Alhamdulilah rasa syukur ini masih tidak cukup dibuktikan
dengan perbuatan. Alhamdulilah aku terfikir untuk melakukan sesuatu sebagai
tanda aku bersyukur, aku meraikan pemberian Allah, aku berkongsi pemberian itu
dengan lapang dada. Alhamdulilah, nafas hari ini masih bersisa bermakna masih
berpeluang besar untuk sebarang PEMBAIKIAN
DIRI. Untuk merubah kehidupan, dan orang sekeliling kita, ianya bermula
dari diri kita sendiri. AKU PERLU
BERUBAH!
Aku ingin berubah dari aku yang dulu kepada AKU YANG BARU. Perubahan harus bermula
dengan MINDA gabungan SPIRITUAL
kerana aku percaya kita ditakdirkan hidup dengan tempuh tertentu di muka bumi
ini ada maksud tanggungjawab tertentu. Aku ingin hidup bersama TRUE PURPOSE yang sudah digaris Allah padaku. Allah yang menjadikan kita
dari pada TIADA kepada ADA. Allah yang sangat mengenali kita
dan setiap pemberiannya SEMPURNA
untuk membentuk kita sebagaimana yang dikehendakinya. Segalanya Allah yang
adakan, bukan sepenuhnya kemampuan akal cetek kita.
Sejenak bila kita senaraikan betapa banyak NIKMAT ALLAH pada kita, apa yang kita
buat sebagai tanda kita sedar hakikat pemberian itu, kita hargai pemberian itu,
kita berterima kasih, bagaimana kita buktikannya dengan perbuatan kita. Kita
bijak menilai konsep MORE WITH LESS
dalam hidup yang berkaitan diri dan business, tapi bagaimana kita meletakkan
konsep MORE WITH LESS itu dengan Allah. Kita sekarang berada ditahap infinitive
dengan Allah, masih terlalu banyak hak Allah yang kita ambil dan kita berhutang
banyak hak Allah untuk diberikan. Tiba tiba hari ini didalam bilik meeting aku
terfikir MORE WITH LESS dengan Allah. Kalau kita ada customer, kita tawarkan
customer kita hak yang lebih dengan bayaran yang dibuat, customer kita berpuas
hati dan pasti tidak akan lari dan berpaling pada service orang lain. Mengapa
kita sibuk mencipta system untuk kepuasan hidup sendiri dan hidup orang lain
dan kita lupa mendahulukan konsep itu pada Allah. Perkara pertama aku ingin
berubah ialah aku ingin keluar dari terus menerus dalam KERUGIAN DAN BEBAN HUTANG dengan Allah.
Allah menawarkan BONUS
BESAR dibulan Ramadhan sebagai peringatan. Sejak bila kita melihat Ramadhan
sebagai BONUS, secara peribadi aku
menyedarinya hanya bila usia masuk 40. Bagaimana cara aku memandang Ramadhan
sebelum itu?. Bulan yang pasti LAPAR DAN
DAHAGA, tak sabar nak raya, seronok
serba baru, makan macam macam, jumpa keluarga boleh menunjuk menunjuk barang
branded dan mahal. Masya Allah dekat je dengan FAHAMAN JAHILIYYAH. Masa aku kanak kanak, seronok bulam puasa sebab
balik kampong makan cendol dan lompat tikam, main mercun, malam tujuh likur
boleh main sampai pagi, berlegar legar di depan kedai ayah cik kampong buloh.
Aku tak suka puasa sebab akan sangat lapar. Aku sering berlakon tak tahan
dengan harapan mak suruh berbuka. Puasa den PENGERTIAN KOSONG didedahkan pada aku ketika kanak kanak, malah aku
pernah curi curi makan, walau dah 20 minit nak berbuka, aku tak rasa Allah
melihat. Bila malam seronok pergi surau dekat rumah bukan seronok solat tapi
seronok jumpa kwn dan main kejar kejar lepas tu makan makanan yang dihidangkan
dan aku biasanya lebih suka makanan yang mak kirim untuk surau.
Keadaan berbeza sedikit bila aku ada anak. Tiba tiba masjid
dekat rumah seakan memanggil aku anak beranak bersolat terawikh. Anak anak aku
sedari kecil sudah dibudayakan dengan solat terawikh, meriahnya Ramadhan ialah SOLAT TERAWIKH. Seawal umur 3 tahun
fayyadh sudah ikut ayah solat dan sujud tak bangun bangun sebab tertidur. Balik
berpikul masuk kereta. Wahida juga berbeza, seawall 2 tahun sudah ada telekung
sendiri dan duduk dibelakang mama ikut terawikh walau tersengguk sengguk.
Menjelang umur 40 tahun, tiap kali aku berdiri untuk solat serentak dengan
laungan iqamah, aku pasti menitis air mata, terasa betapa BESAR DAN AGUNGNYA Allah
yang bakal aku hadapkan muka sebentar lagi. Kini sudah 23 Ramadhan di usia 42
tahun, Alhamdulilah aku semakin PROGRESSIVE
bersama MADRASAH RAMADHAN. Harapan ku
Ramadhan kali inilah meninggalkan KESAN ABADI
pada diri dan menjadi TITIK TOLAK transformasi diri paling besar
atas dasar kolaborasi MINDA dan
SPIRITUAL.
Alhamdulilah semalam sudah menjadi malam ke dua aku diberi
peluang JAGA dan QIYAMULAIL oleh
Allah, tepat jam 4 pagi mata bagai terbuka sendiri, namun aku yakin dan
percaya, doa dan rayuan perlu terus terusan diminta kerana Allah suka hambanya
yang meminta minta dengannya. Sikap meminta minta dengan Allah adalah
menifestasi HUBUNGAN AKRAB dengan
Allah. Alhamdulilah aku mula memanjangkan SOLAT
TAHAJJUD dan biasa untuk solat taubat dan Hajat. KETENANGAN DAN BAHAGIA yang dirasai dari pengalaman 2 malam ini tidak
mampu diungkapkan dengan kata kata. Esok hari terakhir berkerja, selepas esok,
aku ingin memberikan tenaga yang lebih lagi, kami akan memulakan solat terawikh
20 rakaat, dan kami hanya akan balik hari Rabu untuk berhari raya kerana ingin
sayang untuk tinggalkan solat terawikh yang BACAAN MENYENTUH HATI itu lebih lebih lagi 5 hari terakhir. Sedih
rasanya untuk mengucap selamat tinggal pada Ramadhan Kareem, pada suasana solat
terawikh, pada getar di hati setiap kali berdiri mengadap Allah. Aku menangis
teresak esak bila aku bayangkan apakah ini RAMADHAN
TERAKHIR buatku. Sesungguhnya TERLALU
SEDIKIT pengorbanan yang telah aku berikan pada Allah sedang TERLALU BANYAK nikmat Allah dengan
rakusnya aku nikmati. Aku TERASA MALU
dengan Allah sungguh sungguh malu. Perasaan itu bagai menyentap hati dan menghasilkan
rasa MENGGIGIL DALAMAN jantung dan
hati.
TIDAK SABAR rasanya menunggu malam ini dan malam
malam seterusnya bagai BERTEMU KEKASIH HATI, bagai terasa GETAR CINTA dan aku pasti KERINDUAN bila Ramadhan berlabuh tirai
nanti. Ya Allah hambamu ini berserah diri sepenuh hati padamu, sekarang aku
berani katakana pada diri, aku tidak kisah kehilangan siapa sipa lagi dalam
hidup ini selagi Allah sentiasa dihatiku. Kalau inilah rahmat dan hadiah besar
dari Allah buatku, ternyata hubungan dengan Allah, MUSIBAH bisa bertukar ANUGERAH. Aku merasainya, aku lebih percaya
dan meyakininya, terima kasih Allah atas CINTA
DAN KASIH SAYANGMU. Peliharalah diriku agar sentiasa dibawah INAYAH dan RAHMATmu. Amin.