Wednesday, October 5, 2011

Antara PERLU dan MAHU


Oktober sudah masuk hari ke 5. Hujung tahun semakin hampir namun kerja amsih banyak yang belum settle terutama bab bab menyiapkan report. Kenapalah dalam kerja akhir akhir ini sangat banyak report dan kurang meeting. Banyak betul yang perlu diprint dan dihantar dan kekdg aku JUST IGNORE due datenya.

Dalam bulan Oktober 2011, ini lah hari pertama aku masuk kerja, 5 oktober baru menajdi hari pertama, selama 2 hari aku TIDAK SIHAT sepenuhnya dan semalam aku terpaksa berhempas pulas dengan membuat rawatan urut traditional cina. terasa sangat segar dan malamnay aku berbincang usul bisness dengan syed dan wifenya sharifah Raudah dan menyiapkan order untuk keesokannya. Stock sudah hampir habis , nasib baik stock baru ada dengan Aya. So hari ini berakhir dgn pertemuan dgn aya sebelum drop order utk Bita. Sekejap lagi pun kak manizah bakal menjenguk office untuk mengambil pesanan tathionnya. Seronok buat bisness dan seronok sekali melihat duit masuk dalam akaun dan cukup masa duit ditransferkan untuk dimodalkan semula. Alhamdulilah.

Mengingatkan bulan oktober, sebelum pergi bercuti ada baiknya aku menyiapkan kunci akaun, jumlah wang masuk, jumlah wang keluar, jumlah duit cash semuanya dan bentangkan pada LI dan maria. Kalau siapkan sekrg tidaklah cuti terganggu dan kalau siapkan masa cuti tak terbuat nanti dek melayan kerenah adik adik berdua tu. Oktober ini ada 2 trip, satu trip santai dan satu trip business. masih ada permintan telekung dan sutera Vietnam buat kwn kepada kwn. Ok lah tu kalau buat kecil kecilan sekadar lepas duit flight dan hotel. Dimasa yangs ama kwn kwn pun sibuk meminta aku menunjukan pada mereka perihal vietnam dan cara berurus niaga. Aku gembira utk trip ke MEDAN kerana melihat kegembiraan adik adikku. Setakat flight rm105 dan hotel RM300 tu tak apalah. Sesekali berhabis sambil bincang idea idea yang bakal dibina bersama nanti. kami akan tetap bertiga susah dan senang.

Menjelang November sangat ditunggu tunggu. Fully business trip ke korea lagi. sambil menikmati panorama AUTUMN diSEOUL, banyak agenda discussion sambil lunch, dinner dan berkopi kami. Juga banyak exploration product yang perlu dibuat. kali ini kak Umai ikut untuk bercuti dan sanggup sponsor penginapan aku. Ok lah tuh setakat makan je lah yang lain tu banyak guna duit company on purchasing product dan getting trial sample. Sejak berbisness, aku sudah tidak ada lagi perasaan untuk shopping buat diri sendiri, semua passion tu seakan terkambus begitu saja, tapi barangan cantik aku apsti beli untuk jual balik. Semlm aku borong 5 helai kain GULATIS dan 2 cotton semuanya cantik cantik dan minggu depan aku akan berjumpa dgn Ina kwn kat kemaman sambil hantar barang, aku juga akan tunjuk kain kain termasuk telekung dan sutera vietnam. dan aku akan senarai pendek client IOPE yang perlu drop barang. mereka semuanya jenis tidak berkira duit dan sangat senang berurus niaga.

Seawal 4 oktober tahun ini, aku sudah berdepan dgn TRAGEDY. kalaulah oktober agak synonym dgn tergedy oktober, aku jadi takut dan kaget bila melalui pengalaman itu semlm dan ebkali kali juga aku membacakan ayat La Takaf Wa La Tahzan Inna Allah Maana. Jgn takut dan jgn bersedih sesungguhnya Allah bersama kita. Aku terkurung disituasi yangs angat sedih semlm. tidak terhenti air mata pada tisu hinggalah aku merayu agar hak aku didengari. Aku memang menyangka segalanay seakan sudah berakhir walau aku tahu meneruskan hidup tanpanya bukanlah MUDAH. ini lah dugaan yang perlu aku hadapi, namun begitu disebelah petangnya aku jengkel untuk makan seorang diri dan aku tidak pantas untuk tidak menghubunginya sekadar mengajak ..JOM makan bang!. Sukarnya menjadi aku. mengenepikan orang yang menyakiti aku bukan mudah. terkdg aku rasakan aku yang tidak KUAT, atau aku terlalu kuat...entahlah. kalau kita bertanya orang pasti meerka gunakan definasi dan persepsi mereka. Kisah kita hanya kita yang tahu, org disekeliling kita hanya kita yang faham.

walau pun aku tidak bersalah, asal saja hak untuk meluahkan diberikan padaku, berkan aku 3 atau 4 jam untuk melepaskan diri, aku pasti pulang semula seakan terasa TIDAK ADA APA YANG BERLAKU dan aku boleh sepenuhnya MELUPAKAN segalanya. Melihat pengalaman semalam, aku bisikan pada hati, tiada siapa yang bakal menajga hati kita, diri kita perasan kita even hal ehwal kebajikan kita melainkan kita sendiri, palagi tiad siapa yang sanggup membahagiakan kita melainkan kita sendiri. Aku ingin meletakkan the most powerful source of anything JUST WITHIN MY SELF not totally from others. inilah kekuatan ayng aku dapat dari pengalaman semalam. Sebelum tidur akus empat memohon ampun dan maaf dari suamiku. Apa yang aku luahkan itulah yang sebenar TERBUKU DAN BENGKAK dihati tapi bukan bermakna aku tidak sayang jauh sekali BENCI. namun adpat aku rasakan, manusia kebanyakannya MENGHADKAN peranan mereka. ramai yang hanya berharap dari memberi harap. dan terlalu ramai insan isnan sebegini disekelilingku termasuk the other half of my self hubbyku. Dalam senyum aku terbayang, sebiji kacang yang lengak dimiliki dua belah aku yang besar dan hubbyku yang kecil. Sudah tertulis istimewanya aku sebagai DOMINAN dan hubbyku kecil saja, namun penyatuan kami berdua LENGKAP. Hingga saat ini aku terasa TENANGNYA peluakn kemaafan kami berdua.

terasa benar we meant to each other...Allah berikan yang kita PERLU bukan yang kita MAHU. Saya PERLUKAN abang..kerana dengan abang hidup kita LENGKAP!! antara PERLU dan MAHU hanya Allah yang lebih TAHU!!!