Monday, April 30, 2012

Breakfast with a Book


Alhamulilah jaga dan tidur menjadi milik Allah. Pagi yang terlalu INDAH ini dan kicauan burung dan bunyi deru kenderaan sayup sayup berkesan bersama tenangnya sekeping hati. Maha Kaya tuhan yag murah hati, tidak pernah alpa dalam memberi kepada hambanya saban kali diminta. Jam 5.30pagi, sudah selesai munajat besar pada Allah sebelum munajat rutin diawal pagi bermula iaitu SOLAT SUBUH.

Sebelum memulakan Qiyam pagi ini, hati sudah berbunga bunga untuk memulakan aktiviti diri sendiri, 'Breakfst with A Book', alhamdulilah semalam mata tertarik pada buku Ustazah Na ketika mengunjunginya dan sama sama berbuka puasa. Bukunya bertajuk 'Perkhabaran ALAM BARZAKH'. Aku sudah menetapkan, untuk hari hari cuti tumpukan pada buku buku Melayu dan ketuhanan, dan hari hari bekerja tumpukan pada buku buku motivasi dan self development sambil menggarap idea programme dari masa kesemasa. Apa pun untuk perlaksanaan Breakfast with A Book ini perlu dimulakan awal , seawal 7.00pagi. Pukul 7 pagi mestilah dalam keadaan sudah selesai bacaan Al Waqiah dan Zikir pagi.

Kedengaran Azan subuh bersahutan, kalau hari bekerja boleh terus ke masjid. Hari ini cuti 1 May sempena hari bekerja, elok juga ke masjid tapi untuk hari ini agak sukar buat aku memandangkan kereta dipark yang pasti diblock oleh orang lain. masa untuk bersiap pun tidak banyak. Alang alang keluar solat subuh, kena terus bersiap untuk terus ke venue breakfast. Dirumah bukan tidak boleh membaca, tapi jawabnya hanya 30 minit selebihnya pejam berjam jam hingga sengal senga badan. Apa lagi kalau makan dirumah kenyang. Untuk hari ini dan cuti hujung minggu ini, buku Ustazah Na ini akan cuba dihabiskan, boleh jadikan bahan perbincangan tambahan dengan Mai nanti.

Hubby masih lena tidur, ya lah dia pulang jam 3 pagi. Dalam 6.30am aku mesti mengejutkan dia untuk solat subuh bersama. walau tidak ke masjid perlu berjemaah dirumah supaya rumah lebih meriah dan ada aura spiritual dan kasih sayang sejati dari Allah. Berpagi dan bersolat bersama biarlah menjadi budaya. Inilah bezanya orang Islam dan bukan Islam. Kalau bangun pukul 12, dengan tidak bersolat subuh jauh seklai mengaji Quran, kita hanya Islam pada nama tapi amalan hidup serupa dengan India dan Cina. Nauzubillah.

Alhamdulilah semalam berjaya puasa, insya Allah dengan izin tuhan akan puasa lagi rabu nanti menggantikan Khamis. Khamis sentiasa penuh dengan agenda jumpa kawan dan makan. Seminggu perlu wajibkan 2 hari berpuasa. Bila berpuasa, banyak dorongan dan idea idea kearah kebaikan bertunas diminda. Allah maha pengasih dan penyayang. Bila kita mendekatkan diri kita padanya, dia akan lebih lebih lagi mendekati kita malah terus melekat dihati kita.

Hari ini aku cuba mendiamkan diri dari jumpa kawan dan banyak untuk fokus pda hal rumah, diri dan kemas kini akaun IOPE untuk bulan April. Cuma perlu hubungi kakak kakak yang baru pulang dari Lady Trip untuk ambilkan kiriman stock dan wang. Jumpa pada hari rabu pun masih sempat. Insya Allah. Jam 7 pagi hajatnya untuk breakfast di Mc Donald  sambil menyingkap cerita disebalik panggilan ketika Roh telah dicabut, Roh dipanggil keluar dari jasad, Roh keluar dari badan, Malaikat yang masuk sebelum munkar dan nakir dan Roh menziarahi kubur dan rumahnya. Insya Allah.

Alhamdulilah hati ini sering terfikir untuk berubah kearah yang lebih baik saban hari. Perkasa minda dan jiwa dengan buku buku dan amalan agama. Bergaul dengan orang orang yang memberi pegangan dan matlamat bukan orang yang asyik buka cerita orang saban waktu. Sentiasa bersedia menolong orang dalam kesusahan mengikut kemampuan, insya Allah Allah pasti selalu bersama kita. Hidup ini terlalu INDAH untuk dihayati. Masa juga terlalu SINGKAT sebenarnya, kalau ada peluang KEMANISAN mengapa harus dibina PENDUSTAAN yang PAHIT. Kalau hidup ditemanis ekeping hati yang suci, suci itu sering dambakan FITRAH. Fitrah pula hanya ada pada asal kejadian kita kemuka bumi ini, tidak lain dan tidak bukan untuk menjadi hambanya yang TAAT. Pegang Tali dengan Allah dan pegang Tali bersama manusia.

Alhamdulilah, tidak sia sia menjadi anak yang taat satu sektika dulu, tidak sia sia seorang ayah terlalu ingin anaknya ke sekolah agama, tidak sia sia dilahirkan dalam keluarga miskin dans erba kurang, tidak sia sia juga ditakdirkan dengan ujian perkahwinan yang hampir meragut jati diri ini. Semua ini ketentuan yang sudah tertulis buat aku. Semua ini kerana Allah memilih aku dan sangats yangkan aku walau hanya seorang hambanya yang naif. Demi kerana kasih Allah, aku sanggup buat apa saja termasuk korbankan seronok dan harta yang ada. Insya Allahtapak yang semakin bermakna akan kami susun saban waktu, walau aku menjadi master mindnya, mungkin kerana inilah kelebihan yang Allah bagi buat aku, namun tidak ada sebab untuk aku mendabik dada kerana semua kebaikan hanya datangnya dari Allah dan emua keburukan dan kecuaian datangnya dari kita manusia yang sering menzalimi diri sendiri.

Berundur untuk solat subuh ..peluang untuk bermohon moga dilapangkan hari ini malah diisi penuh barakah dan padat rezeki. Amin