Tuesday, January 5, 2010

Perubahan baru...pemangkin semangat !!!


Sekian lama tidak menjenguk blog ini. Sempena tahun baru, terpaksa bercuti menyambung tugas keibubapaan menyediakan persekolahan yang sempurna buat anak anak. dan melaluinya selama 3 hari...kepenatannya masih terasa hingga pagi ini setelah kemabli bertugas.Pagi yang kosong..walau didalam kepala teringat ingat beberapa mesej appoinmnet yang telah dihantar pelajar. semalaman puasnya tidur dari seawal pukul 10 mlm lantaran kepenatan tidak terkira. Walau bagaimana Penat bekerja penat lagi megurus kehidupan berumahtangga sebenarnya. Kekadang bila kita bercuti untuk menumpukan rumahtangga...dapat kita rasakan kepenatan mental dan physikal dan tiada ruang mengintai rehat seketika..Justeru itu jangan lah kita memandang surirumah itu sebagai perkara remeh...sebenarnya mereka mempunyai daya kawalan emosi yang sangat tinggi.

Selepas sehari tahun baru, urusan pembelian keperluan Nana bersambung pada hari sabtunya disamping kami berkumpul ahli keluarga. Ahadnya kami berkonvoi menuju ke Sabak bernam. Hampir 1 jam setengah perjalanan...sangat jauh dirasakan. akhirnya kami sampai ke tempat yang bernama Simpang Lima. Suasana kampung ynag permai memang sesuai dengan jiwa Nana..tepat sekali rezekinya kali ini. Menunggu pendaftaran yang hanya dibuat pada pukul 2 petang, kami menghabiskan masa di pekan Sungai Besar. Cuacanya panas terik..seakan tepi pantai. sangat bahang rasanya. Selepas makan tengahari, barulah kami kembali untuk menyelesaikan pendaftaran.

Sedari dulu, aku cukup teror melalui ombak manusia...sekejap saja Nana sudah selesai pendaftarannya. hehe ..ada counter yang tidak penting aku cilok supaya Nana cepat dapat naik ke Asrama untuk mendapatkan katil bawah dan almari yang agak elok. Untung, sesudah meletakkkan barang barang Nana di asrama , baru aku turun semula menyelesaikan counter yang ditinggal untuk persatuan dan kelab yang bakal disertainya. Tepat pukul 3.30pm sejurus kami selesai segalanya melawan arus manusia yang sama sama mengdaftarkan anak, kami mendengar taklimat dari para guru dan guru besar.

Tibalah masa untuk berpisah dengan Nana untuk memberi laluannya sembahyang Asar berjemaah dan makan malam seawal pukul 6 petang. Kelihatan Nana begitu kuat semangat, memeluk semua ahli keluarga dan yang terakhirnya aku menarik bahu Nana ketepi, ku sangga air matanya..dan kucium pipi gebunya sambil berbisik....ingat pesan mama...hambakan diri pada tuhan...sayangi dan dahului harapan mama dan ayah...itu saja kunci ketulusan hati dan keluhuran budi ..dan ketenangan akan datang sendiri...tugas kakak hanya untuk belajar...bila cuti mama akan datang kesini mengambil kakak...cekalkan semangat ..kuatkan hati...kita sama sama akan saling merindui...lalu aku sendiri meyangkal air mataku...


Dalam perjalanan pulang, hatiku tenang setenangnya...mungkin kerana segalanya telah kubuat buat Nana dan aku percaya tempat itu cukup baik untuk membantunya membina diri. Dalam hati aku berbisik....sayang mama memang terasa kehilanganmu...tapi demi kebaikanmu...hati kita perlu berkorban sedikit. Masa memang akan pantas berlalu untuk menemukan kita kembali anakku.


Semenjak Nana di Asrama, terasa aku sekan timpang dirumah. segalanya terpaksa ku fikirkan dan lakukan sendiri. Biasanya sekurang kurangnya Nana boleh bantu. Aku sedaya upaya cuba meminta bantuan dua anak lelakiku...apalah sangat bantuan mereka. segalanya seolah olah memulai sebuah kehidupan yang baru dan proses latihan bermula dari ziro kembali buat fayyadh dan Harraz. Diam diam, rupanya fayyadh menyimpan niat untuk ke Asrama. Dia menyuarakan hatinya ketika didalam kereta hari pertama persekolahan baru 2010 Isnin. "Ma..nak belajar betul betullah..nak dapatkan 5A nak masuk Asrama macam kakak..." Alhamdulilah sapaku...lantas aku memberitahu bahawa fayyadh seorang yang pandai kalau belajar lebih sikit terus cemerlang. Ayat ayat galakanku dan aku melihat semangatnya seawal pagi dialah orang pertama yang bangkit awal dan terus segera mencari uniform sekolahnya tanpa disuruh. menyegerakan keperluan paginya beg, kasut, baju sekolah agama dan sesekali mengingatkan adiknya harraz beberapa perkara. dua anak lelakiku sedang melihar realiti...realiti menghambat kejayaan ...tugasku seterusnya meyokong semangat mereka dan mempertahankan agar tidak mudah roboh begitu saja.

Benar sekali...DALAM KESUKARAN ADA KEMUDAHAN...terlalu mengambil mudah dalam banyak perkara seringkali mebawa kesukaran dalam hidup...Semoga bantuan Allah tetap menyinari hari hari kami....syukur!