Thursday, December 9, 2010

Mama Pulang sayang!!


Jumaat kedua untuk bulan December, Aku tidak berkesempatan untuk menyertai bacaan yasin di arts programme office. Bila tangan menyentuh keyboard, tiba tiba teringat pula pada nasi lemak sambal sotong, atau sambal udang, dimakan dengan ikan bilis goreng dan telur rebus.Kecur air liur, lantas aku ketepikan keyboard dan berisap ke cafe berdekatan.

Nasi lemak ada di Cafe KAWAH THAI walau hanya sisa sisa lauk yang tinggal, aku ingin lepaskan rasa TETINGIN. Rupa lauk lauknya pun tidak begitu menraik, sambil meemsan Nescafe tarik, aku mulakan suapan pertama nasi lemak yang kurang menarik itu tapi aku sangat inginkan. SEDAP LAH!!! bisik hatiku...adakah sedap sebab aku sudah membina kesedpaan nasi lemak di minda, atau makanan itu memang sedap. Kebiasaanya sebelum pergi breakfast mindaku tidak pernah mencipta makanan sedap. hari ini ada kelainannya..for Yessss Minda boleh MEMBANTU!!!.

Perancanagn petang ini selepas kerja dan bersiap barang barang anak, kami berdua akan PULANG tepat jam 9.00malam. Itu time frame aku..dan aku perlu lead situasi sebelum terbabas melebihi waktu dan mengundang pemanduan yang mengantuk lagi mengecewakan anak anak yang sedang menunggu. banyak yang bakal dibawa pulang, selain kotak mainan, pakaian basahan anak anak, pakaian sekolah dan buku fayyadh termasuk juga barang barang yang dibeli untuk dapur MAK. Apalagi yang mampu aku lakukan untuk gembirakan mak.

Semalam selepas waktu kerja, aku bergegas pulang agak lewat kerana merihatkan minda seketika selepas sessi braisntorming yang agak panjang bersama 3 orang pelajar. aku terus emnuju ke ONE UTAMA sebagai mana yang telah dijanjikan dengan hubby. dalam perjalanan DK menelefon untuk belanja aku Roti canaid an kari kambing..haha terpaksalah aku tolak dan memberitahu perancangan aku padanya. kami makan di Food court , aku memilih Tepanyaki dan hubby hanya memilih soy dessert katanya dah pekena nasi ambeng terlebih dahulu. Adik Linda dan Adik fatin datang agak kemudian menyertaikan sekadar berbual bual progress plan rumah. Aku betul betul bergantung dan berharap dengan skill dan pengetahuan adik iparku Zamri. kalaulah bukan kerana dia mungkin aku tidak berani commit seorang diri. Hubby sudah meresteu ..automatik menyokong dan hati agak lega ..if anything happen ada plan financial back up dari dia...selalunya bab bab menolong dia tidak pernah mengecewakan aku. the best thing we put some one in the right place ...happy bercakap cakap..dalam percakapan itu banayak membantu memahami keadaan banyak juga ruang mendidik.

Pulang dari One utama, DK telefon lagi ketika aku masih dikereta,aku beritahu yang aku sudah keletihan dan nak mandi dan rehat..mungkin terus teridur dan dia berharap untuk bersms sebelum aku tidur. Bila mandi air panas badan kembali segar, aku terus terfikir untuk menonton DVD..HOUSEMAID. satu satunya cerita Jepun yang aku terfikir untuk membeli kerana ingin melihat corak hidup dan pemikiran masyarakat Jepun. Aku sms Dk untuk tidak digangu ketka aku menonton. jalan ceritannya menarik, penceritaan yang jujur dan ada kelainan dengan cerita cerita yang biasa aku tonton. Tidak mengecewakan!!.

selepas menonton aku bersms perihal cerita dan sust paparan masyarakat Jepun dgn DK. lepas agak 3 ke 5 sms aku mengucapkan GOOD NIGHT dan aku tidur lena dan terjaga agak lewat. Bestnya bila boleh tidur selalunya aku sukar tidur.TIDURLAH PUAS PUAS selagi boleh tidur..kerana rehat sebetulnya untuk minda dan badan ialah tidur.

Aku sedang menjalani hidup hidup penuh pengisian, aku sedang menjalani hidup yang agak berbeza dari orang lain. Aku tidak ingin menciptakan persamaan lantaran aku lebih memahami apa yang aku alami dan apa yang aku ada, siapa dan bagaimana mereka mereka yang hidup dengan aku. Kita sedari dulu berbudaya mengikut orang wahal kita belum pasti orang yang kita ikut itu adakah bahagia atau kelihata ceria luaran sahaja. sedang dalaman mungkin PERIT.

Bila aku ketuk puntu hatiku, adalah aku akan gembira segembirannya hidup ketiadaan anak anak disisi?. mana ada ibu yang sanggup berpisah dengan anak anaknya. dan aku juga pasti suamiku sani juga merasai benda yang sama. Namun menegnali siapa aku, siapa suamiku. apa kekuatan kami berdua dan apa kelemahan kami berdua, tinggal bersama dengan anak anak lebih memberi tekanan pada anak anak itu sendiri. Mereka sudah semakin membesar semakin mengerti semakin gemar mencontohi, kalau kita tidak mampu lead mereka dengan CONTOH terutama abab bab discipline, spiritual dan ibadah kita sebenarnya sudah membuka ruang kealpaan pada anak anak. Keadaan kami hanyut dengan stress, hidup yang hectic, perjalanan ketemapt kerja yang jauh, stress hubungan, stress tempat kerja, stress kesihatan dan macam macam.

lantas aku mengambil step, biarlah aku korbankan naluri keibuanku yang tidak sanggup berpisah dengan anak. Memilih untuk mengutamakan faktor sekeliling dan peluang yang cukup tenang buat anak, seseklai kami menyusun untuk bersama dengan kualiti time dan keputusannya anak bersekolah dan tinggal dengan mak. satu kelemahan melawan berpuluh kelebihan, biarlah..aku mampu mengenepikan resah rindu dihati pada anak anak. Aku bijak mengatur kesibukan diminda pada minat dan pengahyatan isi buku yang selari dengan kerjaya.

Minggu ini minggu kedua kami mula tinggal berasingan. ada nada rindu pada naak anakw alau dalam ekriangan, kerana itulah hubby mengcadangkan untuk pulang menjenguk mereka sambil menjenguk mak. inilah takdir hidup aku, walau perit didalam, namun keperitan ini untuk memberikan ruang yang lagi penting pada orang lain, suami dan anak anak. Hubbyku sani selamanya tidak akan mengatakan sesuatau yang berbentuk pengunduran, mengaku penat , kalah atau lemah walau kesannya kita sendiri dapat tenguk dan kaji, namun nasib baiklah bila aku menggunakan segala skill yang ada memujuk dia untuk mengaku KETERBATASAN diri kita..jangan EGO sedang banyak orang jadi mangsa..akhirnya kami MUTUAL dan bersetuju dengan STEP ini. Sebagai permulaan, 2 buah basikal dibeli untuk fayaydh dan harraz...anak anakku memerlukan ruang yang cukup santai, ruang yang penuh kasihs ayang dan keharmonian, semoga rindu mereka pada kami dan rindu kami buat mereka cukup megajar mereka jarak bukan pemadam kasih abadi malah jaraklah menguatkan lagi CINTA dihati. Cinta yang sering diulit RINDU...aku tersenyum gembira saban hari mendengar laoran mak pada perkembangan anak anak, makan minum mereka, perbualan dan perbuatan mereka, setiap kali berpisah lagi kami kerinduan untuk kembali bersua dan berpelukkan...terkadang untuk bahagia yang banyak perlulah KORBAN SEDIKIT. Korban naluri ibu disudut hati.

Hari ini mama kembali sayang !!