Monday, October 4, 2010

Angah anak saudaraku!!!


Jam sudah 11 pagi. hari ini hari pertama aku menulis semula diblog ini untuk koleksi bulan Oktober. Seperti biasa , hati seakan terpanggila rasa rindu yang sarat untuk terus menulis disini, bukan untuk dibaca oleh sesiapa..aku tidak pernah berharap bahan tulisan ini akan dibaca apalagi dihargai. disinilah aku mengagnggap penulisan itu satu therapy.

Perancangan awal Oktober banyak yang lari, malah sesuatu yang tidak terduga perlu diaturkan. Aku menarik nafas dalam dalam, nekad untuk mengatur sesuatu dengan tenang dan Allah yang bakal permudahkan segalanya kerana itu usah lupa untuk terus meminta secara jujur petunjuk dan peluang. Selaam seminggu ini jugalah Angah gelaran yang aku panggil pada anak saudaraku yang kedua kini tinggal bersama aku. tidak dapat aku gambarkan bagaimaan tenangnya hidup bertemankan seseorang yang boleh mebantu kerja kerja rumah, saban hari aku bertambah sayang padanya. Dia anak saudaraku yang sudah melalui pelbagai sejarah hitam yang agak tragis diusia yang awal.

Segalanya bermula bila Fa sahabatku dari UK mengirimkan email meminta aku mencari seseorang untuk membantunya. Aku lantas teringatkan angah, padaku biarlah dia berpeluang melihat kehidupan orang lain yang boleh dijadikan pedoman dan berada ditempat orang untuk sedikit perubahan MINDA. Bila aku ajukan usul padanya, dia menyambut dengan suara yang riang. Dan bermula dari situlah saban hari aku berutusan email dengan sahbatku FA untuk mengatur perjalanan Angah ke UK.

Tentu sekali Fa sangat gembira. Dari riak tulisannya aku dapat rasakan kegembiraannya itu. Aku sebenarnya tidak berharap apa apa sekadar menolong sambil melihat peluang buat angah. Aku bebincang dengana ngah sebelum ke UK angah kena tinggal dengan aku untuk memudahkan segala persiapan passport, pakaian, rawatan sebelum pergi bagi mengenal apsti ubat ubatan yang angah perlukan agar tidak menyusahkans ahabatku Fa disana. Angah tinggal bersamaku, aku melayaninya seperti anak sulung sendiri maalh aku memperlihatkan padanya keperluan aku pada dirinya, dan kami salin perlu memerlukan. Aku tahu sebulan lagi aku akan merindui angah tapi aku percaya angah pasti kembali untuk tinggal dengan aku selepas kejemuannya ditempat orang dan dikelilingi orang lain.

Semalam kebetulan aku bercuti, seperti yang aku janjikan angah akan menerima weekly threat dari aku yang tidak termasuk gaji sebagai tanda terimakasih dan kasih dan kasih sayang aku pada yang bernama darah daging sendiri. Aku belikan angah baju yang pertama padaku harga baju itu padan dengan rasa terhutang aku pada dirinya, Dia menguruskan baju sekolah anak anakku, baju kerja sumaiku, dapurku , ruang tamu dan seluruh urusan kelengkapan dan kebersihan rumah yang aku semkin tidak mampu akhir akhir ini apalagi semenjak aku sakit seminggu dua ini.

Aku melihat bertapa sesuainya baju itu dengan angah dan bertapa gembiranya angah. Kegembiraan diwajahnya sama seperti gembirannya dia masa dia kecil dulu. hati aku merasa PUAS. Aku berharap sempatlah angah merasa paling kurang 5 threats dari aku tidak termasuk facial dan body SPA. Apa yang aku suka itu yang akan aku berikan padanya. wang gajinya memangg akan diberikan oleh suamiku. Wang inilah yang akan menjadi duit poketnya disana. Diam diam aku cuba ingin merubah imej angah dan penampilannya agak begitu SOPAN.

Mengapalah hati aku begitu bahgaia berada disisi orang yang memerlukan sebuah kehidupan. Agaknya inilah tujuan aku dilahirkan, tujuan aku dihidupkan. Aku bangga dengan keikhlasan ini, dan aku amat bersyukur pada Allah aku menjadi pilihannya untuk berada ditempat ini. saban hari aku senyum melihat angah dan aku dapat rasakan sebuah RINDU akan bertandang dihati sepergian dia ke UK. Apakan daya, dia perlukan kembara itu untuk sebuah tinjauna kematangan hidupnya dan Alhamdulilah aku menjadikannya kenyataan buat dirinya dengan izin Allah.

Hari ini aku begitu cerai dipejabat. Tekun untuk menghabiskan 9 jam dan tidak sabar meluru pulang menikmati hidangan angah bersama anak anak. Aku tidak kisah apa yang disediakannya, sekadar mengisi perut sekembali dari kerja yang penat dan hanya dihujung minggu aku akan menjadi tuan kepada dapurku sendiri dan kerja kerja ku menjadi sangat MUDAH dengan bantun Angah. Aku begitu tenang denga keterikatan ini, aku begitu bahagia dengan perkongsian ini dan aku tidak eprnah mendengar suamiku berkata, kalau boleh halanglah angah dari ke UK tinggald engan kita, kita bahgiakan dia. Lantas cepat aku katakan pada suamiku..kita tidak mampu sebenarnya menberikan semua yang dia perlukan...biarlah dia pergi mengisi diri dengan kematangan melalui sebuah perjalanan kembara yang panjang dan jauh. Dia perlukan semua tu...walau hati saya sendiri berat melepaskannya..tapi KITA TIDAK BOLEH SELF FISH!!!

Angah...terokailah keindah disebalik kehidupan, lapanglah dada ..bukalah MINDA. Masih banyak disegenap penjuru ruang dan peluang yang akhirnya memberikan kita sebuah rasa bahagia. Semoga bila nagh pergi, hati angah sentiasa merindui kami, hati anagh sentiasa merasa untuk kembali bersama menikmati hidup dalam erti saling perlu memerlukan melalui keterikatan hati dan keluhuran budi.

PERGILAH SAYANG...ku iringi DOA...rindu kita tetap abadi bersama!!!