Tuesday, April 24, 2012

Cerita BAHAGIA dan TENANG


Bila kita MENGEMBIRAKAN hati orang lain, tempias kegembiraan itu juga akan terkena pada diri kita, ada kalanya dalam usaha usaha membina kegembiraan, kita juga bertemu secara tidak sengaja KEGEMBIRAAN utk diri sendiri, ianya DOUBLE HAPPINESS dan selamanya adalah lebih baik dari DOUBLE TROUBLE. Inilah IDEA yang terpantul diminda aku semalam, dikala aku membuat keputusan untuk gembirakan hubby dibilik karaoke sempena free 1 head for bday celebration. Aku tahu dia sangat suka sesi melalak. Melihat senyumnya pada keputusan yang dibuat ketika dinner, bahang kegembiraan itu sudah menyelinap keseluruh hati dan jasad aku.

Benar sepertimana kenyataan yang aku baca, kegembiraan sifatnya berjangkit, mereka mereka yang happy dalam pembawakan mindanya akan mampu memberi kegembiraan walau hanya dari sinar mata dan suara pada orang lain. Semenjak seminngu dua ini aku sangat HAPPY. Satu persatu petunjuk dan peluang datang menjengah diri, asas utama yang terbina dalam tempuh itu ialah BELAJAR MENERIMA. Menerima seadanya orang dan keadaan memberikan kita ruang ketenangan phychological, apa lagi bila ditambah dengan nilai spiritual approach dengan hadirnya solat, bacaan quran, Mathurat dan zikir Asma Ul Husna. Bila wujud saja 2 element ini, maka physical akan terbentuk sihat dan menyihatkan.

Alhamdulilah, sakit dikhianati tidak menjadikan aku CUAK dengan orang apalagi orang orang ini tidak kena mengena dengan kisah berkenaan. Aku percaya, nilai hati yang telus dan bersih lebih menjadi faktor utama menerima ilmu dan keimanan sebenar. walau ilmu sarat, keagamaan tinggi tapi hati terlewat dari jadual pembersihan, maka berlakulah conflict dalaman yang mengelirukan dan sedikit sebanyak menjejaskan hidup orang lain. Apa lagi kalau hati yang tidak telus dan bersih tidak pernah BERBAJA IMAN dan ILMU, maka tiadalah peranan akal yang mengawal nafsu didalam hati dengan watak watak yang mengelirukan. Alhamdulilah, dugaan yang dilalui tidak menjadikan aku seorang hamba yang berputus asa, malah aku semakin percaya, kalau 5 orang yang membina 'doubt' kita, ada 50 orang yang kita masih berpeluang membina hubungan yang lebih bermakna. Bumi Allah ini luas, pilihan dan peluang ada dimerata ceruk dan selekoh, bergantung pada takdir dan rezeki kita.

Satu janji pada diri yang aku akan pegang sampai bila bila, berikan HAK ALLAH walau dalam sukar bagaimana sekalipun, barulah berikan hak sesama manusia. Insya Allah bila hati sering mengingati Allah, apa saja yang kita minta dari sebesar besar permintaan hingga sekecil kecil keinginan pasti dipenuhinya. Hidup akan lebih selesa bila kita berjaya mendapat apa yang kita minda dari Allah, dan sekiranya tidak, Allah lebih tahu belum tiba masanya, terimalah keputusan yang diberi Allah sepenuh hati walau tidak tercapai dek akal cetek kita untuk mentafsir sebabnya mengapa. Mendahulukan hak Allah adalah lebih mudah dari memberi hak pada sesama manusia. Sikap manusia yang pelbagai itu menjadikan mereka begitu, ada setengahnya suka mengomel, ada yang suka lebih lebih, ada yang sangat cerewet. Itulah lemahnya manusia, kerana itu usah berharap sesuatu balasan yang baik dari mereka bila berurusan, tetapi berilah yang terbaik kerana Allah, kerana Allah akan sertai KEBERKATAN bila kita buat sesuatu kerananya walau hati sendiri TERLUKA.

Dalam usaha membina KEGEMBIRAAN orang disekeliling kita, utamakanlah yang BERKEPERLUAN kerana itu satu tuntutan. Allah mengirimkan kita kedunia ini BERSEBAB bukan saja saja. Usah membina ruang saja saja yang bertunjangkan perasaan sendiri tanpa melihat kenapa dan mengapa disebalik yang tersurat dan tersirat. Alhamdulilah, mengembirakan orang sudah sebati dalam diri aku. Aku puas melihat senyum pada wajah yang selama ini sedih. Aku merasa cukup dengan melepaskan tekanan pada mereka yang tersepit. Kalaulah aku mampu memetik bintang, akan aku jadikan keronsang buat mereka yang aku sayang apa lagi yang memerlukan. Hati sendiri biarlah aku serah pada Allah. Aku tidak boleh berharap melihat banyak ruang yang tidak sempurna yang tidak pernah diusahakan untuk diisi oleh mereka sendiri. Biarlah Allah yang berhak memberi balasan setiap usaha dan kegembiraan yang aku usahakan. Bersama itu sudah cukup aku nimati KEPUASAN HATI dan sebuah KETENANGAN.

Semalam minda aku figure out something. Kalau aku berjaya dapat apa yang aku impikan melalui idea idea asal yang tercetus ini. habuan buat semua ahli keluarga ialah UMRAH ditanah suci. Aku ingin memberi dan menyediakan langkah itu buat mereka sebagai hadiah TERISTIMEWA sepanjang hayatku sebagai tanda kasih aku pada mereka semua. Kalau takdir rezeki itu buat aku, yang berlipat pasti terlerai, yang jauh pasti dekat, yang dilangit pasti jatuh keriba. Tiada tempat lain yang PASTI buat aku mengadu dan meminta, hanya pada Allah. Aku hanya belajar menjadi insan yang diredhainya. Menggali kekayaan rezekinya dan mengagih kepada mereka semua dengan syarat tukarnnya IMAN dan KASIH SAYANG. Alhamdulilah nafas segar yang kian terasa. Minda terisi yang kian berperanan membuat perhitungan. perasaan dihati penuh kasih sayang suci sebagaimana saranan ilahi. Aku gembira ditakdirkan begini melalui liku liku yang akhirnya mengheret aku untuk lebih melihat keesaan ilahi. 

Bahagia dan gembira itu tempatnya dihati. walau kemana kita pergi, dengan siapa kita temui dan bagaimana jalan ceritanya, ianya tetap TERKESAN dihati. Hanya hati yang tenang akan kekal bahagia. Hanya mengingati Allah dan mencari redhanya akan terbina benteng KETENANGAN. Hanya kalau kita berusaha melengkapkan diri saban waktu dan ketika dengan ayat ayat Allah penuh ikhlas dan menjauhi larangannya menjadi bukti kita mengingatinya dan mencari redhanya. Meletakkan hak Allah sebagai keutmaan, maka bersusunlah hak hak lain mengikutnya dibelakang dangan sendirinya sebagaimana janji Allah dengan izinnya. Bahagia dan Tenang iu saling berkait. Tidak akan sebenarnya bahagia tanpa TENANG dan adanya tenang pasti akan BAHAGIA. Sebenar benar tenang itu hanya diperolehi dari Allah.

Membina hubungan dengan Allah tidak sesukar hubungan dengan manusia kerana Allah maha mendengar, melihat dan memahami. Walau apa pun bahasa yang kita guna, walau apa pun situasi kita, walau apa pun rupa kita, kita tetap disambut oleh Allah sama rata. Berbeza dengan manusia, mereka sangat selective malah terkadang lagi tinggi ilmu dan pangkat, lagi terhad ruang waktu dan peluang untuk menemui mereka. Seawal melihat wajah kita mereka sudah judge kita macam macam seakan merekalah tuhan yang lebih berkuasa. Ada jalan yang menguntungan lebih mudah, tapi sifat manusia suka menafikannya, suka menyusahkan diri sendiri malah suka menzalimi diri sendiri tanpa disedari. Bina hubungan dengan Allah, insya Allah Allah akan bina hubungan yang lain lain bila ketenagan itu menjadi lubuk kebahgiaan. 

Alhamdulilah, aku sudah bertemu pintu besar kebahagiaan sebenar cuma perlukan sedikit usaha untuk membuka pintu pintu kecil ketenangan yang banyak dan pelbagai. Aku akan terus meneroka dan berkongsi khas buat tatapan anak anak dan generasi akan datang. Pengalaman adalah guru yang tidak perlu dicari, ianya akan lebih mantap bila ditemani ilmu ilmu dunia dan akhirat. Titipkan pengajaran satu persatu kemas dihati, Allah sedang memerhati penuh teliti hinggakan sura hati kita difahaminya. Usah takut untuk mencari diri sendiri, disebalik itu tersisip redha ilahi untung direnungi dan dikejari.

Ya Allah jika bahagia dan tenang ini sedang segar tumbuh dihati, suburkan ia dengan kuasamu, rimbunlah ia sebagaimana rimbunnya kasih sayangmu, redhalah ia menjadi milik aku, sempurnakanlah ia melalui perlaksanaan tanggung jawabku sebagai hambamu. Amin ya rabbal alamin.