Wednesday, November 17, 2010

Mohon barakahmu Ilahi


Pagi Ahad, Aku begitu kepenatan sekembali dari Genting Highland bersama Samina dan DK. Apa saja saranan dan idea mereka berdua padaku bukan mudah untuk aku terima tetapi ada satu peluang untuk aku menerokai pengalaman dan pegetahuan...aku janjikan sesuatu pada DK..let me digging the hole..see either the hole is our good chance or not...it depends on our luck and Rezk.

Kepenatan pagi ahad itu menjadikan alasan untuk aku memilih Mc Donald sebagai tempat breakfast dihujung minggu. Selepas seisi keluarga bersiap, aku mengingatkan Shahrin untuk berkemas, ada beberapa helai baju dan seluar suamiku memberi padanya. Kami rasa puas dapat membantunya seadanya kami...sebelum singgah di Mc Donald, aku membeli sabun mandi dan sabun basuh untuk shahrin bawa ke hostel kerana bila aku bertanya tentang keperluannya dia menjawab semuanya tiada madam, saya hanya meminjam kawan punya.

Aku memesan Mc Chicken set value meal buat shahrin, dia berbual agak rancak dengan suamiku tentang bola sepak. padaku, cukuplahs etakat minggu ini sebagai permulaan kerja kerjanya dirumahku. Kebetulan aku agak sibuk keluar untuk menitor sepenuhnya kerja kerjanya, suamiku seperti biasa dia agak susah untuk mengarah dan mengorder. Selesai makan, kami beransur ke KL sentral, semasa aku menolong sahrin mengeluarkan begnya, aku hulurkan wang hasil kerjanya, terlebih terkurang madam minta halal dan madam sedekahkan. Dia bersalam dengan suami dan anak anakku. hati aku terusik dengan renungan mata Shahrin, renungan dan senyuman terimakasih dariinya. dalam hati aku berjanji apalah sangat jika aku memilih untuk berbakti sebegini kepada mereka yang sangat memerlukan perhatian dan tunjuk ajar kita, aku sanggup melakukannya dan aku memilih untuk terus melakukannya.

Melihat Shahrin berjalan menuju kedalam KL sentral ahti aku terasa sayu, Ya Alalh kau peliharakanlah dia..kau bantulah dia demi nasib ibu bapa dan adik adiknya. Aku banyak diam didalam kereta sebelum emlayan kerenah anak anak yang menjerit meminta untuk menuju ke mana mana shopping centre. Dalam diamku aku terkenang kehidupan seperti Shahrin dalam harinya terlalu sedikit rasa bahagia, dalam tidurnya sering datang resah yang tidak berkesudahan. kesian dia, melalui perit jerih diusia yang awal. Kekuatannya bukan banyak kerana itulah kita perlu menyokong dia agar dia mampu berdiri agar tegak demi kehidupan keluarga dan dirinya sendiri.

Aku melewati pasarana CURVE berdekatan rumahku. Melihat gelagat manusia mewah disekelilingku yang rata rata setakat 3 ke 4 ratus sekali makan dimeja tidak menjadi masalah buat mereka. Berbelanja sesuka hati semuanya barangan new arrival, ketawa berdekah dekah mereka serasa dunia seakan tidak akan berakhir dan dunia ini milik mereka sepenuhnya. teringat aku pada Shahrin, sudahs ampai ke dia atau belum, senang ke susuh dia mendapat teksi, lantas aku menelefonnya...aku berpesan kepadanya untuk terus pulang dan buat persiapan untuk kekelas esoknya. Alhamdulilah dia sudah selamat menuju ke asrama.

Aku merenung anak anakku, mereka agak bertuah, mereka ada ibu bapa, mereka mampu mendapat apa yang mereka minta, makan sedap, mainan dan pakaian agak terkini. lalu aku berkata pada anak anakku, kita tidak boleh ikut hati..kita ken aingat dalam duit kita ada duit org lain..kita kena rasa bahagia untuk berbagi, abg shahrin dan mingkin abang dan kakak yang lain memerlukan bantuan kita sedikit sebanyak. Aku pesan pada anak anakku..kita kena rasa simpati pada orang lain nak...janagn diturut hati yang rakus itu..semua nak...itu nak ini nak. Anak anakku seakan faham dan diam...aku janjikan pada mereka, nanti kita jumpa abang shahrn lagi!!!

Berkatilah pertemuan dan kerjasama kami ya allah...Ameeen...mohon barakahmu ya Ilahi!!!!