Sunday, July 22, 2012

Ramadhan TERAKHIR



Alhamdulilah, hari ini Ramadhan ke3. Baru hari inilah berpeluang menulis kembali walau terlalu banyak yang terlahir dan tercetus diminda ini sebelum ini hanya ditulis dikertas lantaran masa terlalu sedikit untuk dicuri. Alhamdulilah juga dengan izin Allah segala nya TERANCANG DENGAN BAIK SEKALI. Sungguh indah perancangan Allah dan sungguh nikmat bila hati terus mengapai REDHA. Ramadhan yang mulia datang penuh rasa RINDU dihati, apakah ini ramadhan TERAKHIR buat kita. Itulah persoalan yang sering bermain dihati. Bulan yang suci diberi Allah untuk membaiki dan menyucikan segalanya, diri dan hati. Allah memberikan peluang sama rata kepada hambanya untuk berusaha mengangkat diri dan menyucikan peribadi, begitu kasih Allah pada kita, namun kita yang sering alpakan semuanya. Ya Allah jadikan Ramadhan kali ini buatku sebuah PERMULAAN YANG BARU.
Entah bagaimana terlintas dihati untuk menjemput mak, bak dan anak anak menyambut 1 Ramadhan disini, Alhamdulilah Allah perkenankan, rasa bahagia yang tidak mampu terucap dengan kata kata, bila kami berkumpul bersahur bersama, meriah berbuka bersama. Macam biasa, menyiapkan juadah berbuka tugas mak dan acik, aku hanya menyumbang keewangan dan kerja kerja mengemas. Inilah manisnya hubungan keluarga, semoga Allah masih memberikan kita peluang dengan hubungan indah ini Insya Allah. Malam pertama Terawikh, aku memimpin tangan mak menuju kebalai solat Surau Asyakirin Taman Tun Dr Ismail, perasaan ku seakan mempimpin tangan mak dimasjidil haram, belah kiri Mak belah kanan wahida. Ya Allah kau capaikanlah cita citaku dengan rezeki rezekimu yang tidak terduga. Aku menitiskan air mata dikala mendengar panggilan Iqamah untuk bersiap solat dan meluruskan saf. Kami duduk berdekatan bertiga. Sahur kali kedua, hati ibu yang aku miliki tersenyum puas bila menyediakan juadah sahur yang diminta anak anak, Chicken Bolognese Spagetti. Sungguh besar anugerah Allah menjadi seorang IBU melalui rasa apalagi diwaktu waktu mulia sebegini. Aku tidak ke Station bas, menghantar mak dan bak balik kerana aku tidak mahu MELIHAT AIRMATA anaka anakku yang merembat RASA BERSALAH yang dalam pada diri ini. Sempatlah, aku berterawikh 2 kali dengan mak disini, ada rezeki kita bersama beribadat lagi ya mak. Aku seronok mengimamkan mak solat maghrib dan solat subuh.
Kerana Ramadhan, hilang rasa LELAH untuk mengejar keperluan anak anak dan keluarga. Bila hati disucikan, bila jiwa sudah sebati dengan pengorbanan ibadat dan kasih sayang, Alhamdulilah, saat keluar shopping barang dapur dengan fayyadh berdua sementara Harraz menyiapkan homeworknya, seronok berbincang tentang ZIKIR dan seronok mendengar bagaimana anak lelakiku yang seudah semakin matang ini berfikir. Ya Allah jadikan dia anak yang bakal mewarnai redupnya IMAN dalam wadah DAKWAHMU.  Kerana Ramadhan juga, perjalanan ke Sungai Besar Selangor terasa tidak MEMBEBANKAN, malah sempat bersinggah solat Asar dimasjid simpang Lima dan bersolat Maghrib di Masjid Paya Jaras. Untuk sekian lama, akhirnya kami berbekal dengan juadah mee goreng, kurma, buah buah dan extra sambal ikan bilis buat Wahida. Aku tidak pernah merasa sebegini syahdu meghantar anak yang kuat beribadat itu untuk meneruskan perjuangannya sambil berbisik ketelinganya, belajar betul betul, focus jangan berhenti minta dengan Allah dan ingat Allah selalu dengan zikirnya. Semuanya terasa PENUH NIKMAT.
Mak meminta untuk buat solat terawikh 20 rakaat, hanya malam ketiga bila mak sudah pulang barulah kesempatan ada, aku juga TERLALU TERINGIN, bila tiada halangan anak anak dan kepentingan untuk menyiapkan itu dan ini, barulah boleh didahulukan INGIN yang terasa. Alhamdulilah, malam ke3 berjaya melakukan 20 rakaat solat terawikh diMasjid Asyakirin. Sepanjang solat bacaan Juz 3 Alquran dialunkan dengan penerangan intisari makna ayat ayatnya. Sebelum kaki sakit, sebelum uzur menjengah diri, sebelum banyak lagi kemungkinan halangan tiba, tidak ada sebab untuk menangguhkan TERINGIN pada jalan Allah. Kalau kita pernah bersungguh sungguh kejalan yang SIA SIA, mengapa kita tidak bersungguh sungguh kejalan Allah sedangkan kita SEDAR HAKIKATNYA. Alhamdulilah juga, hari ke 3 Ramadhan, aku sudah memulakan Qiyamulail dengan begitu dipermudahkan Allah.
Kerana Allah, semuanya kita TAKUT, takut itu saja peluang terakhir yang kita ada. Apakah solat ini solat terakhir, apakah bicara ini bicara terakhir, apakah ini yang terakhir, mengingatkan kemungkinan itu, kita terasa untuk lebih bersedia, terasa untuk melakukannya dengan SEPENUH HATI.  Bila TAKUT pada Allah bersarang dihati, bila berhati hati untuk member yang terbaik pada Allah dan bila menghargai PELUANG TERAKHIR, syaitan sudah sukar untuk berperanan mengganggu perjalanan kita. Insya Allah.
Waktu untuk kemasjid sudah tiba, setiap kali sujud dalam solat tahyatul Masjid, aku bermohon  ya Allah jadikanlah aku insan yang sering BERPELUANG mengimarahkan masjid masjidmu. Dengan Allah, sering seringlah MINTA, allah suka hambanya yang meminta minta dengannya kerana semakin banyak kita MEMINTA, semakin banyak kita menyerah diri dan semakin banyak RASA KEHAMBAAN hadir dan semakin kita MEMBESARKAN ALLAH.

Ya Allah ajdikan RAMADHAN ini TERINDAH buatku amin ya Rabbal Alamin.