Sunday, February 12, 2012

Betulkan yang lama...BIna yang Baru.


10.30 pagi Isnin, pertama kalinya aku tiba dipejabat pukul 7 pagi. Alhamdulilah disebalik desakan ada banyak peluang, kalau tidak mungkin agak liat segalanya untuk dimulakan. Seawal 7 pagi juga kaki ini melangkah kemasjid terlebih dahulu, untung pejabat sangat dekat dengan entrance masjid, sekali lagi terbentang sebuah peluang. Pagi ini, surah Qiyamah dan surah Alhadid menjadi bacaanku...membaca surah ini membuatkan aku teringat kat Maizon...pasti dia gembira kalau dia mengetahui aku terus amalkan apa yang dipesannya. Bukan senang mendapat kawan seperti maizon yang sering berpesan dgn ayat ayat Quran tanpa jemu. Alhamdulilah atas rezeki persahabatan ini. Sesudah bacaan Quran, aku terus solat Dhuha 4 rakaat dengan 2 salam. Maka tercatat dalam sejarah hidupku. Allah memudahkan apa yang aku inginkan.

Rasa bergaya bila mengenakan sutera Itali biru dan bertudung warna cream serta berkasut cream high heel. Itulah gaya aku, kalau aku bergaya, kerja aku pasti agak tersusun, gaya bukan untuk menunjuk2 tapi sekadar menzahirkan dalaman. Inilah character dalaman yang dizahirkan. Menuju breakfast sendirian, dan bila hampir siap barulah dijengah kawan2 kawan. Sempat bertanya khabar mereka dan keluarga. Bila selesai terus menuju kebilik untuk menyambung tugas seterusnya. Ada 10 TO DO LIST utk hari ini termasuk perbincangan serious dengan Mdm Zi...harap harap diberkan kesempatan oleh Allah.

Sebelum tidur semalam, aku membaca sebuah buku, siap satu chapter, buku yang bagus dan membuatkan aku terus terfikir sampai terlelap. Chapter pertama berpesan, kita bina kehidupan untuk diri sendiri, jangan untuk orang lain. Kita define haluan yang kita mahu bukan membina defination yang dibuat orang lain. Aku pejamkan mata cuba berfikir tentang aku, apa aku mahu, apa yang aku ada dan apa yang ingin aku adakan lagi. Siapa aku secara kasarnya ialah aku orang ISLAM. Yang percayakan Allah dan bersaksi hanya Allah tuhan yang satu dan nabi muhammad itu pesuruhnya. hanya kitab yang satu iaitu AlQuran dan takdir buruk dan baik sudah tertulis dan perjalananku hari ini menuju hari Qiyamat yang pasti. Membina kendiri dan percaya sepenuhnya pada diri sendiri bukan pilihan aku sebaliknya aku hanya percaya apa yang aku inginkan BOLEH bila Allah izinkan. Berilah hak Allah sebagai tuan terlebih dahulu sebelum kita meminta hak kita sebagai seorang hambanya.

Anugerah TERHEBAT dari Allah kepada manusia ialah AKAL. Akal yang membezakan manusia dengan haiwan. Akal yang boleh mengolahkan hidup manusia menjadi lebih baik kerana dengan akal manusia akan BERFIKIR. Allah juga memberikan manusia HATI. Dalam hati ada rasa yang dikuasai nafsu dan iman. Pertarungan keduanya hanya boleh dimenangi sepenuhnya hanya kalau AKAL diisi dengan ILMU. Jadilah hati yang TERDIDIK. kalau hati tidak terdidik...persaan yang lahir masih banyak yang mengelirukan. kdg kdg kita terkeliru dengan NAFSU. maklumat dari hati perlu dihantar pada akal terlebih dahulu untuk difikirkan kerana tidak semua yang dirasai pada hati itu BETUL. Untuk berfikir dengan betul perlu ada ILMU, perlu ada ketenangan dan sebaik baik ILMU dan KETENANGAN itu hanya boleh dicapai dengan SOLAT dan bacaan QURAN.Dalam NLP. kawal diri itu dipanggil Controlling your STATE. Dalam melalui kemelut kehidupan hari ini, saya tidak PERCAYA jalan terbaik untuk contol state dengan melompat, aktiviti bercampur gaul atau bercuti. Islam ada senjata yang lebih HEBAT untuk control STATE iaitu solat berjemaah, solat fardhu, solat sunat, zikir, ayat ayat Quran terutama ayat ayat yang diamalkan rasululah ketika dalam kesedihan seperti surat Al Kauthar.

Kawalan STATE perlu dimulakan dengan aspek spiritual. Agama Islam adalah agama yang sangat sempurna bersamanya diturunkan kalam Allah yang INDAH dan sudah dijanjikan siapa yang beramal dan bermunajat pasti diperkenankan Allah dijanjikan KETENANGAN. Dalam Islam juga sudah termaktub mind setting yang HEBAT untuk pengganutnya melalui rukun IMAN dan Rukun Islam. MInd setting ini merupakan misi dan visi kita sebagai orang Islam dan misi misi lain hanya menjadi perkara yang KURANG UTAMA. Klaau minda ini dibina oleh semua orang Islam maka tidak timbul istilah kekecewaan dan lebih malang kalau kekecewaan itu berlaku pada dasar KEDUNIAAN yang melalaikan.Dengan 2 perkara ini, yang lain hanya menyusul sebagai aktiviti positive melalui aspek Physical, Education, sosial, mental dan Emotion. Setiap aspek aspek ini akan didetailkan suatu hari nanti.

Aku juga terkilan dengan diri sendiri dari segi aspek physical. Sedari kecil aku tidak didedahkan dengan aktiviti physical, bila disahkan pengidap asthma, kedua ibu bapa lagilah melarang aku dari beraktiviti physical. Sukan pertama yang aku sertai hanya cucuk benang dalam jarum, aku masih ingat setiap kali pesta sukan sekolah, mak akan pegi jumpa guru dan memberitahu keadaan aku. Masa tu aku pun suka sebab tak payah penat penat. dalam minda akus edari kecil sudah tertanam sukan dan aktiviti physical itu memenatkan. bayangkanlah diambang 40an barulah aku tahu menagpa ada waktunya aku mudah colapse in term of tenaga bila emosi aku colapse, ianya kerana aku tidak ada circle of energy. Aku ibarat batery murah yang cepat Kong! Controlling STATE juga kena dilakukan dengan physical aktiviti, tubuh tidak akan mudah weak bila emosi weak kalau cukup energy. Malah dengan keupayaan Physical mampu mengalihkan tumpuan emosi dan mental. kata Dr Subash, 45 minit sekali dan hanya 3 kali seminggu. Ambillah 15 minit sehari diwaktu pagi untu melompat. Aku minat music, kalaulah aku boleh dapatkan pakej berbaloi untuk senaman atau tarian bersama muzik...ahhh kena dapatkan maklumat yan nee.

Sesungguhnya kalau kita sayangkan dan hargai hidup, sebagai tanda terimakasih pada Allah, sebagai tanda syukur dan Alhamdulilah, kita perlu menjaga, memelihara jasad, roh dan jiwa kerana kalau salah satunya sudah ditarik nikmatnya banyak keterbatasan sudah berlaku dan kita juga mungkin bakal menyusahkan orang lain.

Alhamdulilah...aku bersyukur hari ini masih bernafas, masih boleh bergerak, masih boleh memilih, masih menjadi pakar rujuk...dan yang paling aku syukuri, aku semakin maju menggapai REDHA ...saban hari semakin luas konsepnya.


Doaku pada Allah moga belum terlambat untuk aku membetulkan keadaan dan membina sesuatu yang baru lebih bermakna...aminnn