Wednesday, September 14, 2011

Limpahan kasih Allah


Dua hari Berpuasa Syawal..alhamdulilah nikmat KECERIAAN syawal dirasai dengan tenang, langsung tidak penat langsung tidak rasa goyah, cuma hari ini aku seakan tidak berdaya untuk meneruskan puasa setelah semalaman aku berurut sakan kerana angin satu badan juga menjelang tengah malam aku muntah dan semua makanan terkeluar dari perut. Setelah rehat yang cukup, barulah aku meneruskan urusan bank hari ini, sejumlah yang besar perlu dibank inkan segera ke account adik Li, business partner ku yang baik hati dikorea itu.

Tulisan semalam agak menyentuh hati, dalam perjalanan pulang semlm aku terkeluar air mata, air mata rindu pada seseorang yang sudah sebati dengan hidupku, seseorang yang sekain lama aku tidak pernah buang dia dari hatiku, seseorang yang aku cukup simpati dan faham takdir kehidupan yang perlu dilaluinya. Sebelum berbuka semalam,aku sempat menekan telefon hubby untuk cuba menghubungi dan mendengar suara, suara yang aku rindui itu. dan aku pberpesan pada hubby kalau ada orang menghubungi balik beritahu mereka, aku yang hubungi dan aku yang INGIN MEMINTA MAAF kerana MAAf itu terlalu INDAH sekarang dihatiku.

Ini adalah MAAF kedua yang aku hulurkan, maaf pertama yang aku hulurkan ketika aku berehat makan tengahri ketika menghadiri programme Sam seingat aku sekitar April dulu. Telefon tidak bersambut dan message aku juga tidak berbalas. Aku tidak meneysal dengan apa yang terjadi, mungkin inilah yang memberitahu aku betapa KERASnya HATI mereka, dan betapa ruginya mereka hanya TERLALU membetulkan PERASAAN tanpa sedikit rasa untuk berdepan sebagaimana yang aku sarankan.

Aku masih teringat lewat satu RAMADHAN, bila berita keadaannya dihospital disampaikan oleha dik iparku, aku beritahu mak dan bak..pergilah..pergilah ziarahi dia..dan jangan cakap apa apa walau apa pun yang dia cakap. Kita perlu memudahkan orang mak walau orang tidak pernah memudahkan kita. Aku bekalkan mak dan bak duit untuk mengisi minyak kereta dan perjalanan mereka, mak dan bak bukannya berduit. Aku lihat mak menangis dan aku lihat bak sugul..bak berkata mengapalah anak aku ni ditakdirkan begini, aku menghampiri bak dan aku pujuk bak untuk tunaikan solat HAJAT buat dia supaya Allah memudahkan semua urusan hidupnya. kami hanya mampu mengeluh, sekembalian mak dalam 2 jam barulah aad beriat diberitahu dia sudah selamat melahirkan bayinya. Begitu sejuk PENANGAN ibu!!.

Dalam jangkaan semua pagi raya dia pasti balik! Drama swasta setiap tahun pasti berlaku, tapi pagi itu dia tidak balik, bak dan mak dah kata orang datang tak kan kita nak halau, aku kata pada mak, tak pa tahun depan aklau saya masih ada saya akan beraya dimekah, biarlah semua orang boleh berkumpul bila tak ada saya. Akus empat bersalam dengan 2 anak sedara lelaki ku yang semakin dingin dan seakan cepat untuk angkat kaki, tak mengapalah asalkan mereka datang, terkilan bila mereka tidak menyentuh menu pagi raya. Ternyata hari raya pertama kami ketiadaannya. Aku tidak apsti perasaan adik adik lain, tapi seadanya aku, aku tidak gembira bila Hilang seseorang tiada kuburnya.

Aku juga masih teringat, Hari raya ke2, bagaimana aku merintih dikubur arwah man, aku sekan berinteraksi dgn man dmindaku...Man angah datang dik..angah bawak bak , mak dan semua din beradik kita kecuali Long, Iwan dah ok dia pun banyak bantu mak, adik dah dapat baby, comel baby adik..mia namanya.kalaulah man boleh melihat,radzi seorang suami yang baik buat adik...angah sayang keduanya. Acik dan keluarganya mcm biasa..cuma tahun ini alissa akan periksa UPSR, zamri dan acik banyak tolong angah man dalam menyiapkan rumah mak. kalaulah zamri tiada belum pasti rumah tu tersergam. anak anak angah tak ikut angah hari ni jenguk pusara man..mereka pergi jenguk nenek dan moyang dengan ayah mereka. Anak anak angah alhamdulilah, semuanya semakin baik saja..kalau man masih ada mesti man tersenyum bangga..mesti man masih panggil angah dato rafidah aku. hehe. Man bukan mudah jugak dugaan untuk angah dik, hal bak dengan mak pun cukup buat angah tak boleh tidur, kesiana dik adik kita man..mereka hanya ada angah untuk mengadu. Angah mintak maaf dgn man bagi pihak along, along masih mcm dulu, dia hanya fikir diri dia saja..seakan perasaan dia saja betul..asyik nak melaga lagakan adik beradik dan sanggup memburukan ibu sendiri..anagh tak tahu mengapa malang sangat mak dan bak kita..kerana itulah angah tidak boleh berpaling dik..mereka ahnaya ada anagah untuk menumpang TENANG DAN BAHAGIA. Air mata aku bersembur dikuburan man...mungkin tiada siapa yang tahu mengapa aku menangis, aku lihat linda juga menanngis, iwan sugul, mak terjelepuk dipusara man, anak yang diahrapkan lebih dulu disayangi tuhan. aku melihat sunyi dan beningnya pusara pusara disekeliling pusara man...hati aku berkata ini lah tempat aku akan kembali...moga aku sentiasa diiringi doa dan ingatan kasih sayang dari insan insan disekelilingku sebagaimana man sentiasa dalam doaku.

Bezanya hati aku sekarang dengan hati aku yang dulu sangat KETARA. Aku akur kegagalan hidup manusia banyak terjadi bila HATI dijadikan matlamat utama lantas menegenpikan peranan akal dan sama sekali tiada benteng ilmu. Apalah yang mampu kita lakukan kalau seseoag sudah memilih untuk RUGI sedang UNTUNG disekelilingnya...agaknya ini yang dikatakan kalau sudah TIADA REZEKI. Alahmdulilah, semenjak terbinanya teratak aksih bonda, Alalh sentiasa memberikan aku rezeki, semalam pun aku ketawa bila membaca nota dari adik Li..kak za nanti kita jadi jutawan sama sama..walau pun aku berkata..kak za tumpang kerja dgna dik Li je tak jadi jutawan pun tak pa...Saya akan apstikan kak za jugak Jutawan kalau saya Jutawan...tersenyum aku sorg sorg...aku kehilangan adik yanga kus ayang tapi Alalh temukan aku dengan seorang adik angkat keakraban dan keeprcayaan kami persisi hubungan aku dgn man..dan aku kehilangan kakak dalam nilai sempurna yang aku cari, Allah temukan aku seorang yang mendambakan kasih sayang dan kebaikanku dan sangat menghargai keikhlasan dan kejujuranku..itulah Maria. dan disebalik semuanya ini Allah berikan kami ONE STOP BEUTY SOLUTIONS for all in our family and friends jauh dan dekat.

Agenda yang tengah bermain difikiran aku seterusnya ialah penjualan apartment diKepong. Kalau soal duit modal adik Li tidak langsung meragui aku kenapa aku perlu takut untuk menyumbangkannya juga demi cita cita kami bersama,Inilah bisness yang banyak membuka mata aku, memberikan aku peluang untuk merasai nikmat Teamship dan lebih mengenali manusia. yang pastinya bisness ini sangat menguntungkan dan memuaskan hati kami.Alhamdulilah. Agenda yang tidak kurang penting ialah TARGET untuk BERSARA AWAL...hanya Allah yang tahu, apa yang aku mahu dan hanya Allah yang tahu apa yang terbaik buatku, aku hanya perlu berusaha dan berdoa, aku juga sering merintih segala kesyukuran ku pada Alalh aats apa yang telah aku lalui dan apa yang Alalh titiskan disetiap like perjalanan hidupku..semoga aku menajdi insan dalam renungan besar Allah, Insan terpilih untuk terus mendapat nikmatnya, kasih sayangnya, kerahmatannya, aku tidak pernah berhenti berharap hanya pada Allah kerana dia sudah mengatur BAIK kehidupanku.


Alhamdulilah ya Allah ya karim aku sujud mensyukuri nikmatmu dan aku tidak akan berhenti meminta dari mu...AMPUNLAH DOSAKU..BAIKAN HATI DAN AKHLAKKU agak meneyenangkan urusan hidup dunia akhirt. Limpahi aku kasih sayangmu dan rezekimu aminnn