Friday, May 18, 2012

Teratak Kasih Bonda:Teman dan sejahtera


Alhamdulilah kupanjatkan syukur pada Allah atas kurniaan RAHMAT KEHIDUPAN yang terlalu indah dan tersembunyi rahsia pelajaran dan pengajaran sepanjang usia dan setiap detik masa dan waktu. Hari ini Jumaat, hari yang sentiasa mengingatkan aku untuk mewarnainya dengan bacaan Al kahfi. Alhamdulilah juga, dengan izin Allah hari ini aku bebas dan bersih untuk terus menunaikan amanah dan menikmati IBADAT pada Allah. Tuhan yang menjadikan aku dari sehina hina kejadian tapi diberi penuh kenikmatan sepanjang jalan, dan didatangkan dugaan untuk membentuk hamba yang dekat dengannya. 

Untuk Jumaat kali ini, tangan terpegang buku kecil ayat ayat MANZIL. Buku ini diberikan oleh mdm Norliza sebagai tanda hati dan persahabatan. sudah lama aku tercari cari bilakah masa yang sesuai untuk amalan Manzil, sebab sebelum tidur aku selalunya membaca surah AlMulk. Hari ini kucapai manzil dan terasa ingin membacanya sebelum mula kerja sebagai amalan harian. Maknanya elok dibaca ketika sarapan pagi. Alhamdulilah saban hari Allah memberikan aku idea untuk pengisian spiritual diri sendiri. 

Sesambil menunggu tibanya waktu rehat yang panjang, aku perlu menfaatkan pada penulisan blog. Hari ini seawal semalam Kak umai sudah mengingatkan aku untuk keluar makan dan sembang sembang bersamanya. Sudah berminggu minggu tertangguh dan sudah bunyi lain macam tone rajuk kawan seorang ini. Aku terpaksa menolak perlawaan Noni semalam sebelum tidur, walau rancangan Noni untuk berjumpa aku agak penting. Alhamdulilah Allah masih memberikan aku kekuatan untuk menjadi insan yang mengutamakan orang lain dan bukan diri sendiri selamanya. Aku tidakpasti mana hendak dituju, ada kalanya aku seronok menjadi follower dan ianya lebih baik kalau kita beriya beri idea tapi dibelakang kita orang mengungkit itu dan ini. Persoalan tempat, makanan dan dengan siapa tidak pernah menjadi SUKAR pada aku.

Bersambung.....

Hampir pukul 4pm, aku baru 20 minit masuk semula kepejabat, agak lama keluar kali ini bersama Kak Umai dan Zalilah, kali ini memang aku berhajat untuk belanjakan mereka. Kami memilih Johnny Restaurant di One Utama. Aku yang orderkan menu steam boat dengan chicken soup bersama dessert dan minuman masing masing. Alhamdulilah sangat kenyang dan lazat serta begitu mengembirakan hati. Insya Allah dengan izin Allah aku ingin jumpa Zalilah lagi. Dikesempatan yang ada, aku luahkan pada Kak Umai apa yang ingin aku sampaikan dan apa yang aku simpulkan dan sudah aku buat ACTION. Aku harap dia faham walau tidak perlu menyokong aku. Manusia bebas untuk putuskan apa saja sendiri sekurang kurang dia faham stand aku pada seseorang diantara kami. Alhamdulilah hatiku lega rasanya.

Dalam minda disaat ini tiada apa yang ingin difakuskan lagi. Ingatan untuk pulang ke Teratak kasih Bonda membuak buak. Rindu pada anak anak, Bonda dan bak serta anak aank saudara. Ada beberapa kerja perlu disiapkan sebelum mengikuti kereta adik Linda pulang, baju baju perlu berada dijemuran, dan order order  IOPE untuk hari ni perlu dibuat. Badan terasa lemah dan mata terasa berat mungkin kerana air susu dan makanan yang sedang diproses. Sebelum balik sempatlah bersiap mandi manda dulu sambil menunggu dijemput Adik. Esok bakal menemui Alya dan Izan juga. 2 insan yang sangat dirindui. Tidak mampu untuk mencari masa menziarahi mereka diKT. Setakat ini jadula kerja dan urusan dengan client hampir penuh saban hari. Itu petanda rezeki semakin baik. Alhamdulilah ketika memeluk kawan kawan tadi, mereka sempat mengucapkan teima kasih dan mendoakan agar rezekiku bertambah tambah. teman teman beginilah yang bakal mengindahkan lagi dunia ini. Semuga kalian juga dilindungi Allah selalu.

Alhamdulilah semoga kita semua beroleh sejahtera. Amin