Friday, February 19, 2010

Takdirnnya.....Aku dan Alya



Hari ini 19 Februari 2010...genaplah setahun pemergian arwah adikku Azman. Seorang adik yang penyayang, pelawak, sentiasa senyum penuh jenaka menyentuh hati..kadang kadang bila berkongsi cerita cerita sedih dapat dilihat riak wajahnya menerima kesedihan dan keperitan bersama dan seringkali aku melihat matanya berkaca menahan airmata jatuh bila menerima sesuatu musibah dalam keluarga kami. Aku baru selesai mebaca yasin sebagai hadiah istimewa buatnya...sungguh aku lupa tarikh keramat hari ini tetapi semalam aku bermimpikan dia...merenung aku dalam wajah seriusnya...dan pagi ini aku terkenang kenangkannya sepanjang pemanduan kereta dan hati ini tenang...aku sudah meredhai pemergiannnya cuma hati ini masih sarat ...sarat merindui tawa cerianya dalam kekeluargaan kami.

Selepas satu jam di pejabat, aku menerima sms dari isteri arwah mengingatkan tentang hari ini...patutlah..patutlah aku bermimpikannya...patutlah aku terkenangkannya. Di screen komputer ini, aku letakkan gambar aku dan Alya sebagai wall papernya. Kini Alya adalah segalanya. Bila aku mendukung Alya..aku berbisik ketelinganya...Alya Azman...Alya Azman..ummie sayang Alya!!! wajahnnya saling tak tumpah wajah adikku semasa kecil. Adilnya Allah ..masih memberikan kami ganti Azman untuk terus dikasihi, dikesiani..dimanjai. Aku merasakan Alya begitu dekat dihatiku. Pulang kekampung tempohari, bukan beriya sangat untuk menyambut kenduri adik...tapi sarat hati aku ingin melepaskan rindu buat Alya. Alya sentiasa didukunganku. Dia tidak menagis bila berada denganku...betullah...kanak kanak memang peka dengan naluri..mungkin naluri kasih semulajadi yang ada pada aku dikenalinya. Aku pasti senyum..ketawa dan memanggil nama Alya bila memandang wajahnnya di PC dan telefon...aku bangga memiliki ganti Azman pada diri Alya dan aku ingin menjadi segalanya buat dia...aku ingin menceriakan takdir hidupnya. Aku kini bukan memiliki seorang anak perempuan, tapi dua...dan yang kedua ini ialah Alya...dijagai oleh adik iparku Izan.

Alya dlahirkan selepas 5 bulan pemergian ayahnnya, Arwah adikku. yang pergi...tetapkan pergi...kita yang hidup kena terus hidup dan berbakti. masih aku teringat bagaimana rupa adik iparku terbaring menunggu saat saat genting melahirkan anak tanpa suami disisi. masih aku teringat panasnnya airmata adik iparku meluahkan rasa sedihnnya tanpa suami dikala melihat semua orang ada menyambut anak bongsunya. Arwah terlalu menginginkan anak perempuan. cantik baby perempaun memakai baju bertali halus...seksi..selorohnya sambil tersenyum. Arwah menghadiahkan baju bertali halus pada anak buah belah isterinnya yang baru mendapat anak perempuan. Arwah tidak sempat melihat betapa cantik, mongel, gebu dan sempurnannya anak perempuan yang diidamkannya. bila aku merenung muka Alya...aku seolah merenung muka adikku yang penuh manja..penuh kasih sayang. Azman adikku memang dididik penuh kemanjaan...tidak hairanlah dia pandai memanjakan orang lain..itulah kuncinya. pada hari kematiannya, penuh kawasan rumah mayat hospitak kaual terengganu dihujani kunjungan kaum keluarga jauh dan dekat...semuannya sugul dan mata kemerahan...siapa Azman pada mereka?..Azman seorang yang sangat perihatin kepada kaum keluarga...dialah pembawa berita siapa tidak sihat..siapa akan ke Mekah...apa dan siapa dikalangan keluarga kami. dia tidak berkelulusan sarjana komunikasi...tapi bicarannya tidak pernah buat orang terluka malah gurauannya berbekas dihati membuatkan orang terus ingin katawa mengenangkannya. Dia tidak berkelulusan psychology dari mana man universiti, tapi dia mampu merendahkan diri memahami bahasa suka duka kaum keluarga malah apa yang sensitif dan apa yang tidak dia cukup peka. itulah adikku..satu satunya seperti dia. Emak pernah berkata, pemergian Azman seperti kehilangan sebuah mentol lampu yang paling terang dari 6 mentol lampu biasa. Kini mengingati segala keceriaan bersamanya bisa menitiskan air mata kami.

Dia agak garang dizaman kanak kanaknya...bila mendidik anak dia seorang yang sangat lembut dan penayabar...dia tidak sekolah agama..tetapi bila berkahwin dia mengimamkan isteri dan anak anaknya. Aku menangis sendiri melaihat perubahan akhir adikku. dan diam diam aku amat berterimakasih kepada keluarga mertuanya yang mendidik melengkapkan jatidiri Azman yang tidak terbuat oleh kami.Aku amat tersentuh hati bila mendengar rintihan bapa mertuannya bila berdoa...ya Allah kau tempatkanlah menantuku ini dikalangan orang orang yang beriman...aku amat mengasihinnya ya Allah...kami seisi keluarga hanya mampu mengalirkan airmata. Terimaksih penuh kasihs ayang buat Cik dan Ayah...Azman adikku sebenarnnya sangat bertuah seumur hidupnya...ditakdirkan dia berkeluarga dengan cik dan Ayah yang penuh kasih sayang dan meletakkannya sebagai seorang perunding dan people leader didalam keluarga Cik dan Ayah. kepada Adik iparku Izan...tabahkan hatimu sayang....hidup ini terlalu singkat...Izan tidak keseorangna kehilangannya..kita sama sama kehilangan dia...Buat apik..adi dan Alya...semulia muila rasululah juga dilahirkan yatim...namun Allah mengantikannya menjadi insan lebih mulia...kalian sebenarnya bukan orang lain dihati Ummie...kalianlah anak anak ummie melengkapkan bilangan semuannya menjadi 6.Inilah takdir kita...inilah takdir ummie...hidup ini indah dengan sebuah perkongsian abadi...sayang selalu khas dari ummie!!!!!