Thursday, April 12, 2012

My 41 turning point.

12 April 2012 bersempena genaplah 41 tahun umur pinjaman Allah ini. Alhamdulilah atas tempoh ini, aku syukuri atas kurnian besar dari Allah tapi detik ini biarlah aku abdikan sejarah hari ini khas untuk mengenang bagaimana aku sudah gunakan 41 tahun tempoh umur yang berupa amanah besar dari Allah swt buat diriku. 12 April 1971 aku dilahirkan di Kg Buloh Kuala Berang oleh sepasang suami isteri yang miskin dan serba kekurangan. Hidup dikelilingi saudara mara jauh dan dekat, tidak pernah terhenti sifat ambilberat dan penyayang dari mereka. mak hanya mempunyai satu satunya kakak iaitu yang aku panggil ummi dan dia ku anggap seperti ibu sendiri. Sejarah dunia kanak kanakku yang agak terpinggir sebagai anak no 2, kerana dimata mak ketika itu ialah adik dan dimata bak ialah kakak. Ditambah dengan sikap diam dan menerima seadanya apa yang diberikan orang namun didalam hati ada dendam yang dibawa hingga hari ini, aku ingin menjadi seorang yang lebih baik dari yang diatas dan dibawah aku, supaya satu hari semua orang tahu siapa aku. Tekanan ini sudah menjadi titik tolak kekuatan dalaman buat insan seperti aku untuk meneruskan hidup yang lebih berjaya. Seawal disekolah reandah, impian untuk kemenara gading menjadi paksi, kesusahan keluarga menjadi dorongan, dendam kerana sering diketepikan menjadi istiqamah. Aku bangga dengan langkah bijak bak menghantar aku kesekolah agama yang banyak membuka mata hatiku sebagai seorang manusia yang bertuhan. Selepas keputusan terbaik ini, sekali lagi bak mencipta keputusan terbaik buat aku untuk meneruskan pengajian di UIA. Hingga hari ini, bila melihat bapa pelajar memikul beg, memori 30 tahun yang lalu terimbau, begitulah bak memikul beg menghantar aku ke Univeristi sambil berpesan ...kita org miskin, belajar pandai pandai. Aku hanya seorang anak kampung yang dungu, tapi bak telah meniup banyak semangat berkobar kobar untuk berjaya, tambah lagi simpati aku pada keluarga terlalu tinggi. Sepanjang hidup bergelar pelajar, takdir Allah pada perjalanan itu terlalu manis buat aku. Aku bertemu dengan banyak orang yang sangat menghiburkan dan mendokong setia kawan. Hingga kini kami terus bersahabat. Prinsip bak terlalu banyak mengekori aku, buat orang gembira dengan kita, dan tolonglah orang tanpa mengharap balasan. Inilah rahsia menjadikan aku ramai kawan hingga kini. Aku tidak reti untuk berpuak puak, aku tidak betah untuk hipokrit sana sini. Aku pernah berjanji pada keluargaku, aku akan membalas susah payah mereka, aku perlu memberikan mereka kegembiraan dan kesenangan sekaligus mengubah keadaan mereka. Bila berkahwin, aku memilih lelaki yang sangat dipersetujui oleh bak, kerana suara bak dan mak sangat penting dalam hidup aku. Semakin besar hasratku untuk menyumabng pada keluarga, semkain besar jugalah kepergantungan yang Allah berikan pada kau terhadap mereka. Aku menumpang kegembiraan dan keceriaan keluarga. Aku kira aku mampu menjadi provider buat mereka, takdir Allah menjadikan aku dan mereka saling berkeperluan satu sama lain. Alangkah bertuahnya aku masih memiliki mereka disisi. Budi dan hati kedua ibu bapaku turut menjadi tempat untuk ku mencari damai dan mengubat luka dihati. Inilah suratan namanya. Disisi mereka adalah tempat paling bahagia buat aku dan anak anak. Diduga oleh Allah dengan kemelut rumah tangga menajdikan insan biasa seperti aku ini hilang keyakinan untuk terus membina anak tangga kehidupan bersama seperti orang lain. Atsa rasa tidak yakin inilah, membuatkan aku terfikir untuk mebina teratak kasih bonda buat mereka, kalau aku hilang sedikit kasih suami dengan dugaan ini, biarlah aku membuka ruang kasih yang lebih besar buat semua mudah mudahan bila Allah menyukai hati yang pengasih, luka dihati ini bisa terubat akhirnya, kepercayaan dan keintiman itu terbina semula dengan keajaiban dari Allah. Disinilah aku abadikan kasih buat mereka semua adik beradikku, anak anak dan anak anak saudaraku serta suamiku walaupun satu ketika nanti mungkin bak dan mak sudah tiada. orang tidak merasai apa yang aku alami, orang tidak duduk disituasi aku, orang tidak berfikri seperti aku, aku berhak menentukan apa yang aku fikir demi kebaikan anak anak dan keluarga. Andai mataku terpejam dan nafas terhenti satu hari nanti, sekurang kurangnya nasib anak anak dan keluarga ku terjamin sedikit, selebihnya biarlah Allah yang menyusun aturkan kerana dia sebaik baik tuhan yang berkuasa dan bijak mengatur. Apa yang aku beri pada keluargaku, ini adalah yang terindah dari hatiku buat mereka. Aku tidak kisah kalau aku tidak ada apa apa pun kerana semua itu tidak akan mengiringi aku ke alam barzakh sebaliknya doa anak anak dan keluarga sangat aku dambakan. Alhamdulilah, benar sekali, dalam hidup ini bila kita bahagiakan hati mak, kita maafkan suami, pintu rezeki pasti terbuka luas. Semenjak etrbinanya teratak kasih bonda, rezeki buatku tidak pernah surut malah datang dalam pelbagai bentuk dan dengan cara tidak terduga dek akal kita. salah satu rezeki yang besar yang aku terima dari Allah ialah KEINSAFAN. Bila tiba tiba hati ini menjadi takut, takut pada masa, takut pada amaran Allah, takut pada isi isi al Quran, takut pada terlepas peluang dengan Allah. tiba tiba hati mneyesali kerana selama ini meletakkan entengnya hal hal kegamaan dan tidak pernah menaik tarafkan usaha pada ibadat secara keras dan serious. Aim pada spiritual tiba tiba menjadi No 1 dalam perancangan hari hari, mingguan, bulanan dan tahunan. Alhamdulilah. Selama ini Keislaman dari kecil menjadikan sifat take for granted aku, apa lagi bila tiada pendedahan cara hidup dalam tarbiyah masa kecil, malah rasa cukup bila hanya datang dari pelajar sekolah agama, masya Allah semua ini betul betul mengelirukan aku. Ampuni dosa dosa dan kealpaanku ya Allah.Merenung jauh pada KERUGIAN lalu menjadikan aku sangat SERIK.Wahal tiada yang lebih baik sebenarnya untuk hidup yang paling baik demi Iman dan islam ialah membina keimana dan ketakwaan. Bila 2 urusan ini terjaga, hal hal kebaikan dunia dengan sendirinya terpelihara. Alhamdulilah, Allah sentisa menarik perhatianku padanya, sering mengawasi gerak langkahku, malah terserlah suara suara hati dan bisikan kalbu yang banyak membaikan keadaan ku. Allah masih menitipkan Iman pada sang pelupa seperti aku ini, sisombong mcm aku ini, maha pengasihnya Allah. Cara Allah menguji aku dalam pengkhianatan orang, dalam kasih sayang kawan kawan, dalam tekanan dari insan insan aku memberikan mereka sepenuh hati, tekanan datang silih berganti, diperlihatkan padaku sebaik mana pun manusia mereka tetap tidak sempurna, sepandai mana pun manusia, mereka tetap alpa, sehebat mana pun manusia mereka tetap terhad dalam mengurus hati dan jiwa sendiri. Aku sering keseorangan, rupanya rasa itu yang membawa rasa BERTUHAN. Tiada siapa yang boleh diharapkan sebaik baiknya melainkan Allah, pinta pada Allah sepenuh hati, pasti Allah akan memberikan sesuatu buat diri kita. usah terlalu berharap pada manusia, kita sendiri tidak pasti siapa dia, apa yangd ia mahu sebenarnya, sejauh mana imannya, sejauh mana ketokohannya. Allah yang selalu bersama kita, dalam pejam dan jaga, susah dan senang, suka dan duka, lemas dan ceria. Sebagai hambanya yang diberikan peluang kasih sayang, aku akan terus berusaha dengan solat solat wajib dan sunatku, wirid wiridku, zikir munajat dan mathuratku pagi dan petang, penghayatan alunan kalam suci Quran pada surah surah pilihan yang menjadi amalan rasul rasul, beruasaha untuk bermunajat disepertiga malam seperti bisiknya seorang kekasih pada kekasih yang dirinduinya. ya Allah dari tempuh ini, aku tidak pasti sampai tempuh berapa banyak lagi yang dipinjamkan Allah pada aku sebagai tempuh untuk aku mencari REDHA Allah...mencari nikmat cintanya yang bisa menjadikan aku hambanya yang sejati. Mohon kekuatanmu, kesabaranmu, kecintaanmu yang tidak berbelah bagi ya tuhan semesta alam. Aminnnnn.