Sunday, March 18, 2012

Ingin TERUS DICINTAI


Jam pukul 11 pagi, pagi Isnin yang agak biasa dirasakan lantaran hampir seminggu terlantar tidak berdaya lantaran reaksi rawatan Homopaty.Aku masih terasa sengal sengal dan sleepy kesan reaksi tersebut tapi untuk meneruskan cuti adalah MUSTAHIL. Hari ini aku memilih hari khas untuk aku settlekan segala yang tertangguh dan tertunda dek cuti mengejut dalam permulaan tempoh rawatan.

Aku ada satu Jam setengah sebelum ke Masjid untuk makan, rehat, solat dan mengaji, pukul 2.30 petang ada appointment pelajar yang perlu dilayan.Sebenarnya aku sudah menghadkan diri agak tidak menulis blog waktu office, banyak tulisan tulisan disiapkan dirumah dan masih belum diupload ke blog. Tapi dek kerana hari ini dalam aku melayan kerehatan diri sebelum melakukan kerja kerja yang menggunakan minda sepenuhnya pada belah petang, apalagi banyka kerja kerja yang perlukan diprint melalui printer En Zul yang sedang MC dirumah terbengkalai. Semuanya perlu dibuat esok Insya Allah.

Alhamdulilah walau getir aku melalui proses rawatan ini, aku sangat rasa bersyukur sekurang2nya aku berkesempatan mencuba rawatan alternative. Badanku sudah berada ditahap yang sangat teruk lanatran pengambilan ubat doktor sangat kerap. Semuanya bermula semenjak aku kerap demam selang satu minggu pasti ditimpa demam. Alhamdulilah syukur masih berpeluang sebelum sangat terlambat berpeluang untuk kembali sihat seperti sediakala dan berpeluang untuk menghapuskan penyakit perlahan lahan. Aku sangat berterima kasih pada Bos aku Pn Khairani, beliaulah yang menyarankan aku pergi berubat dengan Dr Dol dan belai juga memahami tempoh reaksi yang aku lalui. Terbukti dalam diam diam dia sangat empaty dan mengambil berat tentang diri aku dalam nampak ketegasannya. Aku juga bersyukur, sekurang2nya dia semakin faham apa yang melanda aku, apa yang aku lalaui sebelum, sekarang dan akan datang. Sekurang2nya tiada lagi bisik bisik dibelakang mengatakan aku CULAS atau MENGELAK.

Selama aku sakit, hanya sekali aku sempat menulis Blog yang masih belum diuploadkan, aku hanya akan copy setiap 5 blog seklaigus dibaca semua, diedit dan diupload setiap satu sehari. Kelancaran perjalanannya masih belum bermula lantaran dugaan kesihatan begini. Malam ini aku boleh menulis blog dirumah seterusnya sebelum tidur. Sekaligus terus menjadikan PENULISAN satu therapidan minat buat aku. Aku akan meneruskan rutin rutin lain seperti biasa, yang agak terhenti terutama bacaan Quran disebelah pagi tengah hari, petang dan malam. Hanya sempat meneruskan bacaan biasa hingga surah An Namlu. Semalam aku mencuba sedaya upaya untuk kembali dalam track dengan bacaan yasin lepas maghrib serta bacaan Al Mulk sebelum tidur dan bacaan Al Waqiah selepas solat subuh. Aku ingin teruskan waktu lunch nanti. Aku sangat rindu untuk kembali membina istiqamah jiwa dengan surah surah pilihan itu.

Perut berkeroncong mintak diisi, aku perlu tahankan perut ini sehingga jam 12.45 tengah hari. Aku sudah tiba lewat dipejabat hari ini, mana mungkin untuk keluar lagi mencari ruang breakfast seperti biasa, masa sudah sangat suntuk, timing untuk duduk dikerusi mengadap TO DO LIST dan PC perlu dijaga. Aku berkesempatan membuat booking hotel Grand Sakura dan transfer credit card payment. Kalau ikutkan hati, aku memilih untuk batalkan saja jadual pemergian ke Medan kali ini, memandangkan aku sudah banyak tinggalkan office. Tapi hati kawan kawan perlu dijaga, hati sue, hati Pak wan yang sudah siap sedia membelikan aku baju Hard Rock cafe jakarta dan akan memberikannya pada aku di Hotel Grand sakura. Mungkin aku sendiri perlukan kerehatan sambil bercuti dan tinggal bersama buat seketika dengan kawan yang boleh dibawa berbincang. Semoga ada sesuatu yang bakal Allah selitkan buat aku disini. Pemergian kali ini harus dirahsiakan dengan kawan kawan dan adik adikku supaya tidak riuh diFB dan tidak sampai kepengetahuan kawan2 dan Bos. Aku terpaksa untuk tidak memberitahunya kali ini sebab dia pasti HALANG aku. Aku hanya ambik cuti 1 hari dihari Jumaat dan khamis selepas menyelesaikan berberapa perkara diGombak, aku akan terus ke Air port. Cilukkkkk konon pergi buat urusan bank. Kalau mohon cuti 2 hari memang Kantoi dihalang.

Aku bukanlah suka menipu bukan juga suka berahsia...tapi dalam menjayakan janji janji yang sudah dibuat dengan kawan kawan aku TERPAKSA. Kadang2 orang tidak akan faham prinsip kita, aku memang simpan cuti semata mata untuk menjayakan semua ini tapi manalah aku tahu tiba tiba keadaan kesihatan akan jadi begini. Mungkin ada hikmahnya aku menemui pakar perubatan sebelum ke Medan, aku tidak lagi lenguh2 dan lesu walau travel dan aku boleh mengambil kesempatan ini sambil berihat, berbincang dan merenung sambil beribadat terhadap isu lama yang masih tidak selesai dan adakalanya stuck dan cukup menghimpit diri. Allah lebih mengetahui dan memahami apa yang telah aku lalui dan bakal aku hadapi serta Allah sangat melihat, mendengar dan memahami apa yang sedang aku lalui. Semoga bantuan dan pertolongan Allah yang aku harapkan akan tiba jua satu hari nanti dalam beberpa hal rumit yang sedang aku bergelut. Aku TENANG berserah sambil tidak putus putus berdoa pada Allah dan meneruskan usaha usaha positive pada orang orang sekeliling aku, apa yang telah aku alami sedikit pun tidak akan menjadikan aku serik apa lagi PUTUS ASA dengan sikap manusia. Sebagaimana ramai manusia negetive pasti ramai juga manusia positive dan aku akan terus memburu yang POSITIVE dan meninggalkan seketika mereka mereka yang NEGATIVE.

Banyak hal hal sendiri yang perlu disort out. namun pejabat bukan tempat terbaik untuk fikirkan hal peribadi dan rumah. kalau terlintas dalam minda perlu dituliskan dalam list. Kalau tidak semua boleh terlupa begitu saja. Merenung senarai kerja kerja yang tertangguh esok kerana Zul MC...ada hikmahnya memberikan aku masa untuk menghasilkan tulisan disini. Aku perlu ingatkan diri, suara hati ini tidak pernah berbohong, suara hati ini sering menunjuk jalan walau dikala kebuntuan. Suara hati ini sering berbisik kasih dan rindu pada keluarga dan teman teman namun kini suara hati ini mengerti ada tempat yang kekal untuk dikasihi dan diharapkan, memiliki sepenuh dan sebesar cinta bagi memilihara kehidupan iaitu Rabbul Ilahi tuhan yang menjadikan alam ini sebuah persinggahan yang memberikan kesempatan bagi mereka yang sedar dan berakal untuk memenafaat setiap inci kehidupan pada persinggahan bagi mengutip bekalan yang bakal dibawa pulang sebagai tanda CINTA pada Ilahi yang kekal abadi.

Hati ini ingin terus diCINTAI Tuhan...Aminnnnn