Wednesday, April 14, 2010

...Uniknya manusia...


Pagi ini...arghhhhh aku memanjakan diri sengaja memilih untuk menuju lewat ke pejabat. sengaja memilih untuk berihat dan meniki bas 9 pagi dari petaling jaya kampus. Semalam aku tidur terlalu lewat dan pagi ini bergegas menyiapkan keperluan sekolah anak anak. tapi sambung berbaring dan terlelap lagi sehingga pukul 8 pagi. semalaman sebelum menghabiskan masa di PC..aku dan along hanging di kopitiam..aku memesan orange yogurt dan blueberry ice cream. Makanan ini adalah keperluan mindaku...aku ingin menyegarkan kembali mindaku.

Lewat petang semalam, ada yang terlalu terdesak untuk menemuiku...lontaran suarnya jelas kelihatan ada tekanan yang SARAT. Apakan daya waktu pejabatnya sama habis dengan waktu pejabatku..lalu aku memberi RUANG kepadanya untuk menemuiku di hentian serdang. Pertemuan kami bermula 5.30petang. Seperti biasa aku gembira untuk menerima kes...pelbagai kes..dan kerana itu akus anggup mengenepikan waktu privacy aku...pertama kerana konsep menolong ...kedua kerana aku minat untuk mendapat kes kes yang padaku sentiasa ada kelainannya.

Benarlah manusia..rambut sama hitam hati lain lain. perasaan diproses minda yang berbeza. hampir 2 jam aku duduk bersama bekas pelajarku itu yang kini sudah menjawat jawatan yang cukup istimewa. perbincangan terbuka..dan aku meberi penumpuan pendengaran, penumuan kehadiran self positive tanpa judgemnetal aku sepenuhnya...dan kami berkomunikasi penuh mutual dan respectful...TERNYATA..kesnya agak BERAT...kes nya telah membuat aku tidak mampu switch off...bukan kerana ada unsur unsur peribadi sebagai bekas pelajar...semua pelajar dan bekas pelajar aku sayangi mereka..tapi kerana dalam hati aku menangis perlahan lahan....aku mesti bersama selama mana dia mahukan aku sebagai pakar rujuknya untuk membawa dia KEMBALI ke landasan yang BETUL. dia bukan tersesat...tapi ada element elemnt yang bakal menyesatkan dan dia selesa dengan element tersebut...

Bukan salah ibu mengandung...bukan juga salah bapa mendidik. Aku juga tidak mahu meletakakan takdir Alalh itu terlalu berat ditempat yang tidak sempurna..Allah sentiasa sempurna dan menyempurnakan. Tetapi aku melihat rumusan faktor cara dibesarkan....kekuatan minda seseorang..kekosongan dalaman ...ini yang medorong ada bisiskan negatif dalam perilaku manusia. memang manusia boleh melencong dari sempurna...tapi MAnusia TIdak pernah terlambat...NEVER TOO LATE!!! Aku menyaksikan...bukanlah profession seseorang menentukan baik budruk seseorang..tapi HATI...kena;li lah hati yang sentiasa berkomunikasi dengan akal...dan Iman menjadi landasan...hati ini lah yang akan menemui ketenagan..hati inilah yang akan menjaga kebajikan roh dan jasad.

Kiranya semalam baru pertemuan pembukaan. Akan ada seterusnya susulan dari masa kesemasa..Aku tidak akan jemu..aku tidak akan MENOLAK..aku akan terus meneroka..kenapa dan mengapa...memahami setting mindanya..hingga terhasil pembentukan emosi dan behaviour sedemikian...Sayang hamba Allah yang sempurna jasadnya ini...ada rupa paras...ada kebijaksanaan..tapi PART yang satu ini...Dia memerlukan orang lain untuk membantunya MENGENDALI......

Ya Alalh bantulah aku untuk MEMBANTU dirinya...hamba mu yang seagama denganku!!! leader pada masyarakat....semoga segalanay berjalan dengan lancar dan semoga pertemuan ini TIDAK PERNAH TERLAMBAT!!!!