Thursday, July 1, 2010

Jendela baru.....


Pagi Jumaat ini segar walau semalam agak kepenatan kerna minda penuh. penuh dengan perbincangan, perancangan bulanan dan srtagey yang dikongsi bersama kenalan baru Kak Ella.

Sekembali dari office yang agak lewat, aku terus menuju ke CURVE DAMANSARA. Masuk saja ke Kuala Lumpur hujan lebat tidak terkata dan aku teruskan perjalanan dengan perlahan lahan. JAlan menuju ke Persiaran Surain seperti biasa bila hujan lebat ada banjir di traffic light sebelum Shell yang meyebabkan perjalan kenderaan di situ bagai terhenti. lantaran itu aku membelok kan kereta ke alternative melalui sebelah susur ke Penchala Link. Alhamdulilah tepat pukul 7.30 malam akus ampai di Curve dan dengan mudah mendapat parking. Aku sms Kak ella yang masih aku belum lihat wajahnya memberitahu aku telah sampai dan terus ke tempat solat menunaikan solat maghrib. dalam solat, aku terasa dekat dengan Allah kerana aku sangat yakin Allah sudah mengatur segalanya buatku lalui. Alhamdulilah.

Selesai solat aku menuju ke depan 7 eleven, tercari cari wajah seseorang ...muda kah dia..tuakah dia...bila aku dailkan nombornya aku melihat siapa yang mengangat dan bercakap di telefon...sedang aku bertanya ...you kat mana??..aku terdengar suara luaran lebih jelas dari suara di telefon. kelihatan seorang perempuan yang sederhana , tinggi lampai berpusing kebelakang terus aku hulurkan tangan...saya Asniza...oooo saya marshila. kami berbual sedikit tennat keadaan jalan tyang teruk dan bersetuju mencari tempat dudk sambil minum untuk berbincang. Akhirnya kami memilih Coffee Bean.

Seorang yang berperawak menarik, nampak berpengalaman dan yang plaing ketara dia tidak kelihatan terlalu manis berbicara ...cuma bersahaja tapi mesra. dia bercerita semua tentang selok belok operasi pelancungan dan apa tugasan dan kelebihan part time seperti aku. Aku seklai lagi memberitahu Kak ella, panggilan yang di ajarnya setelah memperkenakan diri dan jarak umur kami hampir 10 tahun, tapi dia langsung tidak kelihatan Tua, niat dihatiku bukanlah wang ringgit tapi lebih kepada pengalam baru memandangkan ada fakto penolak dan penarik untuk aku mencuba bidang ini...antara yang menarik...aku gemarakan Travelling, aku mempunyai ramai kawan yang hubungan persahabatan yang panajng, aku suka menemui kawan dan kenalan baru, aku seorang sosial type, aku sukakan aktiviti fun dan excited DAn antara faktor penolaknya ialah umurku lagi setahun 40, Aku ingin mengantikan kebosanan environment kerja dipejabat, namun dimasa yangs ama aku sayangkan nature kerja itu...ingin teruskan kerja tapi dimasa yang sama ingin happy dan tidak fikirkan selain dari hal kerja bila dipejabat. Aku sudah bosan beraktif dipejabat dengan rakan sejawat yang lebih banyak akhirnya melemahkan diri sendiri kerana mereka sering mengungkit dan mengkritik...aku letih dikelilingi orang orang sebegitu. Mungkin banyak lagi faktornya yang tidak tersenarai disini.

semua faktor faktor itu dipersetujui kak ella. katanya dia jumpa banyak orang dan bukans emua dia pertimbangkan memandangkan dia seorang yang agak selective. kami bergerak secara diam kerana ini adalah startegi companynya dalam marketing dan ini juga strategi aku..hehe. sehabis berbincang pasal kerja, kami bercakap perlbagai isu isu kehidupan yang berkait persahabatn dan perkahwinan. Aku sempat berkata pada Kak Ella, saya kagumi kak Ros...very out going tapi lembut dan caring...selamba...saya ingin mencontohi dia...dan saya suka ada kawan seperti dia yang langsung tidak berkira, open minded, sporting dan yang paling penting suka bekerjasama dan bertindak pantas. sekurang kurangnya saya mampu mmeperbaiki mana mana kelemahan diri yang ada bila dikelilingi orang macam kak Ella dan kak Ros. yang paling hebat dimataku...kak Ros sangat memahami kerenah client...dan dia boleh act very profesional seolah olah tidak ada apa berlaku dan raut mukanya kosong....HEBATTTTTT!!! di masa yangs ama kerja jalan seperti biasa...kerenah orang tidak sesekali akan menyuramkan aktiviti dan harinya.

Aku terperasan, bila bercakap tentang marriage dan kehidupan, muka kak Ella ketawa merah padam. dan dia banyak mengiyakan...kami sama sama setuju..semua kita diduga untuk Allah memperlihatkan jalan lurus hubungan dengan Allah...dan bila kita bertemu jalan itu...kita sudah tidak kisah lagi perihal lain...kita ingin terus melangkah dengan BERANI dan kita menjadi insan yang SANGAT BAHAGIA.

hapir pukul 10 malam, kami bersetuju untuk pulang...aku menghantar kak Ella ke rumah adiknya yang berdekatand engan rumah aku..dan kami sempat bersalaman sambil berkata...Nice meeting you Za!!...thanks Kak Ella..advise me on everything!!!..I nak timba pengalaman baru ...nak berada di ruang jendela yang membuatkan I lebih mengenali manusia...kami sama sama senyum dan aku memusingkan kereta sambil melaungkan kuat kuat BYEEEEEE jumpa lagi...dia senyum dan aku meluncur laju.

Aku pulang dengan persaan yang puas dan aku senyum sambil bergurau dengan anak anak. Insya Alalh langkah langah ini diberkati...dipermudahkan..dan yang paling penting sesuatu yangs angat POSITIVE buat perkembangan diri kearah KEMATANGAN.

Will always communicate with you by email Kak Ella!!!!