Tuesday, March 8, 2011

NLP atas nama REZEKI




Alhamdulilah sekali lagi untuk bulan March boleh tampil diblog ini untuk meneruskan garapan garapan idea dan pengalaman. Waktu seakan bukan lagi 24 jam sehari sebaliknya hanyalah 12 jam sehari selebihnya Otak tidak mampu memaksa diri walau dalam kepala masih banyak yang perlu difikirkan, dibincangkan dan yang paling penting ACTION.

Hari ini tulisan Blog memduduki tempat kelima dalam Todo list kerana mengenangkan sudah lama tidak menejngah blog, pukul 2 barulah boleh membuka dan mencari kembali mana yang suka ditulis hari ini berdasarkan senarai imabasan ingatan yang terfikir yang sudah pun dicatat terlebih dahulu. mata terus menangkap NLP atas nama REZEKI.

Segalanya bermula bila aku membuat panggilan kembali kepada 2 missed call yang terpampang discreen telefon pejabat. pada mulannya ingatkan Ina atau Boss yang cari, karana selalunya mereka berdualah yang suak mencari aku ditalian pejabat. tapi tertera nama Raja Shikin. Dalam hati tertanya apa Syikon nak ya..pasal maklumat students yang datang untuk kaunseling Ke..sesambil terfikir fikir itu tangan laju mendail balik no missed 2 call dicorong sana terdengar serak Syikin menjawabb dan terus excited menerangkan hajatnya. Menggantikan dia untuk attend course yang sudah dibayarnya hujung minggu.

Ahh dalam waktu waktu begini sedari dulu Aku sangat dahagakan ruang COURSE yang boleh membawa minda, hati dan perasaan serta meransang semula idea idea baru. bagai orang yang tidak begitu kenyang diberitahu ada makanan yang lazat untuk aku..Terus aku menjawab Ya ..No Problem dan memberikan email dan no telefon untuk confirmation. kalau ikutkan hati dan kemalsan hujung minggu, tuhan saja yang tahu perkara paling sedap ialah bermalasan diatas katil agak lama sedikit tapi seakan ada satu daya dari dalam diri mencabar aku SERIOUS..kalau janji pergi kena pergi.

Royal Bintang Hotel Bukit Bintang Kuala Lumpur adalah tempat yang agak asing bagi aku. Lantas aku meminta Hubby untuk mengahntarnya dan dalam kepa aberkira kira untuk mencari bilik agak aku tiada masalah dengan hari esok dan tempat Solat. dengan langakh yang biasa aku menlangakh keruang pendaftaran yang sudah seakan sunyi kerana ku lewat 20 minit lantaran hubby tersilap jalan. Sejurus aku masuk aku terasa seakan ENERGY menerpa diri, hati berkata aku sudah mengorak langah yang berbeza dari selalunya, aku sudah keluar dari COMFORT ZONE yang sangat sukar terutama diwaktu weekend begini tanpa arahan SESIAPA. Dengan langkah selamba aku mencari tempat kosong, seperti biasa aku persaipkan diri dan perbetulkan hati, alang alang datang biarlah dapat perkara at least pada LEAST dalam senarai.

perkara paling LEAST dlm senarai aku ialah sekurang kurangnya weekend ku terisi dengan ruang menuntut ilmu, apa saja ilmu, apa saja pendedahan, aku tidak mahu disiakan begitu saja kerana tukarannya sekarang ialah anak tiada disisi. Sia sia kalau anak tiada aku membuang masa. 30 minit aku memasang telinga dari baris 3 dari belakang, tiba tiba aku tearsa sesuatu yang hebat bakal terjadi, apakah pencarian aku selama ini pada COURSE dan ruang programme pemantapan minda dan diri sudah terjawab. dalam 30 minit itu aku membentuk Focus yang lebih mendalam kerana aku sudah sense yang programme ini hebat patutlah ia dinamakan BREAKTROUGH GURANTEED.

Pengendali progarmme ini ialah SAM WITTEVEEN pertama kali pertama untuk sejarah course yang aku attend seumur hidup sepanjang kerjaya baru kini seorang bangsa asing dan orang Inggeris menajdi peluang baut aku. Inilah yang aku sibuk ggogle di singapore dan Uk selama ini sebagai langkah mengiyakan apa yang pernah dicadangkan oleh sahabatku yang kini sudah menghilangkan diri Mai Ishak. Apalagi kali ini aku tidak perlu keluar dari Malaysia. Tiba tiba aku terasa aku berdiri diatas CIRCLE yang bernama PELUANG. tiba tiba aku terasa mengapa aku yang terilham oleh syikin sebagai gantinya wahal kami bukanlah sahabat yang sangat RAPAT. Teringatlah aku pada usaha usaha kecilku untuk mengimarahkan diri dengan solat jemaah, Alquran saban hari, yasin dan Kahfi pada hari jumaat serta hari hari tertentu iaitu Isnin, khamis dan jumaat untuk aku berada dimasjid, Inilah takdir rezeki kerana Alalh melihat aku, kerana sudah tiba masanya Allah memenuhi bisikan halus hatiku yang kuat dari keinginanku. Ini semua kerja Tuhan yang mendatangkan Ilham dihati Syikin.

Dari permulaan 30 minit hinggalah pukul 6 petang keesokan harinya, aku sentiasa berposition SEDIA MENDENGAR tanpa sedikit pun rasa mengantuk, jemu atau fed up malah hati ku tidak putus putus mensyukuri diri kerana aku berada dan sedang berdiri bersama 400 org org yang sedang melihat peluang. Planning asal yang dalam teragak agak terus jadi SERIOUS lalau aku membuats atu pesanan senarai pada hubby untuk mengambil keperluan esok hari dan waktu rehat aku terus check in dihotel yang berhadapan dengan Royal Bintang Hotel dan sejurs masuk aku Solat Zuhur untuk berkejar ke sessi seterusnya.

Tempuh 2 hari singkat tapi padat dan FULL OF FUN IN LEARNING. otak aku seakan AWAKE sehingga malamnya aku sukar tidur walau otak terasa penuh dan letih. Fokus programme ini ialah THINKING. Keadaan aku secara PERIBADI, Career dan persiketaranu memerlukan perubahan cara Thinking untuk lebih berjaya dan directive. Aku membeli 2 buku yang ditulis sam pada petang hari pertama dan dihujung programme, buat pertama kali aku beratur untuk mendapatkan signature dan mencari peluang untuk break the eyes privately dengan Sam. Petang itu aku antara orang terakhir, engan selma aku menghulur buku untuk ditandtanganinya sambil mulut aku mesra memperkenalkan diri, hi sam, I am niza what a lucky me today to be here in your programme , i enjoyed it so much..senyum lebar mat salleh tu sambil merenung mata aku dan amtanya mempelihatkan aku desire to educate people dalam dirinya. Aku sudah berjumap dengan MENTORku. Selesai dia meletakkan tandatangannya dia berbual seketika denagn aku dan bertanya itu dan ini tenatng kerjayaku dan sempat kami berjanji untuk bertemu lagi dalam comprehensive course dan dia tidak pasti harganya.

Keesokan harinya, aku terlambat juga tapi 10 minit sahaja, ada satu rasa KECEWA dan FRUST pada diri sendiri, kenapalah masa aku terjaga pukul 4 pagi tadi aku tidak terus mandi dan solat tengah malam seblaiknya aku hanya mencapai INHALER dan terus tidur kembali lelap yang sangat panajng kesan ubat lelah sedar sedar sudah 8.30pagi, aku hampir menangis dan secepat kilat aku lompat kebilik air dan meneruskan apa yang termampu dan aku sampai tepat 9.15pagi selepas 3 minit berjalan.

Sepanjang hari kedua juga seronok, dan sebelum break tengahari Sam mengumumkan harga package programme RM15 termasuk after 6 months dengan seminar dan online coaching. Aku terkedu dan sempat berkata dalam hati kirim salam je lah..aku tidak mampu. Dalam aku khusyuk meneliti nota rngkas sam tiba tiba aku terpandang Slash slash pada RM15,000.00 lantas aku bertanya pada Magis kawan baru yang dudk disebelah aku dan Magis mengatakan tawaran untuk hari ini sehingga 4900.00 sahaja. Aku terus terbangun dari tempat duduk dan pandang ke barisan Coach coach dibelakang untuk terus mendaftarkan diri. Aku berbaris sebagai orang kedua dibelakang seorang lelkai dari France kami berdepan dengan Shanti orang yang banyak berhubung dengan aku dari awal programme. Aku diminta membayar deposit RM500 dan bakinya akan ditransferkan ke akaun May Bank Company. Sempat mat salleh dari Prancis itu bergurau dengan aku untuk membayar cash buatnya juga lalau aku balas, I thought I want to borrow your credit card..hahahaha.

Tiba sekali lagi dalam hidup aku DUIT bukan segalanya. Bila aku berdepan dengan PELUANG yang memebrikan aku TOOLS yang penting untuk menguatkan diri, menjayakan diri, mengajak aku untuk mebetulkan cara berfikir, berfikir seperti org org yang telah berjaya, menutralkan state diri mengapa TIDAK. Duit bukan lagi halanagn selagi aku mampu. Entah dari mana datang Ilham hari tu untuk aku ada Cash at least RM500 dalam purse yang mana selama ini purse aku hanya ada RM100 ata RM200. Aku betul netuk excited dan really looking forward untuk bukan sekadar memiliki certificate yang yang penting inilah Pulling Factor aku dari segala sudut. Aku ingin berubah berubah mengikut keperluan masa berubah untuk kebaikan kerana MISI hidup aku terlalu banyak yang perlu dilaksanakan.

Aku berhujah didepan Hubby dan hubby berkata sesuai dengan profession za, sesuai dengan diri dan kehendak za, sesuai dengan situsi za, inilah sebaik baik rezeki, sebaik baik peluang ternyata Alalh tidak hanya mendatangkan rezeki dalam bentuk WANG. Rezei ada pada setiap peluang kerana peluang itu sendiri adalah REZEKI. Aku puas dan bertambah puas kerana hubby melihat apa yang aku mahu dan aku perlu dan dia sangat menyokong langkah langkah yang sudah kususun saban hari.

Pada petangnya kami yang SIGN untuk Course 8 hari diminta tunggu dan Sam memberikan taklimat terakhir beserta Assignment awal yang berupa pengenalan diri, mengapa NLP dan apa yang ingin dilakukan dlam hidup dengan numbering 1 untuk setahun untuk diemailkan padanya sebelum progarmme bermula 31 march 2011. Alhamdulilah aku melangakh dengan FIRM dan semakin yakin diri menuju keruang Lobby hotel disana tunggunya Hubbyku yang setia dengan senyum penuh SOKONGAN. Inilah yang aku namakan NLP atas nama REZEKI...Ya Allah sesungguhnya limpahan kasih sayangmu tidak terhitung dalam pemberian ada ajaran dalam kedukaan dan kesengsaran ada nikmat manis sabar yang engkau gandakan dengan sesuatu yang lebih SEMPURNA.... aminnnn