Monday, December 3, 2012

Kerana ALLAH






Langit tidak selalu cerah. Ada kalanya mendung datang menepis cahaya matahari yang memancar.Adakalanya juga selepas hujan lebat seketika, cahaya matahari jelas kelihatan semula. Begitulah uniknya alam ciptaan tuhan. Selain darinya, tiada siapa mampu menduga sesuatu yang terjadi penuh hikmah dan rahsia. Begitulah hidup kita, tiada selamanya seperti yang kita suka, rancang atau impikan kerana Allah lebih tahu apa yang terbaik buat kita. Bertepatan perkongsian diFB pagi ini, always think of the BRIGHT SIDE OF THINGS. Look for the silver lining even it is not readily apparent, you might see it later.
Alhamdulilah dengan izin Allah hari ini masih mampu duduk dikerusi ini menulis list list kerja yang akan dilakukan, menunaikan list 4 teratas dikala jam belum menunjukan pukul 11 pagi, wahal hari ini sangat lewat tiba dipejabat dan tiba juga dengan peluh masih basah didahi menahan bahang panas didalam kereta yang sengaja tidak dipasang air condnya, juga kerana peluh cemas kerana risau namun hati penuh berharap, janganlah jadi apa apa dipertengahan jalan yang mungkin menggagalkan usaha untuk ketempat kerja. Alhamdulilah bila sepenuhnya hati berserah, Insya Allah bantuan Allah pasti mengiringi perbuatan kita hingga jaya.
Imbas kembali semalam yang berlalu, melayan rasa letih dan kesan tekanan kerana 2 hari melalui pengalaman yang mungkin tidak diberikan peluang kepada orang lain oleh Allah. Pengalaman itu hanya peluang bagi aku untuk mengajar melalui proses mematangkan diri. Semalam baru aku rasa sakit kesannya, hingga aku terbaring lesu dan semua panggilan telefon tidak berjawab, hinggalah selepas melihat call dari Yati. Ya disaat begitu, aku rasakan Yati sebaik baik kawan yang boleh memahami the whole situation. Bagai satu bantuan, yati meminta aku bersiap dan kami keluar. Alhamdulilah lega bila dapat bercakap dengan orang yang kita yakin faham secara keseluruhannya. Waktu yang terluang juga, aku berikan pada Yati untuk turut mendengar luahan dan rintihan hatinya berserta melihat manik manik jernih penuh kasih yang keluar dari matanya. Tuhan saja yang tahu apa rasa dihatiku ketika itu, sepanjang aku mendengar, aku hanya mampu doakan, Ya Allah berilah kebahagiaan sejati buat sahabatku ini. Aku sangat memahami persoalan yang sedang bergolak dalam hidupnya. Kami sama sama mengenggam tangan satu sama lain. Allah temukan kami sebagai sahabat semenjak zaman kanak kanak lagi, hingga kini kasih itu semakin subur, apa lagi bila sering berkongsi susah senang hidup dikedewasaan ini. Ya Allah semoga aku dan Yati ditakdirkan sama sama menjejaki kaki ke Baitullah tahun 2013.
Dulu aku dungu dan naïf. Apa yang dilakukan orang sekeliling aku anggap pasti betul. Apa lagi kalau sipelaku adalah mereka yang lebih tua dari aku. Hidup bagai helaian buku, saban hari, saban minggu malah bulan berganti tahun, satu persatu lebaran baru diterjah. Satu persatu pengalaman baru diterokai. Sekeliling kita sarat dengan pelajaran dan pengajaran, Cuma terpulang pada kita untuk menghargainya atau tidak. Kalau diri dikurung dalam kotak EGO, selamanya tidak berlajar apa apa, hidup sedari dulu pasti berada ditakuk yang sama. Alhamdulilah, Allah memebrikan aku sepasang mata yang bersambung terus dengan hati. Matahati anugerah Allah ini sering mengajak aku melihat sesuatu hingga kedasarnya. Konflik dengan orang orang sekeliling bagai melihat papan catur, memahami siapa mereka, bagaimana mereka berfikir, dan tahap ilmu mereka mengajar aku untuk bergerak mengalahkan diri sendiri. Ini saja jalan untuk menghentikan permainan yang saban tahun berulang ulang. Ini saja jalan terbaik demi kehidupan anak anak dimasa depan. Aku mencipta langkah supaya mereka lebih yakin dengan apa yang mereka kata. Supaya mereka tidak bertelagah dengan ibu mereka, supaya aku tidak lemas dan ibunya berhenti meraih kasih sayang aku, Supaya element cemburu dan benci tidak lagi diperhangatkan. Aku meneruskan lakonan seorang yang sombong dan bagai kacang lupakan kulit. Biarlah mereka terus mengata, dari bersama tapi tidak ikhlas untuk bersama dan berkasih sayang. Allah lebih mengetahui isi hati, Allah lebih memahami, pintu syurga dijaga oleh malaikat atas arahan Allah bukan dijaga oleh mereka. Ada ketikanya tidak guna bercakap benar, bertindak seakan membenarkan apa yang mereka kata adalah langkah terbaik bagi menghentikan segalanya. Aku tidak perlu rapat dan mesra kalau TIDAK IKHLAS.
Alhamdulilah, Allah mendatangkan ilham, Allah juga menaburkan ilmu, berkat kuatnya bismillah 6, aku harungi 2 hari bercuti dikampung penuh stress tanpa setitik air mata walau dalam hati bagai sungai. Aku seakan tidak percaya aku boleh melaluinya, tapi aku tidak boleh berlama lama. Nafas bagaikan sesak laluannya, aturan Allah indah sekali bila Nelli dan hubbynya datang dan kami pulang ke KL bersama agak awal. Aku sudah tidak sabar untuk kembali menjadi diri sendiri. Latihan yang berat dan sukar tidak boleh panjang panajng untuk kali pertama dan kedua, mungkin lama lama ianya seakan sebati. Bila aku melihat sekeliling, aku memang tiada sesiapa yang aku boleh dambakan, sebaliknya aku hanya ada tanggungjawab yang besar yang memerlukan perjuangan yang tidak kecil. Aku semakin terhimpit rasa AKU HANYA ADA ALLAH . Tempat mengadu dan tempat berserah, setiap kalimah yang keluar dari mulutku, aku hanya tuju pada Allah dan secara segera Allah memberikan aku rasa TENTERAM yang luar biasa.
Semenjak hari Sabtu, Ahad, Isnin dan Hari ini, aku bernekad, usahaku, perbuatanku, perjuanganku dan wang ringgitku hanya untuk JALAN ALLAH. Aku ingin memulakan usaha sungguh sungguh untuk ke BAITULLAH, walau dihimpit kata kata bakhil dan kedekut, walau dikatakan lupa diri, walau apa saja yang terkeluar dari mulut mereka, hanya Allah yang tahu TUJUAN SEBENAR aku. Ya Allah ampunkan dosa dosaku, jayakan impianku yang satu ini, pimpinkan aku kejalan yang engkau redhai. Sedari dulu, kau sentiasa disisi mengiringi dan menyelamatkan diriku, hanya aku sering silap menganggap kasih dan cinta manusia terlalu tinggi tanpa menyedari TIADA SEAGUNG CINTA DAN KASIHMU Ya Rabbi. Amin