Thursday, June 30, 2011

Meninggalkan BARA!!




Semenjak posting GERHANA KASIH MAK, agak lama aku tidak berpeluang menyambung suara hatiku disini. Lantaran pelbagai perkara suka dan duka, terkejar kejar dan ada waktunya tenang dalam kebingungan. Hari ini jangkaku pelajar masih ramai yang perlu menemui aku lantas aku peruntukan waktu petang yang lebih buat mereka sambil membuka ruang kesayangan ini. Aku tidak terfikir apa yang patut aku tulis sambil merenung blog yang lepas aku masih meneliti baris demi baris dan tidak terasa hangat air mata masih terasa dikelopak mata ini.

Memang senang mengucap kata MAAF. Memang senang juga sekadar mengaku BERSALAH. tapi adakah senang buat insan yang sudah terluka MENERIMA keduanya, rasa maaf itu dan rasa bersalah itu, dan mampukah keduanya MENANGALKAN luka yang sudah berdarah dihati. Allah maha pengasih menerima hambanya walau dalam keadaan apa sekali pun selagi hambanya kembali bertaubat dan bermohon ampun. Begitu besar kasih sayang dan kecintaan Allah pada hambanya, kerana itu jugalah sedang Allah sering membuka pintu TAUBAT mengapa pula kita begitu EGO meletak ruang untuk menghukum sesama manusia.

GERHANA KASIH MAK bersambung dengan lebih ganas lagi hingga aku tidak bermaya untuk ketempat kerja pada ISNIN yang lepas. UCAPAN keramat sebagai sebuah keputusan besar dalam hidup mak menjelang maghrib petang ahad begitu menenangkan aku dan menjelang dinahari aku kembali kusut bila berlakunya PENARIKAN semula kata kata tersebut. Siapa aku untuk membuat keputusan, Allah betul betul menduga aku sebagai penyokong situasi yang perlu bersabar dan bijak bertindak dalam diam bukan menyebelahi mana mana pihak. Untuk berperanan sebegitu memnag hati aku sangat sakit kerana aku dapat rasakan sakitnya hati mak.

Dalam ruang penuh BARA, ada ruang untuk saljunya suara dari hati mak Allah bukakan. Setelah kesekian kalinya akhirnya Mak berpeluang meluahkan segala rasa hatinya sebagai SYARAT PENTING untuk meneruskan sebuah perhubungan. Aku bangga dengan mak kerana mak pandai mencari ruang dan PERMINTAAN MAK JELAS. Dalam situasi begini, kami berempat bagai kembar saling rasa getir yang terpendam, rasa kasihan yang tidak terlerai. Kami menjadi semakin KUAT, Allah menguatkan adikku Linda untuk merasai kedukaan ini, untuk mengalami proses terluka dan memaafkan menyucikan hatinya. Bila aku berdepan dengan Linda, sempat aku katakan ...tak pa lah dik...Bak buats alah sekali diusia begini mungkin kata orang buang tabiat...kita sabarlah..tapi kita ingat sedari kecil kita sering malah selalu buat salah. Aku terharu mendengar pengakuan MAAf yang keluar dari mulut adikku yang sedari dulu aku yakini kejujurannya.

Aku ingin menutup buku ini, melupakan cerita seminggu bulan JUNE ini tapi satu yang terkesan dihati ialah aku mengenali lebih dekat hati lelaki yang sangat aku hormati satu ketika dulu ini. Lelaki yang memberikan aku inspirasi luar biasa semenjak kecil yang sering membakar semangatku hingga aku menjadi anak yang suka kan kejayaan. Benarlah, bila lelaki berkata kata tidak kira siapa pun dia terkadang kata kaat itu tidak sampai kehatinya, kata kata itu tidak mengajar dirinya sendiri kerana itu sering terjumpa kes kes lelaki yang berkata kata HEBAT tapi perbuatan dahsyat!. dalam banyak keadaan wanitalah yang menjadi mangsa.

Aku berkata pada mak, kalau dulu mak bersabar demi anak anak, kali ini mak bersabar kerana Allah mak. Kami masih perlukan mak, kami masih banyak belum menyediakan yang terbaik buat mak, semoga Allah panjangkan umur mak buat kami berbakti...besarnya sedari 40 tahun yang dulu, mak bersabar demi kami anak anak mak...kami kena balas kesabaran mak yang tiada tolak bandingnya itu.

Weekend yang lepas, aku batalkan hasrat untuk pulang menjenguk mak kerana suasana masih panas dan aku juga tertangkap KEEGOAN dalam percakapan bapak yang menjadikan aku perlukan masa untuk melihat mukanya. esok aku pasti pulang walau aku masih tidak bersedia, aku sudah terlalu RINDU pada anak anakku dan ibuku itu dan kali ini aku perlu kuatkan hati menahan rasa dan mengurangkan ruang bersembang. lagi banyak aku bersembang dgn bapak, lagi banyak keegoannya aku temui, lagi tersayat hati aku mendengarnya, dan adakalanya aku perlu menegur SPONTAN agak hati hati yang sedang KEEGOAN itu terfikir sejenak.

Alangkah ruginya manusia bila berpagarkan EGO kerana Ego inilah yang menjadikan hatinya tidak eksampaian dalam banyak perkara termasuk ilmu ilmu yang diperolehinya, sudahnya kita pasti melihat, ilmu banyak tapi Ilmu tidak mampu mentarbiyah diri sendiri. Aku teringat seorang ustaz berkata...kita perlu RENDAH HATI bukan RENDAH DIRI.

Rendahkan HATI..tiada rugi menunduk demi kasih sayang dan kekeluargaan kerana ikatan kemas letaknya pada HATI. Tautan hati akan membuatkan kasih sayang lebih KUKUH dan ABADI. Hari ini Khamis, penghujung June...dalam keadaan kesihatan yang tidak begitu baik semenjak pagi tadi.

ya Allah kembailkan KECERGASANKU...masih banyak yang perlu aku usahakan demi kasih sayangmu...Aminnnnn