu ya Allah!